Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema b@bi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia?
Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968?
Jawapan pendek ialah masih terlalu awal untuk mengesahkannya.
"Apa yang menjadikan keadaan sekarang agak sulit ialah kita mungkin berada di antara krisis kesihatan yang paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.
''Atau satu permulaan kepada pandemik influenza yang sangat dahsyat,'' kata Michael Osterholm, seorang pakar mengenai wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota.
"Kita tidak tahu menahu pada masa ini di manakah kita berada. Inilah masalahnya,'' ujar beliau.
Pegawai-pegawai kesihatan mahu mengambil setiap langkah untuk menghalang wabak ini daripada membunuh berjuta-juta orang. Menelaah influenza dikatakan satu bentuk ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) pernah meramal salah pada 1976 mengenai pandemik selesema b@bi yang tidak wujud pun.
Kes pada 1976, bermula dengan tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey yang didapati jatuh sakit akibat satu bentuk selesema b@bi yang luar biasa.
Pegawai-pegawai persekutuan memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat Amerika tetapi pandemik itu tidak berlaku.
Sehingga ke hari ini, pegawai kesihatan tidak tahu mengapa dan bagaimana virus 1976 itu berhenti dengan sendirinya.
''Pengajaran pertama ialah sesiapa sahaja yang cuba membuat telahan mengenai influenza sering tidak menjadi,'' kata Dr. Richard Wenzel, bekas presiden Persatuan Antarabangsa Mengenai Penyakit Berjangkit.
Namun para pegawai kesihatan telah diminta membuat ramalan apabila panik muka memuncak pada hujung minggu lalu.
Pusat merebaknya wabak tersebut ialah Mexico, di mana virus itu dikatakan menjadi punca kepada kematian 86 orang daripada anggaran 1,400 kes di seluruh negara itu sejak 13 April.
Sekolah-sekolah ditutup, upacara di gereja dibatalkan dan Presiden Mexico, Felipe Calderon memperkenalkan kuasa-kuasa khas untuk melaksanakan perintah kuarantin terhadap mereka yang dijangkiti virus tersebut.
Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pakar-pakar menumpukan perhatian kepada satu bentuk selesema burung yang pertama kali meletus di Asia yang telah membunuh lebih 250 orang di seluruh dunia sejak 2003.
Pegawai kesihatan di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan ia menjadi wabak global tetapi sehingga kini virus itu belum mempunyai keupayaan untuk berjangkit dengan mudah dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain. - AP
BABI LUBUK VIRUS
Oleh Nurul Adlina Kamaludin, Rohaniza Idris dan Hafizah Iszahanid
bminggu@bharian.com.my
Selesema b@bi dijangka cetuskan semula wabak yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968 serta menyebabkan jutaan penduduk dunia mati
TEMPOH lebih seminggu lalu mencatat titik hitam sejarah peradaban manusia moden yang biarpun dikelilingi pelbagai peralatan serba canggih tetapi terpaksa akur dengan ancaman virus ‘ganas’ haiwan dan terbaru, selesema b@bi.
Ketika dunia terus bergelut dengan ancaman selesema burung yang belum berkesudahan, kemunculan semula wabak yang pernah menggemparkan Amerika Syarikat pada 1976, dikesan seawal 13 April lalu di Mexico, jiran terdekatnya.
Dalam tempoh itu, lebih 1,000 kes dilaporkan di sekurang-kurangnya sembilan negara dengan lebih 100 kematian setakat ini.
Selesema b@bi atau jenis baru virus H1N1 yang menggabungkan genetik babi, manusia dan burung bukan setakat mendatangkan gejala seperti demam dan dijangkiti menerusi sentuhan langsung dengan babi selain tersebar dari manusia kepada manusia, namun boleh menyebabkan maut.
Berbanding haiwan lain, babi diketahui sebagai ‘lubuk’ pengeraman virus influenza dan boleh dijangkiti lebih daripada satu virus daripada spesies berbeza. Bahayanya, virus utama membabitkan babi sukar dikenal pasti kerana sistem imun atau daya tahan tubuhnya yang menyebabkan jangkitan serius dan mudah tersebar.
Pekerja di Los Angeles membawa sepanduk menggesa kerajaan memberi perlindungan keluarga berikutan penularan wabak selesema b@bi.
Apa yang membimbangkan, selesema b@bi bukan sekadar wabak bermusim, tetapi diramalkan pakar sebagai pandemik atau wabak besar-besaran di seluruh dunia.
Buktinya, kematian ramai di Mexico, negara pertama dan disyaki ‘pusat’ penularan wabak itu dan seterusnya merebak ke negara termasuk yang berstatus negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Britain, Kanada, New Zealand, Israel dan Sepanyol.
Ancamannya itu memaksa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menaikkan aras amaran ke tahap lima, Khamis lalu – cuma satu aras di belakang tahap teratas amaran pandemik, sekali gus memberi isyarat jelas bahawa selesema b@bi itu mungkin melarat kepada pandemik.
“Semua aspek kemanusiaan bakal terancam ketika berlaku pandemik,” kata Pengarah WHO, Margaret Chan di Geneva.
Kenyataannya berserta langkah sewajarnya yang diambil kerajaan di hampir semua negara dunia bagi mengatasi penularan penyakit, mencetuskan persoalan mungkinkah selesema b@bi ini bakal melenyapkan manusia.
Apakah benar andaian ini? Apakah ia mampu mencetuskan wabak selesema di seluruh dunia seperti pernah berlaku pada 1918, 1957 dan 1968 yang turut dicetuskan haiwan? Pada 1918 misalnya, pandemik Selesema Sepanyol meragut lebih 50 juta nyawa yang disifatkan kes terburuk dalam era sejarah moden. Kira-kira 39 tahun kemudian atau 1957, wabak Selesema Asia meragut empat juta nyawa hasil jangkitan daripada itik liar di selatan China yang menular ke Singapura, Hong Kong dan Amerika pada tahun sama. Sebelas tahun kemudian, wabak Selesema Hong Kong meragut lebih sejuta nyawa.
Jika dilihat, pandemik yang berasal dari perkataan Greek ‘pan’ merujuk semua dan ‘demos’ atau rakyat, diukur berdasarkan bilangan mereka yang terjejas serta fakta ia boleh menjangkiti mereka yang sihat, selain kumpulan berisiko seperti warga tua.
Andaian kemungkinan selesema b@bi mampu melenyapkan manusia dilontarkan seorang pakar wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota, Amerika, Michael Osterholm.
Kebimbangannya itu disuarakan menerusi kenyataan yang dipetik kebanyakan media utama dunia: “Apa yang sukar sekarang ialah kita mungkin berdepan krisis kesihatan paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.
“Atau ia mungkin menjadi permulaan kepada pandemik influenza yang amat dahsyat. Buat masa ini, kita tidak mengetahui kedudukan sebenar. Inilah yang menjadi masalahnya.”
Jika dilihat, wabak selesema b@bi bukannya baru. Ia pernah muncul pada 1976 di New Jersey, Amerika Syarikat apabila 500 askar disahkan menghidapnya. Program pembasmian diarahkan, tetapi akhirnya dihentikan selepas vaksin yang diberikan sebaliknya meninggalkan kesan sampingan yang jauh lebih buruk dan membahayakan daripada ancaman selesema b@bi.
Kini, 33 tahun kemudian, ia muncul lagi dengan profil mangsanya termasuk anak kecil dan warga tua. Kemunculannya itu turut menjadikan sekurang-kurangnya tiga pandemik meletus dalam tempoh seabad lalu dan menular dalam tempoh beberapa bulan ke sebahagian besar dunia.
Tidak hairanlah, kemunculan terbaru selesema b@bi ini disifatkan pakar WHO sebagai tidak boleh dielak dan ketara. Malah menurut WHO, pandemik itu boleh muncul menerusi beberapa kitaran pada jarak beberapa bulan.
Kemunculan selesema b@bi itu turut meletakkannya sebaris ancaman selesema burung, Sindrom Pernafasan Yang Teruk (Sars) dan Ebola. Selesema burung misalnya, biarpun muncul pada 1997, tetapi terus mengancam manusia yang bersentuhan atau terdedah kepada ayam serta unggas dijangkiti virus H5N1. Setakat ini, ia meragut 257 nyawa dengan 421 orang dijangkiti di 14 negara.
Sars pula yang menyebabkan sindrom pernafasan yang boleh membawa maut, mencetuskan panik apabila mula dikesan pada 2002 dan menular ke 37 negara dengan 774 kematian daripada 8,000 kes. Ia kemudian ’senyap’ dan tiada satu pun kes dicatatkan pada 2005.
Ebola pula yang menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran yang serius, dikatakan pakar boleh tersebar menerusi udara tetapi kes jangkitan itu setakat ini menerusi cecair.
Banyak kerja sebenarnya yang perlu dibuat andai selesema b@bi ini menular kepada wabak besar-besaran termasuk melaksanakan kuarantin mandatori, pemberian ubat dan sekatan perjalanan keluar masuk menerusi pintu sempadan negara yang sudah pasti mencetuskan panik.
Apa yang pasti, setakat ini, selesema b@bi masih dalam lingkungan menyaingi ancaman Sars, selesema burung dan Ebola. Hanya masa menentukan sama ada ia setanding pandemik Selesema Sepanyol, Selesema Asia dan Hong Kong biarpun ramai yang berharap biarlah ia menjadi ancaman sementara.
INFO: Tahap Amaran Pandemik Selesema B@bi
* Tahap 1 – Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan tidak menjangkiti manusia.
* Tahap 2 – Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan menjangkiti manusia.
* Tahap 3 – Tiada penularan atau penularan virus selesema yang terhad antara manusia ke manusia tetapi tidak menyebabkan wabak dalam komuniti.
* Tahap 4 – Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia serta boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti.
* Tahap 5 – Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia di sekurang-kurangnya dua negara dalam satu rantau WHO dan memberi `isyarat kuat’ bahawa pandemik pasti berlaku.
* Tahap 6 – Fasa pandemik yang menunjukkan wabak menular ke seluruh dunia.
Sejarah pandemik demam selesema
* Wabak Peloponnesian – 30,000 maut
Seramai 30,000 penduduk Athens mati pada 430 Sebelum Masihi ketika peperangan Peloponnesia antara penduduk Athens dengan Sparta. Selain pening, gejala lain seperti ruam kulit, demam, batuk darah, sakit perut, muntah dan dahaga yang teruk hinggakan ada yang terjun ke dalam perigi.
* Wabak Antonine Plague – Lima juta mati
Wabak sempena nama Maharaja Rom, Marcus Aurelius Antoninus yang mati pada 180 Selepas Masihi. Wabak ini dibawa ke Rom oleh tentera yang pulang daripada berperang dari Mesopotamia. Ia merebak ke benua kecil Asia, Mesir, Greek dan seluruh empayar Rom dan meragut lima juta nyawa dalam masa 15 tahun.
* Wabak Justinian Plague Kira-kira 25 juta hingga 100 juta kematian
Namanya sempena Maharaja Byzantine, Justinian dan wabak ini dipercayai berasal sama ada di wilayah Asia Tengah atau Ethiopia (Habsyah). Ia menjadi kes pertama wabak bubonik dicatatkan dan berlaku selama 50 tahun yang meragut 25 juta hingga 100 juta nyawa. Perdagangan dunia turut lumpuh.
* Wabak ‘Black Death’ – 25 juta kematian
Ia melanda pada zaman pertengahan Eropah dari akhir 1347 hinggalah awal 1351. Ia dikatakan disebarkan oleh kutu dan tikus. Mangsa lazimnya mati dalam kesakitan dalam masa lima hari selepas dijangkiti kuman itu.
* Wabak Selesema Sepanyol – Lebih 50 juta kematian
Ia berlaku pada 1918 dan menjadi kes terburuk pernah berlaku dalam era sejarah moden dan disebabkan sejenis virus selesema H1N1 dijangkiti kira-kira 40 peratus jumlah penduduk dunia ketika itu. Ia meragut lebih 50 juta kematian, majoritinya mereka golongan muda.
* Wabak Selesema Asia – Empat juta maut
Berlaku pada 1957, membabitkan itik liar di Guizhou, selatan China dan melalui proses mutasi dengan jenis virus manusia. Menular ke Singapura pada Februari 1957, Hong Kong pada April dan Amerika Syarikat pada Jun tahun sama. Jangkitan paling ramai di kalangan pelajar sekolah, golongan muda, wanita hamil serta orang tua yang mencatatkan kumpulan paling ramai mati.
* Wabak Selesema Hong Kong – Sejuta maut
Dikesan pada 1968, kes pertama dikesan di Hong Kong yang disebabkan jenis virus dikenali H3N2 yang meragut sejuta nyawa di seluruh dunia. Ia kembali pada pada 1970 dan 1972. Mangsa berusia 65 tahun ke atas paling ramai mati.
* Sindrom Pernafasan Yang Teruk (Sars) – 800 kematian
Dikesan di Guangdong, selatan China pada 2002 tetapi menjadi tumpuan ramai pada Februari 2003 selepas kematian seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat dalam pesawat pulang dari Shanghai. Virusnya mudah tersebar secara pantas ke Kanada, Amerika dan beberapa negara Asia. Daripada 8,096 kes, 774 kematian dilaporkan.
* Selesema Burung
Ada banyak jenis selesema burung. Jenis paling bahaya H5 dan H7 sering menyebabkan kematian unggas dan jenis yang paling dibimbangkan adalah H5N1. Ia hanya diketahui menyerang unggas sehinggalah kes pertama jangkitan manusia dikesan di Hong Kong pada 1997. Data WHO menunjukkan 256 maut di seluruh dunia sejak 2003 dan saintis turut memantau perkembangannya kerana bimbang mutasi berlaku dan boleh dijangkiti berjuta-juta penduduk dunia.
* Demam Selesema – Meragut 250,000 – 500,000 kematian setiap tahun
Tersebar ke seluruh dunia setiap tahun dan memuncak ketika musim sejuk. Pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan pemberian suntikan vaksin, khususnya kepada kanak-kanak dan warga tua. Amalan kerap membasuh tangan dan sentiasa sihat, menjadi perlindungan terbaik.
sumber: http://www.bharian.com.my
Kaji semula vaksin haji
Oleh SHAWKATH AZDE dan NOR SHAFAWATI YUP
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah mahu kerajaan lebih bertegas dan bersikap telus bagi memastikan vaksin meningitis yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah di negara ini tidak menimbulkan sebarang keraguan.
“Walaupun ia dikatakan halal sebelum ini, namun masih timbul persoalan di kalangan para jemaah terbabit sama ada kandungan vaksin berkenaan halal atau tidak.
“Isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ia melibatkan ribuan jemaah haji dan umrah di negara ini saban tahun. Jika ia halal tidak mengapa namun jika tidak, kerajaan perlu mencari alternatif lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai status suntikan vaksin meningitis di Malaysia yang menimbulkan keraguan ramai terutama selepas Majlis Ulama Indonesia mahu pemerintah di republik itu mengharamkannya semalam.
Dalam nada yang sama, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga mahu kerajaan mengadakan ujian pemeriksaan terhadap kandungan vaksin meningitis yang wajib diambil oleh jemaah haji di negara ini sebelum mereka menunaikan rukun Islam kelima di Arab Saudi.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma’amor Osman berkata, ujian sampel yang digunakan itu perlu dilakukan bagi mengetahui sama ada vaksin tersebut mengandungi enzim babi.
“Jika kewujudannya ada, saya menggesa supaya dikeluarkan fatwa untuk mengharamkannya. Saya menggesa pihak berkenaan supaya mengambil sampel semua suntikan untuk diuji akan kewujudan sebarang enzim babi,” katanya.
Kosmo! Online - Negara
Majlis Ulama Indonesia haramkan vaksin meningitis
JAKARTA – Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan bahawa vaksin meningitis untuk jemaah haji haram kerana mengandungi enzim babi, lapor akhbar Batam Pos semalam.
Menurut Ketua Fatwa MUI, Maruf Amin, keputusan itu dibuat selepas badan agama itu membuat pertimbangan dan analisis berhubung vaksin tersebut.
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/isu-semasa-malaysia/14556-vaksin-haji-dicemari-najis-%2A%2A%2A%2A.html
“Namun keterangan yang paling kuat adalah daripada Jabatan Kesihatan yang menegaskan bahawa vaksin itu mengandungi babi,” ujarnya ketika ditemui pemberita di pejabatnya kelmarin.
Berikutan keputusan pengharaman itu, Maruf memberitahu, rancangan MUI untuk melawat Belgium bagi melihat proses pembuatan vaksin tersebut dibatalkan.
“Tidak ada lagi yang perlu dibuktikan. Justeru, kami batalkan hasrat untuk pergi ke Belgium,” katanya.
MUI sebelum ini menyuarakan keraguan berhubung kenyataan Badan Pengawas Ubat-Ubatan dan Makanan yang menjelaskan bahawa tidak ada kandungan babi dalam vaksin itu.
Badan itu menyatakan penggunaan enzim babi hanya digunakan untuk satu proses pemisahan bahan vaksin.
“Tidak mungkin tidak mengandungi babi kalau terdapat penggunaan enzim babi,” kata Ketua MUI, KH Amidhan.
Bagaimanapun, Amidhan memberitahu, penggunaan produk haram vaksin meningitis masih dibolehkan dalam keadaan darurat.
Jumat, 12 Juni 2009 07:00 |
Jakarta (MCH). Majelis Fatwa Kebangsaan Malaysia pernah memutuskan hanya vaksin meningococcal meningitis (ACYW 135) bermerek dagang Mencevax yang diimport dari Belgia yang boleh dipakai oleh umat Islam yang hendak menunaikan ibadah haji dan umrah. Menurut kajian itu, Mencevax tidak mengandungi lemak babi dan bahan sumber hewani, kecuali laktosa dari susu lembu, lemak dan jantung lembu.
Sementara vaksin ACYW 135 dengan merek dagang Monumune yang diimpor dari Amerika Syarikat haram digunakan umat Islam kerana mengandung asid amino dari lembu, babi dan itik (kologen). Demikian hasil Muzakarah Majelis Fatwa Kebangsaan yang khusus membicarakan isu penggunaan vaksin ACYW 135 yang mengandungi lemak babi, seperti dikutip Berita Harian, Malaysia, Sabtu, 30 November 2002.
Menurut Datuk Dr. Ismail Ibrahim, pimpinan majelis ini, keputusan ini diambil setelah mendengar pengumuman dari Bagian Kawalan Penyakit dan Bagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengharaman atas penggunaan ACYW bemerek Monumune dibuat karena umat Islam mempunyai pilihan antara yang mengandung sumber dari babi atau yang tidak langsung. “Penggunaan vaksin ACYW 135 bermerek Mencevax ini harus, bukannya halal. Ini karena ada juga maklumat tidak berapa jelas mengenai sumber lembu yang digunakan, apakah disembelih atau tidak. Bagaimanapun, karena hanya ada dua merek yang didaftar dan ada di pasaran, maka merek yang tidak langsung menggunakan sumber babi, Mencevax yang dipakai,” katanya dalam Jumpa Pers saat itu.
Seperti diketahui, Kerajaan Arab Saudi mewajibkan suntikan vaksin ACYW 135 kepada semua jemaah haji dan umrah sejak terjadi kasus meningitis pada musim haji 1987. Penyakit yang berasal dari Afrika Utara ini disebabkan kuman neisseria meningitidis yang mengakibatkan radang pada selaput otak dan saraf tunjang. Kasus yang menimpa jemaah haji Malaysia hanya 50 orang pertahun. Penyakit itu berjangkit melalui titisan mulut dan hidung dan bisa mengakibatkan kematian. Tanda jangkit penyakit ini antara lain demam tinggi, lemah, sakit kepala dan tengkuk.
Datuk Ismail beharap negara-negara Islam bisa memproduksi vaksin itu yang bebas kandungan yang diharamkan agama. (Musthafa Helmy)
17 Jun - Vaksin Dipertikai
|
17 Jun - Vaksin Dipertikai JAKARTA: Kenyataan kementerian kesihatan yang menafikan hak Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengisytiharkan vaksin anti-meningitis untuk jemaah haji sebagai haram mencetuskan kegelisahan di kalangan penduduk Islam."Menteri tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian," kata pengerusi MUI sebagai maklum balas terhadap kenyataan kementerian itu berhubung pendapat MUI vaksin anti-meningitis adalah haram kerana berdasarkan laporan vaksin itu mengandungi enzim babi.
Menteri Kesihatan, Siti Fadilah Supari, berkata pada satu mesyuarat dengan pertubuhan wanita Islam di Yogyakarta minggu lalu, MUI mungkin berhak menentukan sama ada enzim babi adalah halal atau haram, tetapi berhubung
vaksin terbabit institusi yang mempunyai hak dan berkebolehan untuk menilai kandungannya hanyalah kementerian.
Bagaimanapun, dilaporkan MUI menerima maklumat terperinci berhubung kandungan enzim babi dalam vaksin anti-meningitis daripada kementerian kesihatan, terutama Majlis Penasihat Kesihatan dan Hal Ehwal Agama (MPKS).
Amidhan berkata MUI mempunyai maklumat dari MPKS yang mengadakan mesyuarat dengan pengeluar vaksin anti-meningitis. Difahamkan hasil keputusan pertemuan antara MPKS dan pengeluar vaksin Glaxo Smith Kline (GSK), bahawa vaksin itu mengandungi enzim babi.
Pengeluar malah mengakui vaksin anti-meningitis mengandungi enzim babi.
"Sebab itulah mengapa kami katakan bahawa vaksin itu haram," kata pengerusi MUI. MUI menghantar satu surat kepada kerajaan Arab Saudi berkaitan syarat kepada jemaah untuk mendapat vaksin anti-meningitis. Majlis pengelola Islam tertinggi mengambil langkah itu kerana semua pihak terbabit dalam organisasi jemaah haji di negara itu bersetuju bahawa vaksin terbabit mengandungi campuran babi.
KKM sahkan ACYW135 halal
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengesahkan vaksin Meningococcal Quadrivalen (ACYW135) adalah halal kerana ia tidak mengandungi unsur-unsur dari sumber babi atau lembu dalam penyediaannya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya kepada Kosmo! menjelaskan, pelalian itu adalah untuk mencegah jangkitan meningococcal meningitis.
"Ia diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai syarat pengeluaran visa haji dan umrah,'' katanya.
Mohd. Ismail seterusnya menambah, suntikan vaksin itu boleh diperoleh di klinik kesihatan kerajaan secara percuma untuk jemaah haji melalui temu janji dan ia hanya perlu diberikan sekali dalam setiap tiga tahun.
Kenyataannya itu dikeluarkan ekoran laporan akhbar Batam Pos baru-baru ini mengenai keputusan Majlis Ulama Indonesia mengharamkan vaksin meningococcal meningitis kepada jemaah haji negara tersebut kerana mengandungi enzim babi.
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/showthread.php?t=14556
Ia kemudian mendorong beberapa pakar agama di negara ini meminta pihak berkuasa menyemak semua status suntikan vaksin untuk jemaah haji dan umrah kerana dikhuatiri turut menggunakan sumber haram.
sepaku.net
Vaksin Haji di Malaysia Dijamin tidak Mengandung Babi | | |
KESRA-- 11 JUNI: Pemerintah Malaysia menjamin penuh bahwa suntikan vaksin meningitis yang disuntikkan untuk jemaah umrah dan haji di negara itu tak mengandung babi dan tak berkaitan dengan babi.
Hal ini dikemukakan Wakil Menteri Kesehatan Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang dikutip harian Utusan Malaysia edisi Rabu, (10 Juni). Menurut Rosnah, vaksin yang dihebohkan di Indonesia tidak terjadi di Malaysia. Vaksin meningitis yang diberikan kepada jemaah haji dan umrah yang dilakukan di Malaysia telah diuji dan melalui proses penelitian terlebih dahulu dan ternyata tidak menimbulkan masalah hingga kini.
"Jadi, ini bukan merupakan isu di negara ini. Justeru rakyat Malaysia tidak perlu meragui mengenai kandungan yang terdapat pada vaksin berkenaan. Kita juga akan meneruskan pelaksanaan suntikan itu karena ia tidak mendatangkan masalah kepada kita,” kata Rosnah.
Seperti diketahui, Senin, 8 Juni lalu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) meminta Kerajaan Arab Saudi menggugurkan syarat yang mewajibkan semua jemaah haji dan umrah menerima suntikan vaksin meningitis kerana vaksin itu dikatakan mengandungi enzim babi.
Menurut Rosnah, isu kandungan unsur babi dalam vaksin meningitis timbul disebabkan keraguan pihak tertentu terhadap penggunaan vaksin tersebut. Setiap negara mempunyai kebijakan dan pelaksanaan yang berbeda mengenai pemberian suntikan vaksin tersebut. Lembaga Tabung Haji merupakan pihak yang mengeluarkan vaksin itu. (ro/hr)
www.menkokesra.go.id
http://chedet.co.cc
By iDAN on August 11, 2009 11:09 AM