iDAN
11 Julai 2010
Melawan Takdir (Hiburan)
Sekitar minggu ini ingat nak "dating" dengan gadis ini di CapSquare!... siapa nak ikut?
Itu yang aku tulis dalam FB, maka ramai yang tersilap tafsir. Mungkin kalangan mereka yang tak kenal filem Hindustan tak cam sangat wajah gadis di atas ini.
Milenge Milenge.
Filem ini telah pun mula dibuat pengambarannya pada tahun 2004 lagi. Tetapi menghadapi banyak halangan untuk ditayangkan. Siapa yang pernah menonton filem Jab We Met (2007).
pastinya teruja nak tenguk gandingan Kareena & Shahid ini.
Skrip ceriteranya banyak berkisar tentang takdir yang diramalkan oleh Tukang Tilik Nasib. Cinta yang seharusnya kesampaian menjadi dilema bilamana Priya (Kareena) tidak lagi mahu percaya dengan ramalan yang memang songsang ini. Immy (Shahid) yang cuba menjadikan ramalan itu menjadi kenyataan terhimpit dengan cinta sejatinya.
3 tahun mereka berpisah tanpa pun Priya ingatkan Immy hinggalah saat masing-masing mahu bernikah tetapi wang kertas yang diconteng Immy ada tertulis nombor telefon kembali kepadanya begitu juga buku yang dibeli oleh Priya yang tercacat nombor telefon dipasarkan sebagai buku terpakai kembali dapat ditemui Immy.
Sepanjang filem ini banyak adengan yang menggelisahkan hati kita. Ada beberapa buah lagu dalam filem ini menarik terutama lagu temanya.
Pengambaran filem banyak dibuat sekitar Dubai, Delhi & Thailand.
Ada apa dengan Paul Si Sotong Ahli Nujum FIFA ?
DIA sudah menjadi seekor daripada bintang kejohanan dan memalukan pengulas TV disebabkan ramalannya yang tepat mengenai keputusan Piala Dunia. Di sini 10 perkara yang anda mungkin belum tahu mengenai Paul, seekor sotong peramal keputusan perlawanan.
1. Dia berasal dari Weymouth
Walaupun dia kini berada di Aquarium Sea Life Centre di Oberhausen, Jerman, Paul sebenarnya dilahirkan di Weymouth, England dan berpindah daripada Sea Life Park pekan itu pada 2006.
Fiona Smith, dari Weymouth Sea Life Park, memberitahu Dorset Echo: “Dia tidak pernah membuat sebarang ramalan ketika dia tinggal di sini tapi mungkin dia menanti acara besar seperti Piala Dunia barulah dia mendedahkan kebolehannya.”
2. Dia amat dikehendaki
Chef Argentina, Nicolas Bedorrou terlalu marah selepas Paul meramalkan dengan tepat bahawa pasukannya akan kalah pertemuan suku akhir dengan Jerman lantas dia mencadangkan satu cara untuk memasak sotong itu.
Dia mencatat dalam laman web sosial Facebook: “Kami akan mengejarnya dan meletakkannya dalam kertas. Kami kemudian akan memukulnya untuk mendapatkan daging lembutnya dan kemudian merebusnya dalam air mendidih.”
3. Dia mendapat liputan meluas
Ramalan Paul meraih terlalu banyak populariti hinggakan saluran berita Jerman, NTV mula menyiarkan ramalannya secara langsung, dengan dua wartawan berada di sebelah tangkinya jadi mereka boleh memberikan perkembangan terkini kepada penonton.
4. Dia menjadi selebriti di Oberhausen
Sesudah mengejutkan dunia media dengan ramalannya, Paul berjaya meletakkan bandar raya kurang dikenali Jerman, Oberhausen di peta dunia. Oberhausen, bandar raya berkembar dengan Middlesbrough, juga dikenali mempunyai pusat membeli-belah terbesar di Jerman.
5. Dia memiliki rekod yang bagus
Paul mula meramalkan keputusan Jerman ketika kejohanan Euro 2008, secara tepat memilih pemenang dalam empat daripada enam perlawanan membabitkan Jerman. Dia meramalkan Jerman untuk menang setiap perlawanan tetapi silap apabila mereka kalah kepada Croatia dan perlawanan akhir di tangan Sepanyol. Setakat ini pada Piala Dunia 2010, Paul meramalkan dengan betul pemenang kelima-lima perlawanan Jerman.
6. Dia membantu anda membawa pulang sedikit wang
Selepas meramalkan dengan tepat pemenang lima perlawanan Jerman pada Piala Dunia, menuruti tip yang diberikan Paul membolehkan anda membuat sedikit wang.
Seorang yang mempertaruhkan £1 (RM4.80) terhadap semua lima keputusan itu boleh mendapat sekurang-kurangnya £131 (RM640).
7. Dia seekor haiwan bijak
Sotong memang terkenal sebagai haiwan bijak dan terbukti memiliki kekuatan memori jangka pendek mahupun jangka panjang.
Fiona Smith, ketua penjagaan haiwan Sea Life Park berkata: “Sotong biasa seperti Paul amat bijak. Kami samakan kebijaksanaan mereka dengan anjing dan mereka suka menyelesaikan masalah atau mengira sesuatu.”
8. Dia sensasi Twitter dan Facebook
Paul menjadi fenomena utama internet sejak akhir-akhir ini dan kini adalah satu daripada topik utama perbualan dalam laman web. Frasa “Paul the Octopus” dan “Pulpo”, perkataan Sepanyol bagi sotong, kini berada dalam kelompok 10 teratas di laman web sosial Twitter.
9. Dia tidak menipu
Paul meramalkan keputusan dengan membuka satu daripada dua plastik kontena makanan yang dilitupi dengan bendera dalam tangkinya. Tanja Munzig dari Sea Life Centre di Oberhausen menafikan dakwaan bahawa kontena itu sudah diberikan kepadanya lebih awal.
“Tidak ada tipu helah, makanan itu sama dan setiap benda dalam dua kontena itu sama kecuali bendera.”
10. Dia tidak takutkan ancaman bunuh
Menurut penjaganya, Oliver Walenciak, Paul tidak bimbang dengan beberapa siri ancaman bunuh dihantar oleh penyokong Argentina yang menyalahkan sotong itu kerana kekalahan pasukan mereka pada Piala Dunia.
Dia berkata: “Memang ramai orang yang mahu makan sotong kami tapi dia tidak malu dan kami berada di sini untuk menjaganya. Dia akan bertahan.”
Sumber: Akhbar Harian Metro.