14.3.2006
"Kami tak dapat nak tolong apa abg. Dalam pewaris arwah memang dia taruh nama isterinya. Jadi emaknya cuma dapat dalam 10% mungkin tak sampai kut... saya tak pasti.! Anak-anaknya pun masih belum cukup umur untuk memegang amanah harta."
Itu yang diadukan kepada aku bilamana aku jumpa pemandu van jenazah bercelak mata kepada aku bila aku tertembung dengan dia di kantin UPM. Pemandu tersebut memang kerja di Bendahari. Wang pampasan, rumah dan pencen semua dapat di pihak isteri. Memang dengar ceritanya arwah telah ambil borang pewaris tapi mungkin tak sempat nak tulis. Itu persoalannya, ngapa pulak ambil borang itu. Arwah merancang ke untuk meninggalkan keluarganya. Atau lantaran isterinya nuntut cerai, dia tidak lagi percaya dengan isterinya.
Emm! kalau arwah memang merancang, maka memang sesatlah pemergiannya Nauzubillah!, aku berharap sangat ada hasutan atau kerasukan yang membuatkan arwah memang hilang daya fikir & tak siuman semasa kejadian. Sesiapa yang pernah berpengalaman kerasukan memang mesti mengakui; nak bilang satu hingga sepuluhpun tak boleh. Aku berani cakap sebab ramai orang tahu. " iDAN gila dua minggu " Emm sejarah lama dua minggu lari kerja, hilang pertimbangan, kerasukannya selama tiga hari saja. Bebila aku teringin juga nak tulis perkara itu!. Lupakan.
Aku terfikir jika segalanya isterinya yang mendapat. Kemana semua harta itu:
Bayangkan baru saja selesai urusan harta peninggalan arwah. Isterinya sudah berkira-kira nak jual rumah arwah. Ulan brokernya. Ulan ada berpesan kepada aku, jika ada sesiapa nak beli rumah arwah di Jenaris isterinya nak jual dengan harga RM180,000. Aku cakap kepada Ulan...
"Ulan kasi tahu pada Ani tu, rumah itu adalah kenangan arwah untuk anak-anaknya. Pesan kat Atan anaknya jangan jual rumah itu. Rumah itu dah selesai sebab ansuran dah tanggung semua. Duit kat tangan jika tak pandai uruskan pasti kejap saja langsainya."
Aku terusan bersungut.
Memang rumah itu aku yang rekemen untuk arwah beli, aku yang berulang alik ke Jalan Duta uruskan pinjaman kerajaan untuk arwah. Malahan taukei rumah yang memang rapat dengan aku kasi aku 1% dari harga rumah itu. Yang anehnya masa arwah menguruskan KWSP ada jurukamera ambil gambar dia & Atan. Wah tiap kali keluar kat TV pasal KWSP terpampang wajah arwah & Atan. Dengkinya aku. Sekarang dah lama tak keluar wajah mereka.
Aku bukan broker rumah tapi entah kenapa Mr Chew itu memang sebut saja nama aku pasti akan hulur duit. Terbaru Eris beli rumah dengan Mr Chew juga bila Hari Raya China baru-bar ini taukei itu kasi aku RM1,000. Aku tak pernah pun minta duit dari Mr Chew, mungkin itu yang dikatakan rezeki turun dari langit.
Status rumah arwah memang pegangan bebas jadi menjelang tak sampai 15 tahun harganya jadi berganda. Itu bagusnya beli rumah status pegangan bebas. Kalau pajakan 99 tahun tak mungkin setinggi itu nilainya. Memang sayang rumah jika dijual. Nak beli baru tentunya mahal dan kalau nak murah akan jauh terpencil dari pusat bandar.
Dengar khabar terbaru Atan rakan aku kata rumahnya asyik bertukar penyewa. Tak tahu kenapa, aku risau orang tak senang duduk kut. Mesti arwah mahu anak-anaknya berlindung di rumahnya. Arwah tak mahu rumah itu disewakan. Along@Atan anak sulungnya (Kawan aku yang tinggal satu blok dengan arwah jua nama Atan, anak arwah yang sulung juga panggilannya Atan) memang dengar khabar habis SPM nanti nak duduk di rumah tersebut. Baguslah kalau Atan nak jaga rumah tu.
"iDAN kau tahu iDAN bebaru ini Ani ada datang rumah aku, dia bawa anak kecil!"
"Kau tak tanya ke anak siapa itu Ulan"
"Aku tanya dia... tapi tak mahu jawabpun, buat tak dengar saja."
"Abis tu dia masih dengan lelaki itu tak?, masih di Perlabuhan Klang ke?"
"Lelaki itu masih bersama dia, dengar khabarnya mereka dah pindah ke Teluk Intan."
Aku terbayang, tentunya duit pampasan itu digunakan untuk menampung beli rumah di sana, harap-harap begitulah, setidak-tidaknya tidak habis begitu saja. Jika dihitung pasti duit pampasan arwah melebihi RM50,000. KWSP rasanya arwah dah guna kebanyakkan untuk menambah binaan rumah. Tapi sian Arwah Nasha duit pencariannya, pencennya digunakan oleh isterinya untuk sesama dengan lelaki yang amat dibenci oleh arwah; mendirikan rumahtangga; Siap dapat anak lagi, belumpun hilang rona kuning tanah kubur arwah. Mereka telah amat gumbira. Bercekerama. Sesekali singgah di Jenaris kononnya pakai kereta mewah lagi.
Aku teringat yang Ani nak cuma satu barangan peninggalan arwah di makmal tempuh hari, Pemotong Besi. Emmm mesti nak kasi lelaki itu. Atau mungkin keluarga sebelah dia yang mahu. Mungkin. Memang aku amat tertanya-tanya. Kapcai arwah Yamaha Sport yang tersadai di makmal; Ulan pakai sebab Ani tak mahu, sekarang ini Ani dah pinta semula suruh hantarkan ke Teluk Intan.
Jika dah kawin dengan orang kaya kenapa pulak nak kapcai tersebut. Penat aku memikirkan, Ulan pun dah pening kepala sebab dia dah baiki pun dah dekat RM500. Tiba-tiba tuan empunya nuntut kembali. Cukai jalan semuanya tak ada lagi. Bila dah lebih setahun tanpa cukai jalan tentunya proses menghidupkan semula ansuran akan tambah rumit.
Kata Ulan isteri tua lelaki tersebut memang kalangan orang berada. Jadi tak hairanlah boleh berkereta mewah. Jika orang berada kenapa tak cari kalangan keluarga berada juga calon isteri keduanya. Kenapa ganggu rumahtangga sahabatku Arwah Nasha. Kenapa pula tak mahu tinggal di Jenaris? Kenapa tidak lagi menyewa di Perlabuhan Klang? Apakah madu Ani tak sehaluan dengan dia? Bila mereka bernikah? Semua jadi teka-teki. "Kenapa nak jaga tepi kain orang ko ni iDAN" desah seseorang.
Harap-harap mereka telah seawalnya bernikah dan tidak terjadi perkara terkutuk bab "Bangkai" merayap yang aku bebelkan. Harap-harap memang lelaki itu bertanggungjawab lebih baik dari Arwah Nasha mendidik anak-anak mereka. Harap-harap begitu, sebab mereka telah kenal sebelum peristiwa arwah mengantung diri lagi.
- bersambung
Posted on 14.3.2006 at 3:02 AM
Klik Suram xvii