iDAN

14 Januari 2010

Warkah buat Cikgu (Singgahsana)

Blogger iDAN

Class Streaming; atau pengasingan kelas bagi pelajar cemerlang. Memang ada baik ada buruknya. Tapi dalam sudut pengajaran memang mudah sebab senang menunjuk ajar pelajar yang cemerlang tanpa gangguan pelajar lembab. Pun tak semesti di kelas yang lembab cikgunya juga lembab tak payah mengajar!. Begitu kan?. Secara peribadi bagi saya yang telah berusia ini, jika sekolah biasa tak perlulah buat pengasingan ini. Nak pelajar baik usahakan masuk anak-anak ke MRSM atau sekolah berasrama penuh yang lain. Jangka masa panjang saya perhatikan masalah moral sering timbul jika tidak terdidik dgn baik; pelajar yang ditempatkan di kelas cemerlang atau sekolah baik-baik ini ramai egonya tinggi bila memasuki alam berkerja. Ramai kalangan mereka yang menjadi ketua atau VVIP di jabatan punyai masalah sebab terlalu muda duduk di kerusi bos semata-mata mengikut skala akedamiknya yang tinggi. Ramai prof muda-muda punyai masalah perhubungan dengan pegawai bawahan sebab sejak di bangku sekolah lagi mereka ini sendiri dipuji & ditatang manja. Bila berkerja pastinya berbeda. Payah mereka bergaul dengan golongan rendah IQ sebab dah terbiasa bergaul dengan mereka yang bijak pandai belaka. Semasa saya di St Michael Inst Ipoh; memang sekolah tersebut tak mahu pengasingan ini takutnya masalah bangga diri kalangan murid pun rasa terbiar pelajar yang kurang bijak. Directornya mahukan anak murid dilayan sama rata. Baru beberapa tahun lalu, ramai kalangan ibu bapa kecewa amat bilamana sekolah sekitar Kajang ini; yang mengasingkan pelajar ini... sekadar membuat majlis doa selamat & sembahyang hajat bagi mereka yang di kelas lemah sahaja. Termasuklah anak saya. Malu cikgu... terasa kita jadi ayah kpd anak yang bodoh!. Majlis agama begini pun mahu diasingkan. Saya katakan cikgu sekolah tersebut ego. Orang pandai rupanya tak perlu berdoa & sembahyang hajat. Ada seorang ayah lantang mempertikaikan tindakan guru-guru di sek. ini. Pengetuanya seorang wanita menyanggah ego dengan keputusan mereka buat majlis sebegitu. Tahu apa jadinya selepas PMR, ramai kalangan pelajar selemah anak saya layak ke MRSM pun tawaran ke sekolah asrama penuh yang baik-baik! lantaran mendapat keputusan cemerlang dalam PMR mereka. Yang pandai ramai juga yang tercicir. Aziq anak saya memang dapat tawaran MRSM mulanya di Sabah terpaksa kami tolak jauh sangat; kemudian pengambilan kedua dapat tawaran di Penang tak dapat maklumat kpd kami sebagai ibu ayah. MRSM Penang pun satu hal; buat tawaran guna telefon melalui telefon bimbit Aziq sahaja, tak pakai surat. Aziq pula ketika itu dah duduk di asrama Sek Teknik Gombak. Mana boleh bawa Telefon Bimbit. Maknanya di sini tak semestinya dalam kelas terasing, pelajar lemah itu tidak berjaya. Samalah si Afiz anak sulung saya biar pun dia dari sekolah biasa bukan Sekolah Teknik; dia masih dapat ke Politeknik sebab dia pintar dalam Mathematik. Dapat A1 ketika SPMnya. Sekarang Afiz sedang menghabiskan kajian Diploma Pemasaran. Dia sering mendapat Sijil Dekan di Politeknik dalam banyak kosnya. Biar pun semasa di sekolah biasa dia di kelas murid tercorot. Motivasi dari cikgu & ibu ayah itu yang amat penting. Semua manusia sebenarnya dilahirkan baik & pandai belaka jika kita rajin asuh-mengasuh mereka!.

January 14, 2010 6:16 Petang.