Itu!.. yang aku cerita dengan anak-anak. Kawan ayah ini pelbagai; dari sepandai-pandai orang sampailah ke orang biasa. Ada dengar cerita rakan kita pengedar dadah sampai tertangkap. Ada juga jadi imam masjid negeri.
Thor, Tahir, Mahyuni itu satu sekolah di Kg Changkat Tualang (Desa Tualang) mereka semua jadi orang biasa sahaja macam aku bukanlah VVIP. Dulu masa sekolah rendah aku memang pelajar contoh. Aku diterima masuk asrama penuh sebab aku memang pelajar cemerlang kononnya;
Dari darjah 4 hingga 6 aku jadi ketua murid; selalu dapat nombor satu dalam kelas. Penilaian dapat 4A 1B. masa itu mana ada pelajar pandai di kampung aku itu. Tak ada 5A pun.
Keluarga aku kira orang berada, ayah kahwin 3, patutnya tak dapat masuk ke asrama sebab ianya khas buat keluarga susah; yang lain tu memang dari keluarga susah bukan sebab rekod akedamik. Sebab rekod sekolah rendah aku cemerlang itu yg dipilih.
Dari Remove Class lagi aku sudah buang buku; aku memang tak belajar masa ambil LCE aku ingat pencil 2B yang oren hitam tu aku jadikan Buah Dadu. Habis penggal bungkus semua barang dah yakin gagal punya & akan dibuang asrama; entah macam mana boleh lulus semua mata pelajaran!. Biar pun tak cemerlang.
(Dalam jiwa aku masa itu memang aku amat anti orang kaya, sebab tenguk kehidupan arwah apak yang kaya sampai berkahwin ramai; aku memang bertekad nak jadi orang biasa!)
Dulu aku ni Mizi berhenti sekolah awal; tiap minggu kena hantar surat dari kampung, kena tanda tangan apak mengatakan ada duduk di rumah. Sekarang pun aku bersara pilihan; pencen awal. Sampai Pak Lah pun ada hantar e-mel ucapkan tahniah pendedahan aku; Bagaimana aku nekad mendedahkan permasalahan kerjaya orang bawahan di UPM.
Pihak JPM telefon ajak aku mengadap di Biru Aduan Awam JPM. Sampai NC nak pecat aku!. AJK KEPERTAMA serang aku; Hingga aku diturunkan pangkat jadi budak pejabat. Ramai yang berkokok & bertepuk tangan, mereka anggap aku ini penulis gila tak ikut saluran betul;
Tak sempat jadi duduk di bangku budak pejabat; Dekan bantu aku duduk di bangku Unit IT, pilihan keduaku.
Pilihan pertama jika aku kekal menjaga makmal komputer sendirian tanpa bos sejak 1997 lagi; aku akan berkhidmat selama dua tahun untuk sukupkan servis 30 tahun. Sebelumnya masa aku kerja dengan Dato' Radin Omar, aku memang dapat elaun tanggung kerja Juruteknik pelbagai. Sekitar 2 atau tahun begitu. Kemudian aku buat kerja lebihan secara sukarela.
Pilihan kedua aku akan letak jawatan secara pilihan ia itu lapan bulan notis. Jika aku di Unit IT.
Aku akan letak jawatan 24 jam jika aku didera menjadi Budak Pejabat. JPM tahu semua ini. E-mel merebak begitu cepat. Cara begini, selama lapan bulan tiada gaji kemudian dapat pencen segala setalah habis tempoh eddah lapan bulan itu. Ramai tak tahu akta ini.
Bila JPM telefon aku suruh mengadap mereka; Aku balas dengan e-mel panjang, aku kata aku sudah letak jawatan & bantulah rakan-rakanku yang masih berkhidmat. Dalam masa yang sa,a Pak Lah menaikkan anak buahnya seramai 200 orang ke jawatan Pembantu Tadbir Rendah; UPM tak buat sedang lampu hijau dari JPM ada aku simpan e-melnya. Semua e-mel ini aku panjangkan buat Cuepacs & pelbagai pihak. Omar@Bagindo tu tak pandai bere-mel. Salinannya ada JPM kirim ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bagus Warkah untuk PM ini. Ramai tak tahu kes sebaliknya. Tahu-tahu mereka naik pangkat sahaja.
Antara isunya aku sedih amat lihat ramai staf kerajaan dari mula masuk kerja jadi Budak Pejabat sampai ke tua dari "Atok Pejabat". Aku tak sanggup lihat mereka ini dengan mata rabun nampal setem beratus di Pejabat Pos. Itu sering aku perhatian. Dulu ada Kerani Rendah & Penyemak Fail. Jawatan ini untuk mereka sebenarnya tapi dijumudkan.
Aku ini gila menulis sejak di asrama lagi. Banyak kes bab menulis.
Bila Pak Lah letak jawatan, Datuk Najib umumkan isu ini. Berjuang sendirian terkadang lebih nekad dari kesatuan. Akhirnya alhamdullih seMalaya mendapat durian runtuh; 20 tahun pekerja se aliran aku semua dinaikkan taraf. Staf UPM 300 orang dinaikkan taraf kerjaya tanpa temuduga. Aku dah pun pencen ketika itu.
Itu yang menarik hidup ini; hidup dalam keadaan susah berpangkat rendah banyak kenangan hidup ini takkan ditemui bagi mereka yang di menara gading!. 28 tahun kerja dengan mereka ilmuan belaka tak banyak beda dengan hidup kita di Asrama Putra Jalan Watson dulu.
Catatan Dua
Tok Wan, Prof Nizam & Sdr Mizi dapat pertunjuk jalan yang betul; aku ini bayangkan terpaksa berhenti sekolah awal; 3 bulan lebih aku balik kampung belajar sendiri di rumah; ketika itu stres sangat meja tulisku kena terbalik. Disiplin kita teruk amat ketika itu!.
Maka itu aku jadi penghuni@penunggu jirat cina, lari sebab bosan dengan masalah asrama. Orang syak kerja aku tak ada lain. Negatif sahaja. Tanyalah siapa suka jadi antu dekat jirat cina tu!.
Jiwa aku memang jiwa Penyair sejak dulu; terlalu banyak yang aku hayalkan. Di asrama memang tak dapat berfikir apa pun; paling dekat jirat cinalah!.
Ambik MCE berulang naik bas dari Batu Gajah ke St Micahel. Sebelum naik bas naik Vespa dari kampung ikut Bakap 8 batu dalam dinihari, jalan lombong berlumba dengan jembalang. Menumpang simpan Vespa rumah Ithnin Nawi di Jalan Tg Tualang. Se awal 5:00 pagi kena bertolak sendirian dari Desa Tualang.
Tak seramai mana berjaya di Asrama Putra. Sebab akhirnya semua terbiar. Yang okey! kira okeylah yang degil macam aku hanyutlah.
Aku merantau ke Serdang dengan MCE aku pangkat 3; sampai pencen tak siapa hirau aku sebab aku malas nak belajar buat PJJ pelbagai peluang memang ada, tapi aku telah nekad tentukan hidup aku begini.
Perangai di asrama masih terbawa-bawa aku konon suka jadi Hang Jebat!
Rezeki pula mahal berbalah dengan golongan JIM yang memang amat pendendam mereka ini. Sejak tahun 80an lagi; golongan ini memang misteri. Terusan menghantui aku. Nanti kalau server di easyjournal okey aku akan pindahkan di blogspot ceritera dulu-dulu yang banyak boleh disambung; bagaimana kehidupan aku hingga mendapat sakit kronik sekarang ini.
Aku ingatkan aku sahaja perasan naifnya pelajar yang cemerlang terbiar di Jalan Watson itu; Aku menjadi perokok tegar sejak tingkatan 4 lagi.
Wahab jadi Peg Bomba pun naik dari bawahan. Joe & Osman pun sama kut!.
Tulisan Mizi benar belaka. Aku masih ingat air kegemaran aku kalau memang dah habis air sirap. Air paiplah apalagi. Belasah sahaja. Paling sedih nak bersahur kena redah gelap dinihari lalu bawah pokok besar kalau tinggal di Jln Watson dan 73 tambun. Sering pula hari hujan!. Sakit!.
(Payah mahu menongkah arus ni Mizi; tapi mungkin kita boleh buat sesuatu pada keluarga mangsa. Saya pernah terdengar khabar rakan kita ada ke tali gantung lantaran menjadi pengedar dadah. Benarkah khabar ini. Sungguh bukan aku nak salahkan takdir buat kata Tok Wan ada yang jadi orang; Ini tanggung jawab diri sendiri. Bab aku mungkin sekadar menjadi orang-orang!)
Tapi kira okeylah! dapat mendengar kejayaan rakan-rakan pun terasa satu rahmat. Dapat tahu Prof Dolah dapat Dato' kita numpang tersohor juga!.
Emmm! lihat gambar Mizi pakai topi putih di tapak binaan hati teruja juga.
Tulisan Mizi:
Tulisan ini memang benar belaka; cumanya kami bukan mahu menyalahkan sesiapa. Elok dibuatkan suri teladan bagi mereka yang mahukan kejayaaan anak; tinggalkan anak di asrama pastikan asrama tersebut benar-benar terjamin.
Ini zaman 30 tahun lalu; sekarang mungkin tak ditemui asrama sebegini.
Tiap kali tengok budak-budak tunggu bas untuk balik ke asrama/kampung… terus teringat masa duk hantar ambil Yop dan Syitah ke asrama deme dulu. Lantas teringat aku sendiri dalam keadaan itu.
Kehidupan tinggal di asrama bermula masa dipilih untuk RK (Rancangan khas) masuk Remove Class (dari sekolah kebangsaan ke aliran Inggeris), Mana2 budak yang dapat 3A, 2B atau 4A, 1B dlm Peperiksaan Penilaian dan tak dpt masuk ke asrama penuh akan ditawarkan ke sekolah2 terpilih di bandar Ipoh. Masa tu umur baru 13 tahun… selepas darjah 6. Kat RK takat form 3 jer (4 tahun).. Form 4 dan form 5 duk kat SMT, Jalan Cheras, KL.. Form six selama sebulan tak duk asrama.. masuk PUO pun cuma rasa duk kat hostel cuma satu penggal jer. Masa UTM pulak duk kat hostel flat kat Kampong baru tu.
Kehidupan di asrama yang paling haprak ialah masa di RK Jalan Watson/Jalan Tambun Ipoh. Ditempat kan di 3 buah bungalow kuarters kerajaan yang usang bersebelahan dgn jirat cina. Ruang tamu dan ruang makan salah satu bungalow itu dijadikan ‘dewan makan’ Makanan dimasak di tempat lain (”S” Restoran) dan dibawa dengan van ke asrama. Kalau van buruk tu breakdown.. kebulur la kami menunggu makanan tak sampai2. Mutu makanannya.. selalu ada ikan ‘jaws’ sayur kubis berperencah ulat dan kalo pepagi selalunya roti lembik dan kdg2 mee goreng golek kicap/sos jer. Selama 3 tahun duk kat situ (tahun pertama menumpang kat asrama STAR) asyik org tu jer yang dapat tender bekalkan makanan? Tak ada org lain ke yang berminat? Peruntukan shiput jer ke atau ada kong kalikong masa pemberian tender?
Satu unit bungalow tu ada 3 atau 4 bilik. Toilet empat (termasuk toilet amah) Bayangkan la… 30 hingga 40 org budak2 duk dalam satu bungalow… toilet ada 3 jer.. kalo pepagi. tak ke haru biru nak buang sisa toksik masing2? Tu yang ada pi melepas kat semak atau yang daring tu pi kat celah2 jirat cina tu. Keadaan ini adalah lebih buruk dari kedaan di kampung sendiri.
Kebersihan asrama, sendiri2 tanggung.. tak ada pekerja yang sapu apatah lagi mop lantai. Penyapu pun tong2 beli sendiri.. semua tunggang langgang… maklum la kebanyakan kami budak2 kampong… untuk jimat upah dobi.. kami basuh sendiri. Mana yang malas tu… uniform putih jadi kuning.. kuning jadi kelabu.. ada warden.. tapi tak selalu duk asrama pun.
Untuk ke sekolah kami disediakan bas.. tapi bas ni bukan free.. kena bayar. Mcm mana perancangan Jabatan Pendidikan masa tu? Patutnya benda2 mcm ni diambil kira. Atau mungkin peruntukan utk transportation pun ada yang ‘pau’ masuk poket sendiri?
Tujuan asal kerajaan amat baik. Tapi perlaksanaan nya amat buruk.. mungkin ada pihak2 tertentu yang tidak amanah.. guna peruntukan yang disediakan untuk diri sendiri. Keadaan ini menyebabkan ramai bebudak yang jadi liar. Mana yang tidak boleh mendisiplinkan diri sendiri terus hanyut… jadi penagih dan sebagainya. Mungkin benda2 mcm ni la berputiknye perasaan anti establishment.. penuh dengan korupsi… sekarang baru nampak akibahnya.
Ramai juga yang ‘jadi orang’ dan akhirnya menjawat jawatan yang aku dengar agak bagus2 juga. Tapi aku rasa, kalau perlaksanaan RK itu dijalankan dengan baik oleh pihak2 berkenaan (Jabatan Pendidikan).. tujuan asal RK itu akan lebih berjaya. Amat rugi sebab ramai anak2 Melayu yang tercicir kerana jadi mangsa keadaan mcm tu. Aku sendiri bila dah tak tahan dengan kehidupan di asrama itu mencari jalan keluar untuk menentukan masa depan aku. Lepas LCE.. aku mohon masuk ke sekolah teknik.. dan lepas tu dapatlah merasa duduk di ‘asrama’ yang sempurna.
Cumanye.. aku masih tertanya2? Siapa yang sepatutnye menyelia RK tu dulu? Mana perginya ‘pegawai2 Jabatan.. Nazir2… pegawai pembangunan dsbnye? Mana perginya peruntukan2 untuk housekeeping, riadah, logistik dan sebagainya. Tak kan la kami diumpamakan seperti kambing dilepaskan kepadang luas.. pepandailah jaga diri sendiri.. Kalau la aku berupaya trace balik rekod2 akaun RK tu… mau aku submit kepada MACC..
Malangnya… bungalow2 itu pun dah diroboh dan di gantikan dengan rumah agam individu2 tertentu… dan aku juga muskyil mcm mana tanah2 prime mcm tu boleh dimiliki oleh mereka? Pegawai2 berkenaan pun pastinya dah bersara dan kalo betul la tidak amanah semasa hidupnya.. duk bersilat dgn malaikat di dalam kubor agam mereka.
Yang masih hidup.. Masing2 masih bermaharajalela di bumi Allah ini… umpama mereka boleh bawa harta benda mereka ke lubang kubur.
Cikgu Aziz, Cikgu Mutalib, Cikgu Harun rasanya mereka telah membuat kerja sebaiknya sebagai warden asrama. Tak ingat yang macho macam Rishi Kapoor itu pun baik sangat tetapi memang wajar ada pihak yang boleh membuat Post Mortem sebab golongan kami memang ada yang berjaya smpai menara gading selebihnya cuba imbau pendapat mereka.Aku masih ingat peringkat awal memang masih ada dobi. Tukang sapu sampah semua itu ada; penghujungnya ketika aku tinga Form 4 & Form 5 memang aku ralat & tinggalkan asrama sebelum persekolahan tamat. Mana ada dobi segala. Aku masih ingat masa itu Mantan PM Dr M jadi Menteri Pelajaran sering ugut kami mahu menarik balik biasiswa jika kami menurun pelajaran.
Mana ada siapa hirau kami masa itu. Belajar atau tidak, sekolah atau tidak, nak merokokkah? nak hisab dadahkah, memang terbiar!. Sekitar tahun 70an memang St Michael Inst. teruk dihimpit masalah dadah. Aku sendiri pernah mendapat candu secara mudah!