Kita terlalu banyak mendera ayam; selalu amat kita umpamakan ayam ini
benda tak elok saja. Boleh kata tiap minggu kita makan ayam, apa kata
kita tetiba bertukar jadi ayam. Kenapa tak umpamakan saja binatang yang
Islam tak benarkan kita makan; ular, anjing, helang & banyak lagi
binatang yang diharamkan makan. Agar kenalah tempatnya & kita jadi
bangsa yang dianggap mengenang BUDI.
1. Ibu Ayam kenapa tak
tukar kepada Ibu Ular; ibu ayam selalu kita tenguk kasi makan anaknya;
jarang kita nampak ular kasi makan anaknya, masing-masing bertelur
bertelur silap-silap mengeram pun tak RETI ular ni.
2. Cakar Ayam: (Tulisan Buruk) ayam mencakar dengan kaki bukan dengan tangan. Apa binatang ada tangan.
3. Sampaikan bab agama pun kita nak kaitkan ayam pada bebenda tak baik
seperti: Tidur selepas subuh rezeki akan dipatuk ayam; kenapa tak kita
umpamakan; anjing Tidur selepas subuh rezeki akan dijilat anjing; atau
lipas yg suka mencuri; tikus banyak lagi binatang jahat yang boleh kita
pilih sebagai mencuri rezeki kita.
5. Apakah dalam agama kita
Islam pernah menghina ayam seteruk kita. Aku masih mencari-cari Hadis
yang mengaitkan ayam dengan rezeki kita ini.
6. Aku pernah
dengar ceramah Ustaz yang menyebut ayam nampak Malaikat; anjing &
keldai nampak syaitan begitu cantik Islam mengajar kita mencari
peumpamaan/bidalan/ kiasan.
Jangan pula bila baca catatan ini
ada yang kata; Kau jadilah ayam iDAN. Tak kisah aku jadi ayam tapi janji
jangan sembelih aku jangan AWAK makan aku.