iDAN

10 Julai 2012

LAT HARAP KARYA PELUKIS KARTUN DIBERI RUANG OLEH MEDIA

IPOH: Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat berharap media massa sama ada cetak atau elektronik memberi ruang kepada lebih ramai lagi karya pelukis kartun di negara ini.

"Ramai pelukis kartun di negara ini berbakat yang boleh diketengahkan seperti pelukis kartun di luar negara yang hasil karya mereka dimuatkan di akhbar-akhbar sejak awal 50an lagi seperti di Amerika, Eropah, Jepun dan Korea.

"Karya pelukis kartun tempatan yang mempunyai bakat seperti Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin dan Ibrahim Anom (Ujang) boleh dimuatkan ke dalam akhbar atau dijadikan filem animasi," kata pelukis kartun terkenal itu kepada pemberita pada majlis menandantangani replika sampul surat Hari Pertama Setem Kartun Malaysia, yang memuatkan hasil karya beliau.

Lat yang berasal dari Kota Bharu Perak, percaya jika peluang yang diberikan kepada pelukis kartun tempatan disiarkan di dalam media cetak atau dalam bentuk filem, sudah tentu ia menjadi kebangaan kerana negara turut mempunyai pelukis kartun yang baik seperti di luar negara.

Beliau yang turut ditemani oleh beberapa oleh bekas guru dan rakannya semasa bersekolah di sini, gembira kerana karikarturnya dijadikan koleksi pertama setem di negara ini. Ketua Unit Filateli Pos Besar Malaysia, Yasmin Ramli berkata pihaknya mensasarkan untuk menjual sebanyak 1.1 juta koleksi pertama setem yang memuatkan karikatur yang dihasilkan Lat, tahun ini.

Koleksi pertama setem tersebut dilancarkan di Kuala Lumpur Isnin lepas yang turut memuatkan karikatur dari bukunya The Kampong Boy.

Seorang pengumpul setem, Zakaria Mohd, 77, yang berasal dari Tambun di sini begitu teruja untuk memiliki koleksi stem yang memuatkan watak yang dilukis oleh Lat itu. BERNAMA

Berbekam

Soalan: apakah hukum cabut gigi dan berbekam ketika berpuasa?
Jawapan:
hukumnya makruh.

Bekam
Written by Nizam   
Wednesday, 27 August 2008 13:58

بسم الله الر حمن الر حيم


Rawatan Bekam Kaedah Moden Mengikut Standard KKM
1.Menggunakan cup(bekas bekam) lutsinar yang dicuci dengan antiseptik dan disteril(mesin pembunuh kuman)
2.Menggunakan lancet(jarum) pakai buang (untuk seorang patient sahaja)
3.Menggunakan sarung tangan.
4.Darah dikumpul dan lap dengan tisu lembut kemudian dikumpul dlm bekas plastik.
5.Pesakit hendaklah menanam sisa darah bekam mereka sendiri.
6.Juru bekam muslimah untuk kaum wanita.
7.Tidak sakit dan tidak berparut.


PERALATAN BEKAM
anatomi kulit manusia

                                                Anatomi Kulit Manusia
Proses BEKAM di lakukan 3 hingga 4 mm di bawah permukaan epidermis sebagaimana rajah anatomi kulit tubuh manusia seperti di atas.
Titik/Poin Bekam untuk Penyakit Darah Tinggi:

Rawatan bekam di dalam Islam sudah terkenal sejak 1400 tahun yang dahulu.Khasiatnya begitu banyak sekali untuk merawat penyakit.Di antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat seperti:

1.Migrain/Sakit Kepala/Pening

2.Darah Tinggi/Hypertension

3.Gaout/Uric asid tinggi

4.Alergi/Gatal-gatal badan

5.Kencing Manis/Diabetes

6.Sakit Badan/Sakit pinggang /Kebas-kebas badan

7.Sakit Saraf

Di dalam kitab At-TibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadist Nabi S.A.W yang Mafhumnya:

خير ما تدا ؤيتم به الحجا مه

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut.Perut dan usus kecil  pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati,paru-paru,jantung,kelenjar-kelenjar,otak,organ pencernaan,ginjal,organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia.Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.

Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.

Terdapat 2 jenis bekam

1.Bekam Kering/Angin - Pembekaman dibuat pada tubuh badan tanpa sayatan .Darah kotor tidak keluar dari permukaan kulit cuma angin dan air sahaja yang keluar dari badan.   

2.Bekam Basah/Darah - Pembekaman dibuat dengan sayatan,darah kotor,air dan angin akan keluar dari permukaan kulit.Tubuh badan akan terasa lebih segar dan cergas.

Berbekam Para Sahabat ketika berpuasa

Al-Hafiz menerangkan dalam kitab Al-Fath:Jumhur para ulama megatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam dengan syarat badan yang kuat untuk dibekam.Bila badan menjadi lemah lalu pitam dan muntah maka batallah puasa.

Sandaran Hadith:Dalam Shahih Bukhari bab kitabus saum,disebutkan:Bakir berkata dari Ummu 'Alqomah R.Anha ,"Dahulu kami pernah berbekam di hadapan 'Aisyah R.Anha bersama anak-anak saudara 'Aisyah maka kami tidak dilarang oleh beliau sedangkan saat itu kami sedang berpuasa".Kejadian ini telah berlaku dirumah 'Aisyah sendiri selepas kewafatan Rasullullah S.A.W

Testimonial 1
" Saya Hj.Roslan 52 tahun ,(Tel.No: 012-220 2108 begin_of_the_skype_highlighting            012-220 2108      end_of_the_skype_highlighting),Taman Dahlia,B.Baru Salak Tinggi,Sepang sudah bertahun- tahun menghidap penyakit gout.Alhamdulillah setelah saya merawat penyakit dengan kaedah BEKAM ini, penyakit ini sudah sembuh dengan izin ALLAH.Saya memulakan sesi rawatan ini sejak tahun 2005 lagi.Kini saya tidak lagi menggunakan sebarang ubatan Hospital."

Testimonial 2
"Saya Rashidi bekerja di MAS Katering KLIA,Sering mengidap sakit kepala dan bacaan tekanan darah selalu tinggi.Setelah menjalani rawatan BEKAM sakit kepala saya telah sembuh dan bacaan tekanan darah kembali normal"

 Video Bekam



Petikan Utusan Malaysia 9/3/2010

Memahami erti bekam

Oleh ZUARIDA MOHYIN
Gambar HARUN OSMAN
Mohd. Fahmi Ibrahim, pengamal bekam muda bersama para peserta pada kelas praktikal.


SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya.

Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul, The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.

Bahkan bukan Barat sahaja mengakui kehebatan perubatan bekam ini. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini.

Sekali gus sewenang-wenangnya mengakui ia milik mereka. Walaupun ia menggunakan istilah-istilah atau nama berbeza, tetapi prinsip kerja atau metodnya adalah sama seperti bekam; menyedut, mengumpul dan mengeluarkan darah kotor.

Sedangkan hakikatnya, bekam atau dalam istilah bahasa Arabnya, al-Hijamah adalah ilmu perubatan warisan Nabi yang hampir dilupakan oleh umat Islam itu sendiri. Kata-kata penegak ini ini bukan omongan kosong.
Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu'jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai ajaran dan saranan baginda berkenaan dengan bekam.

Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.

Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.

Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)

Hadis Kedua: Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'. (Shahih Bukhari)
Hadis Ketiga: Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" (Shohihul Jami': 5671)

Hadis Keempat: Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata: "Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau: "Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia." (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)

Hadis Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW.

Bekam adalah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada 'penghulu manusia' pada malam yang diberkati. Justeru, adalah sangat tidak wajar sekiranya kita yang mengakui seorang Muslim ini cuba berdolak-dalik ataupun mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!

Bertitik-tolak daripada keyakinan inilah, Darul Irsyad mengendalikan Kursus Bekam di Masjid Al Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Kursus sehari yang merangkumi aspek teori dan praktikal yang disampaikan oleh pengurusnya, Mohd. Gadafi Mohd. Zuki ini bermula pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 5 petang.

"Kami mensasarkan bilangan peserta yang tidak terlalu ramai iaitu antara 10 hingga 15 orang kerana mahu setiap peserta kursus dapat memberi tumpuan sama ada dalam kelas teori mahupun praktikal.

"Selain itu, dengan jumlah yang tidak terlalu ramai ini, ia mudah dikendalikan, di samping mahukan ilmu yang disampaikan tersebut mudah untuk difahami serta mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang lancar antara penceramah dengan peserta," katanya.

Menurut Mohd. Gadafi, kursus ini dikira semakin relevan dengan kehidupan masyarakat sekarang yang sentiasa dihambat dengan pelbagai penyakit serta kos perubatan yang semakin meningkat. Ia juga satu cara kita agar tidak terlalu bergantung kepada perubatan lain.

"Ini kerana selain kita melaksanakan sunnah Nabi, seseorang itu juga mampu menjana pendapatan mereka sendiri.

"Saya berkeyakinan dengan adanya keazaman serta peluang sebegini, kita bukan sahaja melahirkan usahawan Muslim yang berdaya saing, tetapi pada masa sama melahirkan umat Islam yang sihat dan cergas," ujar Mohd. Gadafi.

Beliau turut menyediakan perkhidmatan terapi bekam yang beroperasi di Jalan Bandar 13, Taman Melawati, Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu.

Ramai daripada kalangan kita, apabila disebut tentang berbekam apa yang terbayang di mata kita amalan berbekam itu hanya melibatkan gambaran yang mengerikan seperti, torehan pisau, darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam, kesakitan yang amat sangat, terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain dan sebagainya.

Menjelaskan berkaitan salah faham berkaitan bekam sunnah kata Mohd. Gadafi, semua gambaran di atas adalah salah dan satu persepsi yang negatif serta tidak adil terhadap bekam sunnah.
Jelasnya, bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan. Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang.

"Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan dan di Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut.

"Pada zaman Nabi Musa, bekam turut digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit," jelasnya.
Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk.

Kini, kata Mohd. Gadafi, bekam mengalami proses kemajuan dari segi kaedah atau tekniknya sejajar dengan perubahan masa.

Pesakit boleh membuat pilihan sama ada melakukan bekam cawan/basah, bekam angin/kering, bekam tarik dan bekam lintah.

"Malah ia juga tidak berbahaya kerana tiada lagi penggunaan torehan pisau tetapi kaedah tusukan dengan menggunakan pen lenset yang jauh lebih selamat dan bersih," katanya.

Kebiasaannya pesakit dianjurkan mengambil makanan tambahan seperti madu, habatussauda, minuman herba, makan makanan berprotein tinggi untuk pertambahan darah baru, banyak minum air serta dilarang melakukan kerja berat bagi mempercepatkan penyembuhan dan keberkesanannya.

Yang pastinya, dalam perlaksanaa bekam itu kata Mohd. Gadafi, seseorang pengamal itu mestilah terlebih dahulu melakukan rundingan dengan pesakit terutamanya berkaitan status kesihatan pesakit, membuat pemeriksaan awal, memberitahu gejala-gejala yang bakal timbul semasa dan selepas dibuat bekam.

Pengamal bekam turut memantapkan diri dengan ayat-ayat seperti; ayat Kursi, doa dan selawat syifa', sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana bekam bukan sahaja menyembuhkan racun/toksik di dalam badan tetapi juga sihir.