iDAN

29 Julai 2008

Isunya Pencen 58 (Singgahsana)

"Abg Raman tak sanggup lagi melihat kelakuan rakan kerja yang muda-muda kini"

"Kenapa pula?"

"Mereka langsung tak menghormati kita yang dah tua ini"

"Mungkin mereka merasakan mereka lebih pandai kot!"

"Abg Raman rasa bukan sebab itu, tapi memang di rumah mereka tak diajar menghormati orang tua!"

Memang sejak kebelakangan ini, bilamana kalangan staf dari Poli masuk ke fakultiku; Bagaikan ada satu perubahan. Satu koata dari semua pihak. Pensyarah lebih menyukai staf ini berbanding orang lama. Apa saja kemahuan staf ini dipenuhi. Staf lama bagaikan terpinggir.

alam pergaulan pun sama, staf poli ini makin lama makin ego. Cakap semborono. Ikut sedap cakap. Makin menunjukkan belang & menunjul diri. Seolah-olah mereka pandai segala. Seolah-olah dengan sijil atau diploma yang mereka miliki mereka telah berani mempelekehkan staf lama.

Bagaikan mereka tak percaya staf lama, boleh segala kerja teknikal. Seolah-olah dengan sijil & diploma mereka... mereka tahu segala. Ini amat ketara jika staf yang berkerja dengan mereka itu dari kumpulan bawahan, Pembantu Am contohnya. Mereka seolah-olah tak percaya Pembantu Am ini lebih mahir dari mereka.

Itu yang dimaksudkan oleh Abg Raman. Dia rasa tersisih & tidak dihormati lagi. Dia sanggup pencen segera biarpun dia layak berkerja sampai umur 58 tahun. Tahun depan genap umur dia 56 tahun dia akan berpencen.

Ulan ooo Ulan (Singgahsana)

Mana pula perginya si Ulan ini, Ulan yang dulunya staf di sini. Sekarang dia ditukarkan ke Medic. Situasinya sama denganku, pastinya ada sesuatu yang sama mungkin tidak disukai oleh jabatan atau fakulti. Maka langkah menukarkan tempat kerja tentunya akan memuaskan hati seseorang.

Si Zul tadinya datang kononnya sebagai wakil Kepertama. Dia cuba mempertahankan kedudukan kerjayaku. Sampai berhentak meja, sayangnya dia tidak berbincang di mana tempatnya aku perlu ditugas. Apa bidang yang aku minati. Hanya ada dua pilihan dari Kepertama katanya. Pertama aku dihantar ke Pentadbiran Depan, Di depan aku akan jadi bagai Amir, bagai Din KAA belum tahu untung nasib. Atau terpaksa berkerja dengan Tim Pendaftar; Buat kerja grafik atau laman web yang aku telah tinggalkan sejak zaman dulu.

Terus terang aku gagal dalam membina laman web jabatan lantaran payahnya mendapat maklumat. Itu yang aku bincangkan dengan Dr Fadlee; Pernah aku membina laman web untuk KJku; aku kira ianya sudah cukup cantik tetapi senang-senang dipadam tanpa pengetahuanku. Semasa di KKA juga aku pernah bergabung ide kreatif membina laman web bersama Suryani. Aku merasakan ianya telah cukup cantik tetapi hasil kerja itu dipadam begitu sahaja.

Bagiku bilamana hasil kerja yang kita rasakan telah okey tetapi tidak diterima oleh orang lain; itu bermakna kita gagal. Laman web atau aku lebih suka memanggilnya situs... yang berjaya ialah ianya kekal dari frem asal. Jika ditukar pun bukan keseluruhannya tetapi adalah maklumat yang bertambah. Sebagai contoh kita lihat bagaimana yahoo atau google terusan mengekalkan format atau frem asal situs mereka. Cuma logo atau bahan maklumatnya sahaja bertambah. Identiti itu kena ada dari perbagai sudut, rona, maklumat terkini, mudah & ringan untuk dilayari.

Bilamana aku kenang-kenangkan bidang kerjayaku dalam laman web memang aku kecewa. Aku gagal sebenarnya. Maka itu sekarang aku lebih senang menggunakan khidmat percuma blog@jurnal yang telah ada pilihan kerangkanya sendiri. Mudah & menarik.

Begitu juga dengan kerja-kerja grafik, bukan satu kerjaya yang mudah atau cincai untuk menghasilkan hasil kerja yang kreatif & bermutu. Ianya perlu memerah minda & suasana persekitaran kerja yang sesuai. Ianya juga perlukan banyak latihan barulah sesuatu itu akan nampak terserlah & berjaya. Faktor umur & kesihatanku perlulah difikirkan. Aku yang kini tak boleh stres! ada baiknya melupakan bidang grafik ini.

Maka itu sudah sampai masanya bilamana minat kita dihalang. Kerjaya kita tidak lagi diperlukan. Ada baiknya aku terpaksa mencari jalan sendiri. Maka itu aku merancang berpencen awal. Terbaiknya bila khidmat aku telah mencecah 30 tahun. Aku memerlukan sekitar dua tahun sahaja lagi untuk genap tempoh perkhidmatan 30 tahun.

Emmm!, baru Ulan datang telah hampir ke jam 9:30 malam.

Malam-malam dia memang kerap bersantai di makmalku, selain Akar atau Eris memang persahabatan kami agak intim. Ulan asal kejadiaannya sememangnya staf Fakulti Kejut. ini. Dia lebih sebulan awal dariku mendaftar diri. Julai 1980. Jabatan paling akhir dia ditukarkan ke lain fakulti adalah semasa bertugas di jabatan KKK, jabatan yang aku duduki kini.

Sejarah pertukarannya teramat mencabar kesabaran. Bayangkan bilamana dia mahu memasuki makmalnya, kuncinya telah ditukar. Bila ditanya ke pihak pengurusan.

"Awak telah kena tukar ke fakulti lain"

"Bagaimana dengan barangan saya yang masih ada di makmal"

"Kasi tahu kami bila nak ambil kami bukakan!"

Sejarah pertukaran itu memang bagaikan sejarah hitam yang payah untuk sahabatku Ulan lupakan. Dia tetap memberi sokongan moral dalam perjuanganku untuk membela nasib pekerja sokongan seperti kami. Sejak 1992.

- Bersambung