iDAN

Memaparkan catatan dengan label Sotong Kemaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sotong Kemaman. Papar semua catatan

30 Julai 2010

Sotong Kemaman ♥ 4 (Singgahsana)


Fairuz

Aku pun tak ingat telah berapa kali turun ke laut dalam bersama Farus & Fareez ini. Bagai biasanya bab menjinakkan ikan besar kami serahkan kepada mereka berdua; Mereka banyak belajar memancing ikan besar dari rakan di Forum Pancing. Antaranya termasuk Che Wan; aku hanya sekali dapat mengikuti trip Che Wan ini.

Jika anda suka nak lihat pengalaman sifu pancing sila klik ke sini http://wamildin.multiply.com
banyak tips memancing yang Che Wan kasi; dia memang jenis tak pernah kedekut ilmu & petua menjinakkan ikan besar.

Huh! satu demi satu kami terlepas ikan besar. Aku nampak Fareez makin muram lantaran tiap kali kailnya disambar ikan besar asyik putus talinya. Fairuz pun sama. Dua beradik ini tewas di pengairan Kemaman.

Aku mendengar sungutan pak Dol bilamana dia memantau perambut yang Fareez & Fairuz gunakan.

Fareez

"Padanlah.. tak cukup kasr ni perembutnya; tali keluli sebagai perambut di pengairan Kemaman kena kasar lagi.." huh! maksudnya ikan tenggiri, haruan tasik atau apa jua jenis ikan besar memang memerlukan perambut yang besar. Tips yang amat bagus untuk mereka yang turun di laut dalam sekitar Kemaman. Kena sediakan perembut kasar. Mungkin Fareez ada cadangan saiz berapa perambut yang boleh digunapakai.

Aku sekadar memancing secara orang OKU, asyik duduk sahaja di dinding bot. Sesekali aku memasang umpan di mata Apollo yang agak kasar. Jarang aku kecewa tiap kali mata kail aku umpankan ke dasar laut. Dari banyak mata Apollo yang aku taruh umpan pasti akan berbuah hasil tak ikan termenong ikan Uji Rashid. Ikan di Kemaman lapar sentiasa; baik sotong atau isi ikan kembung segar diragut belaka.

Mentari makin meninggi, aku terasa amat lambat masa berlalu. Perut telah keroncong, aku perhatikan tak ada siapa ke dapur memasak.

"Kita nak masak gulai apa hari ini?" Pak Dol bersuara. Aku lihat dia mula menanak nasi. Dia basuh dengan air laut sahaja. Mungkin jimatkan air tawar; tentunya basuhan terakhir baru guna air tawar. Huh! janji ada juadah untuk dimakan.

"Saya suka ikan termenong masak asam pedas!" aku bersuara dengan dendangan perut kosongku. Payah orang sakit diabetes ini asyik teringat makan sahaja.

"Nanti saya tenguk ada tak bahannya" Pak Dol mencari bahan yang ada, nampaknya dia hanya boleh masak kari. Kari pun karilah!. Di laut ketika memancing masak apa pun sedap. Sebabnya ikan baru naik manis belaka.

impianku aku akan dapat candat sotong
sebesar ini nanti


Aku dongak ke langit; cuaca nampaknya cerah & laut nampak tenang sahaja. Kebiruan air laut amat teruja untuk hati melukis indah. Rasa tak puas melihat riak air laut, buih tata rona menari & camar mandi sekeliling bot kami. Sesekali anak ikan todak melompat manja. Mata kail dilempar ke dasar laut semakin dibawa arus; Guna batu saiz 12 pun hanyut dibawanya. Siapa sangka laut di atasnya tenang tetapi arus di dasarnya amat deras. Sesekali ada bot yang melintasi kami menunjukkan hasil tangkapan.

"Itu betul-betul lauk!" Pak Dol bersuara, memang besar banget ikan tenggiri di Kemaman; aku pasti memang kumpulan ikan tenggiri yang meragut umpan Fareez banyak kali; tapi tiada rezeki; asyik terlepas sahaja.

Kebanyakan joran telah dinaikkan; arus deras ikan pun tak teringin mengintai umpan kami. Masing-masing bersantai menunggu Pak Dol menjemput kami makan besar!. Ikan manis-manis yang beranak di karang laut Kemaman.

- bersambung

20 Jun 2010

Sotong Kemaman ♥ 3 (Singgahsana)


terlena Penyair iDANRADZi nyaris maut



Mila & Azim tersenyum di jeti yang sepi!
mana perginya nelayan Memaman ni?.
Ikan Termenong

Unjam pertama kami sampai banyak terdapat ikan kembung yang saiznya agak besar, orang kampungku panggil ikan kembung ini adalah Ikan Termenong (dari perkataan termenung! tenguk wajah ikan ini memang ianya nampak macam susah hati sahaja). Tak macam di laut lain yang pernah aku pergi, saiz yang besar ini tentunya menaikkan semangat pagi pengail seperti Sulhan yang jarang ke laut. Pak ya pun apa kurang rajin amat bermain Apollo. Hanya bergantungkan mengguna Apollo agak banyak juga kami dapat menaikkan ikan termenong ini. Sulhan seperti Zidin pun Pak Ya amat aktif memancing; aku bagaikan Ijam tak boleh bergerak pantas di bot. Cuma terduduk di bahagian belakang bot. Ijam mabuk laut, aku pula darah & gula@glukos ketika ini melambung naik; pening lalatlah.

Aku perasan Ijam sedari awal telah kena sergahan mabuk laut. Biar pun Ijam orang Machang tetapi dia bukan kaki pancing, memang tak pernah ke laut dalam ikut nelayan. Fairuz & Fareez aku lihat makin giat menghayutkan umpan hidup untuk melamar Sang Tenggiri. PakDol yang menyerahkan kemudi kepada Ayah Ngah menurun juraian Apollo buatan sendiri cuma menggunakan koyan ke laut dalam. Panjang banget Apollonya.

Di mana jua aku pergi, baik di Sedili mahu pun Penyabong nelayan lazimnya menggunakan koyan sahaja, jarang amat aku temui mereka menggunakan kekili atau joran termahal di pasaran.

Fareez pun telah pandai membuat Apollo sendiri. Di samping memancing menggunakan Apollo Faruz & Fareez menunggu sambaran Sang Tenggiri. Tak sampai sejam aku lihat Fareez mengarahkan semua menaikkan joran & mata kail masing-masing. Tak pasti ikan apa yang menyambar umpan hidupnya. Dia bergelut beberapa minit, sungguh ikan besar dari riak yang kami nampak. Malangnya belum pun sempat kami melihat kelibatnya; tali mata kailnya terputus.

"Besar ikannya!... terlepas!" Fareez mengeluh!.

Mentari baru nak tersenyum kami telah meninggalkan jeti di Kemaman.

Sesekali kami dapat naikkan Ikan Uji Rashid, memang besar ikan-ikan karang di laut dalam Kemaman. Dapat seekor dua pun telan dirasakan kepuasan. Seekor ikan orang kata telah lepas sepinggan nasi. Sebut Ikan Uji Rashid aku teringat akan arwah Apak, sejak Uji Rashod & Hail Amir popular di radio; lagunya amat menambat jiwa lara makan ikan yang mata besar telah berubah nama Ikan Uji Rashid; ada yang panggil ikan Lolong rona merah. Arwah Apak pun tak sebut nama ikan sebenar lagi, kalau dia berjual di kedai runcit pasti ada sahaja bertanya.

"Pak Mat berapa sekati Ikan Uji Rashid ini" Uji ooo Uji.

Bukan ikan Lolong sahaja, apa sahaja ikan yang bermata besar habis dipanggil Ikan Uji Rashid. Besar sangatkah mata Uji Rashid. Isk! peminat kita orang Melayu memang fanatik betul. Samalah bila Siti pakai tudung dah timbul nama Tudung Siti Norhaliza.

Besar sangatkah mata Uji Rashid ini?

- bersambung



11 Jun 2009

Lambaian Kampung Durian Guling... Candat Sotong 7 (Singgahsana)

Durian Guling 6


"Tu... dia botnya dah sampai Abg iDAN!"

"Mana satu?.."

"Yang nombor 32 tu...!"

Nampak agak kecil berbanding bot Pak Senon yang pernah aku naiki dulu di Kuala Terengganu juga, nampak lama. Aku, Syukria, dua anakku Aziq & Afiz, Pak Ya & Nuzul. Enam orang. Adik Syukria yang masih berdarah manis tak jadi nak turun ke laut. Aku lihat Mila & anak-anak bersalaman, aku terus menaiki bot & duduk di belakang bot. Kami bebas nak duduk di mana. Ada sesetengah trip memancing, tempat duduk pun kena cabut undi.

Selalunya jika aku mengikuti Fairus pun Che Wan memancing; tak kira sangat tentang tempat duduknya. Lagipun hasil tangkapan dikira sama rata. Jika berenam memancing akan dibahagikan enam, tak kiralah adik beradik atau ayah & anak. Tak kiralah mabuk atau tak pandai memancing. Jadi tak timbul masalah hasil tangkapan, maka apa bedanya tempat duduk. Yang kerap membezakan tempat duduk & tangkapan adalah kaum cina.



Cuaca asar kini agak cerah, awan nampak terang; ombak laut pula sederhana. Tali ikatan bot dibuka & kami memulakan pengembaraan ke laut. Saat paling ghairah tiap kali ke laut; adalah mulanya belajar meninggalkan jeti. Tak siapa pun sifu mencandat sotong antara kami. Aku baru tiga kali mencandat sotong. Dua kali sebelum ini gagal. Pertama di Penyabong, sotongnya hanya timbul sekejap waktu magrib kemudian tiada. Kedua kalinya dengan bot Pak Senon di Kuala Terengganu juga, aku tumbang pertama kali mabuk laut.

Aku nampak lambaian Mila, Azim, & Anif. Orang rumah Pak Ya dan anak kecilnya. Mereka akan pulang ke calet bersama dengan Avanza. Isteri Syukria & adiknya pun ada di jeti.

"Aziq mari dekat ayah ni, sebelah sana tu kuat bau minyak, nanti Aziq mabuk pula dengan bau minyak tu..!" Kuat amat bau minyak disel dari enjin bot. Ombak satu hal yang membuat kita mabuk ke laut. Bau disel juga satu punca antara yang buat kita mabuk laut.



Aziq & Afiz nampak ceria lantaran inilah kali pertama mereka ke laut. Aku sendiri tak ingat lagi ini kali ke berapa aku turun ke laut; memancing atau mencandat sotong. Sejak kenal Fairus memang aku rajin ke laut. Sebelum itu pernah sekali dengan geng KKA ke Pulau Angsa. Bersama Mail Besar, Mail Kecil & Joha. Penyabong rasanya telah tiga kali, Sedili pun rasanya sekitar tiga kali, jadi mungkin ini kali ke belasan. Tidur di Kelong Lukut sekali.

Seingat aku paling seronok kenangan memancing adalah bersama Pak Wahid, Sharil Smart Fairus & Fareez di Penyabong. Selebihnya mungkin dengan geng orang Johor & Che Wan di Sedili. Seronok ke laut lantaran tekong & awak-awaknya yang baik.

Di bot ini aku lihat ada tiga orang awak-awak. Seorang tekong. Ada seorang awak-awak yang begitu ramah; muda lagi. Sepanjang perjalanan menuju ke Pulau Kapas dia sentiasa mengajar bagaimana mengikat mata candat dan lain-lain. Seorang lagi awak-awak aku lihat senyap atas bumbung pondok bot. Seorang lagi tidur dalam pondok. Tekongnya aku pun tak pasti namanya tak keluar langsung dari bilik kemudi; Syukria pasti kenal semua mereka sebab katanya semuanya orang kampung dia.



"Tenguklah air laut ini Along, nampak hijau semacam, jika kita di tengah laut; nampak airnya biru amat..!" Aku menunjukkan betapa indahnya laut kepada Afiz. Aku juga berpesan agar jangan banyak sangat tenguk ombak takut cepat mabuk. Banyakkan tenguk ke langit jika terasa pening dilambung ombak. Biar pun masing-masing telah telan dua biji ubat mabuk tak semestinya selamat dari serangan mabuk laut.

Bau disel masih tak reda, biar pun duduk di mana bahagian belakang. Jadi aku membuat keputusan duduk di hadapan bot. Mengajak anak-anak ke depan bot. Faham sahajalah jika duduk di depan; ombak nampak ganas merembas kami. Pakaian aku hampir basah ditempiasi ombak.

- bersambung