Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

10 Januari 2010

Wajah-Wajah 3 (Delima Merkah)

Jambang

Brutal

Alahai!

Senyap si Cokak (Singgahsana)


Malam itu ketika aku keluar rumah bingit bunyi anak kucing di bawah Avanza. Aku mengintai di bawah kereta. Ada anak kucing rona belang coklat kehilangan ibunya. Aku pun memberikan kepada Anif takut terlanggar. Bila kami mahu tidur aku meletakkan ia di hadapan rumahku. Rumahku masih bagai stor depannya penuh kotak-kotak barangan antik semasa aku kerja lalu. Ada dalam lima enam kotak lagi masih aku tak buka tak tahu mahu diletak di mana barangan tersebut. Maka seronoklah anak kucing ini menyorok di celahan kotak ini.

Tak pasti apakah ibu anak kucing ini datang ketika malam atau memang ianya terbiar!. Sampai pagi esok ianya masih memekak. Suaranya amat kuat bagaikan kelaparan. Anak-anakku mengharapkan si Topeng menjaga anak kucing ini. Tak mahunya. Nak dicakarnya adalah. Sebaik-baik kucing rupanya ia tak mahu bela anak kucing lain.

"Kena kasi makan ni!... ayah!" Azim bising, Anif mengambil susu di peti sejuk cuba suapkan ke mulut. Tak pandai menjilat lagi. Tonggang terbalik nak kasi susu pun dia tak mahu. Kena ada botol berputing kecil tentunya.

"Kita cuba kasi ia makan makanan basah dalam tin!" Afiz bergegas ke kedai mamak. Setin sekitar RM4. Kami berharap ia pandai makan. Nampak gelojoh dia menjilat makanan. Habis licin sepiring banyak juga ia makan, baru senyap!.

"Apa kita nak kasi nama kucing ini?" aku bertanya Azim, dalam bab memberi nama memang Azim handal.

"Sebab meow ini comel & asyik memekak kita panggil ia.... Cokak!" maka lekatlah namanya Cokak.

Hampir seminggu dia kami letak dalam kotak sebab tak sempat mahu beli sangkarnya. baru minggu lalu aku sempat bertanya di beberapa kedai. Mahal rupanya sangkar kucing; semuanya sekitar RM60 ke atas. Yang murah sangkar burung sekitar RM30 sahaja. Memandangkan Cokak hanya seekor maka dalam sangkar burung pun tak apa; lagi pun sangkar kucing yang aku temuinya kebanyakan jaringnya kasar-kasar silap-silap tersepit pula kaki si Cokak.

Isunya sekarang jiran yang pernah aku ceriterakan bagaimana ketika si Topeng beranak; semua anak si Topeng dikurung di dalam sangkar. Tiap malam ditangkapnya si Topeng dikurungnya dalam sangkar. Makan tak dikasi. Si Topeng sudah berzaman makan tidur di rumah kami. Mana mahu si topeng itu makan perut atau hati ayam, ia telah biasa makan makanan kucing. Jiran ini memang kerjayanya jual Sate. Gugur bulunya jika makan makanan bergoreng.

Aku pernah ceritera kisah ini bagaimana saban malam setelah si Topeng di kurung di dalam sangkar; pepagi lagi bila dibuka sahaja sangkarnya berkejar si Topeng ke rumahku kelaparan. Air untuk minum pun tak disediakan. Bayangkan jika kita menyusukan anak sepanjang malam. Pasti kehausan. Empat ekor pula tu anaknya!. Gelojohnya dia minum pun kita tahu betapa terderanya si Topeng ini.

Seekor anak Topeng mati, seekor lagi hilang, seekor buta sebelah matanya; hanya seekor nampak sihat, cantik siap ekornya kembang!. Yang cantik ini bukan main disayangi jiran ini, siap di bawa balik ke kampung mereka tak kasi ikut ibunya si Topeng ke rumah kami.

Si Topeng memang jenis kucing yang cantik, badannya amat besar; bulunya tebal. Kerana ianya cantik maka banyaklah Pakwenya si kucing jantan merisik di rumah ini. Terkadang sampai empat lima ekor tidur lena di atas atap Avanza. Jangan haraplah Avanza Mila mahu bersih; penuh kesan kaki atau cakaran keluarga si Topeng. Anaknya yang buta memang menjadi keluarga si Topeng makan minum di rumah kami. Biasalah seminggu tak cukup sekali beli makanannya. Sekilo makanan kucing sekitar RM10 lebih mahal dari Beras Siam Wangi.

Bila dengar bunyi anak kucing di rumah kami, amboi! jiran kami yang pelik ini bising siap soal siasat anak kucing mana. Anak si Topengkah. Dari mana dapat?. Mengalahkan Spy Leman lagi.

Bagiku tak ambil tahu sangat bab kucing liar ini, jika memang suka sangat kucing cantik; ambillah; nantilah si Cokak ini besar sikit dah pandai jaga diri ambillah. Nak buat gulai pun tak apa. Kucing ini tahu pilih tuan, kalau dia tak suka dengan kita jangan harap dia lepak di rumah kita. Menggesel manja kaki kita pun dia tak mahu.

Takkan kami nak kurung si Cokak sepanjang hayat. Ibu si Cokak pun tak tahu di mana. Tapi sendiri ingatlah; kalau nak bela kucing pun pandai-pandailah jaga makan minumnya. Mana ada kucing yang cantik makan makanan terbuang; perut atau hati ayam mentah. Kalau digoreng pun lebihan ayam ini belum tentu sesuai buat kucing ini. Maka itu orang bela kucing kena beli makanannya. Kena disayangi! makhluk Allah SWT ini.

Sekarang ini yang pasti si Topeng, Pakwenya si Ekor Kembang, anak si Topeng yang buta lupa tanya Azim dia panggil apa.. & si Cokak memang menjadi kucing pelihara rumah ini. Biasanya si Topeng membawa tetamu yang tak diundang. Si Topeng ini sudah bagai si Tuah; memang lama tinggal di rumah ini. si Tuah mati tua; Maka itu jangan hairan depan rumah tu; memang asyik bau kencing di Ekor Kembang; kalau tahinya dapat dibuang tapi kencing kucing ini punyalah tajam. Nanti ada duit lebih memang kena tukar semua depan rumah itu tembuk simen jangan ada pagar besi yang terdedah rendah. Memang bukan senang nak jaga kucing ini! jika tak sabar & rajin meladeninya.

Sila klik sini jika nak tenguk kucing comel http://duniakucing.blogspot.com

Azim kata anak si Topeng yang buta sebelah mata itu dia gelar si Togas; singkatan dari wajahnya yang ganas macam Tong Gas.