iDAN

30 November 2013

Rakan Setia

Kita kena percaya dengan perkara ghaib; bukan ghaib itu bermaksud orang bunian, hantu, jemalang atau APA juga yang misteri & menakutkan. Perkara ghaib seperti takdir, jodoh, pertemuan atau jua yang membuahkan kebaikan atau rezeki perlu kita yakini akan sentiasa ujud buat diri.

Sebagai contoh persahabatan atau ikatan yang intim. Ianya bukan hak kita menentukan. Ada ketika hari ini mereka yang pernah kita benci atau yang tak mahu mengenali kita tetiba dia jadi rakan setia.

Bukan mustahil berlaku sebaliknya hari ini kita begitu intim tetiba esok atau lusa rakan ini menjadi renggang atau menjadi duri dalam daging yang tak pernah kita jangka boleh membuatkan hidup kita terganggu.

 Hatta kena yakin & berserah kepada ketentuan Ilahi; segalanya adalah anugerah daripada Dia yang Esa untuk kita punyai rakan yang baik lagi SETIA.