iDAN

01 Disember 2009

MMms 21 Ujian Stres Penyair iDANRADZi Gagal (Singgahsana)


"Doktor pakar jantung kehilangan kereta, seorang doktor lagi cuti kecemasan!" aku lihat memang ramai pesakit & pengiring telah sedia menunggu. Jam hampir 10:00 pagi. Aku biasalah lewat lagi, temujanji 9:00pagi.

"Nak jumpa doktor atau temankan orang?" Nampak muda sangat seorang pemuda dari Ijok ini.

"Saya yang sakit... hari tu telah buat ujian terapi tapi doktor tak jumpa lagi masalahnya, jantung saya lemah mungkin kena masukkan bateri macam ayah saya kut!" lagi kronik dariku;

Selepas subuh tadi aku kesiangan. Mana seluar sukannya, kasut sukannya, kad rawatannya. Memang aku amat malas & hilang upaya pergi sendirian ke tempat sebegini. Sudah pujuk si Aziq & Anif agar temani ayahnya; Huh! mereka lebih suka duduk di rumah. Mila berkerja. Jangan ganggu dia; lagi pun aku boleh jalan sendiri. Parkir di Hospital Serdang semakin teruk!, aku terpaksa parkir di bawah pokok sebagai parkir alternatif.

Aku teringat Fairuz yang katanya mahu bersamaku di Klinik Kardio Hospital Serdang. Tak nampak lagi wajahnya. Di Jenaris tadi aku telah telefon dia agar tak payah bawakan kasut sukan aku terjumpa kasut Afiz yang muat untuk kupakai. Kasut sukanku tak muat lantaran kaki mula mengembang.

"Saya pun telah empat atau lima kali ke sini, masih tak tahu keadaan jantung saya, malam-malam selalu sesak nafas!" dari senyuman pemuda ini dia nampak mesra & ramah "Ada sakit diabetes atau penyakit lainkah?" aku memang tak menduga orang semuda ini boleh kena sakit jantung.

"Tak ada, tapi sejak kebelakang ini tekanan darah saya sememangnya tidak normal.."

"Biasalah tu, kalau ada gangguan di jantung kita, tekanan darah kita jadi tak betul!"

Selang beberapa ketika telefon bimbitku berdering pastinya siFairuz yang janji mahu ketemu aku telah tiba. Telahanku benar; memang agak lama kami tak berjumpa.

"Mana Tok Perak?.."

"Dia kirim salam saja, dia sibuk main karom!"

"Emm! orang telah naik pangkat kanan, mesti sibuk nak buat macam mana?"

"Mana ada sibuknya abg iDAN, pelajar UPM telah cutilah.."

"Cuti apa pulak, cuti raya seminggu ke!''

"Cuti semester hujung tahunlah, hujung bulan ini baru masuk!" aku memang lupa bab cuti pelajar semua ini.

Aku bertanya jururawat yang bertugas, apakah mereka akan kasi nombor sebab aku kena buat Ujian Stres. Dia memberitahu nama aku akan dipanggil. Aku pun minta diri dari pemuda Ijok yang masih berada di ruang hadapan tempat jururawat bertugas & menyemak kad perubatan pesakit.

"Kau tahu Fairuz, jika aku selewat ini sudah pasti sekitar jam 1:00 tengah hari nanti barulah akan nama aku dipanggil, kalau rasanya kau penat menunggu; aku tak kisah!, Fairuz baliklah ke makmal takut ada pula yang nak jumpa!"

"Saya nak makan dengan abg iDAN, lama sangat tak makan dengan abg iDAN."

"Biasanya pihak hospital tak benarkan makan apa-apa jika mahu buat sebarang ujian!"

"Tak apa saya tunggu!"

Maka menunggulah kami, aku sempat juga berbual dengan beberapa pesakit, ceritanya samalah, masalah jantung. Ada abg seorang bernama Aziz dia menghantar isterinya yang punyai masalah yang sama, asalnya dia seorang sahaja disahkan mengidap sakit jantung; kekinian isterinya pula. Aziz masih amat segak, usianya jauh lebih muda dariku. Aduh! lagilah amat tercabarnya jika suami isteri bermasalah jantung.

Aku lihat Fairuz mula gelisah, telah hampir tiga jam dia menunggu. Aku senyum sahaja melihat kegelisahannya. Bagiku telah menjadi perkara biasa menunggu sebegini lama di hospital ini. Aku pernah tuliskan ketika darah tinggiku melonjak naik, dari naik ambulan pepagi lagi, hingga menjelang maghrib baru dapat jumpa doktor. Dari Dr Imah sahkan aku kena tinggal di wad, sampai sakit darah tinggiku kembali normal. Duduk di Wad Kecemasan sepanjang hari. Sendirian.

"Ini siapa yang stres, aku ke... kau Fairuz?"

"Stres sebab lapar abg iDAN sejak pagi tak makan!"

"Sabar-sabar, kita kan selalu puasa!, kena puasalah kejap, kalau kita keluar kut! kena panggil, nombor mereka tak kasi kalau tak senang kita agakkan masa!.."

"Nanti saya tanya bila giliran abg iDAN!" jam telah 1:00 tengah hari lebih.

Aku pun entah berapa kali masuk ke ruang bilik Ujian Stres, Pembantu Perubatannya nampak sibuk; jadi malas ganggu keerja dia.

"Abg berdua sahajalah yang kena buat Ujian Stres!, kejap lagit katanya.." Fairuz tambah gelisah.

"Serik.. kan?... temankan orang sakit, bayangkan abang kau ini sendiri di wad begini; mana ada pesakit tak berteman, mesti ada pengiring!, emmm! duduk seorang-seorang lagilah mengantuk & bosan amat!"

Aku suka bertanya dengan pengiring yang datang, ada india sebelah hantar Mak Mertuanya, masing-masing gelisah. Paling gelisah aku tenguk seorang lelaki nampak segak sangat, Fairuz syak dia Pemandu Teksi sebab pakai baju putih. Wajah sama seiras ayahnya yang memang sakut kuat, tua sangat ayahnya terpaksa dibawa dengan kerusi roda. Entah berapa kali dia mengadap jururawat lantaran tak larat menunggu. Mungkin dia datang seawal 8:00 pagi; bila empat lima jam menunggu membawa ayah yang uzur begitu memanglah tak terkawal lagi rasa sabar menunggu. Aku ada Fairuz memang rasa lapang & amat tenang. Fairuz lagi membebel tenguk nyonya muda makan Kuih Pau sedap bangat.

1:30 tengah hari. Kesabaran Fairuz sudah melimpah limitnya. Dia ajak aku pergi tanya Pembantu Perubatan lagi. Ada dua orang lagi perlu buah Ujian Stres aku & seorang Apek nampak lebih tua dariku.

"Jom! abg iDAN kita pergi makan ada lagi setengah jam giliran abang iDAN!" lapar sangat siFairuz ini.

Aku pun kelaparan sebenarnya; terpaksa langgar pantang jangan makan sebelum Ujian Stres, badan pun mula menggigil kelaparan. Kantin di Hospital Serdang telah jauh berubah, juadahnya semakin banyak & memang menyelerakan. Siap ada makanan Ala Barat. Aku makan nasi lauk ikan darat sahaja. Fairuz makan nasi lauk ayam kurma. Tidak bagai dulu; teramat teruk juadah di kantin ini!. Sekitar jam 2:00 petang apa lauk pun tak ada!. Mungkin telah tukar tauke; Cadangan aku mahu makan di Uniten dibatalkan. Fairuz makan besar, memang dia lapar amat; kasihan dia.

"Lepas ini kalau stres & tak larat nak nunggu lagi, Fairuz baliklah, nanti bos bising pula!"

"Dah makan tak kisah, tunggu abg iDAN sampai malam pun tak apa!" aku senyum sahaja, aku pasti dia memang serik menemaniku.

Tiba di tingkat tiga Klinik Kardio, Abg Aziz beritahu namaku telah dipanggil; aku & Fairuz ke bilik Ujian Stres ada Apek sedang buat ujian. Aku menunggu sekitar 15 minit. Pembantu Perubatan masih muda belia. Baik orangnya; dia kata kalau boleh aku kena buat ujian sampai ke had kelajuan 3, sebaik sampai had 4. Tak mampu Mak Oii! baru separuh had kelajuan 3, kakiku tak larat lagi melangkah. Tekanan darah dari 120/70 mmHg (milliliter air raksa) * Terbaik pernah aku capai... telah naik ke 160/110 mmHg. Seharusnya aku boleh bertahan lama tetapi otot kaki memang tak kuat lagi menampung berat badan. Biar pun dada@jantungku okey!. Aku tak mahu ambil risiko, kut! naik tekanan darah yang membahayakan diri nak buat apa.

Aku bermandi peluh, kecewa sangat cuma lagi 3 minit Ujian Stres ini harus aku lalui menandakan aku memang sihat. Tak mampu. Aku sekadar mampu bertahan 7 minit sahaja. Itulah hakikatnya kekuatan diri tuaku.

- bersambung