Kenapa MLM adalah skim piramid?
- Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk.
- Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk.
- Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, di mana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah ‘atas angin’.
- Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, di mana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
- Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.
Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor?
- Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
- Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
- Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak masuk akal.
- Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu ‘sistem’, bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai ‘nature of business’. Anda sebahagian daripada ‘sistem’ yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
- Menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar.
- Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
- Sistem ‘pelan pemasaran’ yang amat meragukan dari sudut Syariah.
Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam?
- Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
- lebih daripada 80% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal, apatah lagi untung.
- Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia, kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
- Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai di bawah anda.
- Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah.
- Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.
Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:
- Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia.
- Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
- Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.
- Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil.
- Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
- Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda.
- Pelan kami berbeza dengan MLM yang lain di pasaran. Pendek kata pelan kami unik.
- “Jika saya boleh, anda tentu boleh”. Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal.
Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:
- Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat.
- ‘Pelan pemasaran’ yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai memudahkan mereka memutar belit fakta.
- Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
- Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa “jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.”Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
- Mempunyai dana yang besar untuk ‘menutup’ mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan.
Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?
- Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
- Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 ‘mind control’ (nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
- Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu.
- ‘In state of denial.’ tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
- Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke 20, jadi tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
- Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah, maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.
Untuk renungan:
- Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar, biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefon boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut untuk melihat dengan mata anda sendiri.
- Logikkah harga sebotol minuman ‘kesihatan’ berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sesiapa saja.
- 8/10 daripada rakan/saudara/ keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif. Kenapa?
- Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah ‘cukup duit’.
- Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
- Kini ramai upline cuba mencari downline dari kalangan pelajar-pelajar kolej atau universiti kerana golongan ini senang termakan janji dan tertipu dengan upline. Ini kerana golongan ini ada dikalangan ‘sengkek’, ‘pokai’ dan orang memang tiada duit ataupun orang susah. Ditambah lagi dengan golongan ini dapat peruntukan dari pinjaman atau PTPTN.
Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?
- Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai ‘sistem’, bukan ‘produk’.
- Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
- Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
- Dari 100% yang masuk MLM hanya lebih kurang 10% sahaja yang berjaya dan kaya raya.
- Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
- Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
- Piramid yang tidak mempunya ‘tapak’ akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.
* petikan ini diambil dari website putera.com
ps:- dari kacamata saya kini perniagaan MLM
tidak lagi seperti dulu. Kini MLM penuh dengan tipu muslihat, penipuan,
helah untuk dapatkan downline kerana saya percaya 80% sudah tak
percayakan perniagaan ini dan hanya 20% lagi mempunyai pengalaman samada
berjaya atau di sebaliknya masih bertahan dengan MLM.
Pesan saya di sini jika anda tak yakin dengan perniagaan MLM
jangan cuba-cuba kerana anda bakal kerugian satu hari nanti. Kepada yang
masih bertahan dalam MLM pesan downline anda janganlah mempengaruhi
siswa/siswi dengan janji manis yang kemudian nanti akan memberi manfaat
pada upline tapi siswa/siswi yang menjadi downline sengsara. Carilah
orang yang sudah bekerja dan berminat menyertai MLM.
Artikel ini bukan memburukkan perniagaan MLM
tapi sekadar memberi peringatan dan panduan supaya orang melayu kita
lebih berhati-hati.
Pokok pangkal JANGAN IKUT ORANG, tepuk dada tanya selera.
Pokok pangkal JANGAN IKUT ORANG, tepuk dada tanya selera.
iDAN:
Sejak berzaman saya adalah salah seorang yang anti MLM ini; salah satu contoh perniagaan gelang yang dikenalkan oleh anak saudara saya AC Mizal; saya adalah salah seorang ahli perniagaan ini tapi tak aktif pun. Saya dengar perniagaan ini kian jatuh di Malaysia dan mungkin kompeni AC Mizal beralih ke luar negara.
Selalunya MLM ini akan mengenakan rakan handai; waris atau adik beradik untuk mengembangkan perniagaan mereka seperti Penapis Air yang selalunya mereka yang awal berangan sampaikan memakai Merc/menjadi jutawan sedangnya secara lojik jualan mereka tidak pun sebanyak itu untungnya. Rasanya mereka yang dapat Merc/atau menjadi jutawan segera ini akan berhutang kepada ahli yang tak mendapat sebarang keuntungan.
Selalunya MLM ini akan mengenakan rakan handai; waris atau adik beradik untuk mengembangkan perniagaan mereka seperti Penapis Air yang selalunya mereka yang awal berangan sampaikan memakai Merc/menjadi jutawan sedangnya secara lojik jualan mereka tidak pun sebanyak itu untungnya. Rasanya mereka yang dapat Merc/atau menjadi jutawan segera ini akan berhutang kepada ahli yang tak mendapat sebarang keuntungan.
Sebagai contoh harga Penapis Air secara terbuka amat murah berbanding dibeli dengan jualan MLM dan pastinya ini satu penganiaya buat mereka yang membeli secara MLM. Si jutawan sebenarnya adalah si penghutang ini sampai ke liang lahat pun tak akan terlunasnya akan hutangnya; bayangkan tanpa usaha yang gigah sekadar menggoda orang dengan air liur tetiba menjadi senang lenang. Ini sebenarnya ada merompak secara SULIT harga Merc/jutawan segera tersebut bukannyan rezeki atas usaha sebenar. Sampai ke alam sana pun pasti takkan selamat kehidupannya. Bertaubatlah.
Jangan cari nahas dengan jualan secara MLM; namanya seiras MALAM nanti dunia anda akan gelap selamanya baik di dunia nyata atau pun di dunia yang kekal nanti.
Jangan cari nahas dengan jualan secara MLM; namanya seiras MALAM nanti dunia anda akan gelap selamanya baik di dunia nyata atau pun di dunia yang kekal nanti.