Hari ini filem PARDES di ZEE ditayangkan lagi, filem hindustan yang aku letakkan antara terbaik moral ceriteranya. Aku pernah menulis begini..!
" Aku lebih memilih filem Pardes sebab ada moral yang tinggi terselit dalam skrip Pardes itu. Pertama kali tenguk Pardes memang aku menangis sungguh-sungguh, banyak babak dalam Pardes yang menyentuh hati. Moral atau kesucian seorang gadis amat disanjung tinggi dalam filem Pardes ini. Biar pun filem ini bergerak perlahan tetapi penuh dengan sentuhan seni yang tinggi. "
Sebaiknya anak remaja dapat mengambil suri teladan dari filem ini. Di mana kesucian seseorang gadis itu amat dititikberatkan ketika remaja. Semestinya dipelihara sehingga diijabkabulkan. Bayangkan Gangga sanggup lari di bumi asing dari terjebak dalam noda dengan tunangannya. Biar pun mereka akan dikahwinkan sekitar beberapa minggu sahaja lagi.
Penulis kita atau Indon sana asyik menulis tentang noda. Jika kita perhatikan banyak drama TV kita & dari seberang sana terlampau mengagongkan cinta yang penuh noda. Kemudian watak jahat yang lepas bebas. Buat geram hati sahaja. Patutnya watak jahat kena dibalun cukup-cukup. Malahan anak luar nikah amat disanjung serta dinobatkan sebagai isu penting drama mereka.
Kalau drama atau filem Korea atau Pilipina pula bercium atau berkucupan menjadi perkara biasa. Jatuhnya filem hindustan sebab ada babak panas begini, sebaiknya janganlah ujudkan adengan berkucupan ini, apatah lagi jika di saat babak bercinta, belum pun menjadi suami isteri. Benda maksiat begini tak belajar pun pandai sendiri. Moral ini yang kena dijaga. Pardes menjaga baik babak panas & terlampau ini. Maka itu saya suka Pardes, lagunya pun masih tak jemu didengar. Langkah ZEE sering menayangkan filem ini amatlah dipuji. Agar ianya dapat mendidik masyarakat kita ke arah bermoral. Bayangkan keluarga India yang tidak seagama kita pun menjaga maruah diri & kesucian seorang gadis.