iDAN

29 April 2010

Penyair iDANRADZi zaman Dewasa (Singgahsana)

Gambar ini pula sekitar tahun 1985

Dah kahwin masa ini! tapi siapa pun tak sangka aku ini suami orang!

Sebab itu ketika di Jepun dalam Episod KC yang belum habis itu Rahayu terlampau memuja aku. Ayu tak tanya pun aku ini sudah kahwin ke belum.

Ketika wajah begini juga aku pernah menjadi pelakon teater!; Pak Pacaklah. Aku menari menyanyi, aku tak banyak berdialog hinggakan Mior Hashim Manap terpikat dengan aku ketika aku belakon di UM; lalu ajak masuk Kumpulan Teater Kreatif milik dia. Terpekik terlalak dengan Sani Sudin. Masa itu orang pun tak kenal siapa Sani Sudin.

Masalah utama aku, payah nak ingat skrip; Mior pula jenis tak buat skrip tetap dia mahu aku hayalkan & olah sendiri skripnya. Mimpi Hayati nama teaternya.

Dah buat sidang akhbar, dah ambil gambar aku pelbagai; Memang gambar aku yang akan diuar-uarkan di akhbar itu... macho gila, aku tenguk di tangan pemberita gambar aku itu, Mior yang pilih mana satu yang akan diterbitkan. Ingat kalau keluar paper memang aku jadi popular macam Sani Sudin. Bila aku tarik diri saat akhir Mior tersangatlah marah. Masa itu dia tengah bercinta dengan isterinya seorang artis juga Kak Izie. Dia langsung tak kontak aku. Kak Izie ini jenis garang memanglah aku tak berani nak jenguk mereka di Panggung Teater itu.

Ramai kalangan rakan jadi artis sampai kini, termasuklah S Azli yang amat mengagumi bakat aku. Kami pernah menjayakan teater Tiada Gendang Mengiringi Tari bersama, Johan bagi Wilayah Persekutuan. Dia kata suara aku macam Mior, wajah aku pun mirip Mior. Mior memang ada pertalian darah dengan aku; tapi kira bau-bau bacang sahaja. Dia memang pernah datang ke Desa Tualang. Aku pernah cerita bab ini dalam blog.

Dalam masa yang sama aku gila nak kahwin. Aku sedih sampai sekarang kenangkan ini. Aku tak cukup duit masa itu gaji masa itu sekitar RM400 sahaja. Aku berulang dari Seri Kembangan ke KL nak berlatih berteater habis sekitar RM100 dalam sebulan. Nak makan nak menyewa; Macam mana nak simpan duit nak kahwin. Orang sarat bercinta ini memang nazak!.

Sempatlah berteater dalam dua pementasan kut!, satu di peringkat kebangsaan di UM. Drama kedua kami buat bersama Arwah Abg Sabtu Husin di Dewan Bandarraya KL. Arahan Zain Yahya. Teater mana dapat duit masa itu. Masuk percuma sahaja, sekadar edarkan tabung kutipan.

Hingga kini aku cuba hubungi Mior, dia ada di FB tapi tak pernah mahu menyahut sapaan aku!.

Boleh agak kan... berapa usia aku ketika ini?. Tekalah!.


Nota kecil: Esok & lusa aku di Kemaman di laut dalam! memancing & candat sotong.

Wajah Siapakah Ini (Singgahsana)


Wajah ini di ambil sekitar tahun 2002, masa ini tak ada sebarang sakit kronik, memang hobi ketika ini suka buat koleksi spek hitam; spek yang ini hilang... tertinggal di al-Farmosa Melaka sana.

Itu baju staf teknikal di tempat kerja! pinggang masa ini sekitar 35 ". Sekarang dah sampai 40". Isk!

Gambar diambil depan Makmal Komputer KKA, Fakulti Kejut. UPM

Sila komen wajah Penyair iDANRADZi ini!

Usia ketika ini berapalah agaknya?.

Rahsia!.

27 April 2010

Catatan dari FB ( Singgahsana)

Sahabatku Mizi

Itu!.. yang aku cerita dengan anak-anak. Kawan ayah ini pelbagai; dari sepandai-pandai orang sampailah ke orang biasa. Ada dengar cerita rakan kita pengedar dadah sampai tertangkap. Ada juga jadi imam masjid negeri.

Thor, Tahir, Mahyuni itu satu sekolah di Kg Changkat Tualang (Desa Tualang) mereka semua jadi orang biasa sahaja macam aku bukanlah VVIP. Dulu masa sekolah rendah aku memang pelajar contoh. Aku diterima masuk asrama penuh sebab aku memang pelajar cemerlang kononnya;

Dari darjah 4 hingga 6 aku jadi ketua murid; selalu dapat nombor satu dalam kelas. Penilaian dapat 4A 1B. masa itu mana ada pelajar pandai di kampung aku itu. Tak ada 5A pun.

Keluarga aku kira orang berada, ayah kahwin 3, patutnya tak dapat masuk ke asrama sebab ianya khas buat keluarga susah; yang lain tu memang dari keluarga susah bukan sebab rekod akedamik. Sebab rekod sekolah rendah aku cemerlang itu yg dipilih.

Dari Remove Class lagi aku sudah buang buku; aku memang tak belajar masa ambil LCE aku ingat pencil 2B yang oren hitam tu aku jadikan Buah Dadu. Habis penggal bungkus semua barang dah yakin gagal punya & akan dibuang asrama; entah macam mana boleh lulus semua mata pelajaran!. Biar pun tak cemerlang.

(Dalam jiwa aku masa itu memang aku amat anti orang kaya, sebab tenguk kehidupan arwah apak yang kaya sampai berkahwin ramai; aku memang bertekad nak jadi orang biasa!)

Dulu aku ni Mizi berhenti sekolah awal; tiap minggu kena hantar surat dari kampung, kena tanda tangan apak mengatakan ada duduk di rumah. Sekarang pun aku bersara pilihan; pencen awal. Sampai Pak Lah pun ada hantar e-mel ucapkan tahniah pendedahan aku; Bagaimana aku nekad mendedahkan permasalahan kerjaya orang bawahan di UPM.

Pihak JPM telefon ajak aku mengadap di Biru Aduan Awam JPM. Sampai NC nak pecat aku!. AJK KEPERTAMA serang aku; Hingga aku diturunkan pangkat jadi budak pejabat. Ramai yang berkokok & bertepuk tangan, mereka anggap aku ini penulis gila tak ikut saluran betul;

Tak sempat jadi duduk di bangku budak pejabat; Dekan bantu aku duduk di bangku Unit IT, pilihan keduaku.

Pilihan pertama jika aku kekal menjaga makmal komputer sendirian tanpa bos sejak 1997 lagi; aku akan berkhidmat selama dua tahun untuk sukupkan servis 30 tahun. Sebelumnya masa aku kerja dengan Dato' Radin Omar, aku memang dapat elaun tanggung kerja Juruteknik pelbagai. Sekitar 2 atau tahun begitu. Kemudian aku buat kerja lebihan secara sukarela.

Pilihan kedua aku akan letak jawatan secara pilihan ia itu lapan bulan notis. Jika aku di Unit IT.

Aku akan letak jawatan 24 jam jika aku didera menjadi Budak Pejabat. JPM tahu semua ini. E-mel merebak begitu cepat. Cara begini, selama lapan bulan tiada gaji kemudian dapat pencen segala setalah habis tempoh eddah lapan bulan itu. Ramai tak tahu akta ini.

Bila JPM telefon aku suruh mengadap mereka; Aku balas dengan e-mel panjang, aku kata aku sudah letak jawatan & bantulah rakan-rakanku yang masih berkhidmat. Dalam masa yang sa,a Pak Lah menaikkan anak buahnya seramai 200 orang ke jawatan Pembantu Tadbir Rendah; UPM tak buat sedang lampu hijau dari JPM ada aku simpan e-melnya. Semua e-mel ini aku panjangkan buat Cuepacs & pelbagai pihak. Omar@Bagindo tu tak pandai bere-mel. Salinannya ada JPM kirim ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bagus Warkah untuk PM ini. Ramai tak tahu kes sebaliknya. Tahu-tahu mereka naik pangkat sahaja.

Antara isunya aku sedih amat lihat ramai staf kerajaan dari mula masuk kerja jadi Budak Pejabat sampai ke tua dari "Atok Pejabat". Aku tak sanggup lihat mereka ini dengan mata rabun nampal setem beratus di Pejabat Pos. Itu sering aku perhatian. Dulu ada Kerani Rendah & Penyemak Fail. Jawatan ini untuk mereka sebenarnya tapi dijumudkan.

Aku ini gila menulis sejak di asrama lagi. Banyak kes bab menulis.

Bila Pak Lah letak jawatan, Datuk Najib umumkan isu ini. Berjuang sendirian terkadang lebih nekad dari kesatuan. Akhirnya alhamdullih seMalaya mendapat durian runtuh; 20 tahun pekerja se aliran aku semua dinaikkan taraf. Staf UPM 300 orang dinaikkan taraf kerjaya tanpa temuduga. Aku dah pun pencen ketika itu.

Itu yang menarik hidup ini; hidup dalam keadaan susah berpangkat rendah banyak kenangan hidup ini takkan ditemui bagi mereka yang di menara gading!. 28 tahun kerja dengan mereka ilmuan belaka tak banyak beda dengan hidup kita di Asrama Putra Jalan Watson dulu.

Catatan Dua

Tok Wan, Prof Nizam & Sdr Mizi dapat pertunjuk jalan yang betul; aku ini bayangkan terpaksa berhenti sekolah awal; 3 bulan lebih aku balik kampung belajar sendiri di rumah; ketika itu stres sangat meja tulisku kena terbalik. Disiplin kita teruk amat ketika itu!.

Maka itu aku jadi penghuni@penunggu jirat cina, lari sebab bosan dengan masalah asrama. Orang syak kerja aku tak ada lain. Negatif sahaja. Tanyalah siapa suka jadi antu dekat jirat cina tu!.

Jiwa aku memang jiwa Penyair sejak dulu; terlalu banyak yang aku hayalkan. Di asrama memang tak dapat berfikir apa pun; paling dekat jirat cinalah!.

Ambik MCE berulang naik bas dari Batu Gajah ke St Micahel. Sebelum naik bas naik Vespa dari kampung ikut Bakap 8 batu dalam dinihari, jalan lombong berlumba dengan jembalang. Menumpang simpan Vespa rumah Ithnin Nawi di Jalan Tg Tualang. Se awal 5:00 pagi kena bertolak sendirian dari Desa Tualang.

Tak seramai mana berjaya di Asrama Putra. Sebab akhirnya semua terbiar. Yang okey! kira okeylah yang degil macam aku hanyutlah.

Aku merantau ke Serdang dengan MCE aku pangkat 3; sampai pencen tak siapa hirau aku sebab aku malas nak belajar buat PJJ pelbagai peluang memang ada, tapi aku telah nekad tentukan hidup aku begini.

Perangai di asrama masih terbawa-bawa aku konon suka jadi Hang Jebat!

Rezeki pula mahal berbalah dengan golongan JIM yang memang amat pendendam mereka ini. Sejak tahun 80an lagi; golongan ini memang misteri. Terusan menghantui aku. Nanti kalau server di easyjournal okey aku akan pindahkan di blogspot ceritera dulu-dulu yang banyak boleh disambung; bagaimana kehidupan aku hingga mendapat sakit kronik sekarang ini.

Aku ingatkan aku sahaja perasan naifnya pelajar yang cemerlang terbiar di Jalan Watson itu; Aku menjadi perokok tegar sejak tingkatan 4 lagi.

Wahab jadi Peg Bomba pun naik dari bawahan. Joe & Osman pun sama kut!.

Tulisan Mizi benar belaka. Aku masih ingat air kegemaran aku kalau memang dah habis air sirap. Air paiplah apalagi. Belasah sahaja. Paling sedih nak bersahur kena redah gelap dinihari lalu bawah pokok besar kalau tinggal di Jln Watson dan 73 tambun. Sering pula hari hujan!. Sakit!.

(Payah mahu menongkah arus ni Mizi; tapi mungkin kita boleh buat sesuatu pada keluarga mangsa. Saya pernah terdengar khabar rakan kita ada ke tali gantung lantaran menjadi pengedar dadah. Benarkah khabar ini. Sungguh bukan aku nak salahkan takdir buat kata Tok Wan ada yang jadi orang; Ini tanggung jawab diri sendiri. Bab aku mungkin sekadar menjadi orang-orang!)

Tapi kira okeylah! dapat mendengar kejayaan rakan-rakan pun terasa satu rahmat. Dapat tahu Prof Dolah dapat Dato' kita numpang tersohor juga!.

Emmm! lihat gambar Mizi pakai topi putih di tapak binaan hati teruja juga.

Tulisan Mizi:

Tulisan ini memang benar belaka; cumanya kami bukan mahu menyalahkan sesiapa. Elok dibuatkan suri teladan bagi mereka yang mahukan kejayaaan anak; tinggalkan anak di asrama pastikan asrama tersebut benar-benar terjamin.

Ini zaman 30 tahun lalu; sekarang mungkin tak ditemui asrama sebegini.
Tiap kali tengok budak-budak tunggu bas untuk balik ke asrama/kampung… terus teringat masa duk hantar ambil Yop dan Syitah ke asrama deme dulu. Lantas teringat aku sendiri dalam keadaan itu.
Kehidupan tinggal di asrama bermula masa dipilih untuk RK (Rancangan khas) masuk Remove Class (dari sekolah kebangsaan ke aliran Inggeris), Mana2 budak yang dapat 3A, 2B atau 4A, 1B dlm Peperiksaan Penilaian dan tak dpt masuk ke asrama penuh akan ditawarkan ke sekolah2 terpilih di bandar Ipoh. Masa tu umur baru 13 tahun… selepas darjah 6. Kat RK takat form 3 jer (4 tahun).. Form 4 dan form 5 duk kat SMT, Jalan Cheras, KL.. Form six selama sebulan tak duk asrama.. masuk PUO pun cuma rasa duk kat hostel cuma satu penggal jer. Masa UTM pulak duk kat hostel flat kat Kampong baru tu.

Kehidupan di asrama yang paling haprak ialah masa di RK Jalan Watson/Jalan Tambun Ipoh. Ditempat kan di 3 buah bungalow kuarters kerajaan yang usang bersebelahan dgn jirat cina. Ruang tamu dan ruang makan salah satu bungalow itu dijadikan ‘dewan makan’ Makanan dimasak di tempat lain (”S” Restoran) dan dibawa dengan van ke asrama. Kalau van buruk tu breakdown.. kebulur la kami menunggu makanan tak sampai2. Mutu makanannya.. selalu ada ikan ‘jaws’ sayur kubis berperencah ulat dan kalo pepagi selalunya roti lembik dan kdg2 mee goreng golek kicap/sos jer. Selama 3 tahun duk kat situ (tahun pertama menumpang kat asrama STAR) asyik org tu jer yang dapat tender bekalkan makanan? Tak ada org lain ke yang berminat? Peruntukan shiput jer ke atau ada kong kalikong masa pemberian tender?

Satu unit bungalow tu ada 3 atau 4 bilik. Toilet empat (termasuk toilet amah) Bayangkan la… 30 hingga 40 org budak2 duk dalam satu bungalow… toilet ada 3 jer.. kalo pepagi. tak ke haru biru nak buang sisa toksik masing2? Tu yang ada pi melepas kat semak atau yang daring tu pi kat celah2 jirat cina tu. Keadaan ini adalah lebih buruk dari kedaan di kampung sendiri.

Kebersihan asrama, sendiri2 tanggung.. tak ada pekerja yang sapu apatah lagi mop lantai. Penyapu pun tong2 beli sendiri.. semua tunggang langgang… maklum la kebanyakan kami budak2 kampong… untuk jimat upah dobi.. kami basuh sendiri. Mana yang malas tu… uniform putih jadi kuning.. kuning jadi kelabu.. ada warden.. tapi tak selalu duk asrama pun.

Untuk ke sekolah kami disediakan bas.. tapi bas ni bukan free.. kena bayar. Mcm mana perancangan Jabatan Pendidikan masa tu? Patutnya benda2 mcm ni diambil kira. Atau mungkin peruntukan utk transportation pun ada yang ‘pau’ masuk poket sendiri?

Tujuan asal kerajaan amat baik. Tapi perlaksanaan nya amat buruk.. mungkin ada pihak2 tertentu yang tidak amanah.. guna peruntukan yang disediakan untuk diri sendiri. Keadaan ini menyebabkan ramai bebudak yang jadi liar. Mana yang tidak boleh mendisiplinkan diri sendiri terus hanyut… jadi penagih dan sebagainya. Mungkin benda2 mcm ni la berputiknye perasaan anti establishment.. penuh dengan korupsi… sekarang baru nampak akibahnya.

Ramai juga yang ‘jadi orang’ dan akhirnya menjawat jawatan yang aku dengar agak bagus2 juga. Tapi aku rasa, kalau perlaksanaan RK itu dijalankan dengan baik oleh pihak2 berkenaan (Jabatan Pendidikan).. tujuan asal RK itu akan lebih berjaya. Amat rugi sebab ramai anak2 Melayu yang tercicir kerana jadi mangsa keadaan mcm tu. Aku sendiri bila dah tak tahan dengan kehidupan di asrama itu mencari jalan keluar untuk menentukan masa depan aku. Lepas LCE.. aku mohon masuk ke sekolah teknik.. dan lepas tu dapatlah merasa duduk di ‘asrama’ yang sempurna.

Cumanye.. aku masih tertanya2? Siapa yang sepatutnye menyelia RK tu dulu? Mana perginya ‘pegawai2 Jabatan.. Nazir2… pegawai pembangunan dsbnye? Mana perginya peruntukan2 untuk housekeeping, riadah, logistik dan sebagainya. Tak kan la kami diumpamakan seperti kambing dilepaskan kepadang luas.. pepandailah jaga diri sendiri.. Kalau la aku berupaya trace balik rekod2 akaun RK tu… mau aku submit kepada MACC..

Malangnya… bungalow2 itu pun dah diroboh dan di gantikan dengan rumah agam individu2 tertentu… dan aku juga muskyil mcm mana tanah2 prime mcm tu boleh dimiliki oleh mereka? Pegawai2 berkenaan pun pastinya dah bersara dan kalo betul la tidak amanah semasa hidupnya.. duk bersilat dgn malaikat di dalam kubor agam mereka.

Yang masih hidup.. Masing2 masih bermaharajalela di bumi Allah ini… umpama mereka boleh bawa harta benda mereka ke lubang kubur.
Cikgu Aziz, Cikgu Mutalib, Cikgu Harun rasanya mereka telah membuat kerja sebaiknya sebagai warden asrama. Tak ingat yang macho macam Rishi Kapoor itu pun baik sangat tetapi memang wajar ada pihak yang boleh membuat Post Mortem sebab golongan kami memang ada yang berjaya smpai menara gading selebihnya cuba imbau pendapat mereka.

Aku masih ingat peringkat awal memang masih ada dobi. Tukang sapu sampah semua itu ada; penghujungnya ketika aku tinga Form 4 & Form 5 memang aku ralat & tinggalkan asrama sebelum persekolahan tamat. Mana ada dobi segala. Aku masih ingat masa itu Mantan PM Dr M jadi Menteri Pelajaran sering ugut kami mahu menarik balik biasiswa jika kami menurun pelajaran.

Mana ada siapa hirau kami masa itu. Belajar atau tidak, sekolah atau tidak, nak merokokkah? nak hisab dadahkah, memang terbiar!. Sekitar tahun 70an memang St Michael Inst. teruk dihimpit masalah dadah. Aku sendiri pernah mendapat candu secara mudah!

26 April 2010

iDAN di Cherating BayView Ahad ini (Singgahsana)



Dah tempah sejak dua minggu lalu dengan Tuan Haji Meor

Milik Orang Kita, Jangan tanya fasal berapa bintanglah!.

Lot 367, Kg Cherating Lama,
26080 Kuantan,
Pahang, Malaysia

No Tel: 09 581 9248 No. Fax 09 581 9415

Itu pun cuma tinggal lagi satu sahaja bilik untuk keluarga. Waktu sesak Tuan Haji kenakan sewa RM190 untuk Bilik Keluarga. Hari Biasa sekitar RM 120 ke RM150 sahaja. Katanya boleh muat sekitar empat dewasa; Maksudnya ada dua katil kelaminlah kut! Kena bawa Narita kalau nak tidur beramai. Tenguk dalam gambar memang menarik. Tepi pantai. Siap kolam renang, ada restoran, taman yang bersih & persekitarannya ala kampung!.

Aku banyak juga baca komen mereka yang pernah menginap di sini; biasalah ada yang suka & ada yang tak berapa suka. Terutama layanan empunya resort & serta kemudahan asasnya. Itu adatlah. Ini bukan hotel 3 bintang. Sesekali nak rasa juga suasana terpencil & jauh dari kota. Jalan masuk katanya agak payah sebab kurang papan tanda jauh terpencil siap terpaksa lalu Tanah Perkuburan Melayu lagi. Nama lagi Kampung Cherating Lama, kampung Melayu mesti ada kubur; Aku telah lihat di Wikimapia memang ianya berupa tanjung yang terpencil.

"Tak bolehkah kau buat masa cuti sekolah Fairuz!" Fairuz ni tak suka namanya dieja Fairus, apa fobianya dengan huruf S bagi dirinya. Aku suka S banding Z; tenguk Z aku dah seram; askar yang suka guna Z (Jangan Zeq terasalah pula!.)

"Cuti sekolah sotong pun cuti Abg iDAN!, cuti makan, cuti keluar lubuk, macam mana nak tangkap mereka!"

"Iyerlah! sotong di Terengganu pandai membaca" keluh aku.

Pada awalnya Afiz memang mahu ikut, tapi baru kejap tadi katanya tak boleh, dia banyak kertas kerja; Pensyarah di Poli semua gila dera pelajar katanya!. Mahu semua pelajar jadi handal segala. Tapi sungguh sejak Afiz mendaftar di sana aku dah terasa sesuatu; bebarunya ini Labtop Afiz ghaib disambar rakan se rumah (mungkin) buat aku tertanya-tanya apa itu pelajar Poli. Lebih-lebih lagi masa di Fak Kejut; pelajar Poli ini keluar masuk, amat sukar kekal di sana!; kami orang lama terdera!. (YB jangan pula terasa, dulu staf kerajaan gaji murah!; sekarang pelajar Poli dapat gaji sijil pun tak mahu berganjak; biar pun ramai memiliki diploma)

Buat perancang candat sotong ini, rasanya telah sejak tahun lalu lagi; saat akhir si Ijam telefon;


"Abg iDAN Resort Pakcik saya punya itu dah penuh!" pulak!, aku tak kisah sangat bab resort atau chalet mana nak bermalam! " yang ada ini dalam RM240, banglow dua tingkat..." Ijam orang Kemaman, dia yang tahu tentang penginapan di sana. Maka dia diamanahkan tentang penginapan; Fairuz (s) memanglah tak bermasalah, Ijam waris sebelah isterinya maka menginap sahaja di rumah saudara mara sebelah isterinya sekitar Kemaman.

Adik Fairuz si Fareez juga turut serta. Pak Ya orang pantai Timur juga. Katanya tak kisah nak menginap di mana-mana penginapan. Mungkin dia menginap di rumah warisnya juga. Pak Wahid awalnya dia bukan main lagi bersemangat nak pergi mencandat tetiba sahaja menarik diri. Selebihnya semua rakan Fareez di UKM Bangi. Sekitar 10 orang kut!.

"Emmm! RM240 itu dah kira hotel 3 bintang ada kolam renang tak?"

"Tak adalah Abg iDAN" aku membayangkan banglow itu bawah pokok besar, jauh di hutan simpan; malam-malam pasti ada penunggunya. Ah! di mana-mana pun ada penunggunya!.

"Tak apalah kalau sudah tak ada pilihan, sebab saya dah janji dengan keluarga nak bawa mereka bercuti!"

Pantai Kemasik, Kemaman, tenguk airnya jernihlah amat!.

Siang Sabtu 1 Mei, selepas Subuh kami bertolak dari Kemaman, memancing di laut dalam; malamnya mencandat sotong. Bermakna aku bertolak ke Kemaman Jumaat malam Sabtu sekitar Sabtu subuh kena ada di Kemaman.

Selang beberapa hari Fairuz memberi ide:

"Baik Abg iDAN cari kat Cherating; tak jauh Cherating dengan Kemaman tu Abg iDAN!"

Terfikir juga aku sedari awal nak cari tempat penginapan lain; aku tak dapat bayangkan Kemaman & Cherating itu sejauh mana. Rasanya kalau bayar RM240 semalam tanpa kolam renang, bising si Azim & Anif. Mereka kaki mandi kolam. Kalau Ijam dah bayar cagaran bagaimana?. Aku ada talian bebas tol tajaan Streamyx. Apa salahnya aku kacau chalet atau resort & semua hotel di Cherating!. Telahanku, dalam tempoh 3 minggu lagi memang banyak hotel, resort & chalet telah penuh ditempah. Kecualilah hotel 4 bintang yang rata-rata sekitar RM350 ke atas.

"Ala! dia pasti tak bayar lagi duit cagaran itu!" Fairuz menyakinkan aku.

Rasanya berpuluh juga tempat aku cuba kontak; ada yang tak berangkat. Maknanya penuhlah tu!, ada yang layan tak layan lantaran memang Cherating tempat tumpuan. Ramai pengunjung. Tak ubah payahnya aku mencari tempat bermalam ketika mahu bercuti di Teluk Batik pada tahun lalu.

Senja di Cherating

Baru sebentar tadi aku memastikan ianya telah tertempah okey!. Tuan Haji Meor pun telah menerima cagaran dari MayBank 2u.

Bercuti tanpa dua anak teruna ini bersama memang amat janggal. Aziq tak mahu pergi sebab dia mahu menumpukan Peperiksaan Percubaan SPMnya; cita-citanya yang amat tinggi aku lihat benar-benar menjadi pegangan kukuh; Afiz pula akan periksa akhir semester.

"Tak syoklah ayah Angah & Along tak ada" Azim bersungut masa nak ke sekolah agama tadi.

"Ala!... semalam sahaja, kalau Azim rasa okey! nanti hujung tahun ayah tempah dua malam ke sana bersama Angah & Along, lagipun ayah risau Along & ibu bergaduh lagi ketika ayah tak ada; siapa nak leraikan!" Upp! itu rahsia keluarga!.

Keluargaku bermalam di Cherating pun telah galak kali; paling aku suka ialah Impiana Beach Resort. Agak terpencil jauh di hutan simpan tetapi pantainya amat indah!.

Semalam aku pening lagi, sudahlah semalam kehilangan beg duit kad pengenalan pelbagai; nak hidupkan insuran serta cukai jalan skuter V100 yang tak berjalan ini & kapcai Lagenda Afiz bukan main payah. Asyik talian internet meragam kata wakil insurannya. Kereta perang pula sangkut di Kajang; Airnya panas menggila. Dua kali terpaksa bawa kapcai ke JPJ nak hidupkan cukai jalan. Gara-gara insuran terangkut. Lesen memandu juga dah nak mati. Kena perbaharui. Insuran motosikal naik 100%, gila betul dari RM100 sahaja insuran setahun, sekarang RM200 lebih insuran setahun. Tak kiralah kapcai cabuk sekalipun. Mak Datuk! banyaknya cabaran hidup ini.

Masa aku aku bawa kapcai nyaris tak kemalangan, pening mendadak. Memang hilang panduan. Mungkin silap makan, mungkin lambat makan!. Elok sangat aku bercuti!.

Komen di Situs tentang BayView Resort:


"bukak pintu je nampak beach. owh love the breezy wind! that's why we choosed cherating bayview resort. affordable price and beautiful view."

"Actually tempat ni nice place...pantai dia cantik...bersih...stunning..memang jatuh cinta la...
Kalau pegi sini kena standby ubat nyamuk...nyamuk banyak sebab belakang chalet ni hutan dan banyak kawasan air bertakung"

"Once you are within the compound, you will notice that the resort is very clean and well-mantained and is value for money. The facilities all work very well and the resort is near to many eateries and shops. The beach facing the resort is superb and breathtaking..."


"The owners and the staff of the resort is very friendly and good guide other travellers to places of interest."

"cherating bayview resort not bad ma, beach just within 1 min walking... if you dare you can just straight jump to the sea from the window @ nite"

Easyjournal meragam lagi! (Singgahsana)



Banyak tulisan aku di server easyjournal itu masih tak dipindahkan ke blog ini; minggu ini nampaknya ianya meragam lagi. Tak dapat diakses!.

Tak boleh harap dengan satu server saja rupanya, pernah terfikir mahu jadikan semua jurnal@blog dalam bentuk CD atau DVD. Tak buat-buat.

Harap-harapnya ianya tidak lebur begitu sahaja. Kena bermula mengumpul semua tulisan sebelum ini. Jika tidak tinggal kenangan sahaja.
:(



25 April 2010

Puisi Darah iDAN di Mingguan Malaysia hari ini.




DARAH ITU TIDAK LAGI MERAH


Darah itu tidak lagi merah
dari perut bumi segalanya menerjah
mahu menghentikan semua kemungkaran
lalu baik anak kecil warga tua
atau golongan istimewa
semuanya menjadi mangsa bencana
syahidlah hendaknya jika dikau beriman.

Gegar takdir itu bukan kejam
tetapi igauan kita yang leka & alpa
membiarkan segala dosa melarat
hinggakan jasad bumi tidak lagi larat
mengampu beban nista kian porak-peranda
sengketa di jiwa raga tanpa pembela
angkuh & ego menindas rakyat jelata
agihan harta negara tidak sama rata.

Darah itu tidak lagi merah
desah semalam tidak kenal pasrah
asyik menuding arah tuju yang gundah
seyogia siasah itu membawa padah.

iDANRADZi
Kajang, Selangor.

Puisi ini telah agak lama saya ilhamkan sekitar Oktober tahun lalu ketika Gempa Bumi menggegarkan Padang, Indonesia. Ianya saya kirim semula lantaran saya memikirkan ada kesedaran sejagat yang perlu kita fikir bersama.

Terima kasih, Editor Ruangan Sastera Utusan Mayasia lantaran sudi menyiarkan puisi ini. Sejak saya bersara saban minggu biasanya saya akan menulis sebuah puisi untuk Utusan Malaysia & sebuah lagi untuk Berita Harian. Rutin ini pasti akan saya teruskan selagi masih punyai ilham.

19 April 2010

MMms 27: Imbasan Jantung (DSE) Penyair iDANRADZi Gagal (Singgahsana)

Sejak jam 3:00 pagi bilamana aku terjaga segalanya jadi kontras. Pelbagai ingatan datang buat aku sukar mahu tidur kembali. Sementelah sejak dua tiga hari ini aku diserang sakit tekak, nak dikatakan batuk pun tidak. Tapi suara pun hilang!. Badan semakin berat amat payah untuk bangun di waktu pagi. Sepanjang hari terasakan bagaikan ada ular sawa berlengkar di tengkuk ini. Sakit & berat amat.

"Pecah rekod, gula naik mendadak, maknanya dalam sehari dua ini aku tak boleh sentuh air bergula, belum pernah aku punya glukos naik ke 10.++" hatiku rasakan bagai satu terpaan bencana datang!; kenapa iyer?. Dalam seminggu dua ini memang aku kawal pengambilan gula, tiap kali aku minum minuman manis pasti aku turuti minum air kosong sebanyak mungkin. Tanpa gula badan memang lesu. Takkan tak ambil langsung gula. Apakah stres & susah hati juga mempengaruhi kenaikan glukos di badan. Tak mungkin!.

Doktor habis ikhtiar, ujian Dobutamine Stress Echocardiography (DSE). Lantaran tekanan darahku melambung naik. Aku pulang dengan tanpa apa pun keputusan, sekadar ujian darah & tekanan darah sahaja; Jawabannya hanya balik & makan ubat. Ibarat tiada harapan lagi!; ceriteranya samalah jika seseorang itu memang sakit diabetesnya tenat melampau, mana mungkin doktor berani ambik risiko buat pembedahan jantung pelbagai. Samalah DSE.

"Lagi dua minggu encik datang, banyakkan buat senaman!" Sekadar itu nasihat doktor!.

"Kita buat ujian stres semula, pastikan mendapat sampai tahap empat!" kata doktor lelaki berambut separa botak.

"Jangan paksa diri jika rasa tak boleh ketika ujian stres nanti, rasa tak mampu tak perlu teruskan ujian!" doktor perempuan yang paling akhir ketemuku lewat tengah hari berpesan.

Dua pertembungan pendapat. Dua-dua doktor pakar jantung!.

Aku malas nak fikirkan lagi, ada seorang abang sebelahku pun sama. Dari wajahnya dia pun amat kecewa tak dapat membuat ujian terapi DSE sepertiku. Tentunya doktor lebih tahu akan tahap kesihatan kami. Ujian DSE ini memang agak ketat prosedurnya. Kena masukkan ubat pelali yang mana memerlukan tanda tangan pewaris pelbagai. Lagi pun tekanan darah tinggiku yang naik pastinya berisiko untuk menjalani ujian ini. Mungkin faktor itu doktor sembunyikan. Pembantu Perubatan sedari awal pagi mengatakan aku tak boleh buat ujian DSE; apatah lagi jika bacaan tekanan darah tinggiku naik sekitar 170/100 mmHg begini.


Maka ibarat gantung tak bertali; aku terpaksa berulang lagi ke Klinik Kardio ini entah ke berapa kali lagi!. Dua minggu lagi terpaksa menapak ke sana lagi!. Lagi & lagi. Untuk apa buat Ujian Stres jika bagai dulu!. Pasti masalah yang sama lutut tak akan mampu memapah badan ini. Bagaikan perjalanan ujikaji kesihatan ini kembali ke belakang, ulang tayang, atau memang beginilah khidmat perubatan di kelas dua. Bersama rakyat marhaen yang kadang ketika buat kita rasa putus asa pun ada.

Aku terkadang sedih melihat taraf pemikiran doktor pakar ini, apa kata ramai kalangan pesakit jantung yang berkereta sorong atau bertongkat dipaksa bagai aku & abg seorang tadi. Mahukan juga keputusan Ujian Stres sampai tahap empat. Melihat wajah abg yang tadi pun aku rasa sedih; Na mungkin! kata Datuk Shahrukh Khan; orang setua itu mampu melakukannya; apatah lagi dia mengadu padaku lututnya tak kuat lagi. Badannya taklah sebesar aku. Silap-silap tak sempat buat apa pun kami pesakit begini boleh terus gol@mati. Bunyinya memang lain, bagaikan mahu protes keputusan doktor tetapi memang beginilah hakikatnya bila terus berjuang menahan sakit & bukan mudah setelah dua tahun berulang alik ke Klinik Kardio ini. Sakit itu satu hal bagaimana dengan semangat & kekuatan minda pesakit dalam meladeni jadual pertemuan yang memang amat meresahkan ini. Huh! Lemas!.

18 April 2010

Impian (Singgahsana)


Kita merancang sesuatu tetapi mungkinkah perancangan itu berlaku seperti yang dirancang?. Kita sering mahukan kesempurnaan namun mungkinkah segalanya terjadi dengan sempurna lagi jitu. Kita sering mengimpikan yang indah belaka tetapi impian kita sering terhalang!.

Tercapai atau gagal itu masalah lain yang penting kita ada harapan & cita-cita. Barulah hidup ini ada tujuan. Tanpa harapan & cita-cita bagaimana mahu kita mengarahkan kehidupan. Hidup ini terkadang bagaikan air yang mengalir. Kita tak dapat mengekang aliran air. Air nan mengalir pastilah dari muara ke kuala . Jika anak sungai akan menjadi sungai kemudian alirannya menuju ke laut. Jika air terjun pastilah dari dataran tinggi ke juram yang rendah.

Kenapa mesti ada ketikanya kita menjadi keliru; bagaikan mengharapkan air mengalir ke arah songsang. Menongkah arus; bukan kerja senang lainlah jika kita berkayak, itu pun lebih mudah mengikut arus. Bermotorboat mungkin boleh tapi bukan sebarangan orang yang mampu meredah gelombang. Merentas arus yang deras. Memerlukan kemahiran yang cekal lagi teruji.

Aku menulis bab ini lantaran, dalam kehidupan kita sering amat kita terleka, sering meletakkan satu keadaan di tempat yang salah. Seperti asyik berhutang dengan kemampuan yang tiada. Bermewah bukan pada tempatnya. Asyik mengimpikan yang indah sedangkan ianya belum tentu tercapai.

Secara hukum akal tiada satu impian pun tidak boleh dicapai; yang pasti kena rajin tekun & tabah menujunya. Bayangkan jika kita impikan rumah yang agam. Jika dulu rumah kembar dua di pinggir kota sekitar RM200K sahaja, sekarang rata-rata dalam sekitar RM500K malahan lebih mahal dari itu.

Jika makan gaji seperti aku atau Kak Mila, paling banyak wang simpanan KWSP dalam sekitar RM300K itu jika berkerja di swasta sehingga usia 50an. Aku memang tak sampai pun RM100K duit imbuhan & lain-lain tuntutan; kerja kuli kerajaan gaji tak sebanyak mana. Lain cerita mereka ada ijazah atau ada PhD bergelar Prof dan sebagainya. Maka bolehkah kita berangan memiliki rumah seagam sebegitu?.

Kenapa kita tidak tukar impian kita ke arah lain, buat rumah di kampung, di tanah sendiri; rasanya sekitar RM100K pun sudah setaraf dengan rumah agam impian kita.

Sejak dulu aku impikan rumah begini!.
Gila.

Begitu juga kenderaan mewah; dalam kitab agama pun sering tertulis; antara keperluan hidup adalah kenderaan yang selesa lagi sempurna. Kenapa mesti kita impikan kenderaan mewah yang berharga RM100K lebih. Sedangkan kemampuan kita sekadar Avanza atau MPV yang sekitar RM60K harganya. Lagi pun semua amat akur akan susut nilai akan harga kenderaan mewah ini. Kebanyakan kenderaan paling lama pun kita gunapakai dalam sekitar 10 tahun lebih dari itu jadilah kenderaan seperti kereta perangku. Boleh guna dalam jarak dekat sahaja; agak tinggi untuk baikpulih semula. Jual mana laku lagi.

Maka dalam bab kenderaan biarlah ukur baju di badan sendiri tak ada gunanya bermegah dengan kenderaan tahu-tahu ketika beli sekitar RM170K baru pakai sekitar 5 tahun nak jual separuh dari harga itu pun payah. Jika kita ini orang berniaga rasanya tak ada masalah bagaimana jika makan gaji. Takkan kerugian ini membawa kita ke arah korupsi.

Itu contoh paling besar. Begitu juga dalam membuat keputusan remeh yang lain; dalam berbelanja di zaman kini sememangnya kena berjimat cermat. Silap berbelanja, boros & tak kena pada tempatnya pasti kita menjadi mangsa keadaan. Maka itu bila kita dengar pemimpin kita asyik sebut projek yang bernilai ratusan juta RM malahan aset kaum keluarga mereka pun bernilai berbillion sedarlah di mana kita rakyat marhaen yang amat kecil ini.

Apakah kita boleh merubah hidup ini; fikirkanlah & pandukanlah hidup anda sebelum setua aku kini. Masih belum terlambat mahu merubah hidup ini.

- Alahai 20hb esok jantungku akan diimbas tak tahu apa keputusannya!.

Bagaimana kita merancang penjagaan kesihatan pun itu satu masalah!. Sedangkan kalau rajin bersenam pun kita mungkin tidak diresahkan oleh kesakitan yang kronik ini. Ini pun tidak mampu kita lakukan. Kecuali kemalangan maut; tak siapa dapat menduganya. Itu takdir namanya.

15 April 2010

Tagged VIC@Diana

Menjawab Tagged VIC@Diana

Bila di tag oleh Diana, rasanya belum pernah aku di tag begini; rasa teruja & dihormati amat. Terima kasihlah risau akan kesihatan saya ni!. Gundah juga nak nanti 20hb ini. Ujian Terapi jantung lagi!. Harap-harap okey!

1- Anda rasa hot?
Diri okey kut!, cuaca di Jenaris makin sejuk selalu hujan. Hati tu yang bergolak sikit. Macam-macam hal berlaku dalam sebulan dua ini.

2- Upload gambar kesayangan anda:-

Selain dari gambar semasa muda... ianya diambil nun jauh di negara mentari terbit!. Tak silap wajahku di tahun 88!. Macho tak?,

Shibata & emak angkat semasa di Juo Machi Hitachi Jepun. Yang belakang tu macam iras arwah Apak!. Banyak juga gambar kesayangan di Jepun tak ada mesin imbas. Emmm! suram di album sahaja.


3- Kenapa anda suka gambar ni?

- Sebab pertama gambar ni diambil masa aku masih kurus lagi tak boroi.

- Sebab ini merupakan kenangan sendirian di kampung org Jepun, aku sedang cuba menyungkil kenangan silam di sana ada kutulis dalam siri Kahwin Campur (KC). Masih tergantung lagi siri itu.

- Shibata ini aku kenal sekitar sebulan sahaja tetapi bagaikan ikatan dalaman yang menyimpan sesuatu perasaan payah ditafsirkan. Nanti aku ceriterakan.

4- Bila kali terakhir anda makan pizza?

Tak boleh ingat.... sebab saya memang tak suka pizza... sama macam VIC.

5- Lagu terakhir yang anda dengar?

Lagu hindustan Deewana Tera Hai. Sedap lagi ini. Dua hari sudah di AsyikFM pun mereka putarkan lagi ini. lagu agak lama juga. Cuba cari MP3nya di internet.

6- Apa yang anda buat sambil menjawab tag ni?

Tgh berfikir, perut lapar amat, nantilah kejap siapkan tag kejap.

7- Selain dari nama anda sendiri Haridan, anda suka dipanggil dengan nama apa?

Abg iDAN memang itu lebih suka dari org panggil Pakcik!. Kalau anak buah panggil Paksu tu okeylah juga.

8- Tag lagi 6 orang

6 orang yg aku tag ni mungkin sudah ditag oleh orang lain atau pernah menjawab tag yang macam ni. Tapi tujuanku bukan nak mereka jawab tag ni (walaupun kalau mereka nak jawab, sangat dialu2kan) tapi aku just describe orang2 ni seperti mengikut arahan tag ni.

1- Bro Mazidul
2- Zeq
3- Dik AzieAzah
4- Cikgu
5- Combi
6- YB

1- Siapa orang No. 1 kepada anda?

Seorang rakan blogger teringin amat nak jumpa bersemuka; asyik tenguk kat TV sahaja. Melalui Bro Maz maka blog saya makin tersebar laus pengikutnya. Saya amat menghormati penulisan Bro Maz; rasa rugi tak baca setiap tulisannya.

2- Bagaimana pula no. 3?

Dik Azah ni macam dekat di hati, tapi dia ni amatlah ramai peminat, dia penulis macam VIC juga. Cumanya tak banyak rahsianya dapat disingkap. Mungkin usia kami sama atau anak sama besar dewasa.

3- Pendapat anda tentang orang No. 4?

Cikgu disipilin, saya amat menghormati kerjayanya. Teringat Ustazah Zaleha ketika saya di sekolah rendah lalu. Tapi Cikgu ini jarang update blognya. Adoi! masih kisah wang pos dia. Suka mengembalikan zaman sekolah lalu. Nak tahu juga masalah pelajar kini.

4- Kata sesuatu kepada orang No. 2

Zeq!, saya suka cara dia berblog, ringkas tulisannya tapi padat & jujur!. Rajin berkunjung di blog rakan lain biar pun saya tenguk Zeq ini antara manusia tersibuk di dunia. Agar saya tidak kehilangan Zeq.

5- Hubungan anda dengan orang No. 6?

Satu-satunya sahabat yang punyai blog sendiri yang suka berhubung dengan saya biar pun kami terpisah jauh!. Saya selalu telefon YB di ofisnya. Dia pula tak telefon saya ketika berada di sini. Mestilah terkilan. YB ni sekampung Bro Maz, keluarga mertua VIC mesti kenal keluarga YB.

6- Perwatakan Orang No. 5

Sering baca blog Combi. Saya cemburu amat dengan kebahagiaan keluarganya. Cemburu sebab saya tak punya isteri macam Combi. Kak Mila tu nak bergambar dengan saya pun malu; sebab saya ni dah boroi katanya. Jalan dengan Kak Mila pun saya terpaksa kejar-kejar dia. Combi pula asyik bergambar dengan hubbynya. Saya suka harmoninya keluarga Combi!. Jaga hati suami & anak-anak... baik-baik.

-The End-


(mahal t/tangan ni)

Emm! tak boleh tambah 7... 8 org lagi ke?... Dik Ieja, NurulJB, Aisyah, Abuyon, Eelobor, Ibu Aran, ... isk! ramai lagi boleh tag ni!.

Kecurian Mana pergi Komputer Riba Afiz (Singgahsana)

Aku pernah berbalah dengan Afiz anakku yang sulung akan keinginannya mahu membawa komputer riba ke al-Jabbar syarikat dia buat praktikal.

"Payah nak jaga keselamatannya Afiz, jika tak ada kabinet yang berkunci bagaimana Afiz nak keluar masuk tinggalkan komputer itu di meja terdedah!"

"Orang ramailah ayah, takkan siapa berani nak curi!"

"Komputer itu baru amat kita beli, pakai sahaja dulu di rumah, lagipun takkah ianya akan mengganggu praktikal Afiz nanti, takkan tak ada komputer yang boleh diklik di al-Jabbar itu?"

Afiz mengadu dia tak tahu nak buat apa ketika di sana, bukan seharian dia kena buat jualan barangan pengeluaran al-Jabbar; ada ketikanya duduk di meja kosong tak tahu nak buat kerja apa pun. Aku pun mengalah, sering Afiz membawa komputernya ketika praktikal di sana.

Selamat; ianya tak pun hilang atau rosak, cumanya digigit birus itu biasalah. Tempoh praktikal di Poli sekaramg dikurangkan menjadi empat bulan sahaja. Kemudian Afiz bercuti di rumah seperti biasa, Afiz memang rajin buat kerja di ketika senggangnya. Semasa praktikal pun dia berkerja di KFC sebelah malamnya. Masa cuti dia makin rajin kerja siang & malam. Cuma aku perhatikan jiwa remajanya telah mula terganggu bila telah rapat dengan Mie rakan sekuliahnya. Pengaruh jiwa remaja memang amat kontras sampai boleh merubah sikap Afiz. Dari pekerja terajin di dunia menjadi... emmm! malas komen tapi memang aku lemas tenguk dia asyik cuti kecemasan di KFC lantaran si Mie ini.

Tiga bulan Afiz tinggal di Meru rumah Nyaie. Berulang alik dengan kapcainya sejauh 40 minit perjalanan. Aku tentunya risau dengan keselamatan dirinya memandu jauh dengan kesesakan pekan Meru itu memang padat amat. Kebetulan PTPTNnya tak diterima sejak mereka mendaftar di semester Januari lalu. Maka alasan rakan sekuliahnya tak mampu nak bayar duit cagaran pinjaman rumah membuatkan Afiz berulang dari Meru selama itu.

Bila mendapat PTPTN pada bulan lalu maka Afiz mencari rakan yang bukan sekuliahnya, pelajar tahun akhir di Poli Shah Alam.

Belum pun sampai sebulan Afiz tinggal menyewa bersama rakan baru ini; komputer riba Afiz telah hilang. Ianya hilang di rumah sewanya. Risaukan keselamatan anak, terdedah pula dengan keselamatan barangan. Yang misterinya kehilangan ini tiada kesan dipecah masuk, malahan cuma komputer riba Afiz sahaja yang diambil. Komputer riba lain tak pun diambil. Mereka tinggal seramai 10 orang, bayangkan boleh kata semua ada komputer riba.

Hatiku lebih mengesyaki rakan serumah yang tak jujur. Bagaimana orang luar boleh memilih komputer yang terbaru. Jika orang luar, kenapa tak sambar sahaja komputer yang lain yang terdedah sama. Kenapa orang luar pandai pilih almari milik Afiz sahaja. Apakah pencuri ini pun pandai memilih. Menuduh rakan Afiz para pelajar pandai ini rasanya memang tak munasabah. Mereka adalah pemangkin generasi akan datang. Takkan tak dididik diri. Tetapi modus operandinya memang amat licik.

Mie rakan sekuliah Afiz pun katanya rumahnya baru sahaja dimasuki pencuri, bukan satu dua komputer riba dicuri; malahan barangan lain juga lesap. Ini memang sah kerja pencuri. Gila mencuri atau penagih dadah!.

Kes Afiz memang agak berlainan.

Di rumah sewa Afiz ada juga orang yang berkerja sama menyewa, adoi! amat payah menuding siapa pun bila benda telah tiada. Tak kan nak tuduh orang baik-baik. Baru amat kenal rakan sekitar 3 minggu manalah tahu ragam mereka. Sebaiknya Afiz yang perlu berjaga-jaga. Zaman sekarang memang ramai kawan makan kawan. Jangan ikut lagak orang lain.

Rasanya amat sukar orang luar berani masuk jika rumah tersebut seramai 10 penyewa. Sentiasa berpenghuni & pastinya penyewa akan sentiasa keluar masuk. Hilang pula pada hari kuliah bukan waktu cuti. Kejadian berlaku semalam Khamis; aku begitu yakin komputer masih disorokkan jika memang rakan sepenyewa yang mengambilnya, esok Sabtu atau Ahad barulah ianya akan dibawa keluar itu firasatku.

Kalau orang luar memang telah jadi kenangan sahaja komputer riba Afiz, silap-silap tak sampai pun setahun Afiz dapat menggodamnya.

Bukan rezeki kita, kasihan Afiz ada lagi dua semester mahu berkuliah. Mampukah aku beli yang lain. Emmm! rasanya baik guna komputer biasa sahaja. Asalkan dapat buat menaip kertas kerja kuliah cukuplah.


Semasa aku berkerja di UPM, boleh dikatakan setiap minggu ada kejadian pecah kereta lantaran pencuri dapat mengesan komputer riba di dalamnya. Pernah Pengawal Keselamatan UPM cuba memerangkap pencuri ini tetapi terlepas hingga berlaku perlanggaran keretanya dengan kenderaan Pengawal Keselamatan tersebut. Dirempuh laju!. Memang nekad pencuri ini.

Semasa aku kerja di Unit IT Fakulti Kejut; ada terakam pencuri yang mengeledah kabinet barangan pelajar. Nampak seperti staf pun ada bukan semestinya pelajar tetapi kes kecurian di makmal komputer, di perpustakaan memang pelajar yang terlibat. Samalah pernah bilik pensyarah digeledah, nak jadi penyebab tercicir dompet sipenjenayah ini. Sipenjenayah ini orang dalam. Sah memang pelajar UPM pun ada yang mencuri. Siap panjat siling turun pakai tali atau terjun melalui siling bagai CicakMan.

Bagaimana pula pelajar Poli Shah Alam; apakah pendidikan akedamik kini tidak menjamin anak-anak kita menjadi jujur & menghormati hak milik orang lain. Mungkin ada pelajar terbaca blog ini, bagaimana keselamatan barangan mereka di kampus sana.

Para ibu bapa kenalah mengingatkan anak-anak akan langkah keselamatan menjaga barangan berharga begini. Pun kena sedarkan mereka, kita beragama Islam mencuri itu hukumnya potong tangan; itu jelas. Orang Jepun, orang barat sana yang bukan seagama kita pun amat menghormati hak milik orang lain.

Isu yang berbangkit kini; Bagaimana pelajar yang sebegini akan menempuh suasana kerja; apakah golongan bijak pandai ini akan lebih berani melakukan kerosakan moral lain seperti rasuah dan lain-lain.

Aku teringat hari pertama jejak kaki di Poli Shah Alam, melihat contengan di dinding asrama mereka pun aku mula terganggu. Apa lagi pilihan kita, Poli sebenarnya tempat pelajar yang dari keluarga susah. Aku sebagai pesara hanya mampu menghantar anak ke pusat pembelajaran sebegini. Kehilangan komputer riba bagi golongan seperti aku pastinya amat mengesan hati. Bertahun mengumpul duit untuk membeli komputer tersebut. Ianya terbang bagaikan angin!.

Jika memang masyarakat di negara kita makin runtuh moralnya bagaimana kita mahu aman tinggal di negara sendiri. Bena ragut & jenayah di Jenaris pun kian banyak terentang di mana-mana. Apa tindakan kita dalam jenayah ragut, curi, rompak & korupsi ini.

Nota kecil: Awas mereka guna perisian MIRC, malam tadi sampai jam 2:00 pagi aku terpaksa godek komputer ini masuk birus trojan melalui MIRC siapa pula yg muat turun MIRC ini aku pun tak pasti... emmm! sudahlah teringat-ingat komputer riba Afiz, aku pun tak sempat nak godek. Ada sehari tu buang birus sahaja!.

Sedih & Tangis (Delima Merkah)

Foto 1
Nampak sedih!


Foto 2
Jangan biarkan sayang ni!

Foto 3
Monyoknya!.

Foto 4
Sukar lelaki sedih begini

Foto 5
Menangis sungguh-sungguh

Foto 6
Merajuk lagilah ni!.

14 April 2010

Solat (Agama)

SATU FARDU KALAU DITINGGALKAN...

SUBUH
Satu Fardu ditinggalkan, akan dicampak orang itu kedalam neraka.

ZOHOR
Satu Fardu ditinggalkan, dosanya seperti membunuh 1,000 orang Islam.

ASAR
Satu Fardu ditinggalkan, dosanya seperti orang meruntuhkan Kaabah.

MAGHRIB
Satu Fardu ditinggalkan, dosanya seperti orang berzina dengan ibunya (jika lelaki) dan dengan bapanya (jika perempuan).

ISYAK
Satu Fardu ditinggalkan, Allah tidak akan reda akan hidupnya.

Wallahua'alam

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

URL Waktu Syolat



Secara peribadi, mana mungkin kita manusia ini tak tinggal biar pun satu fardu, rasanya paling ramai tak solat adalah ketika subuh sebab waktunya pendek, pulak tu ketika itu sedang lena tidur. Sejuk lagi.

Maka jalan terbaik, kena ganti sembahyang tersebut, sembahyang juga biar pun kesiangan, jangan kena waktu haram pula. Sambil ganti boleh sembahyang sunat Duha. Penerimaan Allah SWT itu masalah lain, itu perkara ghaib yang hanya tahu ketika kita di kubur nanti. Jika langsung tak ambil tahu, sekadar bertaubat sahaja bagaimana?. Sedangkan kita banyak masa lain berleka dengan hiburan atau duniawi. Maka itu Islam mahukan kita kaum lelaki rajin berjemaah di masjid atau surau.

InsyaAllah para Malaikat yang sentiasa di sisi kita akan pasti bangunkan kita jika kita berniat baik ingin solat subuh.

Begitu juga zaman remaja kita yang asyik melepak tak menentu hala tuju, jika kelapangan gantilah setiap solat kita. Pun perbanyakkan solat sunat taubat, hajat, syukur dan yang lain-lain agar dapat menampung solat kita yang banyak terlopong!.

Sembahyang itu tiang agama, jagalah amanah Allah SWT tentabg solat yang wajib ini. Jangan diabaikan!.

Tangisan (Delima Merkah)

Tangis1
Mungkin sekadar merajuk seorang diri

Tangis 2
Perlu belaian kasih sayang.



Tangis 3
Sampai kering air mata kenapa tidak didakap & dukung dia.


Tangis 4
Lambat kan reda ratapannya.

Tangis 5
Mana ibunya!.

11 April 2010

KC 14 ♥ Saminya (Singgahsana)


"Haridansan yang ini pangkat Pakcik kita Akirasan, dia tak tinggal sama kita, rumahnya tak jauh dari ofis ini!" lihat wajah Akira teringat akan arwah Apak, senyumannya manis pakai kacamata ala orang dahulu. Nampak amat wajah seorang ayah yang bertanggungjawab umurnya aku agak pasti telah 40an. Hujung. Kulitnya biasalah terbakar, semua pakai pakaian seragam rona coklat cerah.

"Itu meja awak sebelah SuminyaSan anak dara bujang lagi!" Tanaka bergurau, aku nampak Suminya tersenyum ala Jepun, rambutnya bercekak & sebahagian jatuh ke dahinya, Suminya tak juga putih mana, kulitnya macam kulit orang Melayu, tak tinggi, tak seseksi Hoshino di Tokyo. Tapi matanya mata Jepun.


Aku lihat ada seorang lagi perempuan 30an sedang mengemas meja & menyapu sampah di ofis ini. Namanya Mayumi. Aku agak dia telah berkahwin, nampak rajin & tak banyak cakap. Memang perangai orang Jepun begitu, bila berkerja memang tak hiraukan siapa pun. Jarang amat aku perhatikan mereka berbual kosong ketika berkerja. Tiga bulan di Tokyo memang itu yang aku pasti. Mayumi pekerja seperti Suminya juga, buat kerja pejabat menguruskan pembelian & kelengkapan pejabat.

"Kejap lagi kita berkumpul di bawah kita kena kerja di luar sampai tengah hari, petang ikut jadual; kalau perlu kita kena kerja luar juga!" Tanaka ambil alih kerja bos baruku Matsusaki.

"Selalunya sebelah petang ada perjumpaan dengan semua staf kita, orang kerajaan & pemaju!"

Katsura, Takashi, Eisaku & Tanaka telah siap dengan topi keselamatan rona putih. Tanaka ke stor bawah menghulurkan aku topi keselamatan rona topi yang sama. Ada tiga buah jip di ruang parkir. Aku mengikut mereka ke bawah, kami berbaris di depan, termasuk Pakcik kami Akira; hanya Suminya & Mayumi tinggal di ofis.

Kami berbaris beriring lurus mengadap Tanaka. Tanaka memberi taklimat kerja yang perlu dilakukan hari ini. Aku & Eisaku kena buat ukur aras tapak binaan empangan. Katsura & Takashi kena masuk terowong bawah tanah bersama kontraktor pemaju & staf kerajaan. Akira buat kerja di ofis. Setelah mendapat tugasan ada ikrar yang dilafazkan. Aku diam sahaja tak faham sangat apa yang diikrarkan; siap dengan laungan semangat tanda bersatu & sedia dengan tugasan. Hebat orang Jepun membangunkan semangat kerja.

Aku, Eisaku & Tanaka nak satu jip. Aku memang telah lama kenal dengan alatan aras ukur. Lebih lima tahun aku berkerja di makmal kajiukur memang telah memahirkan aku dalam menggunakan alatan ini. Untuk mengaraskan tripod, cara pegang kayu pengukur aras, semua itu telah mahir kulakukan. Maka tak jadi masalah berkerja dengan pasukan Jepun ini.


Tiang aras zaman dedulu (leveling staff)

Jauh juga kami mendaki bukit di mana empangan Juo Machi akan didirikan. Musim luruh amat damai & sejuk di lereng gunung. Pokok keliling mulai menguning. Dalam perjalanan Tanaka menunjukkan aku di mana aku boleh beli makanan. Ahad tiada makanan di asrama, maka aku kena makan di luar.

Perkampungan Juo Machi ini kecil sahaja, kampung di lereng gunung; penduduknya pun tak ramai. Semuanya aku lihat bersawah padi & berkebun sayur. Tenang amat kampung ini tak banyak kenderaan.

"Ini sungai punca air minuman yang kita akan buat empangan; "Tanaka menunjukkan padaku anak sungai, kecil sahaja; sekitar dua depa sahaja lebarnya. Airnya jernih amat.

"Apa nama sungai ini?"

"Sungai Juo" Sempena nama daerah ini. Machi itu maksudnya daerah.

Sekitar setengah jam sampailah kami di tapak binaan. Tak nampak ramai pekerja; semua guna mesin. Bentuk empangan belum nampak sangat. Cuma ada ruang takungan & sebuah terowong. Baru bermula dan dijangka lagi dua tahun baru siap.

"Jom! kita mulakan kerja" Tanaka mengarahkan kami; masing-masing membawa apa yang patut. Orang Jepun kerja berkumpulan tak tahu siapa bos siapa kuli. Berebut nak bawa barangan.

Bunga liar kuning ini bertaburan di bumi Jepun

Aku menegakkan tripod alat aras di kayu yang t elah ditandakan. Mereka terkejut tenguk aku mahir amat melaraskan alat aras agar seimbang. Cara memijak kaki tripod di setiap tiga tiang pun mereka dah agak aku memang lama buat kerja ini.

"Berapa lama buat kerja ini di Malaysia?" Eisaku bertanya padaku.

"Lima tahun, tapi sekarang dah malas nak buat saya lebih ke kajidaya tanah!"

"Untunglah kami nanti tiap stesen Haridansan yang pasang alat aras!"

"Tak jadi masalah!, tapi bacaan ini saya tak berapa faham!, biar saya bawa tiang aras sahaja!" Aku tak pandai guna alatan canggih yang guna digital. Di Malaysia aku guna alatan purbakala; baca secara manual. Di Jepun main tembak sahaja sudah dapat bacaan. Tanaka nampak gembira dengan kehadiran aku dalam pasukannya. Banyak aku memudahkan kerja mereka. Dia sekadar senyum-senyum dengan pelan di tangannya.

Sambil bawa tiang aras yang ada palang petak empat segi aku ke arah lereng bukit yang arahkan Eisaku. Cuaca dingin musim luruh buat aku amat selesa berkerja. Berpeluh pun bila angin bertiup terasa nyamannya Juo machi. Satu yang menarik banyak bunga liar di bukit ini tak pernah aku nampak di Malaysia. Tak banyak pokok besar di bukit ini sekadar tanah lapang & pokok renek.

Kejap sahaja buat ukur tanah telah tangah hari. Sekitar jam 1:00 tengahhari kami balik ke asrama untuk makan. Sedapnya makan ketika penat berkerja. Sashimi yang Okaasan sediakan memang menyelerakan. Siap ada ulaman & sup dari sayuran. Nasi Jepun yang melekat bagai pulut memang menyelerakan. Tanaka asyik bercerita dengan kekawannya tentang kemahiranku buat kerja ukur. Rasa berbaloi aku pindah kerja di sini. Biar pun tiada si Kaito rakan baikku di Tokyo tetapi aku telah ada Tanaka yang amat mengambil berat tentangku.

Aku teringat akan Mila, harapanku esok lusa adalah suratnya. Aku telah poskan poskad untuk dia; seharusnya dalam minggu ini pasti ada surat dia. Aku juga ada memberikan dia nombor telefon ofis. Di kamar tiada telefon. Aku menunggu khabarnya. Rinduku amatku amat membekam hati.

Aku masih teringat akan Rahayu, wajah suaminya Kimura masih jelas dalam kotak ingatanku. Aku tak dapat kontak dia. Aku tak ada nombor telefon dia; Okaasanku di Sagamihara pasti tak tahu nombor telefon di sini. Dia hanya tahu nombor ofisku di Harajuku Tokyo. Pasti kami akan terpisah jauh di bumi orang. Aku mendoakan Ayu dapat membimbing Kimura. Agar rumah tangga mereka kembali normal. Aku masih ingat ketika aku makan malam dengan Ayu. Betapa stresnya dia ketika itu. Namun aku masih rasakan dia amat asing lantaran baru kukenali.

Berkali-kali aku mengingatkan dia banyak bersabar, minta doa banyak-banyak & biarlah Kimura dalam pertunjuk-Nya & ke arah Islam sebenar. Aku nampak akan fikiran stres makin mematahkan hatinya jelas terbit di wajah Ayu; sampaikan dia tak mahu pulang rumah ketika itu. Kejutan ketemu orang Malaysia di bumi orang pastinya dia perlukan perlindungan.

Aku nampak wajah cemburu Kimura ketika aku meninggalkan rumah sewa Ayu. Huh! Tuhan menentukan aku jauh ke sini. Mungkin ada rahsia di sebaliknya. Bila aku fikirkan bebanan Ayu aku jadi tambah keliru lantaran aku pun amat perit dibekam rindu.

Sendirian di Juo Machi tanpa sapaan seorang kekasih.

- bersambung

08 April 2010

Dalam Masjid (Delima Merkah)

Gambar 1


Kekasih aku mengintai wajah simpati-Mu..


Gambar 2

rohku melayang di damai nur-Mu
aku mencari titik rahmat pada kekeringan diri..


Gambar 3


menatap kasih, rinduku tak sudah terhadap-Mu
aku terus menunggu sapaan-Mu

Gambar 4


betapa dunia ini amat kejap kusinggahi
sesungguhnya aku tak mahu sesat dalam igauan dugaan-Mu.


Gambar 5


singgahsana ini bagaikan menggamit damai
aku amat perlukan pertunjuk & bimbingan-Mu Ilahi.

Keterangan Gambar

Gambar 1 & 2 masjid di Iran
Gambar 3 (Badashi Mosque, Lahore)
Gambar 4 (The Sultan Qaboos Grand Mosque, Oman)
Gambar 5 (Casablanca Morocco)

(Selalunya rekabentuk masjid di Turki & Iran amat mengagumkan; mereka begitu teliti dalam mengukir keindahan senibina masjid. Bangunan KLIA jua tak terkecuali terlibat dengan jurubina dari Turki. Amat sayang jika hasil binaan ini musnah lantaran perang & pelbagai mala petaka. Siapakah yang tak damai berada di rumah Allah SWT, amat damai.)

07 April 2010

34 Sebab Mengapa Mesti Goji oleh Dr Earl Mindell


Banyak Syarikat jualan langsung mengambi kesempatan dengan kenyataan Dr. Earl Mindell ini;

Aku paling tak suka orang mengambil kesempatan dengan menjual ubatan dengan ratusan RM atau mahal ketika seseorang itu tengah resah dilanda penyakit. Sudah orang tu menderita sakit kita pula nak sakitkan poketnya.

Goji kering terdapat di semua kedai sensei cina dengan harga sekitar RM2 bagi 100 gram. Satu paket sekitar RM10 boleh makan sampai sebulan lebih. Amalkan makan goji kering ini untuk mata yang terang, otak yang pintar. Ianya juga terbukti dapat menyembuh & menghindarkan banyak penyakit.

Jangan direbus lama, cukup direndam atau celur; taruh dalam air panas atau dimasukkan dalam air minuman. Buahnya manis-manis buah, samalah kita makan kismis yang boleh menambahkan daya ingatan. Boleh dimakan begitu sahaja.

Apa kata pakar:

Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI :-


1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.

2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.

3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja"

4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.

5. Goji mengurangkan risiko kanser

6. Goji mengurangkan kolestrol

7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes

8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual

9. Goji membantu mengurangkan berat badan

10. Goji melegakan sakit kepala dan pening

11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak

12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda

13. Goji menguatkan jantung anda

14. Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung)

15. Goji meningkatkan halangan penyakit

16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG)

17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser

18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)

19. Goji menghalang tumbesaran tumor

20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi

21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum)

22. Goji meningkat limfosit

23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang

24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat

25. Goji merawat simptom-simptom menapause

26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung

27. Goji meningkatkan kesuburan

28. Goji menguatkan otot dan tulang anda

29. Goji menyokong fungsi buah pinggang

30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan

31. Goji membantu batuk kering yang kronik

32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah

33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda

34. Goji membantu sistem penghadaman

Goji kering... ada nyonya sebut Jiji...

Goji Yang Sungguh Mengagumkan Dan Teks Perubatan Cina Purba

Goji telah digunakan dalam Perubatan Tradisional oleh rakyat China selama lebih 5000 tahun.

Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan tersebut:

Ben Cao Hui Yan menyatakan: "Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik".

Dari Internet

Aku baru sahaja mencari Goji Kering di Kajang, di hadapan pasar besar harganya 100 gram sekitar RM3; bagi yang kecil buahnya agak mahal. Manakala yang agak besar atau kasar buahnya 100 gram RM5. Tidak berbaloi jika mahu mengamalkan makan yang RM5 ini sebabnya agak sedikit sahaja 100 gram itu. Tak sampai seminggu pasti habis jika sehari makan dua kali pagi & petang.

"Saya sudah makan buah ini dua tahun, di mana-mana saya pergi saya tahu harganya, awak punya kedai mahal amat nyonya" aku lihat ampoi sebelah nyonya mencuka wajahnya.

Aku menuju Jalan Bukit arah ke stesen komuter; buat pusingan U, jika perasan dulu di situ ada Wisma Apex, siapa yang gila saham pasti tahu bangunan ini. Sekarang Wisma Apex ini telah bertukar bangunan baru tak jauh dengan MyDin. Sebaris dengan blok bangunan Wisma Apex lama ini ada sebuah kedai sensei cina.

"Ini harga pasar saya jual RM10 untuk 500 gram!" Tauke cina agak muda umurnya, nyonya sebelahnya tak suka senyum; nampak tua sangat bila tak mahu senyum.

"Banyak bagus taruh dalam sup!" Itu amalan mereka, tetapi semasa aku di Kuala Kangsar nyonya di sana berpesan jangan direbus lama; khasiatnya akan hilang.

Maknanya di Seri Serdang & Sarawak lebih murah goji yang kering ini baru sekitar RM8 sahaja bagi 500 gram. Mungkin juga kualitinya berbeda. Tapi seingat aku paling mahal pun Goji Kering yang agak besar saiznya sekitar RM5. Ianya agak manis.

Perlu diingat Goji Kering ini mudah rosak jika tidak disimpan dibelas kedap udara. Di kedai Sensei mereka meletakkan Goji Kering ini di dalam balang kaca besar atau pun di peti sejuk. Cubalah amalkan makan Goji Kering ini. Rendam dalam air panas atau Teh O waktu pagi & malam. Makanlah dengan buahnya seakan rasa buah ceri; sukatannya dalam sekitar sejemput Goji Kering sebanyak dua kali sehari, cuba tenguk perubahan kesihatan badan anda.

Aku telah mengamalnya lebih dari dua tahun; itu pun setelah sakit. Memang ianya dapat mengawal glukos & tekanan darah. Malahan kolestrol pun dapat dikurangkan. Bilamana aku cuba sekadar makan ubat doktor bahan kimia tentunya; tanpa memakan buah Goji ini, glukosku naik mendadak. Tak semahal mana jika sebulan berbelanja sekadar RM10 untuk mengawal peredaran darah & menjaga kesihatan kita.

04 April 2010

MMms 26: 20hb Doakan Jantung Penyair iDANRADZi tidak dibedah (Singgahsana)

Esok ada ujian terapi di PKupm; pasti entah bertiub-tiub darah akan diambil; setelah setiga bulan makan pelbagai jenis ubatan doktor mahu melihat kesannya apakah menganggu Hati.

Bayangkan ada 7 jenis ubatan kimia yang perlu ditelan setiap hari sejak sekitar 3 tahun lalu. Selalunya hati akan bertindak awal memberikan petanda akan kesan sampingan ubatan tersebut. Biasanya pesakit kronik seperti aku ini sering akan terancam kekuatan buah pinggang, hempedu, jantung, usus & pelbagai komponen dalam dalam badan. Aku amat takut itu berlaku. Abgku yang sulung Yot; sekitar 3 tahun makan ubat diabetes kini buah pinggangnya telah tidak berfungsi. Tak pasti apakah lantaran kesan sampingan ubat diabetes tersebut atau ada masalah lain. Sekarang setiap empat hari Yot kena buat dialisis. Yot tak ada masala jantung, kosterol, hati & darah tinggi sepertiku.

Aku buat ujian terapi kesan ubat darah tinggi, diabetes ini di UPM. Maknanya esok sepanjang hari aku kena berada di PKupm. Pagi seawal jam 9:00 pagi kena ambil sampel darah, air kencing pelbagai. Petang akan dapat keputusannya.

20hb nanti aku akan berada di Klinik Kardio di Hospital Serdang; Doktor syak aku ada masalah injap jantung tersumbat. Maka itu aku kena buat ujian Dobutamine Stress Echocardiography (DSE). Jika sah aku punyai masalah injap jantung maka pastinya aku akan berhadapan dengam risiko pembedahan pintas arteri koronari. Emmm! jika ini berlaku pastinya amat rumit & bukan semesti berjaya. Ramai rakan aku yang berjaya buat pembedahan ini pergi jua dalam tempoh beberapa tahun sahaja.

Doakanlah jantung aku normal. Payah sendirian meredah kegusaran ini. Amat resah sendirian di hospital menanti keputusan doktor. Bayangkan aku duduk sendirian melihat wajah-wajah resah dalam kelompok mereka yang takut mati ini. Amat stres & membelenggukan. Gangguan jantung ini bukan perkara main-main, gangguan jantung ini bila-bila masa boleh berlaku & kesannya bukan sahaja strok tetapi boleh pergi begitu sahaja. Aku dah tempoh gangguan ini acapkali. Itu yang aku gusarkan.

Bila usia semakin di penghujung sememangnya hidup ini terasa semakin kosong, apatah lagi amal & ibadah kita ini tak sebanyak mana. Dosa yang banyak belum tentu terampun. Kita sekadar dapat memohon simpati Ilahi. Doa kita yang amat kecil di sisi Dia Nan Esa belum tentunya diterima. Jika kita sering berlaku derhaka akan perintah Dia, kena sedar diri kita ini hamba yang amat kecil lagi kerdil. Sedangkan seorang Nabi, Rasul, Wali atau Imam pun sering teruji malahan doa mereka pun sering tidak dimakbulkan; apakah martabat diri ini di sisi Allah Azzawajalla.

Itu tanah, air, api & angin yang kita guna pun sering kita tidak bersyukur. Sedar diri. Kita tak puas apa yang ada kita asyik mimpikan kemewahan & kekayaan milik orang lain. Tamak. Buat hidup kita sering tidak tenang. Kita terus dihimpit dengan pelbagai impian jadi kaya, asyik mimpikan menjadi manusia yang mewah. Tenguklah TV, tenguklah, internet, tenguklah akhbar, tenguklah papan ikan di bahu jalan; bacalah novel duniawi, bacalah kisah mereka berjaya. Mana ada iklan mencari pahala, mana ada iklan menambah iman, mana ada iklan menyeru bertaubat, mana ada iklan menyuruhkan diri bersyukur. Semua lebih kepada keduniaan, kemewahan, kebendaan atau materialistik!. Jiwa kita resah sebab nak cepat kaya. Bukan resah takut kekurangan amalan atau terikat dengan noda & maksiat dunia.
Aduh! bila jantung aku sakit kini; aku nampak amat mati itu makin hampir, dunia makin melambai aku selamat tinggal: aku amat rasa resah & terasa rugi aku lantaran bukan menjadi orang alim, aku bukan pun orang kuat agamanya; amalku tak sebanyak mana, pulak tu masa yang berbaki tidak sebanyak mana lagi!. Tak mungkin aku dapat mencipta mesin masa untuk kembali ke zaman silamku, sihatku, mudaku, lapangku.

Biar pun sesaat kita tidak dapat memohon dilambatkan... jika ajal telah sampai. Maka doakanlah keampunanku & kedamaian aku di dunia sana nanti jika memang petanda sakit-sakit ini adalah pintu taubat itu akan tertutup buat mereka yang bernama arwah seperti aku tentunya nanti.

"Cuma jangan mengalah sebelum berjuang, jangan berserah sebelum berikhtiar." Diriku memujuk hatiku sendiri.

02 April 2010

300

Sedar tak sedar Pengikut blog ini telah pun ke 300 lebih pengunjungnya.
Terima Kasih atas sokongan anda, agar kita menjadi rakan pemblog & saudara seagama pun serumpun yang erat ukhuwahnya!.


Mimpi Ngeri (Singgahsana)

Pernahkah anda tidak boleh tidur, asyik diganggu igauan semalam atau mimpi buruk. Punca kita diganggu mimpi buruk sering berlaku lantaran gangguan fikiran ketika siang hari.

Ada juga kalangan kita tidak boleh terlalu kenyang ketika mahu tidur. Tidur dalam keadaan kekenyangan juga boleh membawa mimpi buruk.

Ada juga asyik diganggu mimpi buruk lantaran tertidur tanpa solat Isyak. Maka itu orang tua sering berpesan; basuh kaki dulu sebelum tidur. Yang lebih baik adalah ambil air sembahyang. Berwuduk sebenarnya akan menyucikan diri. Lahiriah & batiniah.

Minda atau fikiran yang tenang sebenarnya salah satu keutamaan untuk kita mudah mendapat tidur yang nyenyak. Jika punyai fikiran yang tenang bilamana terjaga dari tidur pun tidak akan menjadi penyebab kita terkebil-kebil sukar lena kembali. Fikiran yang terlampau berkecamuk akan membuatkan mata kita segar bugar. Seperkara lagi cubalah menyelesaikan masalah yang ada dengan cara semampunya.

Jelas dalam agama kita juga menyebut banyak hutang juga boleh membuatkan kita suka tidur. Keadaan seharian tidak stabil, tuntutan ekonomi yang semakin tinggi & sukar kita menjalani hidup yang tenang. Zaman sekarang mana ada kita yang tidak berhutang, sedangkan anak-anak kita belum berkerja pun hutang PTPTN telah membuatkan langkahan mereka terhalang. Maksudnya jika tidak dilunaskan nak ke luar negara pun tak boleh.

Ada juga yang berpendapat, banyakkan ibadah untuk ketenangan jiwa, buat aktiviti lasak, baca bahan membosankan, makan bahan yang tidak merangsangkan minda, tukarkan keselesaan tempat tidur, jika punyai pasangan pasti pasangan membantu masalah anda, buat kerja rumah yang membosankan & bermacam lagi petua serta cadangan hingga ke arah telan ubat tidur. Selesaikah?.

Ada beberapa lagi masalah dalaman, dalam diri ini sebenarnya membuatkan aku semakin sukar untuk tidur & asyik mimpi buruk atau igauan ngeri.

Ini yang berlaku dalam seminggu dua ini, bila kurang tidur mana mungkin fikiran jadi tenang & ilham lancar mengalir. Aku banyak lari ke FaceBook berleka dengan menu di sana. Maka aku berharap sangat ada yang boleh membantu agar aku kembali tenang!.