kelopak@gmail.com @ iDAN berkata...
Aku kerap melihat rancangan Perlancungan di Astro Saluran 707; bagaimana di sekitar barat sana jika melancung mereka terkadang lebih jimat membeli kereta atau van lama dari menaiki bas atau kenderaan lain. Sebabanya murah. Dalam ratusan duit mereka telah dapat kereta yang kira boleh layanlah untuk memecut di lebuhraya menuju destinasi perlancungan. Sampai ke tempat perlancungan jual sahaja kepada pembeli kereta terpakai atau penduduk tempatan.
Rakanku yang lama menetap di UK pernah berceritera kepadaku, kereta proton yang sama tahun pengeluarannya dengan keretaku sekitar £200 ke £300 duit mereka. Ini ceritera dua tahun lalu. Jika rosak pun tak berbaloi untuk dibaiki. Upah baiki di sana lagi mahal. Selalunya mereka biarkan saja kereta tersebut tersadai di tepi jalan, ada lah penguasa memungutnya.
Memang kereta baru & kereta lama amat murah di UK. Ramai kalangan pelajar kita masih suka beli kereta di sana & bawa balik ke Malaysia. Biarpun cukainya tinggi masih murah jika dibandingkan model yang sama di pasaran kereta kita.
Sebut bab kereta ini, semalam aku menghantar Aziq pulang ke asramanya di Sek. Teknik Gombak. Kebetulan jalan raya tak sesak, aku memecut kereta Mila sekitar 90km ke 100km ikut MMR2. Jenaris ke sana sekitar 45 minit sahaja telah tiba.
"Ayah.. jika Aziq lewat sampai di asrama, pukul 6:00 petang; nanti sampai raya Aziq tak boleh balik Sabtu Ahad berbuka di rumah!" Desak Aziq buat aku sentiasa ikut lorong paling kanan. Kenapa ketat amat disiplin di Asrama Sek Teknik ini. Anak-anak nak berbuka pun disekat-sekat. Faham-faham saja MMR2 Gombak ke Kajang terkadang dua jam tak sampai. Nanti aku banyak duit aku ingat nak beli Helikopter khas nak hantar Aziq. Mendarat di padang Sek. Teniknya biar tumbang semua pokok pisang sekelilingnya.
"Jangan risau ayah cuba sampai secepat mungkin!" Aku memecut laju. Terbayang Formula1. MMR2 mana boleh memandu mencecah 110km. Aku lihat Aziq terusan berSMS dengan siapa tak pasti tetapi memang dia ralit hingga tak langsung layan aku berbual. Azim duduk di belakang sekali memerhati permandangan luar tingkap. Terhangguk-hangguk syok dengan lagu Kaminey
Dhan Te Nan. Mila pula bosan gila dengar lagu ini.
Kereta yang masuk ke KL memang padat, mungkin lantaran cuti merdeka diambil kesempatan warga kota pulang ke kampung halaman.
"Balik kita iku jalan lain, tak berbuka nanti jika ikut MMR2.." Bualku pada Azim sambil melihat lorong bertentangan pdat amat kenderaan. Azim dengar tak dengar sahaja. Dari Cermin pandang belakang aku lihat matanya segar amat. Sakit gigi & sakit gatal-gatal badanku masih belum redanya. Kejap-kejap berdenyut-denyut. Rimas dengan sana sini gatal di badan. Huh! memang teruji betul aku di bulan Ramadan 1430 ini.
Sekitar 5:30 petang aku telah tiba di pintu pagar utama Sek Teknik Gombak. Pantas. Pulang aku menuju ke arah Batu Cave, Damansara & Lebuhraya KL ke Seremban. Sunyi. Mungkin ketika ini umat Islam berpusu-pusu ke Pasar Ramadan. Aku terbayang wajah Mak Mertua yang katanya mahu berbuka di rumahku. Tak tahu berapa ramai waris Mila dari Meru yang akan datang. Sungguh selesa memandu ketika jalan raya tidak sesak. Sekitar sejam aku sampai ke Jenaris. Aku tak bawa laju sebab aku lihat waktu berbuka masih lambat lagi.
Di parkir kereta perangku tiada, rumah terkunci. Huh! rasanya mahu telah setahun lebih Mila tak bawa kereta perangku. Berani pula dia bawa kereta aku. Dia bersama Anif ke Pasar Ramadan. Mungkin Mak Alang yang janjinya sampai sekitar jam 5:00 petang tak muncul-muncul. Mak Alang telah lebih dari tiga bulan membeli kereta baru
Vios rona hitam.
"Ya.. Allah panik habis ibu pakai kereta ayah! .." Aku senyum saja! sebab sudah agak pasti dia komplen perbagai. "Mula-mula breknya tak makan, kereta sudahlah banyak!, nak balik pula penghawa dinginya tak boleh hidup..!" Aku senyum melebar.
Dalam hatiku berkata, biar Mila tahu bagaimana payahnya aku berkejar-kejar menghantar anak-anak ke sekolah pun panasnya ke masjid tiap kali Jumaat jika penghawa dingin meragam. Aku sudah akrab dengan kereta perangku. Breknya bukan tak makan cuma kena pam lantaran si Adan punya pomen. Penghawa dingin memang suka menyakat, jika cuaca panas memang dia suruh aku bersauna, kalau cuaca sejuk lagi sejuk dia menyakatku.
Nak tukar baru memang aku tak mampu.
Mak Mertua tak datang mungkin tak sihat, mungkin juga merajuk aku lama tak jenguk dia. Cuma Mak Alang, Pak Alang Muda, Amira & si bayi kecil anak Mak Yong. Mak Yong kasi Rendang Palembang. Adoi! sedapnya.
iDAN: Malam tadi aku mimpikan Raihan. Rasanya aku sesat bersama di dalam hutan. Bagaimana suasana berbuka di Lumut Perak itu. Tak lama lagi khabarnya raihan akan dapat cahayamata ke tiga.
Hari Sabtu lalu aku hantar kotak barangan Suli. Dia sudah jadi orang kaya tinggal di kawasan menteri Country Height. Lan suaminya beriya-iya ajak beraya nanti di rumahnya. Terima kasih Suli lantaran kasi aku Acar dari Kedah. Sedap acarnya.
...Ikan sembilang masak lemak, kembong dan udang bakar antara juadah disajikan... emmm! menyelerakan. Berbuka di desahan angin laut bersama lambungan ombak & samudera pastinya menitikkan kenangan yang payah sukar dilupakan.
Saya tumbang seronok melihat kembara Sdr Mazidul.
Saya pernah sendirian berpuasa di Tokyo ketika musim panas, siangnya begitu panjang, panas mentarinya amat kering. Sekitar 3:00 ke 4:00 pagi menteri telah terbit. Berbuka pula cuma ikan bakar, buah & sayur mentah. Payah nak cari makan di Tokyo itu. Duduk di Hotel Korakuen mana boleh memasak.
Beraya di Sagamihara tanpa lemang rendang atau ketupat. Aduh! sedihnya!. Nasiblah Obasan rajin buatkan Sashimi yang memang aku suka sangat. Beraya dengan juadah Sashimi & Tempura. Raya Jepun.
Buat Harris selamat maju jaya lantaran ada tugasan terbarunya di stesen televisyen swasta yang tentunya lebih mencabar. Harris tu machoo jejakanya; mana mungkin si Gay tu tak tertawan. Memang kita perasan jejaka pantai timur memang selalunya machoo-machoo sebab itu ramai kalangan mereka menjadi Pramugara.
Saudara Hazrey tentunya beraya sakan dengan kereta barunya. Bila teringat kereta baru dibeli memang kita rasa tak puas melaram bersama keanggunannya. Rasanya mereka yang memang sentiasa kerja di luar; kereta yang anggun adalah keperluan paling utama, Seyogia waktu & ketika memang sentiasa banyak dihabiskan di dalam kenderaan. Pengangkutan awam memang tidak boleh diharap.
Saya selalu terfikir kenapa mesti duti/cukai kenderaan import terlalu tinggi di negara kita; membuatkan sepanjang hayat kita dibelenggu hutang kenderaan yang tidak pernah selesainya. Kenderaan tempatan jua teramatlah mahal. Mungkin 360 boleh kupas sikit masalah ini. Bandingkan gaji atau ganjaran mereka di negara maju & harga kereta mereka di sana... berbanding kita.
Memang saya tahu polisi kerajaan kita maju menjaga perusahaan otomobil di negara ini maka itu duti/cukai kenderaan import teramat tinggi. Sementelah polisi tegar ini berlarutan, apakah keadaan sekarang tidak sampai membelenggu rakyat marhaen.
Isnin, 2009 Ogos 31 00:03:00 MYT