iDAN

18 Mac 2006

Suram 6 Februari xvii Kesetiaan

18.3.2006

Tanggungjawab, benar ke seorang lelaki boleh bertanggungjawab. Apatah lagi dah punyai isteri. Aku tak tahu isteri pertamanya berapa orang cahaya mata, tapi yang jelas cahaya mata arwah sahaja sudah empat orang, kini lahir lagi seorang. Lima orang cahaya mata yang perlu dipertanggungjawabkan. Bila kawin terus sahaja mendapat cahaya mata, bukan mustahil sempat lagi seorang dua Ani akan melahirkan anak.

Memang aku tidak faham kenapa ramai kalangan isteri boleh mengejar suami orang. Jika kita ke ruang chit-chat umpamanya. Memang ramai yang guna nick seperti Nautty_hubby, suami_kesepian, lonely_husband, hubby40an dan perbagai nama yang melambang ketidak sucinya kasih seorang suami. Bagaikan menampak kejalangan seorang suami mahu melacurkan cintanya yang ada terhadap isterinya, anak-anak serta rumah tangganya. Mahu menagih simpati & cuba lari dari tanggungjawab di rumah tangga. Maka itu meuar-uarkan nick yang sebegitu. Bagaikan mengharap kasih lain. Tak puas dengan isteri sendiri. Tak tahu nak selesaikan rumah tangga sendiri. Bagaikan ingin mencari jodoh lain. Bagaikan mahu berpoligami. Bagaikan poligami itu jalan lari dari permasalah & tanggungjawab. Jika sudah bergelar hubby atau suami kenapa mesti diwar-warkan kesepian. Malahan mengaku nakal pulak tu. Pun kenapa perempuan boleh berchat-chit dengan lelaki yang begini, dari indentiti diri nick sekalipun melambangkan kecurangan seorang lelaki. Itu kepuraan di internet yang banyak merosakkan keutuhan rumah tangga Islam.

Itu cuma bab chit-chat, belum lagi cerita SMS & e-mel. Bagaimana mudah & ringkasnya jika seseorang ingin memancing cinta lain. Ingin menabur janji. Ingin melacurkan cinta hingga rumah tangga porak-peranda di zaman serba globalisasi.

Pun di dunia nyata, hatiku berkata... kenapa seorang isteri seperti Ani boleh terpikat dengan lelaki yang sebegini. Aku tidak persoalkan jika Ani telah pun berpisah dengan suaminya. Telah bergelar janda. Atau Ani sekadar punyai cahaya mata seorang dua, bukan cahaya mata seramai empat orang yang masih terlalu kecil. Paling aku sedih suami Ani amat menyintai dia dan bungkam mencari jalan untuk menyelamatkan rumah tangga dia. Biar berombak mana sekalipun rumah tangga seharusnya Ani kena mementingkan amanah Allah S.W.T terhadap empat orang cahayamata itu. Itu yang utama. Kenapa lari kejar lelaki lain. Tak tahulah aku apalah masalahnya. Aku sifar tentang hati naluri Ani. Titik.

Seharusnya kita sesama Islam menolong keluarga yang bergolak ini, cuba menyelamatkan talian suci pernikahan. Bukan menangguk di air keruh. Jika hari ini kita memisahkan kasih sayang suami isteri, bukan mustahil esok lusa kita menempuh musibah yang sama. Kalau Allah Azza Wa Jalla tidak menduga kita, mungkin terjadi kepada keluarga kita, anak-anak kita, atau cucu kita.

Jangan terniat langsung untuk kita merampas kebahagian rumah tangga orang lain. Selagi orang itu Islam namanya, talian kita tetap ada. Bila kita telah bersaudara, kenapa mesti kita terfikir ingin merobohkan rumah tangga saudara kita sendiri. Ingatlah pembalasan Ilahi itu adil. Tak siapa sesungguhnya rela dengan perpisahan. Perit amat perpisahan itu.

Jika lelaki yang merampas kasih sayang Arwah Nasha dapat menyelami hakikat kasih sayang arwah... yang sampai sanggup mengakhirkan hayatnya lantaran isterinya. Kenapa tergamak merampas kasih sayang itu dari gengaman arwah. Di mana dia nak letak kesilapannya menggoda Ani isteri arwah. Apa alasan dia? Ani yang tergila-gilakan dia?. Lelaki, bergelar suami lagi... bagi aku adalah ketua. Lelaki yang bertanggungjawab sepenuhnya soal jodoh dalam sesebuah ruamhtangga. Terutama dalam menentukan talak, nikah, cerai, poligami semua itu. Memang hati perempuan bagaikan kerak nasi. Keras bagaimanapun bila sudah lemas dengan taburan janji mudah akan lembutnya. Apakah mahu dipergunakan akan kelemahan perempuan ini?

Pertimbangan perempuan juga amat lemah berbanding lelaki, itu memang telah ditentukan oleh Ilahi. Bila dipersoalkan nafsu, ianya memang banyak di pihak perempuan, nafsu bukan senang dikawal. Sedangkan lelaki yang Allah Azza Wa Jalla berikan 1:9 sahaja nafsu berbanding perempuan, amat payah mengawalnya. Malahan sanggup membunuh lantaran tidak dapat mengawal nafsu 1:9 tadi. Inikan pula nak mengawal 9:1 nafsu yang Allah Azza Wa Jalla anugerahkan kepada perempuan.

Kenapa aku asyik mempersoalkan ini?.

Aku sesungguhnya tidak setuju orang ke tiga yang masuk campur dalam pergolakan rumah tangga orang. Apa hak kita masuk campur, sedangkan suami isteri yang bermasalah ada keluarga mereka sendiri. Emak, ayah atau orang terdekat dengan keluarga mereka yang lebih wajib jadi pendamai. Agama tidak menganjurkan orang luar masuk campur. Masuk campur yang sampai mengharu-birukan rumah tangga; malahan menghancurkan segalanya. Di dunia mungkin mereka nampak bahagia, bagaimana nanti di akhirat; Segalanya akan diadili semula pastinya tidak larat kita menanggung sesalan atas kekejaman pun kecurangan kita terhadap pasangan yang tulus bercinta.

Orang yang bernama Islam seharusnya mendoakan kebahagiaan rumah tangga orang lain. Orang luar jadi pendamai bukan batu api. Kesedaran ini yang seharusnya ada pada setiap diri seorang Islam. Mendoakan kebahagiaan saudara mara, rakan, jiran dan sesama ummah. Jika semua hamba Allah S.W.T ini sedar diri, jangan sewenang-wenangnya jadi penghalang kerukunan rumah tangga orang.

Memang akan damai segala ummah, jika kita sesama kita mahukan kerukunan rumah tangga semua manusia sejagat.

Sebab kematian ASPHYXIA, itu yang tertulis di Sijil kematian yang dikeluar oleh JPN Daerah Ulu Langat. Surat kematian balai polis lain pula. Katanya tertulis "Hanging", aku memang tidak dapat melihat akan surat kematian itu. Isteri arwah lahir tahun 1967 bermakna sekarang mahu menjangkau 39 tahun. Rasanya usia sebegitu kira sudah penghujungnya juga. Sempadan hidup kita selalunya usia 40 tahun. Anak-anak yang perlukan perhatian ibu bapa tentunya akan terusan mengikat diri seorang ibu. Apatah lagi telah tiada ayah. Setakad bergantung duit pencen arwah memang tidak cukup.

ASPHYXIA; Jika kita search di internet perkataan ASPHYXIA memang perbagai perkara anih akan dapat diakses. Banyak sangat menyebut tentang kematian bila disebut ASPHYXIA. Malahan kumpulan muzik yang menamakan ASPHYXIA banyak melambangkan wajah-wajah syaitan. Segalanya kait mengait, lantaran malam tersebut adalah malam Jumaat. Tertembung pula malam Taipusam di mana semua kuil india ada majlis pemujaan tersendiri.

Lalu aku yakinkan saja diri demi lantaran Arwah Nasha adalah kawan karibku. Aku sekadar menyedapkan hati sendiri ...Arwah meninggal lantaran kerasukan. Sekadar itu takut ingin mengatakan arwah mati SESAT.

Seharusnya ada cara lain untuk menyelesaikan masalah. Tapi apakan daya takdir Tuhan menentukan segala. Jika kerasukan... bukanlah senang untuk menepisnya. Bilamana segalanya telah mengekang diri, aku yakin arwah memang tidak dapat lagi berfikir secara waras sewaktu segalanya berlaku. Itu cuma tafsiran aku. Pun itulah harapanku; di samping seiring doa agar roh arwah tetap diterima biar apa cara sekalipun. Jika SEBALIKnya hanya Allah Azza Wa Jalla saja yang maha tahu.

Moralnya begini;

Masalah rumah tangga, kerjaya, hutang piutang pun keimaman bilamana tidak dapat lagi dibendung & terbendung; Pasti segalanya bagaikan melilit hati. Suami memang kena banyak bersabar lantaran untuk membentuk seorang isteri yang soleha bukannya mudah. Isteripun seharusnya jangan terlalu banyak meminta sesuatu yang suami tidak mampu adakan. Hidup kena sederhana. Kekurangan & keburukan suami itu terimalah sebagai satu keredaan, fikirkan sifat baik suami jika tersingkap keburukannya. Takkan tak ada langsung kebaikan suami sejak mula berkenalan dgn dia. Kebaikan itulah sepatutnya jadi pengubat segala kekurangan agar tidak keresahan pun kesepian di hati isteri. Mengingati kebaikan pasangan selalunya akan menjadikan kita seorang yang mudah memaafkan. Seorang Pemaaf.


Bersamalah membimbing diri serta keluarga dari tercampak ke jurang kekurangan; Tujuilah ke arah persada cinta yang luhur, setia lagi abadi. Hidup rumah tangga amat kejap, tapi ikatannya kekal dunia & akhirat.

Along@Atan cahayamata sulong arwah, agar dapat membangunkan semula keluarga & keturunan Arwah Nasha. Kita tenguklah perkembangannya nanti...

TAMAT.

Kembali ke Awal Ceritera






Nota:

Khabar terbaru yang disampaikan oleh Ulan, Ani telah pun punyai cahaya mata? 2 orang begitu cepat!!! dengan lelaki tersebut.

" Kau tak tanya ke... anak² tu umur berapa? Bila mereka bernikah? " Aku macam syak tak baik saja. Jangan cam itu iDAN.

" Ada aku tanya dia tak jawab pun! "

" Kita bersangka baik sahaja, anak² itu memang sah anak mereka, lahirnya setelah mereka bernikah."

Memang ramai yang tertanya-tanya, bila mereka bernikah. Sebab selang beberapa minggu setelah arwah pergi. Lelaki yang kini menjadi suami Ani mesti bersama Ani jika ke Jenaris. Semasa pindah pun Ulan yang turut bersama mengangkat barangan lelaki itu ada bersama. Bila aku tanya Ulan apakah mereka telah bernikah. Ulan cuma jawab memang itu Pakwe dia, dia pun tidak tahu mereka bernikah ke tidak. Satu yang pasti edah seorang isteri selepas semua tahu, tiga kali suci; empat bulan sepuluh hari! bulan Melayu. Emmm masih dalam edah.

Memang menceritakan segala, bagaikan kita membuka aib seseorang. Apa tujuan kita menceritakan segala?. Namun segalanya di depan mata. Memang pahit untuk kita telan, biarpun Arwah Nasha sekadar kawan.

Paling aku sedih, Ulan pernah mengadu.

" Baru-baru ini Ani ada datang ke rumah aku iDAN "

" Apa hal pula dia datang dengan siapa? "

" Pasal kapcai arwah yang aku sudah baiki itu, dia nak kembali kapcai tu .. dengan Pakwe dialah "

" Dah nikah ke mereka! "

" Sudah ler kot, anak²nya dah besar dengan lelaki tu " Tentunya telah dua tahun lebih, seorang lagi masih kecillah tu. Arwah Nasha pergi pun telah 3 tahun.

" Bukan ke lelaki itu orang kaya, bukan ke kapcai tu dah beribu duit Ulan habis membaikinya! " Memang teruk amat kapcai arwah semasa ditinggalkan.

" Bukan dia yang kaya iDAN, isteri mudanya yang orang berada! "

" Habis tu kau tidak minta duit kau yang habis baiki kapcai itu "

" Biarlah iDAN, katanya anak arwah yang nak pakai "

Aku teringat, bagaimana Ani buang semua barangan arwah atas nasihat dukun yang dia pergi, konon dengan cara itu sahaja akan dapat Ani melupakan arwah. Kini kenapa pula perlu kapcai itu. Tindakan Ulan betul, sebab itu kira peninggalan arwah. Harta pusaka Arwah Nasha, memang elok dipulangkan untuk anak-anaknya.

" Habis tu bagaimana anak-anak arwah, ikut sekali tak masa itu "

" Sian iDAN, anak-anak arwah memang takut sangat dengan ayah tirinya, aku syak dia garang sangat..! "

" Kenapa kau cakap begitu .. Ulan.."

" Masa kat rumah aku, anak² arwah tengah bermain pun kelam kabut lari ke emaknya bila ayah tirinya datang..!, tak berani nak bermain pun ketika ayah tirinya ada! nampak sangat ayah tirinya garang "

Emmm entah-entah kena dera bebudak tu, desah hati keliruku. Ah.. harap-harap tak begitu, tak baik buruk sangka, pujuk hatiku. Isteri Ulan memang rapat dengan Ulan, tentunya dia banyak tahu tentang keadaan Ani kini.

Aku teringat bagaimana anak-anak Arwah Nasha manja dengan ayahnya. Bayangkan terkadang Arwah Nasha bawa mereka membonceng kapcainya sampai bertiga atau semuatnya!.Ke kedai di Jenaris, malah sampai ke UPM; Ani bergaya dengan kancil terkadang vannya. Payahnnya aku nak terima hakikat ini.

16 May 07

Posted on 18.3.2006 at 11:44 PM

Kembali ke Awal Ceritera

(Ulan telah meninggal dunia tahun lalu 2012 kena strok berpunca diabetes yang mengejut; hanya tiga hari di CCU dia telah tiada lagi al-Fatihah)


4.4.2016

Baru ni sy bermimpi bertemu dengan Arwah Nasha; dia tidak bercakap. Ada orang kata jika kita berjumpa dengan orang yang telah tiada dalam mimpi kita. Dia tidak bercakap, mimpinya pula ketika dinihari sebelum subuh itu petandanya memang dia.

Dalam mimpi tersebut arwah ingin menumpang moto sy ke tempat kerja. Wajahnya amat sedih & tak mahu senyum. Dia masih mahu berkerja padahal sy sedar dia bukan ujud di alam nyata. Sebab itu sy lari dari arwah tak mahu memanjangkan ceritera. Agar arwah damai di sana. Yang penting agar tindakan arwah mengakhirkan hayatnya telah diampunkan Ilahi. Memang Allah SWT amat menegah hamba-Nya buat keputusan seperti arwah. Tapi kita tidak tahu keadaan sebenar tatkala masa kejadian. Perkara ghaib atau mungkin kerasukan boleh menyesatkan manusia... al-Fatihah.