Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

10 Ogos 2012


Semakin hari semakin FB ini kurang responnya; padahal rakanku bertambah. Baru ini ada rakan FB menyapa; katanya dia takut menyapa aku kononnya aku ada nama. Nama apa bendanya. Jangan silap anggap aku manusia amat kerdil. Bila aku guna nama samaran Penyair tak semesti aku sepopular DJ atau artis. Penyair ini timbul sebab rakan kerja suka sebut begitu. Terutama Pengail Sejati Fairus Ismail Al-Ramali memang itulah sebutannya...jika dia malas sebut Abg iDAN dia pasti panggil Penyair iDANRADZi. Kerana aku sejak dulu suka bergurindam, berpuisi; paling nakal suka tulis Surat Layang melalui e-mel di fakulti. Dekanku kini dah jadi Dato' memang sering terkesima dan tak setuju setiap tulisanku. Itu ceritera dulu.

2. Kini aku telah bebas dari sebarang kasta atau ikatan, aku tak larat nak jadi buruh lagi sebab tak siapa mahu dengar cakap buruh. Apa sahaja pendapatku pasti dicampak ke laut. Biarpun aku perasan sendiri tak semua pendapatku itu sampah.

3. Orang seperti aku perlu ramai kawan sebab dalam Kasta India. (Bukan nak ikut) Buruh adalah kasta paling rendah. Dulu aku kuli, buruh suruhan. Hatta jika aku menjadi Penyair ada kemungkinan kastaku lebih sikit martabatnya bagi kaum India.

4. Kawan pula aku tak boleh bertumpu kepada satu golongan sahaja. Jika sekadar golongan marhaen sahaja bagaimna aku nak korek rahsia golongan elite; atau bangsawan. Bagaimana aku nak nulis tanpa kenal rapat dengan semua golongan. Semasa zaman bekerja terlalu banyak batasnya. Sekarang tak lagi sebab aku telah lari dari kasta golongan terendah: Sudra. Aku bebas sebagai penyair yang boleh bebas bersuara pun bergaul.

5. Berkawanlah dengan aku jangan ada kasta atau kongkongan.

Ke Arah Mana? III

 

Antara bait puisinya...

"Saling mencari arah pulang
biarpun sekian jauh merantau
bak bangau nan terbang melayang


pasti suka hinggap di belakang kerbau
memerhati seluang menari riang memukau
akan menyambar kasih untuk lena di pulau."

Jangan tak beli Harakan di pasaran; menarik amat puisi ini.
 

"Penyair Idanradzi
kata ‎...aku menulis di semua akhbar dan majalah terpulang kepada editor mahu menerima tulisan aku atau TIDAK; aku tetap menulis; sebagai contoh terbaik tanya editor BH pernahkah aku berhenti menghantar karya ke sana? Memang tak pernah berhenti.. Ke Arah Mana (pertama)... aku rasa mmg aku hantar ke BH; tapi tidak tersiar; Ke Arah Mana II aku hantar ke Harian Metro terlah tersiar... Jangan labelkan aku dengan sebarang fahaman politik sebab sastera itu berkembang; biarlah ianya bebas bersuara di mana jua akhbar nan berlesen pun majalah yang perbagai tema... politik itu adalah hak kebebasan individu.. jangan komen... "
 

08 Ogos 2012

Aziq & UTM Skudai

Bagiku seorang Pesara keluarga sepertiku hanya layak tinggal di Hotel Bajet sekitar RM200 untuk tinggal semalam ketika mahu hantar Aziq ke UTM Skudai 2 September nanti. Kami kemungkinan akan pergi berempat atau berlima. Maka perlukan bilik punyai paling tidak 2 katil kelamin. Isunya mana sempat nak bersantai; jika tiba dah lewat petang, awal pagi dah kena berkejar ke UTM. Mila sejarah bersiap untuk berjalan mahu ke malam jika aku tak desak segera.

2. Aku telah buat tinjauan melalui internet. Memang ada hotel yang 3 bintang menawarkan sekitar RM200 untuk bilik yang muat berempat. Siap sarapan tapi nampaknya telah penuh ditempah. Antaranya Hotel Selesa di JB.

3. Mila bercadang mahu bercuti sekali ke sana dan dia teringin menginap hotel atau resort yang agak selesa; ada kolam renang buat anak-anak mandi. Jika boleh dua hari bermalam. Cadangan yang menarik; bila aku buat tinjauan semalam sahaja kosnya menjadi seganda. Sekitar RM400 baru akan dapat hotel secantik Rina Balinese Resort; nampak macam Dua Bintang tapi cer semak kos semalam menginap di sini.

4. Jadi penyelesaiannya adalah Home Stay. Cer tenguk Home Stay ini yang menawarkan harga yang menarik siap dua hari dua malam. Aku telah telefon tapi penuh semuanya. http://homestayskudaiutm.blogspot.com

5. Hatta aku cubalah minta bantuan rakan di FB yang memang orang sekitar sana; dicadangkan aku menginap di sini biar pun aku katakan bajet kami tak sebanyak mana; Semalam untuk kami sekeluarga sekitar RM500 dan potongan dapatlah RM450: Alahai akhirnya aku buat keputusan kami hanya bawa khemah atau tidur di dalam caravan yang BARU aku buat tempahan pembelian. (Angin aku bila klik harga sewa yang ditawarkan rakan di FB ini) http://www.pulaisprings.com

KASIHAN AYAM:

Kita terlalu banyak mendera ayam; selalu amat kita umpamakan ayam ini benda tak elok saja. Boleh kata tiap minggu kita makan ayam, apa kata kita tetiba bertukar jadi ayam. Kenapa tak umpamakan saja binatang yang Islam tak benarkan kita makan; ular, anjing, helang & banyak lagi binatang yang diharamkan makan. Agar kenalah tempatnya & kita jadi bangsa yang dianggap mengenang BUDI.

1. Ibu Ayam kenapa tak tukar kepada Ibu Ular; ibu ayam selalu kita tenguk kasi makan anaknya; jarang kita nampak ular kasi makan anaknya, masing-masing bertelur bertelur silap-silap mengeram pun tak RETI ular ni.

2. Cakar Ayam: (Tulisan Buruk) ayam mencakar dengan kaki bukan dengan tangan. Apa binatang ada tangan.

3. Sampaikan bab agama pun kita nak kaitkan ayam pada bebenda tak baik seperti: Tidur selepas subuh rezeki akan dipatuk ayam; kenapa tak kita umpamakan; anjing Tidur selepas subuh rezeki akan dijilat anjing; atau lipas yg suka mencuri; tikus banyak lagi binatang jahat yang boleh kita pilih sebagai mencuri rezeki kita.

5. Apakah dalam agama kita Islam pernah menghina ayam seteruk kita. Aku masih mencari-cari Hadis yang mengaitkan ayam dengan rezeki kita ini.

6. Aku pernah dengar ceramah Ustaz yang menyebut ayam nampak Malaikat; anjing & keldai nampak syaitan begitu cantik Islam mengajar kita mencari peumpamaan/bidalan/ kiasan.

Jangan pula bila baca catatan ini ada yang kata; Kau jadilah ayam iDAN. Tak kisah aku jadi ayam tapi janji jangan sembelih aku jangan AWAK makan aku.


  • Kande Mior Jika Ayam diibaratkan binatang yg tidak baik, mungkin menyebabkan si pemakannya memakan yg x baik.. Islam menjuruskan umatnta memakan benda yg halal lagi baik...

Ais krim Baskin-Robbins percuma untuk semua rakyat Malaysia hari ini



KUALA LUMPUR: Bagi menghargai usaha gigih semua ahli sukan Malaysia yang berjuang di Olimpik London, Impian Emas Negara, satu inisiatif Olimpik oleh Media Prima Bhd, telah memutuskan untuk memberi ganjaran kepada semua rakyat Malaysia dengan ais krim percuma Baskin-Robbins.

Sebelum itu, Impian Emas Negara berikrar untuk memberi ais krim percuma di cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara jika Malaysia menang pingat emas Olimpik pertamanya.

Impian Emas Negara akan tetap memberi ais krim percuma hari ini di kesemua 61 cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara, kecuali di dua kiosk di Pantai Hospital, Bangsar, dan Taman Tema Genting, dari 8.00 malam hingga 10.00 malam.

"Setiap seorang rakyat Malaysia berhak mendapat satu skop ais krim berjenama yang diminati itu," kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studios, Media Prima Bhd Ahmad Izham Omar.

"Kami merasakan tiada sebab bagi kami tidak meneruskan rancangan memberi ais krim percuma kepada semua rakyat Malaysia selepas menyaksikan ahli sukan Malaysia mempamerkan komitmen dan semangat kesukanan masing,masing di temasya sukan itu," katanya.

"Kita perlu meraikan kesemua wira yang telah membantu negara mencapai kegemilangan antarabangsa dan di dalam usaha itu, telah menyatukan kita semua," kata Ahmad Izham dalam satu kenyataan.

Inisiatif Impian Emas Negara itu dilancarkan pada Mei. - Bernama

Alahai ingat nak rasa Ais krim Baskin-Robbins: Terpaksa patah balik sebab sesak GILER.

Mila berbuka dengan gengnya tak pasti siapa; rakan ofis atau entah mamat mana yang belanja. Dah dua kali makan sendiri tak pelawa pun; Sime Darby mmg kedekut sejak dulu; kut nak ajak famili hanya jamuan keluarga.

2. Dengar Husna nak ke Metro Point Kajang satu-satunya kedai Ais krim Baskin-Robbins. Jadi aku pasti teruja sebab katanya Ais krim Baskin-Robbins tu ada serbuk emas yang mahal amat boleh buat awet muda atau susuk hilang boroi (nyedapkan cerita saja) sbb terkenal dengan sedap tak jika kocek tireh baik jangan cuba mengidam Ais krim Baskin-Robbins.

3. Rupa bila nak masuk kereta Husna & Afiz nak bawa Qasrina ke klinik; Afiz tak mahir jalan pintas ke Klinik Ready Halan Reko jadi aku mmg rasa bosan kat rumah (cadangnya nak tarawih) menawarkan diri untuk menemani merea ke klinik. Rupa Klinik Ready ni TAK READY; ada ke patut bukan hingga jam 4:00 petang sahaja. Malam tak buka. Memang doktor india di Msia terkenal dengan kekayaan mereka.

4. Dari Jalan Reko patutnya ada jalan pintas ke Jalan Bukit pasti tak sesak dengan kenderaan, Afiz nampaknya mmg gabra memandu tak dapat mengesan jalan pintas. Boleh tersangkut depan Metro Plaza. Qasrina pula tetiba bermasalah perutnya; maklum dia sakit. Terpaksa tutup penghawa dingin & buka tingkat. Kasihan cucu atok.

5. Jam dah 9:00 mlm lebih bila di depan Hospital Kajang nak nuju ke Metro Inn mmg dah diduga; nak masuk kereta pun tak boleh. Kami terus menuju Jalan Semenyih dari celah pokok kelapa dan KFC nampak orang berbaris amat panjang; naa mungkin boleh dapat rasa Ais krim Baskin-Robbins biarpun berbaris 1 jam. Malam-malam nak makan Ais krim Baskin-Robbins pelik rasanya; kut yang berbaris tu orang bunian pun ada.

6. Kami menuju ke Penjara Kajang, sekitar Sungai Jelok lagi meriah nak Ais krim beli saja di Giant dekat Jenaris harga RM1 pun ada pelbagai rasa. Titik.

06 Ogos 2012

Badminton

‎1. Abdul Hamid Othman
2. Rosli Abdul Aziz
3. Razali Rah
4. Ibrahim Mansor
Munie Musa
Anyss Je
Mohd Adid Ab Rahman
Zeq N Zeqq

Terima kasih rakan; 4 dari 8 rakan di FB yang pernah aku temui masih suka mengintaiku, mahu tahu apa yang aku catat hari ini.

2. Bukan bermakna yang lain tak mengintai/menyapa aku cumanya FB selalunya akan paparkan 8 rakan terakhir klik dinding peribadi kita. (Aku tak guna timeline, mungkin Timeline lain cara)

3. Hari ini aku macam biasa, masih rasa terkilan kita tewas badminton di tangan cina untuk nak rebut emas di olimpik. Itu pun nasib ada kaum cina yang harumkan nama Msia; tak tahu bila lagi ada keluarga sehebat Datuk Mohd Sidek yang jadi lagenda badminton satu ketika dulu.

4. Lagi 4 tahun baru dapat tenguk badminton di sukan olimpik. Tak pasti siapakah warga Msia punya bakat sehebat Datuk Lee Chong Wei. Pemain nombor satu dunia kini Lin Dan dah ambil ambil alih. Rasanya kita punya segala kemudahan untuk kemajuan sukan terpulang kepada individu atau warga kita yang berusaha menuju kecemerlangan di arena sukan antara bangsa.
· · · · 6 jam yang lalu ·

  • Anda suka ini
    • Penyair Idanradzi sayur semakin mahal sekarang kecuali sawi kangkong; cer bula tenguk harga terung jenis kacang; mahallah amat. Tapi tomato pelik kadang² tak sampai RM2 sekilo... berkat2 ☆

05 Ogos 2012

Malaysia terpaksa tunggu empat tahun lagi akhiri kemarau pingat emas

 

LONDON: Malaysia mungkin terpaksa menunggu empat tahun lagi iaitu pada Sukan Olimpik Brazil 2016 untuk meraih emas pertama negara pada temasya itu selepas badminton dan berbasikal gagal menyumbangkan emas semalam.

Dalam acara badminton, dianggap sebagai sukan yang mungkin menyumbangkan pingat emas bagi mengakhiri kemarau pingat emas negara pada temasya itu sejak 1956, sekadar memberikan perak menerusi Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki.

Chong Wei, pemain nombor dua dunia tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir malam tadi, yang juga kekalahan keduanya kepada lawan yang sama semasa perlawanan akhir di Olimpik Beijing 2008.

Mungkin beraksi pada Olimpik terakhirnya berikutan faktor usia yang kini mencecah 30 tahun, Chong Wei berkata beliau sudah memberikan yang terbaik namun Lin Dan membuktikan beliau berada di kelasnya tersendiri.

"Ini kali kedua saya mengecewakan harapan rakyat Malaysia. Saya sudah melakukan yang terbaik tetapi Lin Dan bermain lebih baik," katanya.

Terdahulu dalam saingan tempat ketiga dan empat, beregu nombor lapan dunia Koo Kien Keat/Tan Boon Heong gagal menyumbangkan pingat gangsa kepada Malaysia apabila tumpas kepada pasangan Korea Selatan, Chung Jae Sung/Lee Yong Dae.

Pasangan negara itu kalah 21-23, 10-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 47 minit.
Selain badminton, acara berbasikal trek yang disasarkan menyumbangkan pingat kepada Malaysia, juga gagal mencatatkan keputusan positif apabila Mohd Azizulhasni Awang menamatkan saingan di tempat kelapan dalam acara pecut lelaki.

Mohd Azizulhasni terpaksa akur dengan kehebatan pelumba Britain, Jason Kenny apabila tumpas di peringkat suku akhir.

Pada perlumbaan penentuan tempat kelima hingga lapan, Mohd Azizulhasni menduduki tempat kelapan dan terakhir dalam kalangan empat pelumba di belakang pelumba Rusia, Denis Dmitriev; Jimmy Watkins (Amerika Syarikat) dan Robert Forstermann (Jerman).

Penantian Malaysia untuk meraih pingat emas pertama akan diteruskan hari ini apabila Yeoh Ken Nee dan Huang Qiang turun beraksi dalam acara 3m papan anjal individu lelaki. - BERNAMA

Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia: Chong Wei

LONDON: "Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei.

Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.

Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lalu.

"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.

Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.

"Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.

"Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A," katanya.
Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.

Mengenai perlawanan menentang Lin Dan malam tadi, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.

"Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya. Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya," kata Chong Wei.

Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.

"Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua," katanya secara berseloroh.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan pencapaian Chong Wei seperti 'hampir mencapai puncak Everest'.

"Dia bermain amat baik dan mengeluarkan segala kebolehan dan pengalamannya namun Lin Dan pemain yang lebih baik," katanya.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata kekalahan Chong Wei amat menyedihkan tetapi tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.

"Chong Wei sudah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik," katanya. - BERNAMA

Ranking Badminton Dunia:

 1     CHN    Dan Lin (CHN) 93313.4
 2     MAL    Chong Wei Lee (MAL) 91898.7
 3     CHN    Long Chen (CHN) 82460.3
 4     CHN    Jin Chen (CHN) 71292.9
 5     DEN    Peter Hoeg Gade Christensen (DEN) 64682.2
 6     INO    Simon Santoso (INO) 61543.2
 7     JAP    Sho Sasaki (JAP)  60400.1
 8     JAP    Kenichi Tago (JAP) 58609.9
 9     CHN    Pengyu Du (CHN) 56636.3
10    KOR    Lee Hyun Il (KOR) 56312.9 

03 Ogos 2012

Mutakhir Chong Wei mara ke final

AKSI Lee Chong Wei ketika menentang Chen Long (gambar kecil).  
AKSI Lee Chong Wei ketika menentang Chen Long (gambar kecil).
LONDON: Datuk Lee Chong Wei hampir pasti menyumbang pingat untuk negara apabila menumpaskan Chen Long dari China 21-13, 21-14 pada separuh akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik 2012 London di Arena Wembley, sebentar tadi.

Chong Wei, selaku pilihan utama acara itu pada Sukan Olimpik kali ini, akan menentang juara bertahan Lin Dan dari China pada perlawanan akhir Ahad ini.

02 Ogos 2012

Anif Nampak Murung di STTJ Episod 11

Masalah Anif masih tak selesai, tadi Guru Kaunselornya mengadu kepada Mila. Dia nampak murung dan tak ceria. Isunya jadi tambah rumit jika mahu dirungkai semula. Takkan mahu dibawa pulang bilamana di sana dia memang gelisah teringat-ingat pulang ke rumah sebab telah diberikan harapan. olah ibunya & Guru Kaunselor. Bila di rumah pula Anif tak nampak pula dia nampak protes dalam diam: tak minat belajar malahan terus berleka.

2. Siapa yang memberi harapan dia pulang padahal peringkat awal dia suka di sana. Bukan mahu mencari salah siapa. Sebagai Guru Kaunselor sebaiknya fokus kepada kemahuan asal keluarga. Bantu keluarga pelajar untuk menyukai asrama. Kenapa boleh beri kata dua kepada anak murid. Tak sesuai tinggal di asrama boleh pulang ke sekolah asal; Ini sudah satu perlanggaran janji asal dengan keluarga Anif. Sampaikan ke peringkat: Di mana Mila boleh dapatkan borang untuk tukar sekolah tanpa pengetahuan aku sebagai ayah.

3. Keputusan seharusnya berbincang bersama. Jika memang Guru Kaunselor pun Mila sebagai ibunya memberikan ruang dan harapan Anif pulang ke sekolah asal. Pasti masalah akan jadi rumit. Keputusan ayahnya pasti menjadi penghalang atau cabaran buat Anif. Ini akan memerangkap hubungan intim dan salah anggap Anif terhadap ayahnya. Sedangkan dari peringkat awal lagi seharusnya Guru Kaunselor tahu kemahuan ayah pelajar bukan BELOT seolah-olah Guru Kaunselor dikaunseling Anif sendiri.

4. Rasanya semua ibu ayah tak akan lena tidur bila melihat gelagat anak yang merisaukan ketika tinggal di rumah tak nampak ambil berat pelajaran sekolah. Tak nampak waktunya dibahagi sebaiknya antara pelajaran hiburan dan aktiviti luar. Langkah asal pilihan Anif sendiri mahu tinggal di asrama sememangnya amat baik. Lagipun STTJ bukan asrama yang kelas biasa. Kejayaan pelajar di sana memang diakui dan tidak meragukan. Sedangkan sekolah asal dari mata kasar pun amat merisaukan; tambahan pula pengalaman abang sulung Anif belajar di sini memang tak akan menjanjikan apa-apa untuk SPM Anif.



5. Ianya menjadi rumit bilamana kejutan tinggal di asrama yang tak diduga. Moral segelintir pelajar di asrama amat nazak sejak tahun 70an lagi. (aku juga beks pelajar asrama selama 6 tahun) Bermula dari kehilangan barangan yang disayangi Anif tanpa pun diambil perhatian pihak asrama; salah satu menjadi penyebab awal Anif tak selesa tinggal di asrama. Dikekang pula masalah disiplin dengan masalah rambut tak boleh berfesyen. Bukan panjang mana sangat pun hinggalah perkara remeh seperti sukarnya nak keluar dengan keluarga waktu melawat di hujung minggu. Masalah nak kendong beg besar & pakaian bergantung masuk ke asrama, ibu bapa hanya dibenarkan menghantar di pintu utama sahaja ini juga bagi aku adalah disiplin yang amat pelik. Pelbagai cabaran di asrama yang Anif masih tak dapat terima.

6. Berbalik kepada kenapa Anif menjadi pelajar murung dan tak ceria di asrama, Aku sendiri dapat kesan sejak kebelakangan ini. Malahan sikap tidak hormat terhadap ayahnya kian terserlah. Pastinya bermula dengan harapan dia untuk pulang ke sekolah asal terhalang. Sebaiknya jangan sesekali baik Mila atau Cikgu Kaunselor memberikan kata dua atau harapan tanpa berbincang dengan ayahnya. Ini isu BESAR. Malahan telan menjadi masalah berat buat aku sebagai ayah. Bagaimana aku mahu menyakin dia agar memilih jalan ayahnya suapaya dia akan berjaya. Apatah lagi bila di depan Pengetua. Guru Kaunselor bermuka-muka. Ini memang disungut oleh Anif terhadap Guru Kauselor ini. Pasti perkara begini jika kena ke diri kita pun pelbagai perasan terkilan akan terbit. Rasa dipermainkan.

7. Aku sebagai ayah juga kini tertekan, jika aku terima keputusan Anif memang Guru Kaunselor di STTJ sana akan gumbira dan lepas tangan. Pastinya mereka akan buat laporan ke KPM yang keluarga murid yang setuju membawa anak mereka kembali. Hatta apa makna tawaran pun harapan ayah ingin melihat anak mereka berjaya dengan tinggah di asrama STTJ yang gah seantero dunia ini. Pelbagai andaian akan timbul; anak manja, ibu ayah tak dapat memujuk. Padahal ayahnya memang telah berusaha sedaya upayanya untuk mengembira Anif tinggal di sana. Jauh di sudut hati saya kompromi antara Mila & Guru Kaunselor ini menjadi kemelut ini tidak selesai. Anif nampak ceria & tak kusut rasa jika tanpa harapan dari Mila & Guru Kaunselor ini. Ini jelas malahan semasa Pengetua menasihati Anif pun nampaknya Anif bukan pelajar yang tak boleh dipujuk tinggal di asrama. Sebaiknya Guru Kaunselor perlu memohon maaf kepada Anif kesilapan dia memberi harapa. Begitu juga Mila kena menerima keputusan ayah Anif dengan kata dorongan dan harapan. Berdoa agar Anif sentiasa damai di sana. Aku telah puas berdoa dari jauh agar Allah Nan Maha Penyayang akan tetap menunjukkan Anif jalan damai tabah dan menjadi pelajar cemerlang di STTJ sana.

8. Tolonglah jangan kerana Anif murung akan timbul semula ruang atau daya upaya baik dari Mila atau Guru Kaunselor untuk mengadakan agenda WAYANG lagi. Tolonglah kembali ke fokus asal; cari jalan agar Anif tu sedar jika kekal belajar di STTJ sana tak mendatangkan masalah. Dia boleh berjaya di sana. Kenapa mesti mahu ke sekolah asal yang belum tentu sesuai dan masihkah punyai masa setelah tinggal hampir setahun dalam banyak mata pelajaran. Masa terus bergerak kenapa seorang Guru Kaunselor yang diamanahkan tak boleh memujuk atau memotivasi pelajar agar dia dapat menyesuaikan diri bagai pelajar lain tinggal di asrama. Kenapa seorang ibu tak nampak di rumah keadaan kami tak sebaik mana apatah lagi untuk Anif dapat tekun belajar. Takkan tak perasan makan minum kami di sini pun tak terurusan dengan baik banding di asrama. Begitu juga ketika tengah hari; ulang alik ke sekolah juga tak selesa mana. Belum lagi jika nak hantar Anif itu ke kelas malam.

9. Terakhir jika beginilah masalah yang terus melanda kehidupan Anif: aku hanya dapat berserah kepada Allah Azza Wajalla semoga ada ruang dan jalan terpilih agar Anif kembali menjadi pelajar riang selesa dan pandai membawa diri di STTJ sana. Guru Kaunselor JIKA tak pandai kaunseling pelajar agar selesa di asrama pun tekun belajar di STTJ jangan ganggu Anif lagi; apatah lagi menabur janji kosong dan meracuni fikiran Anif,  jika memang tak ada fokus dan kabur kemahuan SEBENAR ibu ayah pelajar baik jangan keruhkan keadaan. Biarkan kami mencari jalan sendiri agar anak kami kekal tinggal di sana.

10. Anif tak pernah pun ganggu pelajar di sana. Pelajar STTJ sahaja yang ganggu Anif dari sebermula dia di sana. Ajar pelajar sana jangan asyik jadi pencuri. Jika pandai tapi jadi pencuri tak guna. Pengawal Keselamatan di STTJ juga belajarlah hormati ibu bapa. Kami bukan penyagak atau perompak sampaikan tak boleh dibenarkan masuk menghantar anak ke ruang pagar asrama. Cer fikirkan jika anak TUAN sendiri terpaksa didera kendong beg dan pakaian dari pintu pagar luar. Ada SUKAkah. Arahan siapa?. Disiplin biarlah bertempat: bukan ikut sedap rasa nak halang perkara songsang dan tak masuk akal.

(Bunyi perkara 9 agak kasar tapi siapakah yang mula membuatkan keadaan jadi rumit)


♥♥♥ Buat rakanku yang terbaca catatan ini; Doakan ke hadrat Ilahi... masalah ini selesai secara baik, agar hati Anif damai dan tekun belajar di sana, jauhkan kekusutan yang memang sering menganggu kita agar suasana JANGAN menjadi gurur. Bebanan masalah sebegini aku lihat memang kerap berlaku kepada keluarga lain. Doa & kesepakatan ibu ayah amat penting. Anak remaja kena faham peluang belajar di tempat yang baik ini tak sering datang; rebutlah peluang yang ada ini sebaiknya.

01 Ogos 2012

Resipi Gulai Tempoyak

Gulai Tempoyak Tulen Perak 6.00
Kiriman: aida hamid
Sumber: Turun-temurun
Hits: 440 Rating: 6.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
2 ekor ikan(ikut suka ikan jenis apa)
3 sudu tempoyak
4 biji cili merah - tumbuk
5 biji bawang merah - tumbuk
2 batang serai - dititik
1 sudu serbuk kunyit(guna kunyit hidup pun boleh)
10 biji cili padi - tumbuk
1 biji timun cina(timun biasa pun boleh)-potong 4
garam & gula secukup rasa
Cara:
Semua bahan yg ditumbuk tadi disatukan dan masukkan air serta serbuk kunyit. Biar mendidih masukkan timun serta ikan.Tunggu sebentar biarkan ia mendidih.Kemudian boleh dihidangkan.
Tambahan:
Sekiranya guna kunyit hidup perlu ditumbuk dgn semua bahan2 yg lain.

iDAN : Mengikut kata Chef tersohor tanpa bawang ianya lagi SEDAP.

Puisi di Aura FM

CURIGA
Suasana pagi tak selalu ceria buat aku
sebab kehidupan ini memaksa aku menjadi senja
suram bak mahu malam dari pagi ke petang
maka itu aku mengharapkan kasih kau bertandang
sering orang bilang bila kasih bersemi mesra
semua pohon bak ghairah menyambut musim bunga
memutik dan kembang segala kuntuman indah
aroma kelopaknya segar mewangi megah.

Tolonglah jadikan pagi hingga ke malamku indah mewangi
jangan bunuh aku dengan suram wajahmu
jangan bunuh aku dengan pisau sangsimu
jangan bunuh aku dengan api amarahmu
tak salah kita jadi pasangan setia
tak salah kita jadi kekasih bahagia
tak salah kita akan sentiasa bersama
saling percaya & tak curiga.

IDANRADZI
Jenaris Kajang.
— bersama Mahyan Mohd Hassim dan Roos Muri Shah.

· · · 5 jam yang lalu