Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

24 April 2014

BICARA PESARA

Usia tak pernah dapat kita mudakan biarpun seketika
sedetik berlalu akan menandakan diri makin tua
akan kembali ke bumi sendirian mengadap Ilahi
makin berusia makin dekat diri yang asalnya tanah pusara
akan kembali bersemadi ke janin tanah tanpa kompromi.


Aku adalah antara kalangan rakan awak yang makin tua
ada ketika aku rasa malu nak kenalkan diri ini
lantaran aku tak lagi macho jauh sekali segak shat
rambut dah beruban mata semakin kabur
nak tersenyum puas pun aku makin diganggu rongak
nak cabut gigi takut alahan ubatan sebab ada diabetes
hatta aku kini makin banyak menjadi petapa sepi
duduk diam-diam di teratak Jenaris ini meladeni diri.

Ada siapa nak jadikan aku rakan berbual atau jalan-jalan
ada siapa nak bertukar pengalaman hidup separuh abad
ada siapa nak sama-sama kembangkan minatku berceritera
bergurindam atau menulis puisi yang tak pernah berhenti
ada siapa nak ajak aku ke mana-mana bersantai damai.

Bila usia kian ke hujungnya mana mungkin nak fikirkan
nak mengumpul harta atau menjadi seorang kaya
kehidupan telah pun diaturkan agar syukur seadanya
cuma tolonglah jangan rampas hak mutlak aku ada
sementelah di ambang warga emas ini biarlah aku sempat
berehat & meniti hari tua dengan hidup yang sempurna.

iDANRADZi
Kota Bharu Perak

-Abad atau kurun (century dalam Bahasa Inggeris), merujuk kepada tempoh masa seratus tahun. Satu abad bersamaan dengan sepuluh dekad. Manakala 10 abad bersamaan satu alaf.

17 April 2014

NOTA dari Jenaris: AIR


Sekitar jam 10:00 pagi baru air menitik dari paip. Saban hari hujan lebat turun. Tetapi buka paip selang dua hari hanya bunyi dengung angin. Natijah tinggal di pinggir bandar. Air mencurah di atap rumah bukan di paip air. Desa Sri Jenaris tak terkecuali kena catuan air sepanjang bulan ini.

2. Nak salahkan siapa? Apakah mangsa pembangunan atau ada VVIP yang berebut laba. Air satu rahmat Tuhan menjadi rebutan.. Bumi Malaysia tak pernah kering air. Susut itu biasa. Biarpun ada nama tempat Gurun tetapi tiada gurun di bumi tercinta.

3. Nanti akan pasti takrif harga air akan naik bilamana parti yang membela rakyat terpaksa tunduk dengan ancaman VVIP yang dahagakan laba & kekayaan. Rakyat terpaksa cari duit siang & malam; warga emas yang perlu hidup tak mampu lagi bersuara. Hanya keperluan asas kian mendadak naik. Suara warga emas & pesara telah tenggelam dek angkuhnya para pemimpin. Malahan ramai kalangan warga emas & pesara nak mohon BR1M pun ada banyak amat halangannya. Janji ditepati tidak semuanya benar. Sering aku dengari keluhan mereka yang pohon bantuan; agihan bantuan tersekat dek fahaman politik yang berbeda. Tiada kebal akan terputuslah bantuan. Hidup terpaksa bergantung dengan kudrat diri. Jangan harap bertongkat lagi.

4. Hari ini & esok aku boleh mandi puas-puas... lusa akan tiada air lagi. Petanda pengurusan air negara ada tak kena di mana-mana. Belum pun kemarau tetapi di pinggir kota batu ini telah kemarau. Nak korek telaga di rumah teres atau flat ini memang tak ada lojiknya. Maka hati asyik teringat kampung halamanku yang permai. KCT yang kian diceroboh Datuk dari kota yang gelandangan amat perlukan perhatian.