iDAN

10 Ogos 2012


Semakin hari semakin FB ini kurang responnya; padahal rakanku bertambah. Baru ini ada rakan FB menyapa; katanya dia takut menyapa aku kononnya aku ada nama. Nama apa bendanya. Jangan silap anggap aku manusia amat kerdil. Bila aku guna nama samaran Penyair tak semesti aku sepopular DJ atau artis. Penyair ini timbul sebab rakan kerja suka sebut begitu. Terutama Pengail Sejati Fairus Ismail Al-Ramali memang itulah sebutannya...jika dia malas sebut Abg iDAN dia pasti panggil Penyair iDANRADZi. Kerana aku sejak dulu suka bergurindam, berpuisi; paling nakal suka tulis Surat Layang melalui e-mel di fakulti. Dekanku kini dah jadi Dato' memang sering terkesima dan tak setuju setiap tulisanku. Itu ceritera dulu.

2. Kini aku telah bebas dari sebarang kasta atau ikatan, aku tak larat nak jadi buruh lagi sebab tak siapa mahu dengar cakap buruh. Apa sahaja pendapatku pasti dicampak ke laut. Biarpun aku perasan sendiri tak semua pendapatku itu sampah.

3. Orang seperti aku perlu ramai kawan sebab dalam Kasta India. (Bukan nak ikut) Buruh adalah kasta paling rendah. Dulu aku kuli, buruh suruhan. Hatta jika aku menjadi Penyair ada kemungkinan kastaku lebih sikit martabatnya bagi kaum India.

4. Kawan pula aku tak boleh bertumpu kepada satu golongan sahaja. Jika sekadar golongan marhaen sahaja bagaimna aku nak korek rahsia golongan elite; atau bangsawan. Bagaimana aku nak nulis tanpa kenal rapat dengan semua golongan. Semasa zaman bekerja terlalu banyak batasnya. Sekarang tak lagi sebab aku telah lari dari kasta golongan terendah: Sudra. Aku bebas sebagai penyair yang boleh bebas bersuara pun bergaul.

5. Berkawanlah dengan aku jangan ada kasta atau kongkongan.

Ke Arah Mana? III

 

Antara bait puisinya...

"Saling mencari arah pulang
biarpun sekian jauh merantau
bak bangau nan terbang melayang


pasti suka hinggap di belakang kerbau
memerhati seluang menari riang memukau
akan menyambar kasih untuk lena di pulau."

Jangan tak beli Harakan di pasaran; menarik amat puisi ini.
 

"Penyair Idanradzi
kata ‎...aku menulis di semua akhbar dan majalah terpulang kepada editor mahu menerima tulisan aku atau TIDAK; aku tetap menulis; sebagai contoh terbaik tanya editor BH pernahkah aku berhenti menghantar karya ke sana? Memang tak pernah berhenti.. Ke Arah Mana (pertama)... aku rasa mmg aku hantar ke BH; tapi tidak tersiar; Ke Arah Mana II aku hantar ke Harian Metro terlah tersiar... Jangan labelkan aku dengan sebarang fahaman politik sebab sastera itu berkembang; biarlah ianya bebas bersuara di mana jua akhbar nan berlesen pun majalah yang perbagai tema... politik itu adalah hak kebebasan individu.. jangan komen... "