iDAN

14 Oktober 2009

Kahwin Campur 2... Machida (Singgahsana)

Bulan mengembang penuh, angin masah musim gugur di Machida tambah melembabkan hati rawanku. Jika perokok tegar gunung runtuh pun sanggup diredah lantaran kehabisan rokok. Kerinduan dalam diri bagaikan denyutan nan tidak pernah henti. Lautan api sanggup direnangi demi mahu ketemu kekasih hati. Namun tulisanku bagaikan sembilu buat seorang kekasih yang bergelar isteri.

Machida

"Operator, saya mahu membuat panggilan caj balikan ke talian 03 8737... "

"Siapa nama Encik... ingin bercakap dengan siapa?"

"Haridan bin Mohd Rodzi ingin bercakap dengan Jamilah..." Agak lama aku menunggu jawapan; duit bergerak kad telefon hampir ke penghujung.

"Minta maaf Encik, Cik Jamilah tiada di rumah dia ke Melaka!"

Siapa pula yang menjawab, sedangkan Mila sendirian di rumah. Kenapa pula ke Melaka malam minggu begini. Kerinduan yang mahu kuredakan nampak tambah menyakitkan. Aku pulang ke asrama di Sagamihara dengan 1001 pertanyaan. Tak cukup dengan surat tidak berbalas kekinian aku tertanya-tanya kenapa pula tiba-tiba Mila ke Melaka. Kenapa dia tidak memberi tahu aku pemergian dia ke Melaka. Sedangkan biar pun jauh paling tidak seminggu aku akan menulis surat buat Mila, pun paling tidak sekali aku akan membual panggilan dari Jepun.

Aku merebahkan diri di tilam kapas bercadar putih. Bantal yang Okaasan buat dari biji kekacang apa entah aku tak pasti, amat keras di kepalaku. Amat payah untuk aku melelapkan mata.

(Sekitar dua puluh tahun lalu, mana ada telefon bimbit, internet juga belum lagi begitu diketahui ramai. Di Jepun ketika itu telah ada karaoke segala, kita tidak kenal lagi apa itu karaoke. Amat payah berkomunikasi & melepas rindu)

"Haridansan anatano kanaiwa denwa o..." Macam mana pula Mila boleh telefon malam-malam begini. Kata di Melaka.

"Moshi-moshi Encik Haridan ke ni?..." Bukan suara Mila

"Siapa ni?"

"Rahayu, Ayu yang jumpa tadi tu!"

"Ooo!, ingatkan siapa tadi!"

"Boleh kita keluar minum esok tak?" Sebut minum itu aku terbayang orang Jepun yang suka mabuk dengan sakenya.

"Emmm! minum, esok hari minggu kan?, saya tak biasa minum; tapi kalau nak cari makanan halal di Tokyo saya tahu tempatnya...!" Aku terbayang di Shinjuku ada beberapa buah restoran halal milik orang Pakistan termasuk Restoran Bengal.

"Siang saya ada hal!, malam kut! kita boleh jumpa di stesen Sagamihara!" Aku aku menetapkan waktunya.

Aku membaca surat pertukaran tempat kerja aku sekitar dua minggu lagi. Sebelum ini aku mendapat tempat latihan di bawah Group Training Course of Japan International Cooperation Agency (JICA) di Tsukuba. Berserta dengan peserta antarabangsa. Telah siap asrama & jadual lawatan seluruh Jepun. Ianya berkait dengan pertanian di Jepun. Aku mungkin akan balik lewat dengan pelatih lain.

Entah bagaimana aku gatal mulut memberitahu si Joe akan pemergiaanku; Bukan main dengkinya sanggup ke pejabat JICA kononnya kursus yang bakal aku hadiri telah lari dari matlamat dasar yang kami mahu terokai. Dasar Pandang Ke Timur. PCI yang amat prihatin akan niat aku ingin belajar di Jepun, yang mencarikan tempat yang sesuai lantaran di pejabat mereka di Tokyo tak banyak mana kemahiran yang boleh aku terokai. Di Tokyo mereka telah menggunakan komputer dalam bahasa mereka. Semua AutoCad dalam Bahasa Jepun; Aku lebih suka berlatih sambil berkerja di luar stesen berbanding di pejabat.

"Selain Kajidaya Tanah saya mahir dengan Ukur Tanah di bidang Kejuruteraan Awam!.."

"Bagaimana kalau kami hantar awak ke perkampungan di Juoo Machi tak jauh dari bandar Hitachi!, di sana syarikat kita sedang membuat empangan!"

"Saya ikut sahaja!" Emmm! aku akan mengembara sendirian di perkampungan Jepun. Satu yang amat aku impikan dari tiga bulan aku di kotaraya Tokyo yang amat sesak & sarat ini. Jauh dari si Joe yang amat kontras dengan pendirianku, sudah cukup membahagiakan aku. Aku akan pergi senyap-senyap sendirian di perkampungan Jepun.

Taipei

Aku tak tahu kenapa ujud manusia seperti si Joe ini, amat gusar melihat kemajuan orang. Sanggup menyekat peluang keemasan yang aku cari sendiri. Bukan senang aku dapat menambat hati orang Jepun; berkerja dengan mereka siang & malam. Dia tak mahu menimba ilmu seperti yang aku lakukan.

Masalah sosial seharian pun aku tidak menerima caranya. Sejak tiga bulan di Tokyo sememangnya aku akan sendirian ke mana juga. Temanku adalah kamera, peta & memahirkan diri hidup dalam masyarakat Jepun.

Setahu aku dia punyai isteri seorang wanita Inggeris; seharusnya bersikap terbuka. Tetapi tak sanggup aku melihat bagaimana anggapan dia tentang Amoi Jepun. Hobi dia antara lain suka amat pepagi berbaris di celahan Amoi Jepun. Kemarok amat mahu terhempit antara Amoi-amoi Jepun. Bila tiba sahaja di destinasi dia mulalah berlagak macam si Jalak mengepak-ngepakkan sayapnya.

Duit elaun yang diberikan tidak pernah cukup tiap bulan dia suruh isterinya poskan duit dari Malaysia. Sedangkan aku boleh menabung begitu banyak. Sebulan tak kurang RM2,000 aku boleh menabung. Tak sangguplah aku mahu menitip segala hobi si Joe ini, Halim yang rapat dengan dia selalu menceriterakan segalanya kepadaku. Biarlah menjadi rahsia kami.

Seperti biasa bila masuk ke musim luruh, semua pekerja Jepun memakai kot & kemas bertali leher belang hijau. Aku terpaksa ikut lagak mereka agar tidaklah kelihatan asing di bumi orang.

"Nak panggil apa ..ini iyer!"

"Panggil iDAN sahaja sudah cukup, semua kekawan panggil saya iDAN!"

"Abg iDAN kut!... sesuai, sebab Ayu rasa pasti Abg iDAN lebih tua dari Ayu"

"Emmm! nampak tua ke saya ini..?"

"Taklah pulak nampak tampan, kacak.."

"Adoi! lemah lutut saya, jangan puji lebih-lebih macam itu!"

Apa yang menarik kepada Ayu adalah wajahnya tak seperti orang telah berkahwin. Nampak muda sangat. Dia pun tidak pernah bertanya tentang status aku. Maka aku pun titik bab status diri. Lagi satu Ayu ini punyai tarikan di anggota dadanya. Semua lelaki Jepun yang perasan asyik tersenyum melihat tarikan ini. Memang Ayu seorang gadis cantik nampak keanak-anakkan & lincah. Rambutnya lebat sederhana panjang.

"Ayu ini berwajah Anak Mami berasal dari Pulau Pinang ke?" Komuter tak padat sangat jadi kami dapat berdiri mengadap di muka pintu sambil memerhati cahaya neon di luar. Jam di tangan baru sekitar 8:00 malam.

"Ayah memang orang Pulau Pinang & emak orang Kelantan!, tapi mereka telah lama berpisah!"

"Maaf mengingatkan Ayu kepada keluarga!."

Shinjuku ke Sagamihara memang jauh. Kad tiket yang aku gunakan hanya sampai ke Harajuku. Dari Sagamihara ke Harajuka mengambil masa sejam. Aku bebas keluar masuk di mana-mana stesen sepanjang perjalanan Sagamihara ke Harajuku. Selebihnya aku kena beli tiket. Shinjuku ada stesen yang bertingkat-tingkat tak kurang punya 14 landasan keretapinya. Tangga bergeraknya sayup ke bawah tanah. Tak pasti berapa banyak stesennya di bawah tanahnya. Aku kerap juga merayap di kotaraya Shinjuku bila hari cuti lantaran ianya tak jauh dengan Harajuku pejabatku PCI berada.



"Ayu stres sekarang ini abg iDAN" Kami telah berada di Bengal Restoran.

"Kenapa?!, ceritalah bagaimana pula boleh bertemu jodoh dengan orang Jepun, keluar ini kasi tahu suaminya tak?"

"Entahlah abg iDAN!, sebelum ini okey!, Jepun adalah negara ke lima Ayu berhijrah, UK, Dubai, Hong Kong, Taipei.." Aku perhatikan memang wajah Ayu sejak di komuter kelihatan resah sahaja, apa yang aku tanya dia lambat menjawabnya. " Suami Ayu tak kisah Ayu mahu ke mana, di sibuk berkerja, hari ini katanya dia ada hal di rumah keluarga... bila di Tokyo ini, dia dekat dengan keluarganya, Ayu rasa tak larat lagi!,"

"Kenapa?" Aku cuba menyingkap keresahan Rahayu.

"Suami Ayu rasanya telah bukan Islam lagi, dia kembali minum, makan cara Jepun, paling tak tahan bila Ayu ke rumah mertua Ayu terpaksa basuh pinggang mangkuk yang digunakan untuk masakan babi!, sebab itu mengelak untuk sering ke rumah mertua Ayu!"

"Di Jepun ini telah berapa lama!"

"Baru setahun lebih!"

"Lama tu!, Ayu tak berbincang ke perkara ini dengan suami Ayu? Masalah babi semua itu!"

"Orang Jepun ini macam cinalah Abg iDAN, apa sahaja masakan mereka pasti taruh perencahnya babi!, Ayu sudah bincang dengan suami Ayu masalahnya mereka tak faham yang haram & halal ini, kita semua kena samak segala pinggan mangkuk tu! lagilah mereka tak faham!" Najis Mughallazah (Najis Berat) .

"Sabarlah Ayu, ini ada nombor telefon kedutaan kita, ini pula nombor Pusat Islam di Jepun. Mungkin Ayu boleh mendapat bantuan di sana. Mesti ada cara agar suami Ayu berubah; ceritalah bagaimana Ayu boleh berjumpa dengan suami Ayu!"

"Abg iDAN tenguk ini..!" Ayu menunjukkan kesan luka agak panjang di lengan tangan kirinya. Parutnya telah lama & nampak bukannya torehan yang calang-calang.

- bersambung

Wajah iDAN sekitar 20 tahun lalu! semasa di Tokyo!

Puisi iDAN (Singgahsana)

Masihkah ada lagi yang manis
bilamana kelopak kasih telah layu
tangkai janji telah kering
rona kasih telah pudar
air mata rawan bertetesan
kering di cawan harapan.

Masihkah ada lagi yang manis
bilamana sengketa dunia semakin ganas
telah dimusnahkan segala perjanjian damai
manusia saling menghunus senjata
merah menyemarakkan lelangit kejam
peperangan ini semakin panjang.

Masihkah ada lagi yang manis
bilamana iman itu makin keliru
berkiblatkan kerakusan & ketamakan
hilang segala nilai amal kemurnian
saling berlumba mengumpul harta dunia
terleka di kancah kemungkaran
berbaur dengan keangkuhan & kemungkaran.

Masihkah ada lagi yang manis
seyogia aroma pahit ditelan
tidak lagi dirasakan.


iDANRADZi
Jenaris Kajang
5:39 PM, October 14, 2009

Sesekali jika anda penat membaca catatan dalam blog ini apa kata mengembara ke alam puisi iDAN sila klik sini http://dkelopak.blogspot.com