
Jam 4:30 pagi masih meriah bagaikan tiada malam di sini. Harapan aku sempatlah aku tidur di Cherating BayView atau mandi di pantainya selepas mencandat sotong nanti.
"Moh!lah kita mencari Masjid Geliga, janjinya di sana kami berkumpul"
Selang beberapa minit kami menyusuri jalan ke Masjid Geliga Fairus telefon lagi. Dia & keluarganya tidur di rumah calon mertua Ijam sekitar Kampung Geliga. Dia mengarahkan kami berhenti di Gerai Sata yang banyak di perjalanan ke rumah calon mertua Ijam itu.
Bilamana aku sampai di depan Masjid Geliga aku cadangnya mahu belok ke kanan & menuju Kampung geliga; tetapi berdering lagi telefon; Ijam mengarahkan kami menunggu di situ sebab katanya kumpulan Fareez dari UKM telah sampai di jeti.

Aku melalui simpang ke Impiana Resort Cherating; pernah menginap di sini. Resort yang memang cantik & pantainya putih menarik.
Aku berjumpa kumpulan Fareez dengan dua buah kenderaan telah menunggu di jeti. Memandangkan hampir subuh, kumpulan Fareez kembali ke Masjid Geliga untuk solat subuh. Kesempatan ini tentunya amat baik untuk aku berehat seketika dari perjalanan jauh. Bayangkan dari jam 11:00 malam dari Jenaris; sekitar lima ke enam memandu. Penat tentunya lantaran tanpa tidur sepanjang malam. Juga tentunya memudahkan Mila mengecam jalan. Rasanya ini pertama kali aku membiarkan Mila sendirian mencari resort, memandu di bumi orang sendirian bersama anak-anak.
Selepas kami solat subuh, aku, Mila, Anif & Azim menuju ke Jeti; hari terang-terang tanah. Cantik permandangan di kampung nelayan ini; dengan bot yang banyak tersadai; pelepah rembia & tenangnya Sungai Kemaman.
Bot milik Pak Dol memang besar (bukan nama sebenar) . Sama besar bot Pek Senon di Kuala Terengganu. Ianya di pandu oleh Ayah Ngah jenis pendiam tetapi Pak Dol nampak peramah. Ada dua lagi awak-awak. Seorang nampak sasa muda belia; Abg Segak, seorang lagi tinggi lampai Abg Long & seorang lain kanak-kanak anah buah Ayah Ngah.
Rakan Fareez ada empat orang. Merekalah penaja, si Zidin aku kenal masa bersama bot Pak Senon, Pakcik Seman, Jaja & Helmi (bukan nama sebenar).
Kumpulan kami pula, aku, Fairuz, Ijam, Pak Ya & Sulhan. Ini pertama kali kami berpecah dua kumpulan. Selalunya kalau aku memancing laut dalam kami sekumpulan & ikan serta tangkapan lain akan dibahagi sama rata. Bermakna kami seramai 14 orang menguji untung nasib di bawah pelayaran Tekong Pak Dol.

Hari semakin cerah, barangan telah di punggah ke bot. Aku menurun tali untuk naik ke bot; air ketika subuh nampaknya masih surut. Aku lihat Mila, Anif & Azim begitu ghairah mengambil gambar; bot mula menghidupkan enjinnya & kami meninggalkan jeti dengan lambaian Mila & anak-anak. Tiada orang lain di jeti ketika itu.
Cuaca amat baik & laut amat tenang; aku tidur-tidur ayam menuju ke injam pertama. Dari menyusur sungai yang keruh airnya sekarang kami telah berada di kebiruan air laut. Biru yang amat sukar ditafsirkan; Nampak banyak bot kecil nelayan menangkap ikan. Bot Pak Dol bergerak sasa.
- bersambung