Tidur duduk amat memenatkan, nak berjalan malam-malam dalam gerabak pun rasa tak sesuai. Takut menggangu orang sedang tidur. Bunyi geseran tayar kereta api dengan rel bagaikan laguan lama. Ayunan ianya bergerak ke selatan bagaikan ulat gonggok kelaparan. Sesekali bunyi peluitnya menjerit bagaikan desahan hati resah sayu amat. Perjalanan dari Kota Bharu Perak ke Johor Bahru pastinya mengambil masa separuh hari, aku & Wan Bi bukan naik kereta api ekspres. Boleh dikatakan setiap stesen kena berhenti. Lugu amat.
Yang menjadi masalah terpaksa menunggu lama di Gemas merupakan persimpangan bagi landasan kereta api ke pantai timur dan pantai barat Malaysia kendalian Malayan Railways. Stesen kereta api Gemas didirikan pada 1922 dan masih beroperasi sehingga hari ini. Antik bangunannya.
Aku pun tak ingat entah kali ke berapa aku menemani Wan Bi (Opah si AC Mizal) membeli barangan di Singapura. Tahun 70an barangan murah di sana, terutama pakaian atau kain ela. Yeop Zaini baru naik pangkat menjadi ASP ketika itu. Dia masuk ke angkatan Polis dari pangkat Inspektor. Pernah sekali tu aku pergi ketika menyambut Hari Kemerdekaan; bersama berjalan dengan Yeop Zaini ini akan pasti orang asyik tabik kepada dia. Aku turut teruja.
Sampai di stesen Johor Bahru hari masih gelap, aku baru lepas MCE ketika itu. Mana ada telefon bimbit. Biasanya Wan Bi akan telefon ke rumah Yeop Zaini melalui telefon awam. Tugas Yeop yang tentunya sibuk selalu mana mungkin nak tunggu di stesen; ada ketikanya kereta api tak ikut jadual. Sudah cerah-cerah tanah barulah selalunya Yeop sampai. Penat naik kereta api ini sampai di kuarters polis mata pula bukan boleh terus tidur. Selalunya aku leka tenguk TV siaran dari Singapura.
AC masih kecil sekitar 6 tahun, adiknya Zareen baru berumur 3 tahun dan yang bungsu si Boboi masih asyik nak kena dukung. Kuarters Polis Johor Bahru bagi ASP agak selesa & mewah, suasana sekitarnya damai & tak sibuk mana. Ini ceritera tahun 70an tak tahu kekinian bagaimana keadaan di sana. Entah-entah kuarters ini pun telah dirobohkan.
Sunyi amat rumah Yeop Zaini ini; anak-anak ada pengasuh yang jaga. Orang tempatan pastinya waris Yong Mazie dari Serting Hilir masih muda baru belasan tahun. Saban hari tinggallah tiga beradik dengan pengasuhnya. Dua-dua berkerja pakai shif entah bila nak berjumpa pun aku tak pasti.
AC sejak kecil nampak macho tak seperti adiknya Zareen amat montel. Tingkah laku AC juga nampak suka menyendiri tak suka sakat adik & ada minatnya sendiri. Di rumah masa AC kecil semua panggil Mizal sahaja. Hanya timbul nama AC setelah di punya kumpulannya sendiri 4U2C. Dia memang rapat dengan Opah Bi. Kedatangan kami memang amat ditunggu oleh AC.
Yong Mazie lebih kerap baik ke Serting Hilir berbanding ke kampung halaman Yeop Zaini di Kota Bharu Perak. Masa mereka bercinta aku masih ingat bagaimana Yeop Zaini bercinta di Pantai Cinta Berahi, sekarang dah tukar nama Pantai Cahaya Bulan. Ketika Yong Mazie menjadi Jururawat di Kota Bharu Kelantan, aku sekitar umur lima tahun ketika itu. Masih ingat perjalanan jauh naik kereta dari Kota Bharu Perak ke Kota Bharu Kelantan. Awal 60an. Apak & Wan Bi rindu nak jumpa Yeop Zaini; semalam dua hari baru sampai!.
- bersambung
Polis cari dalang ugut bunuh AC Mizal
November 11th, 2010
KUALA LUMPUR: Polis memandang serius laporan pelakon dan pengacara terkenal, Datuk Mizal Zaini, 39, atau lebih dikenali sebagai AC Mizal berhubung ugutan bunuh diterima, sekali gus berusaha mengesan dalang yang menyebarkan ugutan itu.
Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata setakat ini, keterangan artis terbabit berhubung dakwaannya diugut serta difitnah melalui blog dan laman web sosial facebook sudah direkodkan.
Menurutnya, laporan itu turut diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mempunyai kemahiran khusus bagi menjejaki individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan.
Polis bagaimanapun tetap memberi perhatian terhadap sebarang bentuk ancaman atau ugutan bunuh yang boleh membahayakan nyawa artis terbabit, katanya ketika dihubungi, semalam.
Difahamkan, terdapat lima laman web yang dikaitkan memburuk-burukkan nama dan syarikat artis itu yang tersebar melalui Internet sejak beberapa minggu lalu Selain membuat ugutan kepada AC Mizal, penulis blog berkenaan melemparkan ugutan kepada pekerja serta kakitangan syarikat AC Mizal yang didakwa melakukan penipuan berhubung harga kos dan harga jualan produk syarikat berkenaan.
Malah, artis itu turut dituduh menipu pengguna mengenai testimonial daripada pesakit yang menggunakan produk gelang tangan diedarkan syarikat itu.
Artis yang pernah membintangi beberapa filem terkenal itu turut mendakwa penyebaran fitnah berkenaan yang menyentuh kehidupan peribadinya didakwa bertujuan untuk memburuk-burukkan namanya selain memberi tanggapan negatif terhadap pihak yang ingin menyertai perniagaannya.
Sementara itu, AC Mizal sudah membuat aduan berhubung fitnah terhadap produk jualan syarikatnya ke SKMM bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut dilakukan.
Berdasarkan laporan itu, pihak SKMM sudah mengarahkan Jabatan Siasatan SKMM untuk menjalankan siasatan terperinci mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber : Harian Metro
AC Mizal Jawap Dakwaan, Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah
Harian Metro hari ini memaparkan AC Mizal menjawap segala dakwaan dan persoalan tentang perniagaan gelangnya. Kata AC, kerana diugut disembelih, AC terpaksa mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan dirinya. Kini AC hidup di dalam ketakutan kerana ugutan metafora yang dilakukan menerusi
Kata AC lagi, pada mulanya perniagaan gelang kesihatannya agak terjejas akibat dakwaan-dakwaan yang dikeluarkan. Tapi katanya kini perniagaannya kembali pulih kerana ramai yang menyokong dan memahami situasi sebenar. Dan AC juga telah mengambil kesempatan di sidang media tersebut untuk menjawap beberapa tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Sila baca entri ini sepenuhnya untuk jawapan-jawapan dari AC.
1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000
Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.
2) Tiada Lesen Jualan Langsung
Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.
3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London
Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.
4) Testimoni yang ditiru daripada laman web
Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.
5) Gelaran Datuk
Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.
Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti.
Penulis yang buat kenyataan itu boleh menganggapnya perkara kecil tetapi tidak bagi sesiapa saja yang ditujukan ayat seperti itu. Terus terang saya katakan, saya, keluarga dan kakitangan AC Konsortium hidup dalam ketakutan. Saya terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengupah pengawal peribadi. Sudah pasti apabila saya mengupah pengawal peribadi, ada nanti yang mengatakan saya berlagak dan mahu tunjuk hebat, tetapi tiada langsung niat seperti itu kerana saya hanya mahu menjaga keselamatan diri, keluarga dan kakitangan seramai 33 orang.
AC Mizal Terselamat Hukuman Penjara 25 Hari
Akhirnya kes AC Mizal dan isterinya tentang nafkah anak mereka berdua selesai jugak. Nasib baik AC Mizal bawak duit untuk langsaikan nafkah yang tertangguh selama ini. Kalau tak akibatnya meringkuk dalam penjara selama 25 hari la. Jumlah nafkah yang dibayar oleh AC ialah RM9,800 dan AC juga didenda RM1,500 kerana gagal menyediakan penyata syarikatnya.
AC Mizal nampaknya sangat lega kerana tidak dipenjara dan berharap selepas ini tak ada orang nak ungkit-ungkit yang dia tidak membayar nafkah lagi.
Alhamdulillah, lega tidak di penjara. Saya sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini kerana ia menunjukkan saya tidak bersalah 100 peratus. Saya bayar nafkah cuma ada masanya saya tidak mampu kerana kontrak kerja tamat. Saya sudah bayar apabila boleh dan saya harap selepas ini tidak ada orang yang akan memfitnah atau menyebarkan cerita saya tidak bayar nafkah anak.
Kami sangat-sangat suka dengan nasihat hakim mahkamah syariah. Izinkan kami kongsi di sini untuk bacaan kita semua:-
Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa dan akan dihisab kelak. Anak bukan hak eksklusif kepada satu pihak. Biarlah anak merasai mereka masih mempunyai ibu dan bapa walaupun telah berpisah. Amat malang jika ibu bapa yang bercerai memisahkan anak dari ibu atau bapa. Jika itu terjadi, tunggulah seksaan daripada Allah dan api neraka.
Semoga selepas ini AC dan sesiapa sahaja pasangan yang sudah bercerai atau akan bercerai menjadikan nasihat tuan hakim ini sebagai panduan untuk menjaga anak-anak mereka.