iDAN

19 Jun 2009

H1N1: Jumlah mangsa terus meningkat di Amerika Latin (Ceritera)

SANTIAGO: Negara di Amerika Latin terus diancam wabak Influenza A (H1N1) apabila angka mereka yang dijangkiti terus meningkat sejak sebulan virus itu menyerang benua berkenaan.

Di Chile, pihak berkuasa melaporkan mangsa yang disahkan dijangkiti virus itu meningkat kepada 4,315 orang.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, hanya 3.7 peratus mereka yang dijangkiti virus itu dirawat di hospital dengan empat kematian setakat ini.

Di Peru pula, pihak berkuasa mengesahkan 21 kes terbaru dicatatkan semalam, menjadikan semua 185.

Di Brazil, kerajaan melaporkan setakat ini, 131 kes dilaporkan, meningkat dua kali ganda berbanding minggu lalu.

Nicaragua juga mencatatkan peningkatan ketara apabila 59 daripada 170 mangsa yang dijangkiti masih menerima rawatan di hospital.

Kerajaan negera itu mengambil langkah pencegahan untuk menyuntik vaksin antivirus membabitkan 13,000 guru, selepas tentera, polis dan pekerja kesihatan sudah menjalani suntikan itu. - AFP

Radhi kena waran tangkap lagi (Hiburan)

PETALING JAYA: Biarpun sudah ditegur Hakim Mahkamah Syariah sebelum ini, vokalis kumpulan OAG, Radhi sekali lagi gagal hadir bagi prosiding kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh isterinya.

Semalam ditetapkan untuk sebutan semula bagi membolehkan Radhi atau Mohd Radhi Razali, 32, memfailkan pembelaan terhadap permohonan isterinya, Shazlin Sharif, 30.

Sebelum ini, mahkamah sama sudah memberi amaran dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Radhi bagaimanapun ditarik semula selepas penyanyi itu hadir pada sebutan lalu.

Pada sebutan 2 Jun lalu, Hakim Syarie Ghazali Ahmad menangguhkan kes itu selepas Radhi tidak bersetuju dengan permohonan Shazlin dan mahkamah memerintahkan dia memfailkan penyata pembelaan.

Dalam prosiding semalam, Hakim Syarie Ghazali membenarkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi selepas peguam syarie Noorafizah Abdul Azis yang mewakili Shazlin membuat permohonan itu.

Mahkamah menetapkan 7 Julai ini untuk perbicaraan.

Sementara itu, Shazlin ketika ditemui di luar mahkamah, berkata dia ada menghubungi Radhi sebelum jam 9 pagi dan dimaklumkan oleh suaminya bahawa dia lambat kerana tidak mempunyai kenderaan.

Sebelum kes bermula, Shazlin sekali lagi menghubungi Radhi tetapi gagal bagaimanapun dia mengakui ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung tarikh sebutan baru bagi kes itu.

Shazlin memfailkan pengesahan lafaz cerai Radhi di rumah mereka pada 15 September tahun lalu dan kali kedua pada 25 Februari lalu dengan lafaz `Aku ceraikan kau (Shazlin) dengan talak tiga terus’ melalui telefon.

Harian Metro

(Gambar) Anak kedua AC Mizal dan Emylia Rosnaida

Sejak AC Mizal berkahwin dengan Emylia Rosnaida, mereka telahpun dikurniakan dua cahaya mata yang sangat comel. Nama mereka MUHAMMAD REEVE DAMIEN & FEA ERYSSA. Fea ni anak kedua mereka yang dilihat betul-betul memberi rezeki pada keluar mereka terutama si AC Mizal la siapa lagi.
Jom hemo hemo layan gambar comel anak mereka ni..



Uih!! Tilam LV okey!! Louis Vuitton!!

Err.. ape cer ye kisah tuntutan nafkah antara Shafnie dan AC Mizal ni? Senyap je.. anyone?
Sebut pasal Louis Vuitton, teringat pulak Linda Onn baru-baru ni bercuti ke Paris. Tak ajak pon kan Kak Linda? Hehehe..

Oleh pada Jun 19, 2009