Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

25 Disember 2012

IMPIAN 2:


BILA Berjalan JAUH.

Kudrat badan tak sekuat mana. Si penyakit kronik perlukan perhatian jua teman. Sedari rumah aku telah amat kelaparan. Perencanaan perjalanan sekitar 9:00 atau 10:00 pagi perlu bertolak dari rumah. Maklumlah hari minggu takkan nak paksa anak-anak atau Mila segera bangun. Masing-masing bermalas dengan bantal busuk. Kata-kata Mila agar jangan tidur selepas Subuh tak siapa hiraukan. Rezeki akan mahal bila tidur selepas tidur. Malaikat Rahmat tak baik hati kasi rezeki sebelah bantal busuk. (Ini aku yang tambah-tambahkan)

2. Tak sampai hati nak kejutkan Azim awal sebab tenguk dia tidur lena amat. Hanya Azim yang sudi temankan ayahnya berjalan jauh. Jenaris ke Kampar jangkaan aku mahu sekitar tiga jam; jika singgah berhenti pasti lebih dari itu. Aku pemandu berhemah; Takut amat dengan AES lagi pun Avanza jika memandu laju minyaknya akan habis cepat; Kelajuanku sekitar 90km/j ke 100km/j. Hanya selaju itu yang aku rasa selesa memandu. Amat ekonomi. Nak kejar apa pun bukan ada agenda khas.

3. Lor top-top sekitar 11:00 pagi baru aku bertolak dari Jenaris. Mila tak buat sarapan. Hanya Teh O yang dia sajikan (Husna yang buat kut). Dia memang awal bangun pagi tak tidur lepas Subuh; tapi aku tenguk bergolek di sofa. TV yang tenguk dia di anjung bukan dia yang tenguk TV. Aku suruh Azim salam dengan ibunya dan kami berdua bergerak ke Kampar.

4. Mila ada alasan sendiri; cuti tak ada & tak berminat nak ikut program aku ke Perak. Dunia bercinta telah berlalu; jika dulu berjalan jauh dengan kekasih adalah impian paling indah. Kini aku terkesima sendiri; berkasih dengan bayang-bayang. Teratai cinta tak merah LAGI hanya kelayuan buah teratai hitam legam.

5. Di Perak banyak kolam teratai impian aku nak berumah di sebelah kolam teratai masih tak tercapai. Azim kelaparan amat sangat. Aku teringat gerai si @Lizza Hentian Tapah emm tak mungkin kami mampu berlapar sampai ke sana. Terpaksa berhenti awal di R & R Rawang. Azim makan nasi goreng cina aku sekadar makan mee rebus.

6.Semua hentian sesak; aku ketemu sekumpulan kembara dengan motosikal klasik selalunya memang orang kalangan dewasa yang suka moto klasik. Menarik moto klasik ini. Kalau badan kuat memang seronok berjalan jauh dengan motosikal.

7. Kami sampai di Kampar sekitar jam 2:30 petang tersasar jauh jangkaan daftar masuk hotel bajet 1:00 tengah hari. Nyonya belut sebab tak kasi aku bilik bertingkap. Penuh katanya padahal aku telah tempah awal; dia minta maaf sebab katanya ramai penyewa dari Sabah menyewa. Duduklah aku dengan Azim bagaikan terkurung dalam gua. Bilik tanpa tingkap tentunya DINGIN bagai peti ais; penghawa dinginnya amat sejuk hatta Azim bermalaas saja nonton Astro.

Aktiviti kami biasalah masak-masak secara rahsia memang kalau berjalan aku suka begitu. Talian 016 909 4343 aku buka sentiasa; hanya ada mesej/sms dari Imran Salleh: aku SMS Abdul Hamid Othman.. pun tak berjawab. Aku tak mampu nak bergerak kecuali rakan sekitar Kampar mahu ketemu aku mungkin boleh lepak di bilik atau lobbi hotel. Atau pekena Teh O Limau Panas di Kedai Mamak depan hotel sahaja. Tak mandang.

24 Disember 2012

IMPIAN : AMOK di Kota Bharu Perak.




Burung Raja Udang ini masih banyak di kampungku. Cantik burung ini.



MUKIM TEJA KOTA BHARU PERAK.

Telah tercapai dua impian sekali gus hasil usaha sama dengan Imran Salleh; tapi ianya aku simpan di Desa Tualang (Kg Changkat Tualang) Kota Bharu Perak; agar harta nan tak dapat dinilai dengan wang ringgit ini selamat di sana.

2. Ianya terlalu besar nilainya; biarpun aku mengeluarkan modal yang amat sedikit. Hatta itu aku tak sabar mahu mendirikan kabin di kampung & satu stor konkrik yang hebat tak mudah diumpil. (Stor Kebal)



 

3. Kekinian selain impian pondok di kampung aku mahu amat memiliki HONDA Cup 70cc atau seirasnya dengan (90cc lampu bulat) sebagai harta kenangan buat anak-anak mengenang ayahnya. Setakad ini bajet masih belum cukup untuk membelinya.

4. Jika ada rakan yang mahu menawarkan harga yang patut bolehlah e-mel aku melalui e-mel idanradzi@yahoo.com. Yang penting aku dalam rangka mencari bajet untuk mendirikan kabin di kampung. Ada stor kebal di sebelahnya.

5. Semalam aku balik ke kampung ada beberapa kes yang aku rasa orang kampung kena ambil perhatian. JANGANlah asyik teroka tanah orang; CURI pokok untuk dijual. Jadilah hamba Allah yang baik; hidup pun sudah menongkat tua. Bila-bila masa Malaikat Maut akan ambil nyawa AWAK ketika itu nak minta maaf dengan siapa jika memang AWAK berdosa dengan pemilik harta yang awak curi itu.

6. Pesanan untuk
Pejabat Daerah Dan Tanah Kampar  jangan guna akta tanah untuk mencuri atau melelong atau merampas harta orang kampung. Nanti AWAK mati akan rangup dihimpit tanah. Pewaris masih ada. Sebagai contoh jika tanah di Mukim Teja itu milik Allahyarham Md Sesh (Mohd Radzi bin Abdul Rahman) Aku sebagai wakilnya kenalah diberi tahu. Jika berlaku masalah status tanah itu biarlah waris tahu; jangan memandai mahu dilelong dan dijual kepada kaum asing. Tanpa ada surat amaran tanpa ada protokol yang jelas buat waris terdekat.

(Jangan sampai ada kejadian Amok di Desa Tualang pun Pejabat Daerah Dan Tanah Kampar nanti; itu pun telah dua/tiga kali aku & waris berperang mulut di Pejabat Tanah Kampar; sekali itu bersama dengan Pegawai. JPM tapi kenapa Pejabat Daerah Dan Tanah Kampar ini masih samar/berselindung; mana cukai tanah pusaka kami yang bertunggak lama tak sampai ke alamatku di Jenaris)
 
— bersama Idan Radzi

21 Disember 2012

Rasuah di Agensi Kerajaan

http://dgelenggang.blogspot.com/2012/12/malaysia-negara-paling-rasuah-di-dunia.html

Aku pernah mengadu masalah rasuah ini semasa kerja. Kononnya aku tak mahu terlibat & menceriterakan bagaimana kalangan rakan teknikal menggunakan Sebut Harga sebagai tujuan mengambil keuntungan.

2. Sebagai contoh sesuatu barangan berharga RM500; pegawai ini akan berpakat dengan pembekal harga dipinda menjadi RM600. Memohon komisyen secara pakatan begini biasa. RM100 akan diberikan kepada pegawai ini melalui wang tunai sebab tak mahu ianya menjadi bukti jika diberi secara cek atau masuk ke akaun peribadi,

3. Isunya aku tak tergamak nak turut serta sebab aku sentiasa mendapat sebut harga murah. Selalunya jika sebut harga itu berbeda antara 20% dari harga terendah tidak pernah dipersoalkan. Apatah lagi jika syarikat tersebut milik Bumiputera. Ini lebih memudahkan staf kerajaan membolot rasuah sewenang-wenangnya. Sebab sering syarikat Bumiputera tersebut hanya pada nama sahaja. Ianya lebih kepada syarikat ALIBABA di mana tauke besarnya adalah kaum lain.

4. Nak jadi ceritera aduan aku bukannya diterima baik oleh majikanku malahan disalahtafsirkan kononnya aku sengaja mencari musuh dalam jabatan. Kegiatan begitu memang wajar sebab itulah hasil usaha & kerja sampingan staf kerajaan untuk menambah duit poket. Alasannya mudah jika tak buat begini pun pihak syarikat pembekal biasanya akan tetap memberi HADIAH jika mereka sentiasa mendapat peluang membekal barangan.

5. Tak hairan rasuah berluasa malahan harga barangan secara sebut harga di agensi kerajaan memang MAHAL amat.
 

14 Disember 2012

Jenazah pelajar tajaan Felda dibawa pulang dari UK



Jenazah pelajar tajaan Felda yang meninggal dunia selepas keluar berjoging di kawasan kampusnya di Universiti Lim Kok Wing, United Kingdom, London pada 5 Dis lepas, selamat dikebumikan.
Jenazah Mohd Fazli Fadzilah, 24, yang mengikuti pengajian Pengimejan Kreatif dan Fotografi Digital selama lima bulan di universiti itu, dikebumi pada kira-kira 3 petang di tanah perkuburan Islam Felda Papan Timur di Kota Tinggi hari ini.

Wakil Ibu Pejabat Felda Saifullah Mat Nor berkata jenazah Allahyarham dibawa pulang ke tanah air pada kira-kira 6 petang semalam (waktu Malaysia) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 8 pagi tadi.

"Felda membelanjakan kira-kira RM30,000 bagi menanggung segala kos sepanjang proses membawa jenazah arwah ke Malaysia.

"Walaupun berlaku sedikit kelewatan untuk sampai ke Malaysia berikutan masalah cuaca, namun segalanya berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita di Kota Tinggi hari ini.

Saifullah juga berkata ketibaan jenazah di KLIA turut disambut Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad.

Beliau berkata dua van daripada Ibu Pejabat Felda Wilayah turut mengiringi jenazah dari KLIA sehingga ke rumah mangsa di Felda Papan Timur.

Sementara itu, ibu Mohd Fazli, Ruziah Rashidi, 48, berkata hanya penghargaan yang mampu diucapkan atas jasa pihak Felda yang menanggung segala kos untuk membawa pulang jenazah anaknya.

"Setinggi-tinggi penghargaan buat Felda kerana membantu kami menguruskan segalanya sehingga arwah selamat dikebumikan di sini. Tanpa bantuan pihak Felda, kami tidak tahu bagaimana hendak membawa jenazah pulang.

"Sebagai ibu, saya juga reda dengan pemergian arwah. Sewaktu ayahnya dan seorang adiknya pergi ke sana untuk menguruskan hal tersebut, kami di sini setiap hari membuat tahlil untuk arwah," katanya.

- Bernama

09 Disember 2012

Thailand waspada kelibat Mat Yo


NORSHAHRUL (kanan) dan Safee diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan Harimau Malaya pada kempen Piala Suzuki AFF 2012.


"HATI-HATI dengan pemain berjersi No. 9 Malaysia (Norshahrul Idlan Talaha), dia cukup berbahaya."
Demikian amaran kapten Thailand, Panupong Wongsa kepada rakan-rakan sepasukannya ketika berdepan Malaysia pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Selain menyedari 'ancaman' yang hadir daripada ribuan penyokong Harimau Malaya, Punapong turut sedar kelibat Norshahrul yang juga dikenali sebagai Mat Yo mampu menghadirkan gerun dalam skuad Gajah Putih.

"Kami sudah bersedia dan fokus untuk perlawanan esok (malam ini). Apa yang pasti kami tidak akan membenarkan dia (Mat Yo) bergerak bebas dalam kotak penalti kami.

"Jika kami tidak mengawal pergerakannya, ia bakal mengundang padah kepada pasukan nanti," jelas Punapong sebelum sesi latihan rasmi Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Selain Mat Yo, Punapong yang juga tonggak pertahanan Thailand cukup teruja jika dapat berdepan penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali.

"Sejujurnya, saya mahu dia (Safee) bermain tetapi saya dimaklumkan, dia masih cedera. Kita semua sudah tahu dia antara penyerang terbaik di rantau Asia Tenggara.

"Apa pun, kami sudah bersedia dengan mana-mana pemain Malaysia nanti," katanya.

Punapong menambah, dia dan rakan-rakan sepasukannya akan berusaha memburu kemenangan malam ini sebagai hadiah terbaik kepada Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej.

"Saya berharap kami dapat menghadiahkan sesuatu yang cukup istimewa kepada Raja Bhumibol sebagai hadiah sempena hari keputeraan baginda Rabu lalu," ujarnya.

Teerasil tak anggap Gajah Putih pasukan pilihan





TIDAK diketahui sama ada sekadar bermain psikologi ataupun tidak, penyerang prolifik Thailand, Teerasil Dangda tetap menghormati kredibiliti Malaysia menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Teerasil (gambar), 24, yang telah merekodkan tiga gol pada kempen kali ini memberitahu, Thailand tidak dianggap memiliki kelebihan biarpun Malaysia selaku juara bertahan dilihat agak tempang dengan musibah kecederaan beberapa pemain utama.

"Saya tidak rasa kecederaan pemain Malaysia memberikan kelebihan kepada kami.

"Ini kerana Malaysia memiliki barisan pemain simpanan yang sama hebat dengan pemain utama.

"Lihat sahaja senarai penjaring pasukan Malaysia, ia jelas membuktikan mereka tidak bergantung kepada seorang pemain sahaja bagi memburu gol," katanya kepada pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang malam kelmarin.

Untuk rekod, gol-gol Harimau Malaya pada kempen kali ini masing-masing dicetak oleh kapten, Safiq Rahim; Mohd. Safee Sali; Wan Zack Haikal Wan Nor; Khyril Mhymeen Zambri; Mahalli Jasuli dan Azamuddin Akil.

Teerasil pula melakar hatrik semasa membantu Thailand membelasah Myanmar 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan A di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Ketika ditanya sama ada berazam melakar hatrik malam ini, jelas Teerasil: "Jika saya meledak hatrik pun tidak membawa sebarang makna jika Thailand tersingkir.

"Pada masa sama, kami juga tidak tertekan menamatkan kemarau trofi selama sedekad, sebaliknya menganggap ia sebagai satu cabaran.

"Kami sudah menghampiri pentas final, jadi saya harap kami mampu mengatasi Malaysia terlebih dahulu," kata penyerang kelab Muang Thong United itu.

Harimau Malaya simpan taring


RAJAGOBAL (dua dari kiri) memberikan arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.



SELEPAS beberapa kali 'diserang' pengendali Thailand, Winfried Schafer, kini tiba giliran jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal melancarkan perang psikologi.

Semalam, Rajagobal dilihat kekal 'berteka-teki' apabila enggan mengesahkan kesebelasan utama Harimau Malaya yang akan menentang Thailand pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Selain mengesahkan tidak dapat menggunakan khidmat Wan Zack Haikal Wan Nor dan Shakir Shaari yang dilanda musibah kecederaan, Rajagobal juga membayangkan bakal mengetepikan peledak berbisa, Safee Sali malam ini.

"Seperti semua sedia maklum, khidmat Wan Zack dan Shakir terpaksa dilupakan. Saya harap mereka berdua kembali pulih jika kami mara ke final.

"Pada masa sama, Safee (yang mengalami kecederaan hamstring) tetap tersenarai tetapi saya tidak tahu sama ada dia akan diturunkan atau tidak.

"Saya perlu merujuk kepada pegawai perubatan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan siapa yang akan diturunkan," kata Rajagobal pada sidang akhbar di Hotel Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan semalam.

Sebelum ini, Schafer berulang kali menyatakan dia sudah memiliki formula bagi mengekang ancaman Harimau Malaya.

Bagaimanapun, Rajagobal kekal optimis dengan kemampuan anak buahnya melakar keputusan positif malam ini biarpun Thailand dikatakan menjadi pasukan pilihan.

Ia bersandarkan kepada rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam kempen sebelum ini yang menyaksikan kali terakhir Harimau Malaya menewaskan Thailand ialah pada aksi kumpulan Piala Suzuki AFF edisi 2004.
Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dalam satu aksi persahabatan di Bangkok pada 7 November lalu juga tidak memihak anak-anak buah Rajagobal yang tewas 0-2 kepada skuad Gajah Putih itu.

Namun, Rajagobal memiliki jawapan berhubung perkara itu.

"Dua tahun lalu, mereka (Thailand) juga sukar tewaskan kami yang dibarisi pemain muda (apabila seri tanpa jaringan di peringkat kumpulan).

"Saya tidak boleh jawab sekarang (siapa pasukan pilihan), nantikan sahaja esok (malam ini), nanti tanya saya semula selepas perlawanan tamat.

"Apa yang pasti, saya tahu kekuatan Thailand. Jadi saya harap kami dapat melakar keputusan yang bagus di sini sebelum bertandang ke Bangkok.

"Kredibiliti pemain saya juga harus dipuji. Saya harap mereka dapat mempamerkan karakter sebenar seperti di peringkat kumpulan apabila mereka bangkit menyambar slot separuh akhir biarpun tumpas kepada Singapura dalam aksi pembuka tirai," katanya.

Solat itu Tiang Agama


Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat  Tanpa mengetahuan maksud/makna bacaan dalam solat amat sukar kita nak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Jersey Baru Harimau Malaya 2013 Ketat


Pasukan Harimau Malaya dengan jersey baru 2013
 
Ada lah tadi beberapa orang rakan aku berborak dalam group Whatsapp kitorang tentang nak pergi tengok bola Malaysia Vs Indonesia malam ni. Jadi, diorang ni belilah jersey siap-siap.

Apa yang hebatnya jersey baru Harimau Malaya 2013 yang baru dibeli itu ketat. Bukan diorang ni tersalah beli tau. Saiz yang dibeli memang saiz diorang.  Tapi masih lagi ketat. Nak kata jersey tersebut mengecut, baju saja beli jersey tu. Belum basuh pun lagi. Aish.. Pelik ni.

Hahaha. Rupa-rupanya memang saiz diorang yang dah bertambah besar. Terutama di bahagian perut. Hampir semuanya mempunyai perut ketak-ketak, 6 pax. . Almaklum lah semuanya sudah bergelar bos dan pengarah. jadi, saiz perut pun mestilah berjalan seiringan dengan kenaikan pangkat.

Jersey baru Harimau Malaya 2013 yang dimaksudkan ini ialah jersey home untuk pasukan bolasepak Malaysia ataupun lebih dikenali dengan nama Harimau Malaya. Jersey ini mula dipakai pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 dan kejohanan yang lain selepasnya. Ianya dibuat oleh Nike dan telah dilancarkan secara rasmi pada 12 November 2012 baru-baru ini.

Safiq Rahim, Apek dan Safee Salee dengan jersey baru Harimau Malaya 2013
Jersey baru Harimau Malaya 2013 ini menampilkan warna rasmi pasukan bolasepak Malaysia iaitu hitam dan kuning serta disertakan logo Nike di sebelah kanan dan lambang bendera Malaysia di sebelah kirinya.


Semua foto adalah ihsan daripada www.footballkitnews.com

Jersey penjaga gol pula berwarna biru.
Di kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 ini laluan Malaysia agak berliku. Malaysia tumpas kepada pasukan negara jiran Singapura pada perlawanan pertama kejohanan dengan jaringan 0-3. Harimau Malaya kemudiannya bangkit dengan memenangi perlawanan menentang Laos dengan jaringan 4-1.

Malam ini Malaysia perlu menang pada perlawanan menentang Indonesia untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. (Menang 2-0)

Kepada penyokong-penyokong Malaysia, jaga kelakuan. Jangan melampau. Jangan tinggal solat. Semoga Malaysia berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF.

Kemon Harimau Malaya. “You’ll Never Walk Alone!!!”. Bangkit lah AAUUUUUMMMM!!!

08 Disember 2012

KES KHALWAT, PENJAGA GOL KEBANGSAAN MENGAKU SALAH DIDENDA RM2,500

Aduhai: Pemain Bola Berprofil Tinggi Ditangkap Khalwat Dengan Bini Orang!



Sebut tentang pemain bolasepak berprofil tinggi ditangkap khalwat ini, sebenarnya perkara ini berlaku sudah agak lama, iaitu ketika peminat bolasepak tempatan masih lagi dengan demam Piala Malaysia, ketika itu saingan baru memasuki fasa suku akhir. Penulis sengaja tidak mahu mendedahkannya ketika itu kerana tidak mahu ia menganggu kerancakkan saingan Piala Malaysia.

Al-kisahnya – seorang rakan menghubungi penulis dan memberitahu ada pemain bolasepak berprofil tinggi ditangkap khalwat bersama isteri orang, dalam satu serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi 11Oktober lalu.

Tujuan rakan itu menyampaikan kepada penulis, bukan atas kapasiti penulis ni seorang wartawan atau blogger, tapi kerana rakan kepada suami wanita itu yang juga merupakan ahli sukan, juga merupakan rakan kepada penulis.

Menurut sumber yang turut sama terlibat dalam operasi, pemain yang mewakili sebuah pasukan berprofil tinggi (sekarang ni sedang dipancing sebuah lagi pasukan berprofil tinggi) dalam saingan Liga Super, singgah di rumah pasangannya berusia 28 tahun yang sudahpun beranak dua itu, selepas beraksi mewakili pasukannya beraksi pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia.


Hubungan antara pemain berusia 25 tahun yang juga pernah mewakili skuad Shahzan Muda dan Perlis, dan wanita berkenaan dilaporkan sudah terjalin sejak 2 tahun lepas, dan suami wanita itu pernah beberapa kali berjumpa dengan pemain itu untuk menasihatkannya agar tidak berskandal dengan bini orang, namun tidak diendahkan.

Pemain itu, yang juga anggota skuad kebangsaan sejak penghujung 2007, memainkan peranan penting dalam skuad negara sebelum tersisih akibat kecederaan, yang menyaksikannya terlepas beberapa kejohanan utama seperti Sukan Sea 2009 Sukan Asia 2010 dan Piala AFF Suzuki 2010.

Perkembangan ini nyata suatu yang cukup mengejutkan dan mengecewakan, apatah lagi dikhabarkan ia telah sampai ke pengetahuan Presiden Persatuan Bolasepak diwakilinya, yang sebelum ini beria-ria memancingnya untuk beraksi bersama pasukan itu.

Pemain itu yang dihubungi Suara Sukan, mengesahkan memang dia yang terlibat dalam tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut dan sekadar menjawab, “takpelah awak tak tahu cerita sebenar, nak naikkan nama susah, tapi menjatuhkan orang senang..”.

Kepada pemain tersebut, ini bukan soal tahu atau tidak perkara sebenar, setiap orang yang ditangkap khalwat akan cakap benda sama. Yang peliknya anda tanpa segan silu mengaku mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan yang sudah beranak 2, dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Patutnya malu dengan diri sendiri.-HM-


Kes Khalwat, Penjaga Gol Kebangsaan Mengaku Salah Didenda RM2,500 | Penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias dan Zaiton Othman, 29, yang kini bergelar ibu tunggal dan mempunyai dua anak juga didenda RM2,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas dia mengaku salah berkhalwat dengan seorang jurumekap, tahun lalu.

Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar mengarahkan hukuman penjara selama sebulan sekiranya mereka gagal membayar denda. Mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik, di sebuah rumah milik rakan Zaiton di 3A-02, Blok A, Shang Villa Condo, Jalan SS7/15 Kelana Jaya di sini pada jam 3.40 pagi, 12 Oktober lalu.

Pegawai pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor, Shafezan Rusli mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang diakui mereka sewaktu pintu bilik dibuka, Zaiton berseluar panjang hitam dan baju-T ketat warna jambu dalam keadaan terbalik manakala Farizal juga memakai baju-T dan berseluar pendek sambil berselimut di atas katil.

Sebelum itu, Farizal mendakwa insaf dan kesal dengan kesilapan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya. Katanya, “sejak kes ini keluar suratkhabar, ia menjejaskan reputasi saya dan keluarga, orang ramai mula mencemuh, mungkin salah saya.” Farizal memohon hukuman denda yang ringan kerana perlu menanggung adik-beradik yang bersekolah serta ibu bapa pula sudah tidak bekerja.

“Saya hanya bekerja secara kontrak dan bukannya tetap, selepas apa yang terjadi, saya bimbang sekiranya kontrak tidak disambung pada musim depan,” katanya dengan nada perlahan.

Sementara Zaiton yang kelihatan sebak turut insaf dan memohon hukuman ringan kerana sejak bergelar ibu tunggal, dia perlu menyara dua anak dengan pendapatan bulanan yang tidak tetap. Katanya lagi, dia masih trauma selepas bercerai, yang berlaku hampir setahun lalu akibat kejadian tersebut. Pasangan itu yang datang berasingan membayar denda di kaunter mahkamah sejurus prosiding berakhir. (Sinar Harian)

Apek atasi Al Habsi sebagai penjaga gol terbaik Asia

MUHAMMAD NAQI ABU BAKAR
10 Januari 2012
Apek pertahan gelaran penjaga gol terbaik Asia

PENJAGA gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat mendapat tempat pertama di dalam undian orang ramai sebagai penjaga gol terbaik rantau Asia di laman web goal.com, hari ini.

Sebelum ini, laman web tersebut meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23.

Beliau berjaya meraih undian sebanyak 54.37% dan mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi sebanyak 39.91%.

Antara calon lain yang disenaraikan di dalam undian adalah Ali Al Habsi (Wigan), Mark Schwarzer (Fulham) dan Mohammed Saqr (Al Sadd).

Undian tersebut bermula pada hari Selasa, 3 Januari lepas dan berakhir semalam.
  
[HARIMAU MALAYA] FARIZAL MARLIAS VS KHAIRUL FAHMI
 
Ketangkasan dan kecemerlangan Farizal Marlias bakal membuat jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagopal pening untuk memiliki siapa yang bakal menjadi benteng terakhir Malaysia dalam Kejohanan Piala AFF November ini. Sementara itu, nama Khairul Fahmi Che Mat sudah lama meniti di bibir peminat-peminat bola sepak tempatan lantaran aksi yang cemerlang dan konsisten bersama skuad kebangsaan. Persoalannya, siapakah yang bakal menjadi penjaga gol no. 1 negara?

Nama                  : Mohd Farizal Marlias
Asal                     : Pahang
Tarikh Lahir      : 29 Jun 1986
Tinggi                  : 177cm
Pasukan              : Negeri Sembilan
Bekas Pasukan  : Shahzan Muda dan Perlis
Pasukan Kebangsaan : Bawah 23 tahun (11 penampilan)
                               : Pasukan Senior (16 penampilan)
Penampilan pertama  : 12 Julai 2009 (Malaysia vs Zimbabwe)
Penampilan (kelab)    : 44 perlawanan (Shahzan Muda, Perlis, Negeri Sembilan)
Pencapaian          : Piala Malaysia 2011 (Negeri Sembilan)
                               :  Piala Sumbangsih 2012 (Negeri Sembilan)
 
 

-Farizal Marlias merupakan bekas penjaga gol skuad Malaysia B-23 dan kini merupakan penjaga gol skuad utama Malaysia. Namun, penampilannya bersama skuad kebangsaan sering dibelenggu oleh masalah kecederaan di mana namanya digugurkan semasa Piala Suzuki AFF 2008 dan 2010.

-Pada Februari 2011, Farizal kembali diberi peluang untuk mengawal gawang negara ketika perlawanan persahabatan menetang Hong Kong. Penjaga gol Negeri Sembilan ini juga cemerlang mengawal benteng kebangsaan daripada dibolosi ketika perlawanan persahabatan Malaysia XI vs Chelsea 21 Julai 2011 di Stadium Bukit Jalil sebelum digantikan dengan penjaga gol Harimau Muda, Izham Tarmizi pada minit ke-75.
-Kecederaan yang melanda Khairul Fahmi menyaksikan Farizal Marlias terus diberi tugas mengawal gawang negara termasuk perlawanan Malaysia XI vs Arsenal pada 21 Julai lalu di mana Farizal terus menampilkan aksi yang cemerlang sepanjang perlawanan. Meskipun gawang Malaysia dibolosi dua kali ekoran kealpaan benteng pertahanan kebangsaan, namun pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji ketangkasan dan kecekapan Farizal menyelamatkan beberapa percubaan bahaya oleh penyerang Arsenal.

Nama                      : Khairul Fahmi Che Mat
Asal                         : Kelantan
Tarikh Lahir           : 7 Januari 1989
Tinggi                      : 171 cm
Pasukan                  : Kelantan
Bekas Pasukan      : Tiada
Pasukan Kebangsaan : Bawah 23 tahun (21 penampilan)
                                  : Pasukan Senior (12 penampilan )
Penampilan pertama  : November 2010 (Piala AFF Suzuki 2010)
Penampilan (kelab)    : 56 perlawanan (Kelantan)
Pencapaian              : Piala Malaysia 2010 (Kelantan)
                                      Piala Sumbangsih 2011 (Kelantan)
                                      Liga Super 2011, 2012 (Kelantan)
                                      Piala FA 2012 (Kelantan)
                                      Piala AFF Suzuki 2010 (Maaysia)
                                      Sukan SEA (Bola Sepak) – Emas
                                      Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010
                                     (Penjaga Gol Terbaik, Pemain Muda Terbaik)
 
 

-Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dipanggil ‘Apek’ merupakan penjaga utama Kelantan sejak 2010 ketika berusia 21 tahun dan merupakan pemain skuad Piala Presiden dari 2004 hingga 2009. Apek telah dipilih selaku Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik sempena Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010.
-Kecemerlangan Apek bersama Kelantan menjadikan dirinya menjadi pilihan utama jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagopal dan jurulatih skuad Malaysia B-23, Ong Kim Swee untuk mengawal gawang negara.
-Pada November 2010, Apek dipanggil menjadi penjaga gol kedua dibelakang Sharbinee Alwi. Kejayaan Apek mengemudi benteng terakhir negara dari dibolosi ketika perlawanan kedua menetang dengan mengekal rekod tanpa bolos menyaksikan beliau terus merampas posisi penjaga gol no.1 negara. Prestasi konsisten dan kecemerlangan Apek berjaya membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010.
-Khairul Fahmi sekali lagi menjadi nadi kecemerlangan skuad Malaysia B-23 apabila berjaya mengekalkan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea ke-26 di Jakarta dengan menewaskan Indonesia di perlawanan akhir yang berakhir dengan penentuan sepakan penalti. Khairul Fahmi juga telah dipilih selaku penjago gol terbaik Asia bagi 2011 berdasarkan undian yang dilakukan oleh Goal.com
Statistik dan Analisis
-Dari segi teknik dan kemahiran, kedua-dua penjaga gol Malaysia ini nampak seimbang. Kedua-dua mempunyai tindakan refleksi yang bagus dan tenang ketika mengawal gawang masing-masing. Namun, Farizal Marlias memiliki sedikit kelebihan dari sudut fizikal dengan kelebihan ketinggian. Manakala Khairul Fahmi pula telah beraksi hampir 30 perlawanan pada musim ini untuk aksi Piala FA, Liga Super dan Piala AFC mungkin memerlukan lebih rehat terutama selepas kembali dari kecederaan yang dialami mengakibatkan beliau terlepas perlawanan menentang QPR dan Arsenal. Farizal Marlias pula dilihat memiliki tahap kecergasan yang optima dengan jumlah perlawanan yang hampir separuh kurang dari yang dilalui Khairul Fahmi musim ini.


-Sementara itu, Khairul Fahmi memiliki pengalaman yang lebih luas berbanding Farizal Marlias di mana Apek berjaya membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan pingat emas bola sepak Sukan Sea ke-26. selain itu, Khairul Fahmi turut beraksi dalam beberapa perlawanan utama termasuk aksi kelayakan pra-Olimpik dengan menentang pasukan handalan Asia seperti Jepun, Bahrain dan Syria. Pengalaman beraksi di peringkat tertinggi menjadi aset utama Apek dalam merebut posisi penjaga gol no.1 negara.
-Meskipun Farizal Marlias telah berjaya untuk menemui kembali sentuhannya ketika beraksi bersama pasukan Perlis dan melupakan insiden kecederaan yang menghantui dirinya dan menghalang dia dari menyertai Piala AFF Suzuki 2010 lalu. Namun, kelebihan pengalaman dilihat lebih memihak kepada Khairul Fahmi Che Mat.
Kesimpulannya, Khairul Fahmi dilihat bakal menjadi pilihan untuk menjadi penjaga gol no.1 kebangsaan terutama untuk menghadapi saingan Piala AFF 2010. Namun, jika masalah kecergasan dan kecederaan terus membelenggu Khairul Fahmi, maka K. Rajagopal sudah memiliki penganti yang berkaliber, memiliki kualiti yang setanding Khairul Fahmi Che Mat. Yang pastinya, keputusan terletak ditangan jurulatih, Datuk K. Rajagopal dan pihak pengurusan.

 Ini dia peminat Bola Sepak RADANG kat Datuk K. Rajagopal!


Harimau Malaya tanpa Apek?


Aku mencari sebab kenapa Apek dah dua permainan tak turun menjadi penjaga gol utama Harimau Malaya. Malam ini aku pun tak pasti apakah Datuk K. Rajagobal tetap mengekal kesebelasan pemain yang dapat menunduk Indonesia tempoh hari.

Bukan tak yakin dengan pengganti Apek si Farizal Marlias tapi aku lebih berkeyakinan dengan ketangkasan Apek di galang gol. Apatah lagi dia telah banyak membantu pasukannya Kelantan juga pasukan negara menjadi penjaga gol cemerlang mencapai kejuaraan demi kejuaraan. Kesilapan berlaku itu memang perkara biasa tapi aku begitu yakin Apek akan berhat-hati tak akan melakukan kesilapan remeh bagai yang berlaku ketika bermain dengan Hong Kong 1 -1 pun Singapura 0-3 tempoh hari. Apek sejak lama menjadi Idola penjaga gol yang aku minati sejak berzaman. Tanpa Apek terasa HAMBAR perlawanan menentang lawan.

Datuk K. Rajagobal jangan ikut sangat perasaan dalam menentukan nasib Harimau Malaya sebab pasukan Thailand bukan calang-calang pasukan; jika kita kandas di Separuh akhir ini hari ini & Khamis nanti ; maruah sukan negara pasti akan jatuh sebab Harimau Malaya dalam dilema mengekalkan kejuaraan. Jika telah masuk akhir pasti peminat bola sepak negara tak kisah. Keluarkan semua pemain simpanan pun tak apa si Farizal Marlias di keluarkan sepanjang perlawanan; dia memang mengaku rasa gundah bila dikeluarkan untuk menjaga gol pasukan negara.

Datuk K. Rajagobal silap membuat ulasan terbuka menyalahkan pemain pasukan sendiri bila Harimau Malaya kalah. Buatlah cara keluarga tegur secara semangat kesukanan bukan menguar-uarkan seantero dunia bila kalah ini kesilapana si anu & si anu. Nama pun permainan pasti ada kalah ada menang tak kan pemain bola sepak berlaku kesilapan disengaja kecuali disuap kaki juta atau permaina pasukan itu dibeli.

Ini sekadar pendapat peribadi jangan pula simpan di hati. Lagi pun aku bukan jurulatih yang rapat dengan pemain.

iDAN

Rajagobal Salahkan Apek Punca Harimau Malaya (Malaysia) Kalah Kepada Singapura

Rajagobal telah menyalahkan Apek, penjaga gol sebagai punca bagi kekalahan pasukan Harimau Malaya menentang Singapura semalam dengan bolos 0 – 3.

#BERITA PENUH

KETUA jurulatih Datuk K. Rajagobal kecewa dengan persembahan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang menjadi punca kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Beliau berkata, kesilapan yang dilakukan oleh Khairul Fahmi yang dikenali dengan nama ‘Apek’ pada separuh masa pertama menyebabkan moral pemain pasukan kebangsaan terus merosot namun beliau memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua.

“Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain… sejujurnya saya tidak menyangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini (tadi).

“Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Tiga gol skuad Singapura dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta pemain naturalisasi dari Bosnia, Aleksandar Duric pada minit ke-75.

Mengulas lanjut, Rajagobal berkata, keputusan tersebut memberikan kesukaran kepada mereka untuk mencari mata bagi melepasi peringkat kumpulan.

“Kita harus menempuhi jalan sukar selepas ini dan suka atau tidak, kita perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan,” katanya.

Dalam pada itu, jurulatih Singapura Radojko Avramovic berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan berharap skuadnya dapat terus mengekalkan momentum dalam menentang Indonesia Rabu ini dan Laos pada 1 Disember ini.


“Ini adalah permulaan baik dan saya tabik anak buah saya atas usaha cemerlang mereka. Kadang-kadang kami bernasib baik untuk menghasilkan jaringan dan adakala sebaliknya,” katanya.

Mengulas pertemuan antara Laos dan Indonesia sebelum ini, Avramovic berkata beliau terkejut dengan prestasi Laos yang berjaya mengikat lawannya 2-2.

“Secara umum, Laos mengejutkan saya. Saya percaya mereka datang untuk memenangi semua perlawanan dan tenaga yang ditunjukkan oleh Laos pada perlawanan pembukaan adalah hebat,” katanya.

Malaysia, selaku juara bertahan akan menentang Laos Rabu ini sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan menentang Indonesia pada 1 Disember ini. – Bernama


Artikel Lama kecerederaan Apek

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dayne.ghazali@utusan.com.my

PETALING JAYA – Ketika dua tonggak utama serangan negara, Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahya kian menunjukkan perkembangan positif untuk diturunkan berdepan Taiwan, kem Harimau Malaya menerima berita yang mendukacitakan mengenai penjaga gol No.1 negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Kecederaan bahu yang dialami pada separuh masa kedua ketika berdepan Lebanon pada kelayakan Olimpik 2012, Khamis lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, masih belum pulih sepenuhnya dan dia mungkin terlepas peluang bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan

Pada sesi latihan semalam, Khairul Fahmi, yang lebih dikenali dengan panggilan Apek, hanya menjalani latihan ringan secara sendirian dan tidak mengikuti latihan penuh bersama rakan sepasukan sambil balutan ais melingkari bahunya.

Malah, Apek sendiri mengakui dia masih belum pasti akan diturunkan atau sebaliknya, tatkala jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan ahli fisioterapi pasukan masih menilai situasinya sebelum membuat keputusan muktamad.

‘‘Otot di bahagian bahu saya masih berasa tegang dan sakit selepas perlawanan dengan Lebanon tempoh hari.
‘‘Walaupun makin berkurangan kesakitan yang dialami tetapi saya belum dapat menjalani latihan penuh.
‘‘Jika tidak dapat beraksi nanti, secara peribadi saya akui memang sedih kerana pertemuan dengan Taiwan nanti merupakan perlawanan yang cukup penting,” katanya di Wisma FAM, semalam.

Pun begitu, dia tetap yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya, Sharbinee Allawee atau Nasril Nourdin untuk menggalas tempatnya mengawal gawang negara.

‘‘Mereka berdua pemain lebih berpengalaman daripada saya. Saya yakin mereka mampu beraksi baik dan tiada sebarang masalah untuk diturunkan,” katanya.

Dalam pada itu, Rajagobal berkata, peluang Apek untuk diturunkan pada perlawanan esok bergantung kepada laporan kecederaan yang akan dikemukakan oleh fisioterapi.

‘‘Kita masih ada sehari lagi untuk melihat keadaan Apek sebelum saya boleh membuat keputusan terakhir.
‘‘Begitu juga beberapa pemain lain seperti Norshahrul atau Abdul Hadi, kita masih ada masa melihat mereka benar-benar pulih,” jelasnya.

Sementara itu, Sharbinee yang dijangka menjadi pilihan utama menggantikan posisi Apek, berikrar memberikan komitmen 110 peratus jika jurulatih mengambil keputusan menurunkannya menentang Taiwan.
‘‘Mental saya sentiasa bersedia untuk bermain, malahan dalam soal keserasian dengan beberapa pemain baru, bukan satu masalah besar buat saya kerana sebenarnya telah lama bersama.

‘‘Saya berazam tidak akan melakukan sebarang kesilapan dan mempertahankan gawang negara daripada dibolosi oleh Taiwan,” jelasnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

cer sari Harimau Malaya di Goople & FB anda akan dapat baca catatan begini.
ramai peminat bola sepak negara kecewa dengan kenyataan K Rajagobal... antaranya berkata...

Amin Daud nk salahkn apek,..? meme bangang r sapow hk sloh kow apek..kalu ambik casillas skalipn, supo tulo jgk...tengah n pertahanan maen supo budak2...baek dk kg tanam padi jh....
Yusri Tumulak II RAJAGOPAL SALAHKAN APEK PENYEBAB KONSENTRASI PEMAIN LAIN TERGANGGU..

'Mahu banyak gol'


2012/12/08 - 07:55:02 AM Khairil S Iswan | mkhairil@bharian.com.my

Skuad bola sepak Thailand tiba di KLIA malam tadi, menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, malam esok. Skuad bola sepak Thailand tiba di KLIA malam tadi, menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, malam esok.

Dangda tekad robek gawang Harimau Malaya bantu Thailand pulang dengan modal selesa

Sepang: Penyerang berbisa Thailand, Teerasil Dangda yang sudah meledak tiga gol sepanjang kempen Piala Suzuki AFF, mempunyai misi besar pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Dangda, 24, dan rakan-rakannya yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, berkata Thailand mahukan kemenangan selesa untuk dijadikan bekalan sebelum pertemuan separuh akhir kedua di Bangkok, Khamis depan.

“Saya tidak berada di sini untuk kalah, jadi saya harap untuk mendapat keputusan yang bagus bagi dibawa ke Thailand,” katanya yang menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Thailand musim lalu dengan 24 gol.

Dangda mengakui tidak begitu mementingkan siapa yang menjaringkan gol asalkan pasukannya menang.

“Tidak kira siapa yang menjaringkan gol...yang penting pasukan kami menang.

“Bagi saya tidak tewas juga adalah keputusan yang baik. Begitu pun kami tidak boleh memandang remeh Malaysia kerana mereka adalah penyandang juara. Malaysia pasukan yang baik,” katanya.

Jurulatih Thailand, Winfried Schafer pula mengakui sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk ribuan penyokong yang bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Segala persiapan kami berjalan dengan baik malah tiada pemain yang mengalami kecederaan cuma selsema sebelum ini, namun nampak sudah pulih.

“Sebelum tiba di sini, kami sudah melakukan pelbagai persiapan termasuk melihat rakaman video perlawanan Malaysia menentang Singapura dan Indonesia. Pemain sudah tahu apa yang mereka perlu lakukan,” katanya.

Majlis Tahlil RK

Semalam aku cuba telefon Osman kut dia akan baik ke Perak malam ini. Terkilan tak dapat hadiri majlis tahlil buat rakanku yang pergi di rumah Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said rakanku yang pernah bersama di Asrama Putra Jalan Watson Ipoh.

2. Khudratku memang tak kuat memandu sehari suntuk. Masalah orang sakit kronik memang cepat mengantuk jika memandu sendirian. Tak ada orang berbual

3. Jika mahu menghadiri majlis ini sekitar jam 3:00 petang perlu bertolak dari Lembah Klang. Kg Nyior kat Kampa Perak itu pun aku selalu lalu tapi tak pernah singgah. Beginilah nilai persahabatan, aku tahu ada ramai rakanku yang hebat statusnya sekitar Lembah Klang ini. Mungkin ada yang pergi. Sudi apalah kiranya untuk bermurah hati menumpangkan aku. Tengah menuggu panggilan mereka sejak beberapa hari lalu. Nampaknya kini waktunya telah pun terlewat.

4. Masing-masing ada komitmen sendiri. Jadi jangan pertikaikan. Jika tak mampu berjalan jauh duduk diam-diam. Orang tua-tua kita berpesan jika kail panjang sejengkal jangan nak menduga lautan dalam.

5. Beruntunglah awak ada kudrat & bajet yang cukup untuk menghadiri majlis sejauh ini. Buat mereka yang tak ada kudrat & bajet; buatlah doa tahlil sendiri & doakanlah dari mana jua awak berada untuk rakan kita yang pergi. Insya-Allah Tuhan akan perkenankan doa & harapan kita.

07 Disember 2012

Monitor Meragam

Pc dugung gua tak boleh digunakan hari ini sebab monitornya dah tak nampak gambar lagi. Videonya dah tarak berfungsi. Hanya satu garis sahaja macam makam puaka.

Jika ada rakan kita simpan monitor yang lama agakagak menyemak dan nak jual murah sila kontak gua. Sekitar Kajang sajalah. Jauh-jauh cam mana nak ambil. Monitor pipis tu gua dah survey harga alahai masih mahal skitar RM200. Pesara seperti gua ni jika RM200 tu masih mahal eh. Puisi di Dewan Sastera pun masih tak lekat; kalau tak boleh tampung sikit duit beli monitor pipis tu.

Atau jika ada sekitar rumah rakan FB yang ada kedai komputer jual murah monitor lama kasi tahu gua. Mungkin gua boleh korek bajet elaun bulan 12 ni.

Wanita Tertinggi di Dunia Meninggal Dunia

Wanita tertinggi di dunia telah meninggal dunia, menurut laporan. Yao Defen, yang diukur 7ft 8in (2.36m), yang meninggal dunia bulan lepas berumur hanya 40 tahun. Pada kemuncaknya beliau, dia juga ditimbang lebih dari (200kg) dan mempunyai saiz 26 kaki.

Beliau dilaporkan meninggal dunia pada pagi November 13 di kampung halaman beliau di Zhucheng, timur China. Dilahirkan pada tahun 1972, Yao mengidap gigantism disebabkan oleh tumor pada kelenjar pituitari.

Walaupun bermain untuk pasukan bola keranjang sekolahnya, dia pengsan di mahkamah dan terpaksa menjalani pemeriksaan perubatan. Doktor kemudian menemui tumor, yang telah melepaskan hormon pertumbuhan terlalu banyak dan menyebabkan pertumbuhan berlebihan dalam tulang beliau.





Telur masih BAIK


Dengan kaedah memasukkan telur ke dalam bekas berisi air, kita boleh mengetahui kesegaran telur tersebut:

1. Sangat Segar- Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.

2. Berusia Seminggu-Telur yang dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit

3. Berusia 3 minggu- Telur yang berusia 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.

4. Telur Busuk- Telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air. Awas jangan makan.

Pelajar Malaysia meninggal dunia selepas berjoging di London




Mohd Fazli Fadzillah



Mohd Fazli ketika memberi ucapan di London bulan lalu


LONDON: Seorang pelajar Felda dari Universiti Lim Kok Wing, Mohd Fazli Fadzillah, 24 yang meninggal dunia selepas berjoging pada Rabu lalu telah memberikan satu ucapan penuh emosi dalam satu majlis pada bulan lalu.

Dalam ucapannya allahyarham mengucapkan terima kasih kepada Felda kerana mengabulkan impiannya untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Allahyarham menyampaikan ucapannya di hadapan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan serta  Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad di kampus universiti berkenaan di London.

Dalam ucapannya, allahyarham berkata, “Masih segar lagi dalam ingatan saya hari bersejarah di mana saya telah dipilih antara 100 orang pelajar untuk melanjutkan pelajaran satu semester di luar negara. Sukar saya hendak mempercayainya. Sejak di sekolah menengah, saya mempunyai impian untuk menjejakkan kaki di negara ini, berjalan di kalangan warganya dan menghirup udara negara ini. Ia adalah satu impian yang menjadi kenyataan. Terima kasih Felda,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh dari pelajar-pelajar lain yang datang bersama-sama dengannya untuk melanjutkan pelajaran di tahun akhir di kampus Univerisiti Lim Kok Wing di London.

Semasa ucapannya, allahyarham mengimbau kembali pada hari pertama dia tiba di London, "Malam itu sejuk, saya teringatkan cuaca panas di Malaysia, saya rindukan kampung halaman, saya rindukan ayah, saya rindukan ibu, saya rindukan rakan-rakan, asam pedas ikan pari dan keropok lekor. Tetapi ini bukan satu percutian atau berbulan madu bagi kami. Kami mempunyai satu misi, kami perlu mengharungi banyak rintangan dan bersama kami perlu berubah untuk Felda dan negara kami Malaysia."

Ucapan bersemangat dan penuh emosi itu merupakan ucapan terakhir bagi pelajar Creative Imaging dan Digital Photography dari Felda Papan Timur, Johor, yang rebah dan meninggal dunia pagi semalam ketika menghadiri program empat hari Kepimpinan Belia Felda di Chingford.

Pengarah Pendidikan Malaysia di England dan Ireland, Dr Mohd Anizu Mohd Nor yang menghadiri program berkenaan yang bermula pada Selasa lalu berkata, allahyarham Fazli telah pergi berjoging pada paginya dan kembali semula pada pukul 8 pagi sebelum rebah di dewan makan. Bagaimanapun, allahyarham pulih dan mengambil secawan kopi lalu keluar semula sebelum rebah untuk kali kedua.

"Anggota paramedik dan seorang doktor yang tiba kemudian cuba memberikan bantuan perubatan namun allahyarham disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi," katanya.

Mayat mangsa telah dibawa ke pejabat koroner Essex dan Pengarah Pengembumian dari London Timur telah dihubungi bagi urusan membawa jenazah ke sebuah hospital. Mayat mangsa dijangka akan dibedah siasat sebelum dibawa pulang.

Dr Anizu juga berkata urusan untuk membawa dua orang ahli keluarga allahyarham telah dibuat dan salah seorang darinya adalah bapa allahyarham yang akan diterbangkan ke London.

Kejadian itu telah mengejutkan pelajar-pelajar lain yang berada di Pusat Aktiviti Gilwell, Chingford  dan ada di antara mereka yang menangis apabila mendengar berita tersebut.

Program tersebut kemudian diteruskan dengan bacaan doa untuk allahyarham Mohd Fazli.

Sumber NST 6 Dis 2012

06 Disember 2012

MMms 30: Sakit Kronik.




Terima kasih rakan nan mendoakan kesihatan sy... Insya-Allah sy begitu yakin dengan doa; sebab ada satu ketika memang tersa diri putus harapan; apatah lagi ketika dinihari sesak nafas. Nak tarik nafas pun sakit nak lepas nafas pun sakit; terpaksa bernafas antara kesakitan bilamana ada injap kecil jantung tersumbat. Ketika itu doktor mengatakan cuma gangguan angin atau gastrik; sedangkan kita telah
berpeluh sejuk.

2. Terkadang doktor pakar jantung ni pun satu hal suka beranggapan tanpa bukti sedangkan dia tak periksa SEJARAH sakit sy. Yang sy ketika itu sedang makan 7 (TUJUH) jenis ubat ujian terapi darah telah jelas membuktikan kolestrol, gula, buah pinggang telah semakin nazak... Syukur sy tak hanya bergantung dengan ubatan doktor sy ambil beberapa jenis herba cina pun ubat kampung... Natijahnya sy dapat pintas kesakitan itu dengan RAHMAT Ilahi.

3. Doktor tak boleh menambah umur kita; itu adalah ketentuan Allah SWT; ini yang berlaku kepada arwah rakan baikku Ana & Ulan. Sakit Ana sentiasa dalam perhatian doktor sakit Ulan lain yang sakit yang menyerang mendadak; Itu yang dikatakan ajal maut di tangan Tuhan. Kita yang sentiasa perlu merapatkan diri dengan Tuhan agar kita sedar & akur. Agar kita bersedia untuk berangkat ke dunia sana.

4. Cer kita perhatikan, ada orang akan nampak uzur & amat kontras dengan kesakitan. Hatta kita lihat dari wajah & perwatakannya tidak normal pun tidak ceria. Stres & terus putus asa. Ada orang menerimanya dengan tenang reda serta tabah. Kita tak nampak pun dia sakit. Hakikatnya kesakitan itu bersarang dalam dada. Paling ketara ketika subuh atau mahu bangun tidur; di saat itu khudrat tubuh pesakit ini akan teruji. Bagi pesakit kronik pasti mengakui masalah ini. Kontras, risau atau stres itu yang sering membawa MAUT. Namun bukan mustahil mereka yang tabah & hebat menahan sakit tak dijangka boleh pergi secara mengejut. Cumanya pesakit kronik begini tak mahu menyusahkan kita. Itu saja.
Respon menarik dari MukaBuku:

  • Rosliza Amira 100% setuju dengan statement tu...itu juga lah yang sering saya fikir dan bicarakan pada rakan-rakan...apatah lagi adik ku kini terlantar di hospital..baru di kesan kanser peti suara tahap 4 setelah 2 bulan terlantar dek sintom sakit yang lain-tapi lain yang datang..makin lama makin banyak sakitnya yang timbul..jantung,buah pinggang dan sesak nafas..pun begitu ikhtiar kami tidak sampai di sini,ubatan cina dan homoepaty diteruskan..berpantang ajal sebelum maut..biarpun hanya terlantar tanpa boleh bersuara dan tidak lepas dari bantuan oksigen..Namun,kami dikejutkan dengan berita yang tidak diduga,makcik yang sihat walafiat..meninggalkan kami tanpa sebarang syarat dan sakit..Akur dengan kuasa yang Maha Esa..tiap kejadian ada hikmahnya..ada alamat yang perlu diikhtibarkan buat kita semua..Ajal datang tidak mengenal usia dan masa..tanpa kira yang terlantar atau yang sihat..perlu sentiasa bersedia dan redho dengan KehendakNya..kita sebagai hamba,jangan lupa padaNya..dekatkan diri menghimpun amalan agar bekalan cukup apabila saat kita dipanggil PULANG ke pangkuanNya..

  • Penyair Idanradzi Semua kita akan menghadapi ajal & maut; cuma tak pasti awal atau masih lewat; agar adiknya sentiasa tabah. Kita semua akan kembali berkumpul di sana insya-Allah. Asal jangan murtad & berulang kali lakukan dosa besar. Syirik kepada Allah.

    Tak salah kita ingin mengejar dunia, mahu tersohor, mahu menjadi artis popular, mahu jadi jutawan, mahu kuasa yang gah. Tak siapa nak halang. Memang ada kalangan rakan di FB ni tak suka baca bab kematian; catatan tentang takut akan kematian. Cumanya fikirkanlah dunia akhirat itu kekal selamanya. Kita risau kita tak hensem/cantik; org sering kata kecantikan itu tak kekal. Hakikatnya kita akan tua juga. Boroi tak hensem lagi. Tak boroi pun mana mungkin kulit tak berkedut. Lizamnya kita takut cepat tua tak cantik tapi tak takut buat dosa, langgar perintah Allah SWT; sombong, dendam, riak & pelbagai lagi penyakit hati. Kenapa kita TIDAK bersangka baik sayang menyayangi & menghormati orang tua.

  • Penyair Idanradzi Sedangkan akhirat itu kekal selamanya usia kita tak kenal lama; semua rahmat itu berpandu amalan kita di dunia. Kenapa tidak kita perlu lebihkan bekalan di sana nanti. Kenapa nak ego/megah/bangga bila kita diuji dengan kemewahan/harta/kuasa/keagongan.

    Sy tak pernah nak menagih simpati tetapi amat terkilan bilamana ada waris/rakan/orang tersayang tak pernah sedar yang orang sakit kronik ni ibarat meniti titian ajal yang semakin RAPUH. Memang itu hakikatnya. Hei doktor di Klinik Kardio... Kenapa nak paksa orang TUA ini berlari jika memang LUTUTnya dah lemah. Hei orang kelilingku... Kenapa nak dihalang segala nafsu makan ini... SUDAH memang peluang untuk makan amat tinggal sedikit. Berpantang memang digalakkan tapi bukan dihalang merasai. Hei editor sombong... Kenapa mesti disekat daya kreatif ini sementelah memang peluang berkarya ini telah di penghujungnya. Kenapa tak dilepaskan aku bebas sementara denyut saat yang semakin mahu berhenti ini?.

  • Penyair Idanradzi ish monitor PC aku ini pun semakin kronik/nazak.... dah nak hilang cahaya/nyawanya. (emm makan ubat doktor ini tambah berpusing semua siling & langit; apasal eh)