iDAN

31 Julai 2008

Ulan ooo Ulan 2 (Kerjaya)

"Kejamnya majikan Ulan!"

Pasti terlahir kata-kata itu dibibir kita. Apakah tiada rundingan. Sedangkan sesama kita bukankah masing-masing makan gaji. Apakah wajar kita perdajal sesama kita. Siapa majikan dia. Sabar!.

Ulan asalnya seorang yang pakar kimpalan. Aku masih teringat zaman Ulan bujang ketika gila-gila pakai motorsikal Yamaha RXS atau Honda berkuasa besar 80an. Hobinya buat eksos sendiri. Melalak seMalaya. Semasa itu memang dia berkerja di bengkel kimpalan Kejut.



Bayangkan seorang yang pakar kimpalan ditukarkan ke makmal komputer. Apa lagi diam-diam dia buka bengkel haram sebelah makmal. Mana tidak bisingnya majikan Ulan. Selain itu Ulan juga memang pakar baiki perbagai motor. Kerja besi ditukarkan ke ICT. Kontras betul.

Aku teringat pernah satu hari aku cuba menunjuk ajar dia format cakera keras. Tak mahu saja okey format dibalingnya cakera keras itu. Paham-paham saja apa jadi. Orang besi nak buat kerja lembut. Nahaslah cakera keras.

Bagiku tempat sebaiknya memang Ulan di bengkel kimpalan, dia juga mahir dengan mesin larik & banyak lagi kemahiran di bengkel, bukan makmal komputer.

Dalam masa yang sama ada tersimpan dendam tak sudah terhadap kekasih Ulan oleh majikannya. Majikan Ulan ini dulunya berkhidmat di Ladang. Bila Pejabat Ladang UPM tutup ramai staf dari sana masuk ke Kejut. Majikan Ulan ini seorang wanita. Dendam seorang wanita dengan seorang wanita memang berpanjangan. Ulan asyik membawa masuk kekasihnya ke makmal. Isulah satu isu panas.

Kekasih Ulan memang kenalan rapatku. Pelajar Master dari Indonesia. Aku kenali gadis ini lebih dari tiga tahun sebelum Ulan kenal madu cinta. Malahan aku juga yang mengenalkan mereka berdua. Tak sangka pula mereka jatuh cinta. Bagai belangkas tak boleh dipisahkan. Kenapa aku katakan madu cinta. Ulan telah berkahwin; & kini bercinta dengan gadis yang memang amat cantik.

Orang minang memang berwatak lemah lembut, kena pula memakai susuk. Adoi memang boleh mengingau malam. Aku sendiri cemburu bagaimana mereka baru tiga minggu berkenalan boleh jatuh cinta sedangkan aku tiga tahun berkenalan rapat tak apa-apa. Aku masih merasakan gadis ini bagai adik kandungku. Isk! rugi.

Kemelut percintaan Ulan dengan bengkel haramnya & dendam tak sudah seorang wanita memanglah boleh meletus gumpulan api amarah yang amat sangat.

Emmm! makmal kayu Blok G penuh ceritera. Aku teringat Arwah Nasha suka bermain Ping Ball di makmal itu. Ceritera Arwah Nasha memang mendapat perhatian banyak pihak. Jika masih tidak menghayati ceritera tragis bagaimana staf Kejut boleh stres sampai mengantung diri.

Atau Sila Klik sini (Kisah Tragis)

Sila Klik sini (Kisah Tragis)

Berbalik Kisah Ulan...

Memang ada rasionalnya majikan menukar kunci & memindahkan Ulan. Takut makmal terbakar & perbagainya. Namun dalam pembelaan Ulan bagiku; memang lebih rasional rasanya Ulan bertindak sedemikian lantaran sementelah kehidupannya tidak boleh dipisahkan dari besi bukan komputer. Kenapa dipisahkan Ulan dengan besinya. Bukan tak ada staf Kejut membuat projek besi-membesi & dibenarkan oleh majikan menggunakan segala kemudahan yang ada di sini. Kenapa hak itu tidak diberi untuk Ulan. Ulan terpinggir sebenarnya.

Ulan kini berjaya sebagai usahawan grill sebagai kerja luarnya. Punyai bengkelnya sendiri. Ramai pekerjanya. Sayang UPM tidak menilai kemahiran dia buat membimbing pelajarnya.