iDAN

24 Jun 2009

Bukan Senang Mahu Kumpul Duit (Singgahsana)



Jika tidak melatih diri dari sekarang menabung sampai bebila pun akan begitulah. Begitu kuat kuasa membeli jika tidak dihalangi maka anda akan menjadi pemboros. Lambat laun serba serbi keperluan akan ketidakcukupan. Lalu kita pun berhutang. Hutang keliling pinggang.

Paling lama pesanan orang tua-tua melalui bidalan ini. Ukur baju di badan sendiri. Dalam berbelanja haruslah sepadan dengan pendapatan yang kita perolehi. Kenapa kita mesti merentap semua rezeki di langit. Berani berhutang sampai lebih dari lima tahun, malahan belasan tahun; Itu namanya merentap rezeki dari langit (Ayat sahabatku Poi). Belum tentu kita panjang umur rezeki masa depan kita telah kita cagarkan di bank.

Ada dua barangan mahal yang paling membebankan kehidupan kita kini. Tidak termasuk belanja bab nikah kawin, atau barangan lain yang aku tidak terfikirkan.

Pertama adalah kenderaan. Kereta di zaman ini terlampau mahal jika dibandingkan dengan pendapatan kita seharian. Tidak dapat tidak kita terpaksa juga berhutang untuk memilki kenderaan yang bagaikan satu kemestian untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Tidak semua kita dapat kemudahan pengangkutan awam lantaran ianya masih di paras minima disediakan oleh kerajaan kita. Jika ada komuter pun dari stesen komuter ke rumah kita masih jauh. Rangkaian komuter & bas awam masih tidak selari.

Cuba anda klik harga kereta di negara maju, bandingkan dengan harga di negara kita, sedangkan kita masih belum ke taraf negara maju, malahan kadar ekonomi atau paras pendapatan kita jauh lebih rendah dari mereka di negara maju. Cukuplah jika kita bandingkan pendapatan pekerja di Singapura berbanding kita. Maka itu tidak hairan jika kita berada di UK dengan $50 duit mereka berbanding kita RM50 berbelanja pasti barangan yang mereka langgan antara langit & bumi jumlahnya berbanding kita. Sedangkan barangan yang diimport dari negara China contohnya sama sahaja harga yang kita import. Yang membedakan segalanya hanyalah cukai oleh kerajaan kita.

Jika kerajaan mengenakan 100% cukai untuk kenderaan import; bayangkan kita terpaksa berbelanja berganda dengan pendapatan kita yang jauh lebih rendah berbanding negara maju yang lain. Tujuan kerajaan adalah baik untuk menjaga perusahaan automobil kita; tetapi memang kita rakyat di era ini kena gigih mencari duit untuk memajukan negara ini. Jika benarlah Selangor telah mencapai taraf negara maju; padanlah kita terasa menderita dengan kadar inflasi yang semakin meningkat ini.

Dari kenderaan ini kita terpaksa pula membayar lebih untuk pembelian rumah. Harta tanah di Malaysia nampaknya semakin berkembang. Harga tanah dari sehari ke hari semakin mahal. Di zaman aku kawin 80an lalu, satu lot banglow di Kajang contohnya sekitar RM100 ribu sahaja. Sekarang cubalah kita buat bancian; tidak kurang naik empat kali ganda.

Jika tahun 80an masih banyak lagi rumah teres kos rendah di pinggir bandar, sekarang manalah nak ditemui lagi rumah yang sebegitu. Jika kita mahu membeli rumah pangsapuri pun terpaksa membayar RM100 ribu lebih. Jika ada rumah rakyat yang berharga sekitar RM60 ribu pun amat payah dimiliki kena ada kabel atau bantuan kuasa politik.

Maka itu jika tidak berlatih diri menabung, terus leka dengan barangan mewah, berhutang keliling pinggang bagaimana masa depan kita. Megah dengan kad kreditnya. Belanja belasah sahaja. Rasanya memang kita mencari nahas. Jika ekonomi negara terus berkembang kira okeylah. Jika negara muflis tersilap corak pimpinan seperti yang dialami Amerika kini bagaimana?.

Apakah kita akan kembali ke zaman rumah setinggan; terpaksa makan sekadarnya. Anak-anak tidak lagi mampu belajar di universiti. Satu keluarga tidak lagi mampu hidup dengan suami isteri berkerja; kena dibantu oleh anak-anak maka pinjaman perumahan pun terpaksa dibuat dengan cara dua generasi seperti sesetengah negara luar.



MELAKA 18 Julai - Industri pembinaan dan pemilikan kediaman di negeri ini dijangka meningkat jika Bank Negara bersetuju melonggarkan syarat pinjaman perumahan daripada satu generasi kepada dua generasi seperti amalan di negara-negara maju.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pinjaman perumahan dua generasi telah lama diamalkan di negara-negara Barat dan Jepun bagi meringankan beban pembeli dan menjamin pemilikan rumah yang lebih baik.

"Sebagai contoh, bank memberi pinjaman perumahan adalah 15 atau 25 tahun, mengapa tidak jadikannya kepada 30 tahun.

"Jadikannya pinjaman dua generasi, bapa beli rumah, lepas itu anak boleh sambung bayar sekali gus menjamin mereka mendapat rumah yang baik apabila hari tua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia Melaka (Mapex 2008) di sini hari ini.

Ekspo selama tiga hari bermula itu hari ini hingga Ahad ini di pusat membeli belah Mahkota Parade, Banda Hilir.

Beliau yakin, jika cadangan bayaran dua generasi ini mendapat persetujuan kerajaan, industri pembinaan juga akan meningkat.

"Kalau pendapatan kecil, hendak bayar ansuran sebulan sampai RM1,000, mana hendak cari duit," katanya.

Tambahnya, dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun itu, individu yang bercadang untuk membeli rumah teres akan mampu memiliki sebuah rumah banglo.

"Pihak bank tidak perlu takut kerana gaji pembeli semakin hari semakin naik, ekonomi juga semakin berkembang," katanya.

www.utusan.com.my

BSN mungkin telah pun melaksanakannya? Tak pasti..

4. Apakah pakej-pakej yang ditawarkan dalam Giro Home?

# Caj Kedua (2nd Charge) Khusus untuk kakitangan kerajaan dan lain-lain agensi kerajaan yang telah mendapat pinjaman kakitangan untuk pembelian rumah
# Sebagai pinjaman tambahan sekiranya pinjaman tadi tidak mencukupi
# Untuk pembiayaan / pinjaman rumah baru sahaja
# Pembelian rumah kediaman / dalam pembinaan atau siap / sub sale

# 2 Generasi (2nd Generation) Pinjaman bersama 2 generasi iaitu ibu/bapa dan anak mereka yang layak mendapat pinjamanan (masih menuntut dan berumur sekurang kurangnya berumur 18 tahun ke atas)
# Tempoh pembiayaan yang lebih lama
# Pembelian rumah kediaman / dalam pembinaan atau siap / sub sale


Bayangkan kenapa kita harus amat menyayangi kampung halaman & kenapa kita harus berjaga-jaga dengan pindaan Akta Tanah yang banyak mengetepikan hak kita sebagai pemilik tanah Rizab Melayu. Tanah pusaka kita terpaksa dijual untuk pembangunan dengan harga amat rendah; bila dimiliki oleh pemaju mendadak tanah tersebut naik dengan harga yang amat drastik apabia status tanah tersebut ditukar; Seperti peneroka di Tanah Rancangan sekitar Putrajaya; Kampung Limau Manis umpamanya, aku masih ingat pada awal pembangunan Putrajaya; ada yang menjual sekitar RM20 ribu ekar, sekarang cubalah tanya berapa harga tanah di sana?. Bukan lagi dikira dengan harga seekar; telah dikira berapa harga sekaki persegi.

Jika anda tak mahu menabung duit, kenapa tidak mengumpul harta dengan membeli tanah yang masih murah-murah diperdalaman; sebagai aset masa depan. Pasti anda tidak akan kecewa berbanding membeli kereta mewah yang pasti susut harganya. Begitu juga anda membeli rumah belilah rumah Pegangan Bebas; pasti harganya akan lebih mahal jika anda berkira untuk menjualnya semula; berbanding tanah pajakan 99 tahun. Itu adalah kepandaian & hak anda memilikinya.