iDAN

Memaparkan catatan dengan label ICT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ICT. Papar semua catatan

18 Januari 2013

Pelan Prabayar 3




Biar bagaimana canggih mana pun server atau pembangunan ICT direkabentuk pasti si Penggodam akan mencari jalan menunjukkan kehebatan untuk melumpuhkan sistem maklumat yang ada.


Samalah mengikut rakanku yang berada di kumpulan jurutera yang memantau server telekomunikasi terkini mereka sering melihat kerja Penggodam memasuki server mereka & cuba melumpuhkan kelancaran server.


Dulu Telekom Malaysia adalah badan kerajaan sekarang telah diswastakan. Sebaiknya kerajaan tidak melepaskan terus syarikat swasta ini tanpa ada keahlian yang pakar memantau perniagaan mereka. Sebab ICT adalah keperluan asas bagi individu & perjalanan sektor swasta serta kerajaan.


Jangan TIRU macam Tenaga Nasional tak pernah untung tetapi rakyat nampaknya setiap bulan membayar bil yang tinggi. Ke mana perginya duit sewa yang BESAR jumlahnya ini. Jika syarikat swasta yang visi utamanya membekal memudahan asas bagi orang awam itu BANKRAP (awam itu termasuk individu) biasanya kerajaan terpaksa mengambil alih. Ini memang berlaku di seluruh dunia tak kira negara membangun atau negara maju.


Hatta kementerian yang terlibat dengan perjalanan perniagaan berkait dengan ICT, telefon, & telekomunikasi semua ini perlulah sentiasa peka akan keseimbangan sewa yang terpaksa ditanggung oleh semua warga di negara ini. Kerajaan perlu tahu secara TEPAT skala atau statistik keuntungan atau kerugian syarikat ini.


JPM: Jangan mudah lepas tangan dengan berdalih ini bukan tanggungjawab kami. Kebajikan seluruh rakyat adalah tanggungjawab bersama sebab semua cukai dibayar oleh setiap orang; kutipan cukai semuanya berlonggok di tangan kerajaan. Keuntungan syarikat terkadang milik oleh luar; kerajaan mendapat seciput cukai tauke syarikat bila dah kaya nampaknya bukan melabur di negara sendiri tetapi lari ke negara luar demi menjimatkan kos pengurusan. Air Asia sebagai contoh.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Telekom_Malaysia
Pelan Prabayar 3

Biar bagaimana canggih mana pun server atau pembangunan ICT direkabentuk pasti si Penggodam akan mencari jalan menunjukkan kehebatan untuk melumpuhkan sistem maklumat yang ada.

Samalah mengikut rakanku yang berada di kumpulan jurutera yang memantau server telekomunikasi terkini mereka sering melihat kerja Penggodam memasuki server mereka & cuba melumpuhkan kelancaran server.

Dulu Telekom Malaysia adalah badan kerajaan sekarang telah diswastakan. Sebaiknya kerajaan tidak melepaskan terus syarikat swasta ini tanpa ada keahlian yang pakar memantau perniagaan mereka. Sebab ICT adalah keperluan asas bagi individu & perjalanan sektor swasta serta kerajaan.

Jangan TIRU macam Tenaga Nasional tak pernah untung tetapi rakyat nampaknya setiap bulan membayar bil yang tinggi. Ke mana perginya duit sewa yang BESAR jumlahnya ini. Jika syarikat swasta yang visi utamanya membekal memudahan asas bagi orang awam itu  BANKRAP (awam itu termasuk individu) biasanya kerajaan terpaksa mengambil alih. Ini memang berlaku di seluruh dunia tak kira negara membangun atau negara maju.

Hatta kementerian yang terlibat dengan perjalanan perniagaan berkait dengan ICT, telefon, & telekomunikasi semua ini perlulah sentiasa peka akan keseimbangan sewa yang terpaksa ditanggung oleh semua warga di negara ini. Kerajaan perlu tahu secara TEPAT skala atau statistik keuntungan atau kerugian syarikat ini.

JPM: Jangan mudah lepas tangan dengan berdalih ini bukan tanggungjawab kami. Kebajikan seluruh rakyat adalah tanggungjawab bersama sebab semua cukai dibayar oleh setiap orang; kutipan cukai semuanya berlonggok di tangan kerajaan. Keuntungan syarikat terkadang milik oleh luar; kerajaan mendapat seciput cukai tauke syarikat bila dah kaya nampaknya bukan melabur di negara sendiri tetapi lari ke negara luar demi menjimatkan kos pengurusan. Air Asia sebagai contoh.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Telekom_Malaysia


  • Anda dan Teratai Abadi menyukai ini.
  • Idan Radzi Banyak syarikat gergasi di negara kita sebenarnya tidak jujur dalam menyatakan Laporan Tahunan mereka. Kata rugi sebenarnya mereka golongan ELIT yang senggara segala syarikat dah untung besar. Ini demi melarikan cukai atau korapsi yang tidak terkawal. ...Lihat Lebih Banyak
  • Idan Radzi Ini pendapat peribadi gua seorang penyair picisan tiada kena mengena dengan parti politik BN atau PR. Mida gua yang memikirkan begitu.
  • Idan Radzi SIME Darby sebagai contoh cer semak bonus tahunan mereka betapa golongan ELIT mereka mendapat laba yang berganda ada yang mendapat 15 bulan bonus staf sokongan biasa-biasa saja.Bila laporan tahunan asyik RUGI duit dilaburkan ke pembangunan yang jumud dan bertentangan dengan visi atau impian rakyat jelata. Ini aku rasa perlu dipantau.

26 Jun 2011

Berkhemah


Terkadang kita terfikir untuk berkhemah tetapi sebelum berkhemah fikirkan dulu apakah sesuai tempatnya. Bukan satu yang mudah jika tanpa perancangan awal & cukup keperluannya. Aku pernah juga pergi berkhemah secara berkawan; tak ramai. Berdua sahaja. Musibahnya dimasuki pencuri & pakaian ada yang hilang, nasiblah aku tak bawa barangan berharga. Maka adalah lebih baik berkhemah dengan kumpulan yang ramai; paling tidak berempat atau lebih agar ada yang bergilir untuk tidur & bergilir menjaga keselamatan khemah serta barangan.

Ini ada beberapa tips yang boleh kita perhatikan; mungkin ianya berguna atau ada lagi yang boleh kita kongsi bersama.

SEBELUM

i- Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak berwajib, dan sebagainya.

ii- Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan.

iii- Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah.

iv- Menghantar surat makluman kepada pihak polis mengenai perkhemahan tersebut.

v- Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya.

vi- Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, belerang, lampu sebelah malam, lumpu suluh dan lain-lain.

vii- Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan

SEMASA

i- Elak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan dahannya akan patah dan menimpa khemah.

ii- Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah rata, kawasan yang tinggi, bersih, dan tidak batu-batan, lubang-lubang, tunggul kayu dan sebagainya.

iii-Periksa terlebih dahulu kawasan yang dipilih supaya tidak terdapat sarang semut atau lain-lain serangga yang merbahaya.

iv- Jangan dirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renek atau rumput panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang berbisa seperti ular.

v- Jika dua buah khemah atau lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-eloknya seluas dua orang berjalan berasingan.

vi- Tentukan arah cahaya matahari. Jika mendirikan yang tiada mempunyai pintu, elakkan cahaya matahari menyinari terus ke dalam khemah, pasanglah khemah melawan arah cahaya matahari.

vii- Tentukan arah tiupan angin. Apabila berkhemah di musim kemarau, tentukan angin dapat bertiup masuk ke dalam khemah. Ini kerana pada siang hari keadaan di dalam khemah sangat panas.

viii- Tentukan permukaan tanah yang hampir rata. Permukaan tanah yang tinggi rendah boleh menyebabkan kestabilan edaran darah tidak teratur. Apabila mendirikan di kawasan ini, aras kepala lebih tinggi daripada kaki semasa tidur supaya dapat menstabilkan peredaran darah.

ix- Pilihlah kawasan teduh dan selesa, terutama semasa berehat di siang hari. Ini kerana keselesaan amat diperlukan sama ada waktu malam, pagi, atau petang.

x. Sebaiknya ada punca yang terdekat agar mudah untuk keperluan.

SELEPAS

i- Menurunkan dan melipat khemah dan membersihkan tapak perkhemahan seperti keadaan sebelum datang berkhemah.

ii- Menimbus semua lubang yang digali, mematikan api supaya tidak meninggalkan kesan berkhemah.

iii- Tidak meninggalkan sampah di kawasan tapak perkhemahan.

Garam (garam kasar) atau sulfur amat ditakuti oleh segala binatang berbisa yang menjadi penawar atau teman kepada orang orang yang ingin memasuki hutan rimba( bagi org yg hobi memasuki hutan).

05.42 - Bagaimana E-mel Berfungsi 3


Mel elektronik yang dipulangkan

Komputer yang menghantar e-mel akan memberitahu pengguna jika ia menghadapi kesukaran untuk menghantar e-mel supaya pengguna dapat membuat tindakan yang sewajarnya seperti menggunakan cara lain untuk berkomunikasi dengan penerima. Ini menjadikah e-mel sebuah alat komunikasi yang reliable. Antara masalah atau kesilapan yang menyebabkan e-mel dipulangkan dengan amaran ialah –

  • Alamat penerima tidak wujud
  • Masalah ini sering berlaku apabila penghantar tersilap menulis alamat penerima, nama akaun penerima atau nama domain pelayan e-melnya. Berikut adalah satu contoh di mana nama domain pelayan emel penerima tidak ditulis dengan betul
  • Date: Fri, 17 Jan, 1997 08:07:28 +0800 (MYT)
    From: Mail Delivery Subsystem DAEMON@jaring.my>
    To: ahzaha@pkrisc.cc.ukm.my
    Subject: Returned mail: Host unknown (Name server:ee.nott.ac.uk: host not found)
    AutoSubmitted: auto generated (failure)
    The original message was received at Fri, 17 Jan 1997 08:07:28 +0800 (MYT)
    From: (202.185.48.7)
    — the following addresses had permanent fatal errors —-
    kmc@ee.not.ac.uk
    — transcript of session follows —
    550 <kmc@ee.not.ac.uk>.. Host unkown (Name server: ee.nott.ac.uk: host not found)
  • Masalah ini boleh dielakkan sekiranya pengguna lebih berhati-hati. Alamat yang ditulis dengan betul dapat memendekkan masa berkomunikasi. Namun begitu, adakalanya penerima menukar alamat e-melnya tanpa memberitahu penghantar. Jika akaun penerima telah ditamatkan, maka sudah tentu pelayan e-mel yang hendak menghantar e-mel kepadanya akan gagal.
  • Pelayan e-mel tidak boleh dihubungi
  • Keadaan ini boleh terjadi jika pelayan e-mel tidak berfungsi ketika e-mel dihantar atau laluan ke pelayan e-mel terputus atau berlaku kesesakan yang terus. Sekiranya masalah begini terjadi, maka pelayan e-mel penghantar akan memberitahu penghantar tentang masalah yang berlaku. Di bawah adalah amaran yang dihantar kepada penghantar e-mel untuk memberitahu bahawa e-mel tidak boleh dihantar ke destinasinya.
  • Date: Fri, 22 Nov 1996 09:37:23 +0200
    From: Mail Delivery Subsystem DAEMON@unpsun1.cc.unp.ac.za>
    Subject: Returned mail: warining: cannot send message for 1 day
    To: ahzaha@pkrisc.cc.ukm.my
    ***************************************************
    ** THIS IS A WARNING MESSAGE ONLY **
    ** YOU DO NOT NEED TO RESEND YOUR MESSAGE **
    ***************************************************
    The original message was received at Thu, 21 Nov 1996 09:33:35 +0200
    From jarring.my [192.228.128.20]
    — the following addresses had delivery problems —-
    <anderson@biochem.unp.ac.za> (transient problems)
    — transcript of session follows —
    … Deferred: Connection reset by peer with smtp.unp.ac.za
    Warning: message still undelivered after 1 day
    Will keep trying until message is 3 days old

05.41 - Bagaimana E-Mel berfungsi 2

Menghantar Fail Binari

Utusan yang sesuai boleh dihantar melalui e-mel adalah utusan yang dibina dengan menggunakan aksara ASCII. Ini menyebabkan e-mel tidak boleh digunakan untuk menghantar fail selain daripada fail ASCII. Bagaimanapun, kebanyakan fail yang digunakan untuk bekerja terdiri daripada fail grafik, fail pemprosesan perkataan dan program, fail audio dan fail video. Semua ini adalah fail binari. Untuk membolehkan sebuah fail binary dihantar bersama e-mel, ia perlu dikodkan kepada fail ASCII terlebih dahulu sebelum dihantar kepada penerima. Apabila telah diterima, fail ASCII yang mewakili fail binary asal ini perlu dinyahkodkan bagi membina fail binary asal. Berikut adalah kandungan sebuah fail binary yang telah dikodkan kepada fail ASCII dengan menggunakan program pengkodan yang dipanggil UUENCODE.

102

Terdapat beberapa piawai atau skema yang boleh digunakan untuk mengkod fail binari kepada fail ASCII untuk dihantar melalui e-mel. Antara piawai yang paling kerap digunakan adalah MIME dan Unix-to-Unix Code-UUCODE. Dalam piawai UUCODE, pengkodan fail binary kepada fail ASCII boleh dilakukan oleh program yang dipanggil UUENCODE. Manakala penyahkodan fail ASCII yang telah dikodkan dengan menggunakan UUENCODE boleh dilakukan oleh program yang dipanggil UUDECODE. Apa yang penting dalam proses pengkodan dan penyahkodan ialah kedua-duanya mesti dilakukan dengan menggunakan piawai yang sama.

Kebanyakkan perisian pelanggan e-mel seperti Eudora dan Pine menggunakan piawai MIME untuk menghantar fail binary. Bagaimanapun, kebanyakan program pelanggan e-mel kini membolehkan penggunanya memilih piawai yang sesuai untuk memastikan supaya penghantar dan penerima mempunyai pilihan untuk menggunakan piawai yang sesuai.

05.40 - Bagaimana E-Mel bergungsi 1

Seperti aplikasi Internet yang lain, e-mel juga berfungsi dengan berasaskan kepada konsep pelanggan-pelayan. Terdapat dua jenis pelayan yang sering digunakan untuk mengendalikan e-mel, iaitu pelayan SMTP dan pelayan POP. Pelayan SMTP adalah pelayan utama yang mengendalikan penghantaran dan penerimaan e-mel dalam internet. Ia digelar sedemikian kerana ia menggunakan protokol yang dipanggil Protokol Perpindahan Mel Mudah (Simple Mail Transper Protocol-SMTP). Pelayan POP pula adalah pelayan yang membolehkan seseorang pengguna mengambil e-melnya yang terdapat dalam pelayan SMTP untuk dibaca dikomputer lain. Kebanyakkan pelayan e-mel menggunakan gadingan dua pelayan tersebut untuk mengendalikan e-mel.

101

Protokol Pemindahan Mel Mudah

Protokol Perpindahan Mel Mudah menentukan bagaimana komputer yang terlibat dalam aplikasi e-mel harus berhubung di antara satu sama lain dalam menghantar atau menerima e-mel. Contohnya, jika pelayan e-mel yang bernama pkrisc.cc.ukm.my hendak menghantar e-mel ke pelayan e-mel yang bernama eve.nott.ac.uk, ia akan berkomunikasi dengan eve.nott.ac.uk mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh SMTP untuk melaksanakan penghantaran e-mel tersebut. Di sini, komputer yang menghantar, iaitu pkrisc.cc.ukm.my akan menjadi pelanggan SMTP dan komputer yang menerima, iaitu eve.nott.ac.uk akan menjadi pelayan SMTP

52

Rajah5.2 : Pelanggan SMTP menghantar dan menerima e-mel

Protokol Pejabat Pos

Protokol Pejabat Pos (Post Office Protokol – POP) adalah protokol yang digunakan oleh pelayan dan pelanggan POP untuk memindahkan e-mel yang telah dimasukkan oleh pelayan SMTP ke dalam peti surat pengguna ke komputer lain yang digunakan oleh pengguna. Melalui penggunaan pelanggan dan pelayan POP, pengguna Intenet boleh mengambil e-melnya yang terdapat dalam pelayan SMTP untuk dibaca dan dibalas. Untuk membolehkan e-mel diambil, pelayan POP harus terlebih dahulu beroperasi dalam komputer yang menjadi pelayan SMTP tersebut. Oleh itu, pengguna boleh menggunakan pelanggan POP; iaitu perisian e-mel seperti Eudora dan Outlook Express, untuk menghubungi pelayan POP bagi mendapatkan e-melnya. Dengan itu, pengguna tidak lagi perlu memasuki pelayan SMTP dengan menggunakan aplikasi Internet seperti TELNET bagi membaca, membalas dan menghantar e-mel. Untuk menghantar e-mel kepada pengguna yang lain, pelanggan POP akan menghubungi terus pelayan SMTP bagi memintanya menghantar e-mel ke destinasinya. Oleh yang demikian, pelanggan POP tidak boleh menghantar e-mel ke destinasinya tanpa pertolongan pelayan SMTP. Gandingan pelayan SMTP dan POP menjadikan penggunaan e-mel lebih menarik. Kini kebanyakan pelayan e-mel menggunakan kedua pelayan ini untuk beroperasi.

53

Rajah 5.3 Pelayan POP memeriksa e-mel yang masuk dan pelayan SMTP menghantar e-mel

05.30 - Komponen E-mel

100

Komponen Asas e-mel

E-emel elektronik mengandungi tiga komponen utama, iaitu :

  • Kepala
  • Teks badan
  • Tandarangan

Date:Thu, 16 Jan 1997 10:15:04 +0900
To: tar@mal.udt.org.my
From: alias@altc.com.my
Subject: Penghantaran alat ganti kepala

Hi,
Pesanan alat ganti (no rujukan PT547a) telah kami
terima. Ia akan dihantar pada hari ini ke alamat teks badan
yang dikehendaki.

Sekian terima kasih

Alias tandatangan

Kepala e-mel

Kepala e-mel mengandungi banyak maklumat tentang e-mel yang dihantar. Jumlah maklumat yang dimasukkan ke dalam e-mel berbeza di antara satu pelayan dengan pelayan lain. Bagaimanapun, kepala e-mel pada asasnya mengandungi maklumat tentang tarikh, waktu dan zon waktu penghantar, alamat penerima, alamat penghantar dan subjek e-mel. Di bawah adalah satu contoh kepala e-mel yang hanya mengandungi beberapa maklumat asas.

Date: Tue, 15 Oct, 1996 15:35:51 + 0800
From: Fariza Osman >fariza@ma.mimos.my
To: Ahmad Zaharim
Subject: Vice Cancelor

Barisan yang pertama menunjukkan tarikh, waktu dan zon waktu penghantar. Salah satu daripada beberapa kecuaian yang sering dilakukan oleh pengguna e-mel ialah dalam penyediaan tarikh, waktu dan zon waktu yang betul. Pastikan ia betul supaya penerima dapat mengetahui waktu sebenarnya e-mel ditulis. Barisan yang kedua dan ketiga mengandungi maklumat tentang nama sebenar penghantar dan alamat e-melnya serta nama sebenar penerima serta alamat e-melnya. Barisan yang keempat mengandungi tajuk e-mel tersebut.

05.2 - Alamat E-mel

Secara konsepnya, e-mel mempunyai banyak persamaan dengan surat biasa baik dari segi penggunaannya mahupun dari segi operasinya. Jika surat menggunakan alamat supaya ia boleh dihantar ke destinasinya, maka begitulah juga dengan e-mel. Bagi surat, sistem alamat yang digunakan terdiri daripada gabungan nama di penerima dengan alamat premis (rumah, pejabat dan sebagainya) di mana penerima berada. Bagi e-mel pula, alamat yang digunakan terdiri daripada gabungan nama penerima dengan nama domain komputer yang menerima e-mel.

99

Bentuk Alamat e-mel

Alamat e-mel adalah alamat yang digunakan oleh pelayan e-mel yang mengendalikan penghantaran e-mel ke destinasinya. Ia adalah gabungan nama pengguna (nama akaun e-mel) dengan nama domain bagi pelayan e-mel di mana pengguna mendaftarkan akaun e-melnya. Format alamat e-mel adalah seperti berikut :

nama_pengguna@nama_domain_pelayan_ e-mel

Berikut adalah beberapa contoh alamat e-mail:

  1. ikramhakimi@yahoo.com.co.uk
  2. ahmadrazif@hotmail.com
  3. nurulsaidah@gmail.com
  4. zaharim@danaudigital.com.my

Bagi contoh yang pertama, pengguna telah menggunakan nama ikramhakimi sebagai nama penggunanya, iaitu nama akaun e-melnya. Nama akaun ini boleh dianggap sebagai nama bagi sebuah peti surat yang terdapat dalam pelayan e-mel yang bernama pkrisc,cc,ukm.my. Sebuah pelayan e-mel lazimnya mempunyai banyak akaun e-mail atau “peti surat” yang berdaftar dengannya.

email2

Berikut adalah penjelasan lanjut tentang persamaan yang terdapat di antara surat dan e-mel.

  1. Nama akaun pengguna e-mel boleh dianggap sebagai nama penerima surat manakala nama domain pelayan e-mel dianggap sebagai alamat premis (rumah, pejabat dan sebagainya).
  2. Setiap destinasi mempunyai alamat yang unik, iaitu tidak ada dua destinasi fizikal mempunyai alamat yang sama.
  3. Setiap destinasi boleh mempunyai lebin dari satu penerima, iaitu alamat domain atau premis yang sama boleh digunakan oleh lebih daripada seorang pengguna.
  4. Setiap surat atau e-mel yang hendak dihantar kepada penerimanya mestilah mempunyai alamat dan nama penerima yang tepat supaya ia dapat disampaikan tanpa sebarang kekeliruan.

Memilih Alamat e-mel

Terdapat beberapa panduan yang harus digunakan bagi memilih nama akaun e-mel anda. Antaranya ialah :

  1. Nama akaun sebaik-baiknya hendaklah melambangkan nama atau identiti pengguna
  2. Nama yang mudah diingat

Lazimnya nama akaun yang boleh dipilih dihadkan kepada beberapa huruf sahaja (selalunua lebih lapan huruf). Ini boleh menjadikan proses memohon nama akaun yang sesuai kadang kala menjadi rumit. Bagi pengguna TMNet dan Jaring, nama pendaftaran akaun Internet mereka akan digunakan oleh TMNet dan Jaring sebgai nama pengguna e-mel. Sebagai contoh, seorang pengguna yang berdaftar dengan Jaring dengan namaakaun azaa akan menggunakan azaa@pc.jaring,my sebagai alamat e-melnya. Seorang pengguna TMNet yang berdaftar dengan nama akaun yang sama akan menggunakan azaa@tmnet.my sebagai alamat e-mailnya.

05.1 - Pengenalan E-mel

E-mel elektronik adalah antara aplikasi yang paling awal diperkenalkan kepada pengguna Internet. Semasa ARPANET mula ditubuhkan pengurus rangkaian mendapati bahawa ia amat digemari dan pengguna pula lazimnya menggunakan e-mel bukan hanya untuk berkomunikasi tentang kerja penyelidikan tetapi juga untuk bersosial.

112

Apakah e-mel?

Ia merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna Internet berkomunikasi dalam bentuk teks di antara satu sama lain secara langsung. Melalui e-mel, pengguna Internet boleh menghantar utusan yang sama kepada lebih dari seorang penerima, menyalinkan utusan yang diterima untuk dihantar ke pengguna lain, mengepilkan pelbagai jenis fail bersama e-mel, mengarahkan komputer melakukan sesuatu dan lain-lain lagi.

Perbandingan Alat Komunikasi

Butiran E-mel Surat Telefon Faks
Kelajuan Serta-merta Beberapa Hari Serta-merta Serta-merta
Kos Murah Murah Mahal Mahal
Keselamatan Selamat Kurang selamat Selamat Selamat
Kerahsian Rendah Tinggi Tinggi Rendah
Gaya penulisan Tidak formal Formal/Tak Formal Formal/Tak Formal Formal/Tak Formal
Jawapan Tidak segera Tidak segera Segera Tidak segera
Komunikasi berkumpulan Mudah Sukar Mudah/ Sukar Mudah
Menyatakan Emosi Rendah Sederhana Tinggi Sederhana

Di atas adalah perbandingan yang dibuat antara penggunaan e-mel dan alat/servis perhubungan yang lain.

Mengapa e-mel Digemari?

Secara amnya e-mel digemari kerana ia adalah alat komunikasi serba boleh. Ia mudah diguna, murah, cepat, dan reliable. Jika ditulis dalam bentuk semiformal atau tidak formal, ia lazimnya cepat dibalas berbanding dengan surat biasa dan faks. Bagaimanapun, pengguna perlu menyedari bahawa e-mel bukanlah satu alat komunikasi yang segerak (synchronous) seperti telefon di mana kedua pihak boleh berkomunikasi dengan serta merta sehingga matlamat mereka berkomunikasi tercapai. Kelemahan e-mel ini perlu disedari sebelum ia di atasi.

Bagaimana Mendapatkan Perkhidmatan e-mel?

Untuk mendapatkan perkhidmatan e-mel, anda mestilah terlebih dahulu mendapatkan akaun e-mel daripada pengurus rangkaian atau melalaui pembekal PPI anda. Jika tempat anda bekerja sudah mempunyai sambungan ke Internet, pengurus rangkaian boleh membuka akaun e-mel untuk anda di komputer yang menjadi pelayan e-mel. Jika tidak, anda boleh menghubungi PPI seperti Jasing dan TMNet untuk melanggan Internet dan seterusnya mendapatkan akaun e-mel di samping kemudahan internet yang lain.

05 - E- mel Elektronik (e-mail)

Komunikasi merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian, internet, khususnya e-mel elektronik (e-mail), adalah alat komunikasi global yang mempunyai banyak keistimewaannya. Jika digunakan dalam keadaan yang sesuai ia boleh membantu individu dan organisasi melaksanakan aktivitinya dengan berkesan. Walaupun menggunakan e-mel amat mudah, menjadikannya sebagai alat komunikasi yang berkesan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh-temeh.

email

Bagi mereka yang banyak menggunakan e-mel untuk berkomunikasi semasa menjalankan tugas rasmi atau untuk bersosial, banyak yang boleh dipelajari daripada kesilapan yang telah dibuat untuk menjadi seorang pengguna e-mel yang cekap. Bagi pembaca yang jarang menggunakan e-mel untuk berkomunikasi, adalah menjadi matlamat tapak ini untuk membekalkan mereka dengan beberapa teknik, pesanan dan saranan bagi membolehkan mereka menggunakan e-mel dengan berkesan. Selain daripada itu, tapak ini juga akan memberikan pendedahan tentang asas e-mel, bagaimana e-mel berfungsi, teknik dan panduan berkomunikasi dengan e-mel serta bagaimana menggunakan perisian e-mel.

03.5 - Protokol Internet Generasi Baru dan Rangkaian 6bone

Protokol Internet generasi baru (Internet Protokol new generation-IPng) merupakan satu usaha yang dilakukan dibawah pengelolaan Internet Engineering Task Force bagi menghasilkan IP yang baru. Pembaharuan ini dilakukan kerana IP yang digunakan sekarang (IPv4) tidak mempunyai alamat yang cukup besar untuk diagihkan secara berkesan bagi menampung bilangan pengguna Internet yang semakin ramai. Di samping mempunyai bilangan alamat yang besar, IPng mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan IPv4. Antaranya ialah kebolehan IPng menangani isu keselamatan data dan keutamaan penggunaan aplikasi yang dipanggil sebagai Kualiti Perkhidmatan (Quality of Service).

Dengan menggunakan IPng, kandungan datagram IP boleh dirahsiakan dengan mudah dan ini menjdaikan penggunaan Internet sebagai alat menyalurkan data yang sulit lebih selamat dan menarik. Kualit perkhidmatan adalah taq yang menyatakan keutamaan sesebuah aplikasi bagi membolehkan aplikasi tersebut dilayani dengan keutamaan yang sewajar. Aplikasi yang memerlukan interaksi yang segera di antara pelanggan dan pelayan seperti TELNET diberi keutamaan yang tinggi berbanding aplikasi e-mail. Ini kerana, e-mail yang hendak dihantar boleh ditunda tanpa menjejaskan penghantaran dan penerimaan. Semua aplikasi Internet2 akan menggunakan taq ini bagi mendapatkan kadar pengaliran data yang setimpal dengan bentuk interaksi yang diperlukan.

Rangkaian 6bone adalah rangkaian ujian yang dibina khas untuk menguji kebolehan IPng berfungsi dengan baik. Ia juga diwujudkan sebagai satu strategi menintegrasikan rangkaian yang menggunakan IPng dengan rangkaian Internet yang menggunakan IPv4 seperti yang ada sekarang. Kini terdapat lebih 20 negara di dunia yang mempunyai sambungan ke rangkaian 6bone. Bilangan institusi pendidikan dan komersial yang menggunakan IPng dan rangkaian 6bone juga meningkat dengan kadar yang agak tinggi. Perkakasan rangkaian seperti penghala yang menggunakan IPng juga sudah mula terdapat dalam pasaran. IPng dijangka akan digunakan sepenuhnya sebelum tahun 2000. Adalah diharapkan dengan penggunaan IPng dan rangkaian yang berkelajuan tinggi seperti 6bone, Internet dapat maju setapak lagi bagi membolehkan aplikasi multimedia yang intensif disalurkan kepada pengguna dengan baik.

Dr Ahmad Zaharim bin Abdul Aziz

03.43 - Bagaimana DNS Berfungsi

Bagaimana DNS Berfungsi

Apabila sesebuah komputer ingin menghubungi komputer lain, contohnya komputer A ingin menghubungi komputer B (ftp.microsoft.com), maka A perlu mendapatkan alamat IP yang mewakili nama komputer B terlebih dahulu. Untuk itu komputer A akan menhubungi pelayan nama P1 yang berada di dalam rangkaiannya terlebih dahulu bagi menukar nama ftp.microsoft.com kepada alamat IP.

Pelayan domain nama P1 akan melihat di dalam ingatannya terlebih dahulu bagi mendapatkan alamat IP bagi ftp.microsoft.com . Jika ia tiada di dalam ingatannya maka P1 akan menghubungi pelayan nama yang menjaga domain com, iaitu Pc. P1 kemudiannya akan menghubungi Pc bagi mendapatkan pelayan nama bagi domain Microsoft, Pm. Akhirnya, P1 akan menghubungi Pm bagi mendapatkan alamat IP bagi komputer B, iaiatu ftp.microsoft.com.

Bagaimana nama domain ditukar ke alamat IP

Rajah 3.17 Bagaimana nama domain ditukar ke alamat IP

Sekiranya alamat IP bagi sesuatu nama domain tidak boleh diperoleh kerana kesemua pelayan nama rosak dan sebagainya, maka pengguna akan diberitahu bahawa nama domain tidak boleh ditukar kepada alamat IP.

Inilah proses yang terlibat setiap kali pengguna ingin menghubungi sesebuah hos dengan menggunakan nama domainnya. Alamat IP bagi sesuatu nama domain boleh diperoleh dengan menggunakan perisian kongsi khas seperti WS_ping.

03.42 - Sistem Nama Domain

Sistem Nama Domain

Sistem nama domain (domain name system-DNS) adalah satu system menamakan alamat IP dengan nama domain yang dibina dengan mengabungkan nama domain paras tinggi dan nama subdomain yang terdapat di bawahnya. Di dalam system nama domain, setiap domain paras tinggi dibahagikan kepada beberapa domain paras rendah dan begitulah seterusnya mengikut satu sistem yang berhirarki.

Setiap domain paras tinggi mempunyai pentadbir yang bertanggungjawab mewujudkan dan mendaftarkan subdomain di bawahnya. Dengan demikian, pengurusan domain adalah ternyahpusat dan DNS boleh juga dianggap sebagai sebuah pangkalan maklumat tersebar yang menyimpan nama-nama domain di bawahnya. Contohnya, JPJ akan berbincang dengan MyNIC bagi mendapatkan nama domain di bawah domain kerajaan (domain GOV). Jabatan ini kemudiannya boleh mewujudkan subdomainnya sendiri seperti domain WWW dan domain FTP.

03.41 - Nama Domain

Nama Domain

Nama domain (domain name) adalah nama yang digunakan untuk mewakili alamat IP. Nama domain lebih mudah diingat berbanding alamat IP. Nama domain juga boleh melambangkan latar belakang sesebuah hos, get laluan atau penghala yang diwakilinya dengan lebih tepat dan bermakna. Satu alamat IP boleh diwakili dengan lebih dari satu nama, dipanggil alias.

Contoh sebuah Struktur domain nama

Rajah 3.15 Contoh sebuah Struktur domain nama

03.4 - Sistem Alamat dan Nama

Sistem alamat dan nama Internet amat penting diketahui untuk membolehkan Internet diguna dengan berkesan.

Alamat Protokol Internet

Setiap komputer dalam Internet mempunyai identity unik yang dipanggil sebagai alamat protokol Internet ( Internet Protocol address atau IP address ). Alamat yang unit membolehkan komputer dalam Internet berkomunikasi di antara satu sama lain dengan menghantar dan menerima data tanpa sebarang kekeliruan. Alamat IP adalah satu nombor empat bait. Nilai yang boleh diambil oleh setiap bait adlah dari 0 hingga 255. Berikut adalah beberapa contoh alamat IP.
121.16.231.7
161.142.16.62
224.171.7.80

Setiap titik disebut sebagai dot. Contohnya, 192.228.128.18 disebut sebagai 192 dot 228 dot 128 dot 18.

Pengagihan alamat IP kepada organisasi yang ingin bersambung ke Internet dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskannya. Di Malaysia, ia dilakukan oleh MyNIC. Organisasi yang telah menerima alamat-alamat IP ini kemudiannya boleh mengagihkan kepada ahlinya secara statik atau dinamik bergantung kepada keadaan.

Dr Ahmad Zaharim bin Abdul Aziz

03.38 - Internet Melalui Sambungan Dial Terus

Internet Melalui Sambungan Dial Terus

Bagi pengguna di rumah, sambungan ke Internet melalui Jaring atau TMNet boleh diperoleh dengan menggunakan modem dan talian telefon. Modem digunakan untuk mendail nod masukan (assces node) dan berhubung dengan modem yang terdapat pada nod masukan. Setelah sambungan diperoleh, nod masukan akan mengagihkan alamat IP bergantung kepada modem mana yang telah disambungkan. Setelah alamat IP diberi, maka komputer pengguna akan mendapat sambungan terus ke Internet . Untuk menjimatkan kos panggilan telefon, maka pengguna harus mendapatkan sambungan ke Internet dengan mendail ke nod masukan yang terdekat. Sambungan jenis ini mempunyai kerosakan dan kehilangan data yang lebih rendah kerana isyarat tidak perlu bergerak jauh untuk sampai ke komputer anda atau ke nod masukan.

Sambungan dari rumah ke nod masukan

Rajah 3.14 Sambungan dari rumah ke nod masukan

03.37 - SLIP dan PPP

SLIP dan PPP

Serial Line Internet Protocol – SLIP dan Point –to- Point Protocol –PPP adalah dua protokol yang membolehkan komputer yang menggunakan talian bersiri (serial line) seperti talian telefon berkomunikasi dengan komputer dalam Internet yang menggunakan protokol TCP/IP.

Dengan bantuan modem dan SLIP atau PPP, komputer pengguna bole disambungkan terus ke Internet melalui talian telefon. Ini membolehkan pengguna mengguna aplikasi-aplikasi Internet seperti e-mail, FTP, TELNET, Gopher dan lain-lain dari rumah.

SLIP/PPP menghubungkan komputer pengguna dengan Internet melalui talian telefon

Rajah 3.13 SLIP/PPP menghubungkan komputer pengguna dengan Internet melalui talian telefon

03.36 - Pelayan Proksi

Pelayan Proksi

Pelayan proksi diwujudkan bagi mengurangkan beban atau mengurangkan kesesakkan sesebuah talian yang menyambungkan dua rangkaian. Penggunaannya amat kritikal terutamanya bila keadaan talian sudah hamper dengan had kemampuanya.

Didalam sebuah rangkaian yang mempunyai pelayan proksi, semua komputer yang terdapat dalam rangkaian tersebut akan menghubungi proksi sebelum ia mendapatkan sesuatu dari luar rangkaian seperti fail dari pelayan FTP atau halam WWW. Jika fail atau halaman yang hendak diambil terdapat pada proksi, maka komputer yang meminta boleh mengambilnya dari proksi tanpa perlu mengambilnya dari luar rangkaian. Oleh itu, penggunaan talian ke luar rangkaian dapat dikurangkan.

Pelayan proksi mengawal penggunaan talian ke luar rangkaian

Rajah 3.12 Pelayan proksi mengawal penggunaan talian ke luar rangkaian

Sekiranya fail yang hendak diambil tidak terdapat pada pelayan proksi, maka ia akan mengambil fail tersebuit dan menyimpannya di dalam cakera keras dan menyalurkanya ke komputer yang meminta. Apabila fail yang sama diminta, proksi akan menghantar fail tersebut kepada komputer yang memintanya dan ini akan mengurangkan penggunaan sambungan ke luar.

03.35 - TCP/IP dan Komunikasi Pelanggan Pelayan

TCP/IP dan Komunikasi Pelanggan Pelayan

Semasa pelanggan dan pelayan berkomunikasi di antara satu sama lain, komunikasi berlaku dalam bentuk lapisan dengan lapisan iaitu lapisan aplikasi pelanggan akan berhubung dengan lapisan aplikasi pelayan, lapisan pengangkutan dengan lapisan pengangkutan dan seterusnya. Dalam kata lain, hanya lapisan yang sama sahaja boleh memahami antara satu sama lain.

Data yang hendak dihantar melalui Internet ke destinasinaya dipecahkan kepada unit yang lebih kecil (bungkusan) supaya komunikasi dalam rangkaian yang tersebar boleh berjalan dengan lebih lancar. Jika ada bungkusan yang rosak atau hilang, ia tidak akan menjejaskan keseluruhan komunikasi. Ia juga boleh diganti dengan mudah. Proses pemecahan data ini dilakukan sejajar dengan apa yang dikehendaki dalam melaksanakan komunikasi berasaskan teknologi pensuisan bungkusan.

Unit terkecil sebelum data ditukarkan kepada gelombang elekgromagnet untuk disalurkan ke dalam rangkaian Internet ialah datagram IP. Setiap datagram IP mempunyai alamat IP bagi komputer yang akan menerima data. IP ini akan membolehkan penghala menyalurkanya ke laluan tertentu untuk sampai ke destinasinya. Datagram IP juga mengandungi alamat IP bagi komputer yang menghantar data. Penghala yang terdapat dalam laluan datagram IP akan melihat alamat penerima yang ada pada datagram IP dan menyalurkannya ke laluan berasaskan kepda jadual laluan yang ada padanya.

Isyarat elektrik yang diterima akan ditukar kepada datagram IP dan kemudiannya ke segmen TC. TCP pula akan mengatur segmen TCP mengikut label yang ada padanya untuk membentuk data asal.

Datagram IP yang sampai tidak semestinya sampai mengikut turutan asal. Ini kerana penghala yang menyalurkan datagram IP di dalam Internet mungkin menyalurkannya ke laluan yang berbeza menyebabkan ia tidak sampai dengan turutan yang sepatutnya. Apabila IP menukar datagram IP ke segmen TCP, maka menjadi tugas TCP untuk menyusunya dalam turutan yang betul sebelum ia ditukar kepada data asal yang boleh digunakan oleh aplikasi. TCP juga memastikan komunikasi berjalan lancar. Sekiranya ada segment TCP yang rosak, TCP bagi komputer yang menerima (TCP penerima) akan meminta TCP bagi komputer yang menghantar (TCP penghantar) untuk menghantar semula segmen yang rosak itu. Jika ia lewat sampai, maka TCP penerima akan menganggap ia hilang dan akan meminta TCP penghantar untuk menghantar semula segmen yang terlibat. Jika banyak segmen yang rosak atau hilang, maka komunikasi tidak boleh berjalan lancar kerana TCP penerima akan terus meminta TCP penghantar menghantar semula segmen tersebut.

Komunikasi antara lapisan-lapisan dalam TCP/IP

Rajah 3.9 Komunikasi antara lapisan-lapisan dalam TCP/IP

Proses pemecahan data

Rajah 3.10 Proses pemecahan data

Proses penyatuan data

Rajah 3.11 Proses penyatuan data

03.34 - UDP

UDP

Walaupun berada dalam lapisan yang sama dengan TCP. UDP merupakan protokol yang tidak reliabel. UDP misalnya, tidak akan meminta komputer yang menghantar datagram IP menghantar semula data jika ia didapati rosak, hilang atau lambat diterima. UDP boleh digunakan untuk memindahkan data adalah reliabel, iaitu tidak mengalami kesesakan atau gangguan. Lazimnya hanya rangkaian yang mempunyai saiz fizikal yang kecil boleh dianggap reliabel dan denga itu boleh menggunakan UDP bagi menggantikan TCP.

UDP juga sering digunakan dalam menjayakan aplikasi yang memerlukan aliran data yang berterusan seperti aplikasi audio dan video. Di sini TCP dengan sengaja tidak digunakan kerana sikapnya yang mementingkan realibiliti sering melambatkan aliran data dan menjejaskan kelancaran video dan audio. Sebaliknya, UDP digunakan kerana ia tidak membuang masa menanti data yang hilang atau rosak.

03.33 - Protokol Kawalan Transmisi (TCP)

Protokol Kawalan Transmisi (TCP)

Penghala tidak akam mengambil tahu sama ada data sampai ke destinasinya atau tidak. Oleh itu, terpulang kepada pelanggan dan pelayan yang berada dihujung sambungan untuk memastikan data sampai dan berada dalam keadaan baik, iaiatu untuk memastikan komunikasi reliabel. Tuaga memasikan data sampai dengan baik ini dilakukan oleh protokol yang dipanggil TCP. Oleh kerana TCP menggunakan IP yang tidak reliabel, ia terpaksa menjalankan beberapa tugas tambahan bagi memastikan komunikasi berjalan dengan sempurna. Hampir kesemua aplikasi utama Internet seperti mel elektronik, FTP, TELNET dan WWW menggunakan TCP.