Banyak pendapat yang bernas & banyak pula pendapat agak terlampau ekstrim. Bilamana aku dalami kenapa ada manusia yang perbagai ragam ini. Aku amati memang antara banyak puncanya, pendidikan & persekitaran kehidupan seseorang itu akan mencorakkan watak seseorang ini.
Dari suara pendapat si respon banyak yang boleh aku akses blog mereka. Lalu aku suka juga membaca dari satu blog ke satu blog si respon. Bila diteliti akan empunya diri; jelas bagaimana kehidupannya seharian diterjemahkan dengan pendapatnya. Terkadang bahasanya amat sopan & hormat terkadang ada yang sampai hilang rasa hormat terhadap pendapat orang lain sedangkan orang yang melahirkan pendapat itu bukan calang-calang orang berbanding diri sendiri.
Sebagai contoh bilamana orang dewasa atau lebih tua dari kita yang telah dipanggil Atuk (Atok ejaan dedulu rasanya sepadan dengan Opah) memberi hujah seharusnya kita hormati, mereka amat matang dalam berpolitik, janganlah kita terlampau terpengaruh dengan perbedaan fahaman politik. Aku pernah berkata politik itu tidak pernah kekal; jadi perkataan Pembangkang bukanlah satu gelaran kekal kepada mana-mana parti. Begitu juga Pemerintah atau Kerajaan bukanlah satu yang kekal. Maka itu dalam perkataan itu sendiri ada perkataan "Kera", memang indahnya Bahasa Melayu kita. Kera itu lazimnya suka melompat-lompat. (Jangan pula ambil hati kerajaan yang memerintah)
Kita ambil contoh negara maju, Amerika, Jepun atau Jerman mana ada kerajaan mereka kekal dengan satu parti sahaja sepanjang zaman. Kerajaan ini selalu berubah. Kerajaan yang baik ada lah mereka yang benar-benar ikhlas membuat "Kerja". Perkataan itu juga ada di dalam perkataan kerajaan. Cantik Bahasa Melayu kita. Dia juga boleh menjadi "Raja" iaitu memang kebal belaka, atau Rela dicabar & tak Jeran dibantah.
Bagaimana pula Pembangkang. Jika kita perhatikan ada perkataan "Bang" dalam satu maksud memanglah Azan yang memanggil kita ke arah kejayaan. Ianya juga boleh menjadi "Kembang". Banyak negara yang terpaksa tunduk kepada pembangkang bilamana ianya punyai pengaruh atau pengikut yang ramai. "Bang" juga boleh diertikan singkatan untuk gelaran Abang yang seharusnya menjadi ketua dalam keluarga. Perlu diingat silap susun ianya akan jadi Bengkang yang dilenyek-lenyek, kengkang dikejar-dihambat, gampang marah sangatlah tu!. Sikap yang tentunya lebih teruk dari kera yang lazimnya melompat pantas.
Iyer! apa yang aku ingin sampaikan di sini. Di mana pihak parti pun ada kelebihan & kekurangannya. Itu baru aku buat kajian tentang huruf-hurufnya. Belum lagi hakikat sebenar apa itu Kerajaan & Pembangkang yang sebenar sementelah memang perlu dalam meladani demokrasi.
Yang penting antara kedua-dua pihak perlulah ada tolak ansur, timbangtara & mencari jalan lurus & seiring. Jangan belok-belok, kusut & mencari Jalan Mati.
Ini antara yang aku tulis untuk Blog Sdr Mazidul.
Hakikat
Di mana bumi dipijak di sana langit dijunjung. Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi. Samalah Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.
Kenapa kita tidak!
Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak. Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah. Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema.
Harus diingat!.
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas. Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat. Pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk. Sebab mulut leher terjerat. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.
Kita sebenarnya!!
Bagai inai dengan kuku.
Bagai kuku dengan isi.
Maka itu aku selalu impikan aku mahukan Kemerdekaan cara aku yang masih mengekalkan bumi kupijak ini bernama TANAH MELAYU.
-:Bukan Melayu nan bergerladangan kini :siapa itu:(?):-