iDAN

10 Disember 2009

Akhirnya Kami di Sini (Singgahsana)

Akhirnya kami di sini; Tak perlulah menagih janji manis dari siapa untuk sampai ke sini. Tak perlu minta sponsor, tak perlu pinta potongan penginapan. Sekarang memang waktu puncak. Tak perlu berurusan dengan ejen perlancongan yang pelik. Biar pun keluargaku telah melantik sebuah agensi agar dapat mengurus percutian kami. Tetapi semua janji kosong; agensi ini telah pun mengambil wang keluarga kami tetapi faham-faham sahajalah orang Melayu kita. Payah kita jumpa benar-benar ikhlas dalam memberi bantuan & perkhidmatan. Titik.

Teluk Batik Resort.

Agar kami selamat sampai di sini pada petang 27 Disember 09 nanti. Cukuplah sekadar semalam di sini, cadangnya nak tidur dua malam; huh! itu sahaja bajet yang kami mampu. Sewa di Resort sini untuk sebuah keluarga 6 orang sekitar RM400 semalam. Seorang sekitar RM66, kira okeylah tu!. Termasuk makan malam & sarapan. Terjun kolam, Astro segala. Aparment dua bilik bagi sekeluarga. Bagi Superior Room RM240. Dua orang sarapan & makan malam. Kanak-kanak bawah 4 tahun percuma. 4-12 separuh hara, sarapan RM7 & makan malam RM15.
Kolamnya memang cantik, agak besar & biasalah ada peraturannya, Kemeja T hanya rona putih, anak-anak kena pastikan pakai pakaian renang!. Kalau suka bercawat memang itulah terbaik.

Aku memang malu nak tunjuk perut boroi ini jadi kena mandi lautlah!.

Pantai kira-kira 500 meter, agak jauh juga!. Pantai Teluk Batik memang cantik airnya tenang sebab ianya Selat Melaka. Nak mandi di laut kena jogging atau bawa kenderaan.

Mungkin 28 Disember 09, Senin malam Selasa aku akan ke tanah pusaka. Aku akan tidur semalam di sana. Siang 29 Disember 09, boleh memancing di sana!. Tenguklah!. Dari Teluk Batik ke Desa Tualang Kota Bharu Perak tak sejauh mana!.


Teluk Batik ini sebenarnya aku telah beberapa kali pergi, tetapi bukan ketika berkeluarga, semasa bujang & semasa zaman kanak-kanak. Dahulu memang orang kampung rajin buat rombongan menaiki bas ke sini. Pergi pagi balik petangnya. Ada sekali kut! semasa aku berkahwin buat lawatan teknikal sekitar Lumut singgah bermalam di sini. Tak pasti.

Moh! jumpa di sana. Jika YB terbaca, sila kasi respon mungkin boleh lihat banglow YB. Teringin amat nak jenguk ladang kelapa sawit YB.

Kampung halaman semakin menggamit!.

Catatan buat Dik Ieja (Delima Merkah)

Blogger iDAN said...

Dik Ieja; Yang lalu sebenarnya sekadar bayangan yang kita tinggalkan, yang akan datang sebenarnya sekadar harapan atau fatamorgana. Yang nyata adalah hari ini, jika kita pandang sekeliling kita, kita amat bahagia & amat teruja dengan persekitaran yang kita miliki maka itulah kebahagiaan nyata. Keadaan semasa atau situasi kita amat meransang jiwa kita. Kebahagiaan dalaman lain pula, biar pun hidup bersalut emas & intan; belum tentu jiwa & raga itu amat bahagia. Gangguan kenangan lalu memang sering membuat jiwa kita kontras & payah menghadapi kenyataan. Mainan perasaan ini kita kena pandai mengimbanginya. Maka itu ujudnya agama untuk kita menentukan arah. Banyak merapatkan diri dengan Dia nan Esa insyaAllah jiwa akan tenang!.

December 11, 2009 12:24 PM