Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

14 Mac 2010

Plaza Low Yat (Singgahsana)


"Afiz tenguk kuasa membeli orang kita Melayu... tinggi kan?" lebih 50% pengunjung plaza ini adalah orang kita Melayu; berpusu-pusu membeli belah di Plaza Low Yat.

"..." Afiz ini jenis kurang berbual, asyik berSMS dengan si Mienya.

"Andai kata kita boikot kedai cina, pening juga mereka, tenguk semua bangunan mencakar langit di KL ini milik bangsa asing, sudahlah namanya pelik, TimeSquarelah, CapSquare... Low Yat sah cina punya!" aku bagaikan membebel sendiri; sedih akan bangsaku bila mahu punyai bangunan gah di kotaraya.

Di depanku ada sebiji Merc besar gedabak menghalang lorongku, aku tak mahu beralah pandailah kau nak susur balik ke kanan. Lagi pun bagaimana aku nak mengundur ke belakang berderet kereta yang menuju ke arah sama denganku. Sudahlah penggilap cermin Avanza Mila ini kabur, aku terkial-kial dalam hujan lebat nak masuk lorong parkir di bangunan Plaza Low Yat.

Huh! sebut parkir aku teringat betapa semakin baculnya Mingguan Malaysia, kenapa dalam puisi Melayu yang dipertandingkan untuk Hadiah sastera ada perkataan parking. Nak jadi apa bahasa sastera kita. Jika Parkir itu telah dinobatkan perkataan terkini sinonim dengan tempat letak kereta, Kenapa pula dalam puisi Melayu ada bahasa orang putih parking. Aku salah seorang pejuang bahasa terasa amat terkilan bilamana mengamati puisi yang tersiar minggu ini.

Aku harap Qasih & Kelompen dapat menjaga martabat bahasa kita. Tak salah nak ambil bahasa orang tetapi biarlah berpada-pada. Aku lebih suka jika kita banyak mengambil Bahasa Arab sebab ianya bahasa al-Quran. Bahasa Inggeris yang memang telah ada bahasa kita kenapa mesti kita nak ambil bulat-bulat. Suasana tak salah kita tukar jadi situasi. Tapi kalau biru kita tukar bahasa kita jadi blue apa jadi Bahasa Melayu kita. Jadilah Celcom Blue kita gah & bangga dengan bahasa orang.

Maka itu aku pernah kata kalau novel Melayu berbahasakan aku atau saya itu I & kamu, awak atau kau itu You. Memang aku akan letak tepi. Tolak tepi novel tersebut. Aku panggil novel bacul. (Melampaunya jiwa penyairku).

Plaza Low Yat semakin sibuk, bayangkan aku terpaksa parkir nun ke bawah tanah di aras 5, betapa jauh terbenam ke dasar bumi. Jangan harap ada parkir di tingkat atas; semakin ramai pengunjung di Plaza Low Yat ini. Tahun 80an semua tertumpu di Embi Plaza, sekarang ini aku sendiri tak jenguk Embi Plaza biarpun ianya bersebelahan. Aku teringat JayaCom dulunya amat kecil, kecil sahaja kedainya di Imbi Plaza, sekarang amat ramai pekerjanya di Palaza Low Yat. Taukenya masih muda suka amat lagu Metal, nampak dia masih menjaga badannya. Nampak segak. Hari-hari dia rajin bersenam katanya. Aku memang telah lama kenal dengan dia tapi namanya aku tak tahu.


Aku mencari Ram DDR1 sebenarnya, huh! masih mahal banget. Bayangkan ada kedai yang menawarkan harga RM130 untuk 1GB, baru dalam kotak lagi. Bila tanya di kedai Pakistan atau kaum India berniaga barangan terpakai, ditawarkan RM180 biar bebetul, semuanya jenama Kingston; takkan barangan terpakai lagi mahal dari barangan terbaru.

Aku jumpa satu kedai terpakai, menawarkan harga RM90. (Balik rumah komputer pula tak dapat mengesan Ram ini. ) Ram dalam bahasa Melayu ialah Ingatan Capaian Rawak. Ini masalah DBP kenalah cari perkataan pendik sikit. Ram terkini DDR3 jauh lebih murah dengan DDR1; tak terikut teknologi komputer ini. Terlalu cepat berubah.


Aku sempat makan Nasi Goreng Tom Yam di aras bawah; yang menariknya ada pasangan Mat Saleh nampak baik sangat wajah & perwatakannya. Suka mereka makan masakan Asia, lepas satu juadah aku lihat mereka lepak pula di restoran kopi pula. Bayangkan matawang mereka berbanding kita. Bayangkan aku & Afiz terpaksa makan sekitar RM16, bagi pasangan ini mungkin di bahagi 4 atau 6 dari jumlah kami. Emm! RM4 makan berdua jika dibahagi 4 besarnya gandaan matawang mereka.

Telah tiba masanya kerajaan menaikkan kadar matawang kita. Jika pun tidak kena naikkan gaji semua rakyat jelata termasuk aku yang telah bersara ini; jika tidak bagaimana mahu menikmati pembangunan di kota yang mencabar ini. Aku kepingin makan Sashimi pun tak mampu bayangkan sepinggan RM23, belum air & takkan Afiz tenguk sahaja ayahnya makan. Emmm! ada ada RM50 lebih untuk makan berdua. Lebih dari sebulan beras.

Afiz membeli beg galas belakang untuk komputer ribanya; ada berharga RM40 ke RM200 ikut kemampuan kita. Anif tak mahu ikut & sibuk mahukan Thumb Drive 8GB. Di Hongkong khabarnya sudah tak pakai bawah puluhan GB. Saiz Thumb Drive mereka jauh lebih besar, faham sahajalah sekarang IBM pun telah buat kilang mereka di China. Thumb Drive 8GB sekarang sekitar RM50. Dulu 1GB pun sampai beratus RM.

Jika balik dari Low Yat jalan terdekat ke Kajang tentunya ikut Smart Tunner, tapi punyalah susah mahu menuju lorongnya. Aku telah empat kali tersesat ke arah lain. Dulu dari simpan empat lampu isyarat sebelah Plaza Embi susur ikut kanan jalan, sekarang telah terbalik ikut susur paling kiri jalan. Aku terikut lorong ketiga dari kiri, maka terus ke MMR2. Panduan terbaik ikut tanda atau tulisan di permukaan jalan; insyaAllah anda tidak tersilap lorong; jika anda ikut panduan papan tanda di tiang jalan memang sesat larat. KL faham sahajalah, jika tersilap lorong jauh banget baru jumpa untuk jalan patah balik.