iDAN

21 Disember 2012

Rasuah di Agensi Kerajaan

http://dgelenggang.blogspot.com/2012/12/malaysia-negara-paling-rasuah-di-dunia.html

Aku pernah mengadu masalah rasuah ini semasa kerja. Kononnya aku tak mahu terlibat & menceriterakan bagaimana kalangan rakan teknikal menggunakan Sebut Harga sebagai tujuan mengambil keuntungan.

2. Sebagai contoh sesuatu barangan berharga RM500; pegawai ini akan berpakat dengan pembekal harga dipinda menjadi RM600. Memohon komisyen secara pakatan begini biasa. RM100 akan diberikan kepada pegawai ini melalui wang tunai sebab tak mahu ianya menjadi bukti jika diberi secara cek atau masuk ke akaun peribadi,

3. Isunya aku tak tergamak nak turut serta sebab aku sentiasa mendapat sebut harga murah. Selalunya jika sebut harga itu berbeda antara 20% dari harga terendah tidak pernah dipersoalkan. Apatah lagi jika syarikat tersebut milik Bumiputera. Ini lebih memudahkan staf kerajaan membolot rasuah sewenang-wenangnya. Sebab sering syarikat Bumiputera tersebut hanya pada nama sahaja. Ianya lebih kepada syarikat ALIBABA di mana tauke besarnya adalah kaum lain.

4. Nak jadi ceritera aduan aku bukannya diterima baik oleh majikanku malahan disalahtafsirkan kononnya aku sengaja mencari musuh dalam jabatan. Kegiatan begitu memang wajar sebab itulah hasil usaha & kerja sampingan staf kerajaan untuk menambah duit poket. Alasannya mudah jika tak buat begini pun pihak syarikat pembekal biasanya akan tetap memberi HADIAH jika mereka sentiasa mendapat peluang membekal barangan.

5. Tak hairan rasuah berluasa malahan harga barangan secara sebut harga di agensi kerajaan memang MAHAL amat.