iDAN

19 September 2012

TIDUR LENA

 
Tak semua kita dapat tidur dengan lena, nyenyak atau segar ketika bangun pagi. Tidur itu satu nikmat jika kita ada bantal peluk atau seseorang yang dapat menemani kita.

2. Ada pasangan dapat tidur lena biarpun pasangannya berdengkur kuat. Ada pasangan terpaksa tidur berasing lantaran tidak dapat nyenyak tidur bila diganggu dengkur.

3. TIDUR berasing bagi pasangan yang berumah tangga tentunya akan terasa renggang ikatan kasih sayang. Seyogia memang ini yang kerap berlaku bagi pasangan yang berusia bila ada masalah boroi atau tidur berdengkur. Terpaksa menerima kenyataan telah sendirian sebelum mati terhimpit di kubur SEORANG DIRI.

4. Tak kisahlah tidak dapat tidur bersama tapi jangan sampai kasih sayang juga diasingkan apabila tiba masa mahukan tidur yang lena tanpa gangguan. Sebab jika kita terus mengasingkan diri dari pasangan kita di dunia lagi; bagaimana di dunia sana dapat kembali bersama. Jika pun REDA; hakikatnya kita telah pun lama menjarakkan hubungan kita dengan kekasih kita di dunia lagi.

5. Untuk mendapatkan tidur yang lena ada beberapa faktor yang boleh membantu. Seperti melakukan aktiviti lasak di siang hari. Mungkin bersenam atau berjalan kaki ke taman rekreasi atau kompleks membeli belah. Tidur siang sekadar sekejap untuk menyegar minda. Jangan stres. SEMBAHYANG HAJAT atau berzikir yang boleh mendamaikan hati.

6. Tidur sebenarnya adalah perlambangan jiwa; jiwa yang tenang akan pasti dapat tidur & mimpi yang damai; jiwa yang kacau sering tidur terganggu & mendapat mimpi yang ngeri lagi menakutkan. Bayangkan jika ketika jaga hati kita sentiasa rawan, rindu, resah & pelbagai tekanan. Dalam tidur pun termimpi-mimpikan akan drama ngeri; bagaimanalah diri mahu menikmati hidup ini?.
 
iDAN: Gua tidur memang amat kuat berdengkur.

CEK Honorarium

Cek yang DBP kasi telah lama terperam; tempoh hayatnya sekitar 3 bulan sahaja. Tak silap ini baru pemberian honorarium ketiga dalam tempoh aku berjinak-jinak dengan DBP.

2. Aku masih menaruh harapan agar puisiku akan terus terbit di beberapa media. Bukan isu cek atau honorarium tapi isu kekuatan berkarya. Ilham tak mudah datang jika aku asyik dibenam masalah sakit kronik; pergolakan keluarga pun impian balik kampung yang masih tidak kesampaian.

3. Lagi banyak kita menyimpan impian & cita-cita akan lagi kuat kita berusaha. Hidup tanpa impian pasti kita menjadi manusia jumud dan melayanglah entah ke mana. Di samping aku mahu menjadi Penyair yang dikenali aku juga mahu menjadi orang kampung yang berjaya. Paling tidak aku ada dusun atau hutan herba. Jangan sebut kelapa sawit. Aku benci kelapa sawit sebab pakar pemakananku telah melarang aku minum Teh Tarik; sebab susu pekat yang dibuat dari kelapa sawit telah menjadi barah dalam darah. Tak boleh pecah dek insulin yang ada.

4. Silap-silap minyak goreng dari kelapa sawit yang kita guna pun akan menjadi masalah besar buat kita semua CEPAT mati. Ini bukan dongengan tapi fakta oleh pakar pemakanan yang menjaga DIET aku. Ramai sangat rakanku MATI dalam usia 50an sesuatu kena kita siasat KENAPA awal sangat mati ni.

5. Berbalik dengan masalah cek tadi; aku memang amat buta mesin digital di bank kini. Boleh kata semua bank dah tak pakai buku untuk masukkan cek. Semua guna mesin. Di May Bank ada dua cara memasukan cek; satu guna borang masuk mesin deposit & dapat slip kemasukan cek. Satu lagi tanpa borang, cek akan di"scan" dan dapat slip yang ada salinan cek yang dimasukan.

6. Tak semua mahir gunakan mesin deposit ini; ada yang cuba tapi tak berjaya dan beredar sebab ketika malam tak siapa dapat membantu. Seperti malam tadi, mesin yang guna borang tak pun ada borang di ruang bank tersebut. Terpaksa guna mesin deposit cek tanpa borang. Alahai jika tak ada Azim memang aku tak reti nak guna. Biar pun mesin tu cakap Melayu.