Satu dunia melihat dengan jelas bahawa bola hasil percubaan pemain tengah England, Frank Lampard itu sudah melepasi garisan gol tetapi pengadil, Jorge Larrionda dari Uruguay tidak menge- sahkannya.
Insiden tersebut menjadi perdebatan peminat bola sepak seantero dunia menerusi Facebook mahupun blog yang mempersoalkan kewibawaan pengadil perlawanan berkenaan.
Turut menjadi perdebatan hangat ialah jaringan penyerang Argentina, Carlos Tevez yang berada dalam kedudukan ofsaid pada aksi menentang Mexico pada hari yang sama.
Ketika pengadil tidak membenarkan jaringan Lampard, penjaga gol Jerman, Manuel Neuer tampil membuat pengakuan.
Neuer mengakui dia berjaya memperdayakan pengadil Uruguay, Jorge Larrionda untuk tidak mengesahkan jaringan Frank Lampard pada perlawanan tersebut.
Percubaan Lampard pada minit ke-38 itu terkena palang dan dengan jelas telah mele- pasi garisan gol sebelum melantun keluar.
Jaringan tersebut mungkin menyamakan kedudukan 2-2 sekiranya disahkan, namun sebaliknya jaringan tersebut tidak dikira dan England pula mengalami kekalahan 1-4 kepada Jerman serta tersingkir daripada Piala Dunia.
Penjaga gol Schalke, Neuer menjelaskan bahawa bola tersebut telah pun melepasi garisan gol kira-kira dua kaki.
"Saya cuba untuk tidak memberi sebarang reaksi kepada pengadil dan hanya memberi tumpuan terhadap apa yang berlaku selepas itu," kata Neuer.
"Saya tahu bola sudah masuk. Kemudian ketika di bilik ujian dadah saya melihatnya dengan jelas dalam televi- syen. Saya tahu ia sukar ditentukan kerana bola hanya melepasi garisan kira-kira dua kaki."
Lampard sendiri berang setelah pengadil, Larrionda tidak dapat melihat insiden itu dengan jelas meskipun penjaga garisan dilihat bersetuju bahawa bola telah pun melepasi garisan gol.
Ketika kedudukan 2-1 sebelum rehat, insiden ini dilihat sebagai titik tolak kekalahan England dan juga mencalar imej Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
"Saya rasa sudah tiba masa- nya untuk menggunakan teknologi video," kata Lampard.
"Semua orang boleh melihat gol itu dengan jelas yang mana boleh menjadikan kedudukan 2-2 sebelum masa rehat.
"Saya tidak akan jadikannya sebagai alasan terhadap kekalahan kami tetapi jika kedudukan berubah 2-2, kami mungkin akan beraksi pada babak kedua dengan cara lain dan keputusan perlawanan pastinya berbeza." - Agensi