iDAN
29 September 2010
Persahabatan & Percintaan
Persahabatan.
Berbalah dalam persahabatan sering membuatkan kita jeran untuk ketemu rakan kita. Ada dua perkara yang sering membuat kita berbalah.
1. Harta: atau pun zaman sekarang kita panggil duit@wang. Sering berlaku perbalahan antara dua sahabat lantaran tak sekata dalam urusan wang bersama. Selalu rakan kita hilang lenyap bila berhutang & tak mahu menjelaskan. Begitu juga bilamana berbalah dalam agihan keuntungan dalam berkongsi perniagaan. Selain itu sering juga berlaku lantaran gagal dalam urusan berniaga jualan langsung (MLM). Duit berkepuk telah diberikan sesen pun tak mendapat untung. Rakan penganjur lesuh entah ke mana. Kawan makan kawan. Begitu jua politik yang sering menggoncang sahabat lantaran pengaruh wang atau laba.
2. Perempuan: selalu kita tonton filem Hindustan berlaku perkara ini. Berebut perempuan menjadikan faktor berlakunya perbalahan atau hilang sahabat. Skrip tidak sengaja direka tetapi memang hakikat hidup ini kerap berlaku perbalahan bilamana sahabat kita tidak sehaluan dalam perhubungan dengan perempuan.
Kisah ini pernah berlaku dalam hidupku, bilamana aku tidak setuju rakan menyimpan janda di makmal; takut kejadian buruk berlaku sebaliknya aku tertuduh dengan aib yang amat sangat hingga sahabatku itu putus saudara dengan aku, tak seintim dulu. Berpatah arang. Malahan perkara yang aku risaukan memang berlaku, makmal tersebut terbakar. Nasiblah janda tersebut tidak lagi bermalam di situ. Jika tidak memang nahas.
Jika hati anda ikhlas & mahukan ukhuwah itu berpanjangan, persahabatan masih boleh dijalinkan dengan kemaafan. Buang yang keruh ambil yang jernih. Itu sebaiknya. Kenapa mesti mencari musuh. Orang kata hidup ini amat payah jika kita punyai biarpun seorang musuh.
Percintaan.
Percintaan sering terputus atas pelbagai sebab. Antaranya lantaran cemburu buta, kecurangan, mata keranjang, pisau cukur, fitnah atau takdir.
Matlamat percintaan pastinya mahukan jalinan dinobatkan dengan pernikahan namun jodoh belum pasti kekal sering jua berlaku perceraian biar pun telah punyai cahayamata. Putus cinta adalah satu yang amat derita & menyakitkan. Sering kita sebut unggapan bagaikan kaca terhempas di batu. Hati yang telah remuk amat sukar untuk dipujuk biar pun dalam agama kita menyebut akan adanya rujuk; malahan sampai dibolehkan dua kali rujuk. Hanya talak tiga sahaja melibatkan orang ketiga. Cina Buta.
Takdir terkadang tidak dapat kita tolak lantaran berpisah mati; kekasih kita meninggal dunia tanpa kita duga. Terputuslah cinta.
Inilah berbedaan yang maha berbeda & drastik sekali. Persahabatan boleh dipupuk semula namun percintaan amat sukar dijalin semula jika berlaku perbalahan.
Kenapa?.
Langgan:
Catatan (Atom)