Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

07 September 2009

Tanah Perkuburan Melayu Sungai Kantan Kajang (Singgahsana)


Ada beberapa yang menarik di Tanah Perkuburan Sungai Kantan Kajang. Jika dulunya ianya agak suram & semak namun sekarang tidak lagi.
Yang duduk
Datuk Dr Ujang Bagong


Pertamanya jika pemastautin tetap di Kajang pasti kenal dermawan Datuk Dr Ujang Bagong. Sekitar Kajang boleh dikatakan dari masjid, tanah perkuburan hinggalah sekolah agama pasti semua perasan warna hijau cerah bangunannya adalah atas wakaf daripada Datuk Dr Ujang Bagong. Malahan batang pokok sekitarnya pun dicat atas saranan Datuk Dr Ujang Bagong. Itu yang membuatkan Tanah Perkuburan Sungai Kantan Kajang amat ceria dengan usaha & dermawan Datuk Dr Ujang Bagong. Ditambah lagi dengan gantungan bendera sekelilingnya menjadikan pengunjung tanah perkuburan ini merasa tidaklah sepi & suram. Malahan pekerja yang diupah oleh Datuk Dr Ujang Bagong sentiasa membuatkan tanah perkuburan ini cantik & bersih.

Keduanya kubur ini istimewa... mana-mana banduan di penjara yang meninggal & pewarisnya tidak menuntut biasanya jenazah mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan. Termasuklah jenazah Arwah Mona Fendi & beberapa orang rakannya.

Pagi tadi ramai kenalanku pertama kali menjejak kaki ke tanah perkuburan ini lantaran memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abg Din yang selamat dikebumikan sekitar jam 11:00 pagi tadi. Kubur arwah berdekatan dengan Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang meninggal dunia minggu lalu.

Aku menumpang kereta Savvy Saleh IT rakan baikku untuk ke tanah perkuburan, bersama Mail & tutor tempat kerja lamaku. Tak kurang dari seratus orang rakan sekerja arwah (satu fakulti dengan tempat kerja lamaku) datang ke Jenaris. Urusan jenazah dilaksanakan di Surau Desa Sri Jenaris, sejak awal pagi lagi. Aku lewat datang lantaran mengantuklah amat sepanjang malam berjaga di rumah arwah.

Sesungguhnya ajal maut di tangan Tuhan, pemergian mengejut Allahyarham sememangnya amat menggamamkan rakan & taulan. Serangan jantung sememang tidak dapat diduga. Sesungguhnya pemergian Allahyarham akan pasti meninggalkan banyak kenangan buat Fakulti Kejut. Jasa Allahyarham yang berkhidmat lebih dari 30 tahun tentunya amat sukar dibalas. Agar Roh Allahyarham akan tetap aman di sana.

Aku meraba dadaku!, jantungku juga telah lima kali mengadap pakar!. Masih belum tahu misteri di dalamnya.