iDAN

18 Julai 2013

BAIK LAGI JUJUR


Apalah malang kereta perang Penyair Idanradzi mulanya cermin sisi kanan (pandang belakang) diumpil bukan pecah tak tahu siap angkaranya... Hari ini cermin depan pula pecah. Tak tahu berpunca dari mana.

2. Parkir depan rumah tak ada pun orang mahu mengaku tersinggung atau terlontar batu. Nak katakan tukang sabit rumput takkan dia tak kasi tahu atau minta maaf. Bukankah seharian kerja menyabit rumput sebagai punca mata pencarian. Tidakkah rasa bersalah dengan kelalaiannya tak pasal-pasal aku yang kena keluar duit; jika benarlah penyabit rumput yang punya angkara. Tenguk kesan pecah keberangkalian memang kena batu.

3. Budaya orang kota nampaknya semakin rasis. Sampaikan hampir semua penutup tiub tayar Avanza pun penutup tiub kereta perang habis dikebas. Ini yang aku amat benci duduk di kota. Tak berapa ringgit harga penutup tiub ini pun mahu dicuri. Jika mahu bergaya dengan hak curi pun apalah bangganya. (Mesti kes bebudak sebab nak beli bukan tak berduit gatal tangan syok ambil hak orang)

4. Mungkin di rumahku tiada CCTV tapi di SANA nanti tidakkan terpapar segalanya. Ingatlah hari ini awak aniaya orang; aku yakin di dunia lagi Allah akan membalasnya. Kenapa kita mahu menjadi orang yang baik lagi jujur. Agar Allah melindungi barangan kesayanganku.

  • Idan Radzi esok nampaknya kereta perangku akan masuk bengkel.

  • Hanusi Hashim kekadang yeop...cermin kereta hadapan bolih pecah /retak sendiri. lama terbiar...hujan panas...oksijin panas dalam kereta..tetiba hujan..pun jadi punca...atau orang mesin rumput ...terpelantin batu kena cermin. pendapat aku le.

  • Pakwahid Iksan Sabar tuuuu separuh dari IMAN... dah bukan rejeki kita.. apa nak kata Idan!!..

  • Idan Radzi tak siap lagi tersadai di bengkel... kereta tu dah tua.... ingat nak bawa ke kampung jalan-jalan mancing di kampung... nak suruh Thor tolong catkan...

  • Idan Radzi malam tadi aku lihat kereta perangku tersadai di luar bengkel; risau hari kan hujan... hanya separuh cermin sahaja sempat ditutup oleh rakanku... insya-Allah kawasan tu selamat lagi pun kereta perang tu di mata dunia manalah mahal lagi nilainya...