iDAN

27 Julai 2010

Kahwin Jarak Jauh (Singgahsana)

Jiwa anak kita amat kuat membekung kenangan
aku masih ingat bagaimana sedihnya kehilangan arwah emaka
ketika itu usiaku baru 5 tahun
dua minggu arwah Emak lari dengan Cik Peah
hingga ke ambang Warga Emas ianya masih kekal di ingatan.
Kita sekarang tegar meninggalkan anak-anak lantaran kononnya tugasan
terkadang dua minggu, dua bulan malah ada yang lebih dari dua tahun

Tak dapat tidak sering kita katakan demi kerjaya atau tugasan pasangan kita, maka kita terpaksa memilih Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ). Biar pun ini sekadar jangka mangsa yang sekejap tetapi saya amat ingin mendengar pendapat para pelayar blog ini; apakah ianya wajar & perkara biasa demi tuntutan kehidupan.

Sedangkan jika kita pandai menuju arah hidup; menyusun agenda rumah tangga, terlalu banyak pilihan lain. Salah satu berhijrah kerjaya. Pertimbangkan betul-betul apakah tindakan majikan kita ini betul & tepat atau sekadar mereka mahu memajukan organisasi mereka. Apakah berbaloi ganjaran yang kita miliki sampaikan terpaksa meninggalkan anak berbulan-bulan atau pun bertahun.

Sedar tak sedar ramai majikan sekadar memhambaabdikan kita secara moden. Bila tenaga kita tidak diperlukan kita akan dijentik bagaikan tahi cicak belaka.

Lagi sedih jika suami atau isteri kita ditugaskan untuk ke luar negara dalam jangka waktu yang lama; lebih dari empat bulan sebagai tempoh taklik yang kita lafazkan; yang kita berjanji tidak akan meninggalkan isteri kita. 4 bulan ini adalah tempoh yang agama kita sarankan.

Kenapa mesti tak boleh bawa pasangan; nampak ianya macam jihat atau fisabilillah; seperti berkhidmat di Palestin & atau negara Islam yang berperang kini. Padahal semua ini mainan politik barat. Malahan jiran terdekat dengan negara ini pun endah tak endah,

Jika kita melihat filem barat sering mereka paparkan perjuangan yang tak selesai ini; askar barat bukan sedikit yang terkorban. Apa sebenarnya erti peperangan ini. Orang Islam pengecut, orang Islam bersatu; Pejuang Berani Mati sampai kita terus mati. Agar mereka diterima sebagai para Syuhada mati Syahid. Yang kaya raya seperti Arab Saudi yang seharusnya berkorban buat jiran mereka pun bagaikan boneka Negara Barat. Kita yang kurang segala menyabung nyawa demi kedaulatan negara orang; sedangkan negara sendiri pun dijajah secara senyap.

Berjihat sebenar bukan berperang sahaja; berkerja mengutip sampah untuk sara hidup anak isteri jua satu jihat. Memerangi maksiat jua jihat. Memelihara kasih sayang dengan hubungan intim anak isteri, suami & jiran tetangga jua satu jihat.

Maka itu saya berkeyakinan kita masih ada pilihan untuk menolak Perkahwinan Jarak Jauh ini. Semua terletak pada diri kita; apatah lagi bilamana kita makin tua & perlukan berihat. Aku memikirkan masalah ini lantaran telah pun menempohnya sejak lama. Tapi aku tak pernah sampai empat bulan! berjarak masih di negara sendiri.

Di mana-mana negeri di Malaysia, taklik yang diucapkan secara langsung selepas akad nikah berbunyi lebih kurang begini.


"Bahawa adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama 4 bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama masa yang tersebut pada hal ia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badannya atau saya tidak mengambil tahu mengenainya selama 4 bulan atau lebih atau (nama isteri) kemudian ia mengadu kepada mana-mana kadi/hakim Syarak jika disabitkan oleh kadi/hakim Syarak ini akan aduannya maka gugurlah talak saya dan dan tiap-tiap kali saya rujuk akan isteri saya tersebut tanpa redanya maka gugurlah pula satu talak lagi."


Cukupkah kita reda lalu kita lupa akan ajaran agama Islam atas tuntutan Keluarga Islam yang Allah SWT mahu kita laksanakan. Demi kompeni kita, tugasan kita; atau majikan kita yang gerladangan yang tak pun memikir masalah PJJ ini. Kita kata kita reda tetapi bagaimana masalah jiwa anak-anak kita. Apakah sepadan kita lepaskan kerinduan mereka di skrin komputer semata.

- bersambung nak antar Anif kejap!