iDAN
05 Julai 2011
Si Parkir Meter 2.
"Nak makan kat mana ni ayah!"
"Ngapa Azim lapar ke?" jam di Avanza telah menunjukkan sekitar 11:15 pagi.
"Azim tak sempat makan apa pun tadi, memanglah lapar ayah" berkjar menghantar Husna sejak awal pagi kami berdua memang tak sarapan lagi.
"Sebelah Klinik Kesihatan Kajang tu ada gerai, kita makan di sana" aku merentas bandaraya Kajang menuju Jalan Semenyih. Sesak di Kajang itu telah biasa. Setibanya di Klinik Kesihatan Kajang ada dua gerai di depan pintunya. Aku menuju gerai sebelah kiri nampak ramai orang.
Azim minta nasi lemakbersama telur goreng, aku pula menu makan tengah hari, dengan jering rebusnya, ikan keli sambal juga sayur lemak pucuk ubi. Minum Teh Ais & Air Suam, Azim Sirap Limau Ais. RM11.40. Memang itu kadar makan berdua jika mahu nikmati juadah kampung. Aku nampak pakcik Pengawal Keselamatan dengan juadah bungkusnya makan di gerai yang sama. Memang itu sebaiknya di zaman moden kini, bungkus nasi sendiri hanya beli air minuman di gerai, ais kosong pun sudah okey! baru 20 kupang.
Sedang elok kami makan, Azim mendapat SMS dari Husna mengatakan dia telah selesai urusan doktornya. Aku menyuruh Azim ke klinik, tunggu di ruang menunggu depan lobbi klinik; aku akan jemput. Kasihan Qasrina pasti sakit kena suntik. Lagi pun hari dari gerimis telah mula muncul sinar mentari.
"Menangis tak si Qasrina tadi Mie?" aku memanggil Husna masih dengan panggilan Mie.
"Menangis kejap saja masa disuntik! kemudian dia senyap saja."
"Kut demam pula dia nanti!"
"Ada doktor kasi ubat ni, jika dia demam"
"Apa kata doktor perkembangan Qasrina? gemuk ke kurus ke?"
"Okey!, dah lebih 4kg beratnya!"
Memang Qasrina seorang bayi yang baik, jarang meragam dan nampak montel. Lesung pipinya antara dua mulutnya akan terbit baik ketika senyum atau ketika menangis. Kasihan Qasrin asyik kena cucuk jika jumpa doktor; kini usianya telah masuk kedua bulan, tak pasti suntikan apa pula kali ini.
Aku menuju ke Jenaris untk menghantar Husna & Qasrina. Telah sah Azim terpaksa ponteng sekolah. Urusan dengan pejabat kerajaan bukannya mudah. Aku terbayang akan JPM di Hentian Serdang. Jangan main-main ramainya orang. Aku memilih JPM di Seri Serdang (SS) lebih cepat & selesa sebab tak ramai pengunjungnya.
"Jangan lupa Azim, sampai Jenaris nanti, ambil Surat Beranak, ingatkan ayah buku akaun May Bank & kita cari salinan IC ibu. Kita pun kena buat salinan IC nanti kut! dipinta senang nanti!"
Sebelum pergi aku terpaksa carikan makan Husna, dah dekat tengah hari, dia pun sekadar makan roti kut! sebagai sarapan pagi tadi. Aku cadangkan dia makan Nasi Ayam si Ayu, lama tak jumpa si Ayu; Apa khabar dia, dah berisikah sebab sering aku ke restorannya asyik tutup. Jangkaan aku tersilap rupanya, restorannya masih tutup maka aku terpaksa aku membeli makanan di Restoran Warisan yang dulunya adalah Restoran Irawan. Husna biasalah bab makan ini banyak juga pra syaratnya. Dia nak daging ayam dada!.
Sekembalinya aku dari membeli Nasi Ayam pun lauk siap masak untuk makanan tengah hari, aku bergegas ke rumah untuk aku & Azim ke SS.
"Mie! tadi Neng di Restoran Irawan tu cakap dia bungkuskan daging dada istimewa buat Mie, ayah bilang kat Neng tu; menantu saya ni cuma makan daging ayam bahagian dada, kalau tak ada tak payah! memang dia tak pandang pun!" Husna tersenyum sahaja. "Ayah ada beli banyak lauk ini, ada hati lembu, limpa lembu, ayam & ikan untuk makan tengah hari, Mie masakkan nasi saja untuk Anif nanti, kalau sempat ayah juga akan makan di rumah!"
Aku terus menuju ke SS, sampai di SS tutuplah pula!. Penat saja merentas waktu. Tanya orang sekitar JPM itu; waktu rehat memang JPM tutup hanya akan buka jam 2:00 petang nanti. Tapak parkir banyak kosong di SS mesinnya pun jarang rosak; mudahlah sikit untuk berurusan. Menunggu waktu JPM di buka aku leka di kedai RM1.99 hinggakan terpakai duit pendahuluan untuk buat akaun Azim nanti.
- bersambung.
Langgan:
Catatan (Atom)