iDAN

29 Mac 2010

Pernahkah hati disiat (Delima Merkah)



Ada ketika kita ketemu situasi yang memaksa kita membuat keputusan drastik. Orang dahulu berkata ditelan mati emak diluah mata bapa. Puncanya adalah lantaran simpati yang lahir dari dalam diri membuatkan kita keliru. Apatah lagi ianya melibatkan maruah diri. Maruah keluarga, malahan maruah kekasih yang kita cintai.




Sering kita dengar hidup makan hati berulam jantung, sering kita dengar, biar pun pahit namun ditelan juga, sering kita dengar berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Hakikatnya apakah ianya benar-benar ujud dalam kehidupan anda.




Ibarat sahabat anda terusan menangguhkan hutang piutangnya terhadap anda; dalam masa yang sama anda lihat dia nampak bergaya, hidup dalam kemewahan; jauh lebih mewah dari anda. Malahan sering anda mengikat perut lantaran memang anda bukan orang senang tetapi simpati bila sahabat mengadul hal.




Ibarat suami atau isteri anda sentiasa berbeda & hidup serba anggun bergaya, anda sekadar seadanya malahan terpaksa berjimat, terhalang mahu mencapai impian anda. Kerap kita dengar suami terlampau memanjai keluarganya sendiri sampai isteri & anak terbiar serba-serbi tidak kecukupan. Sering juga kita temui sang isteri terlampau berkira, menjadi seorang isteri yang mengawal suaminya hinggakan bagai kerbau dicucuk hidung. Seakarang makin ramai kalangan pasangan suami isteri tinggal berasing. Malahan sang isteri sanggup membiar suaminya menderita kesusahan, tinggal jauh terpencil di kampung tanpa melawat suaminya. Dia hidup mewah di kota dengan anak-anak, maklumlah masih tak bersara & usia masih muda sampaikan suaminya meninggal dunia sendirian di kampung.




Apatah lagi bila telah bercerai, ramai kalangan suami atau isteri lupa yang hanya ikatan atau jodoh sahaja yang tak panjang tetapi anak-anak seharusnya terus berhubung erat dengan emak atau ayah mereka. Malahan ada ramai kalangan isteri atau suami meracuni fikiran anak-anak dengan membuat ceritera yang boleh membuatkan hubungan antara anak & ibu ayahnya renggang.




Inilah musibahnya jika jalinan ikatan percintaan atau penikahan itu tidak ikhlas & suci. Ampuh. Lambat laun ianya akan terserlah jua. Hubungan kasih sayang ini boleh menjadi pincang atas banyak punca angkara. Antaranya.



Peredaran masa yang membuatkan pasangan lupa asal kajian diri masing-masing. Jika dulu dari keluarga susah kemudian menjadi senang, maka lupa diri. Ada juga sebaliknya dari kalangan keluarga senang tetapi tak sanggup bersusah payah dengan keadaan rumah tangga yang serba tak sempurna.
Wujud orang ketiga yang menjadi batu api, jika bukan lantaran cinta telah hambar atau berubah hati tetapi adalah orang ketiga yang menjanjikan pelbagai impian & perlindungan. Selalunya dari kalangan keluarga terdekat atau mungkin rakan rapat.
Terlalu mengharapkan pasangan yang sempurna tanpa akur dengan kelemahan masing-masing. Sering menjadikan kekurangan pasangan menjadikan cinta itu hambar. Mungkin terlalu memandingkan kehidupan orang lain yang lebih segala dari kehidupan rumah tangga sendiri. Ego dengan kelebihan diri sendiri.
Fakir nilai kesyukuran, jarang menilai diri sendiri betapa perubahan & rezeki yang telah diturunkan Ilahi sebenarnya amat mencukupi; tak semesti semua manusia dilahirkan di dunia ini hidup dalam segala kemewahan, punyai banglow agam & harta berjuta. Kita sekadar berusaha hasil & rahmat yang bakal diterima hanyalah ketentuan Allah Nan Esa.
Sering bersikap penghalang bukan dorongan dalam menuju kejayaan pasangan masing-masing. Malahan jika pasangan sesebuah rumah tangga itu memberikan peluang atau kebebasan menuju cita-cita atau kerjaya sering amat disalahgunakan.
Sering mengulangi kesilapan semalam tidak mahu berubah kepada sikap sopan atau kearah berbudi bahasa & bermoral mulia. Sering melukai hati pasangan dalam sedar & tak sedar. Hormat kepada pasangan sering diabaikan. Dalam apa juga perancangan atau tindakan lebih kepada kepentingan diri & peribadi.
Tidak mahu bertolak ansur.




Memang banyak lagi sikap yang perlu kita belajar agar jalinan kekasih atau pun jalinan rumah tangga akan menjadi intim & harmoni. Paling penting adalah pandai menjaga hati pasangan kita & sering berkomunikasi sebaiknya.




Yang lagi kita rasa sengsara adalah kita telah pun berlaku adil, beralah & bersikap sebaiknya tetapi hati kita masih tetap dilukai; Diri kita tetap dipersalahkan kenapa?.


Maka itu kita kena rajin menyelami bagaimana hati mereka yang sering terdera & asyik berlinang air mata. Di situ banyak rahsia yang dapat mendewasakan kita.