iDAN

15 Julai 2010

AMPUH (Puisi iDAN)

dalam diam sang kekasih terus berlakon setia
tetapi nampak amat bayangnya bagaikan bercabang
ada sahaja langkahannya nan tidak petah dijejaki

terlepas pandang ada surat cinta di kotak e-mel
aku terpadam maka mungkinkah bait-bait kata terjawab
sedangkan antara kita tidak pernah punyai salinannya

ingauan semalam menjadi mimpi ngeri nan menghantui
terjaga di dinihari aku sedar tak sedar terasing
sendiri menukik impian bersama tidak kesampaian

dalam jaga aku bermimpi Ilahi semakin menggamit
diri & iman nan semakin terapung ampuh melayang

iDANRADZi
Desa Tualang, Kota Bharu Pk.



AMPUH iii

Jawab si kekasih:-

Tidak diam, tidak juga berlakon setia,
Tali setiaku tuntas mana mungkin bisa dijejaki,
Biar langkah capik, lidahku pasti berlapik.

Surat cinta di kotak e-melmu,
bukan bait-bait cinta asmara loka,
ia hanya garapan luka, kisah duka lara,
yang tidak perlu salinan untuk ku ingatinya.

Bukan dalam jaga sahaja...
kini dalam tidur pun ku mimpi yang sama..
biarkan diri ampuh, iman kekal teguh,
mengingatinya bukankah sunat namanya?

Lovelyvic,
Shah Alam, Selangor.

(Bilamana membaca tulisan Dik VIC ini teringat zaman aku & Abuyon ketika kami aktif di Melayu.com. Kami asyik berbalas puisi. Antara rakan yang rapat denganku sekarang telah dinobatkan menjadi Penyair adalah Penyair Mohd Adid Ab Rahman. Semalam karyanya terbit di Berita Harian. Berita Harian nampaknya telah hampir setahun menolak tulisanku biarpun aku rajin menghantar karya puisi ke akhbar mereka. Paling akhir karya aku diterima adalah karya Mata pada Julai tahun lalu)