iDAN
10 November 2009
Mimpi Ngeri (Singgahsana)
Jika kita mahu tidur kita diganggu Mimpi Ngeri, mudah sahaja; ikut panduan ini mungkin anda berjaya.
1. Siang-siang jangan buat sebarang aktiviti lasak, cukup sahaja anda menonton Astro atau klik komputer. Duduk diam-diam. Cari cerita yang ngeri-ngeri sikit. Jangan menonton cerita kelakar, baca kisah yang sedih-sedih di internet; tiada internet baca buku-buku yang paling membosankan jiwa anda kemudian dalami betul-betul sampai hati anda terusik & tertekan.
2. Pastikan jika keluar rumah dengan keadaan selesa, jangan sampai penat & berpeluh. Guna penghawa dingin kereta sesejuk yang mungkin. Jangan bersenam.
3. Jika makan jangan memilih, makan dengan selera, tiap kali terasa pedas atau tersekat makanan minum sahaja. Jangan ikut peraturan atau jadual makan. Terasa nak makan jamu sahaja selera anda. Bila nak tidur pastikan makan kenyang-kenyang sampai tak bernafas.
4. Jika anda makan ubat jangan ikut jadual doktor, lepas makan malam barulah anda makan semua ubat.
5. Pastikan menonton lagi TV, DVD atau VCV seram, sedih sampai anda tertidur tanpa sembahyang Isyak.
Rasanya dengan Rukun Songsang lima ini pasti anda akan diuliti mimpi ngeri. Boleh ikut tetapi bersyarat, sebabnya yang kelima itu boleh buat anda sesat larat. Tak sembahyang itu bukan arahan agama kita. Kalau tak terjaga di dinihari dengan berpeluh tolong jangan amalkan Rukun Songsang ini.
Itu yang berlaku sepanjang malam tadi, aku mimpikan perkara yang pelik-pelik. Rasanya mengemas barangan ingin berjalan jauh. Rakan berkali-kali telefon aku tak angkat pun gagang telefon; tau-tau tertinggal penerbangan. Dalam kesedihan itu terpaksalah kembali ke rumah. Balik dari lapangan terbang sesat larat di hutan, asyik jumpa jalan mati. Curam bukan main. Tinggi amat nampak rumah-rumah & kenderaan di bawah sana kecil amat. Berbukit bukau & jalannya bukan dari tar, amat sukar memandu sendirian, tak ada kenderaan lain. Tiba-tiba kenderaan tak dapat dikawal licin sangat terbabas masuk ke jurang!.
Tersedar! TV di depan masih terpasang, intai jam dinding huh! jam 4:00 pagi. Bantal & Narita basah dek peluh, Teringat tak sembahyang Isyak. Lepas solat badan rasa amat penat terlelap & bersambung mimpi lagi ngeri. Lagi teruk semua datang dalam mimpi, Marialah, Abg Jaapo, tergantung di dinding tak boleh turunlah. Nak makan makanan basilah. Adoi!. Sedar-sedar Mila bising subuh telah hampir tergelincir.
Sebelum tidur aku menonton ceritera The Messenger: The Story of Joan of Arc di mana gadis petani si Jeanne kononnya menerima seruan, dia mengatakan itu seruan Tuhan tetapi akhirnya syaitan merasuk yang akhirnya Jeanne dibakar. Awal ceriteranya aku tak begitu tertumpu tetapi melihat ketangkasan Jeanne ketika perang membuatkan aku teruja mengikuti jalur ceritera sejarah ini sampai ke penghujungnya.
Sungguh ianya mengesan hati, antara babak di mana dia menghalang tawanan perang disiksa lantaran ingin mengambil giginya. Bagaimana dia dalam kemelut perang dia dilumuri darah sedar-sedar askarnya ramai terkorban. Babak akhir ketika dia dibakar juga nampak amat ngeri.
Sepanjang siang pula aku lupa makan ubat, malam-malam aku telah semua ubat ada enam jenis ubat. Dari darah tinggi, kolestrol, jantung, dibetes, buah pinggang & entah apa jenis lagi telan sekali gus. Sepatutnya malam-malam aku hanya telan ubat kolestrol sahaja. Bagus sangatlah jadualnya. Tak siapa mengingatkan. Kena fahamlah sendiri diri ini memang sakit.
Isu semasa nan terkumpul di Gelenggang sila klik
Langgan:
Catatan (Atom)