Jika ada tempat terbaik yang dapat memuaskan keinginan para pecinta belanja, tempat itu adalah China. Sebagai pusat belanja murah dan berkualiti yang telah diakui dunia, China memang menjadi pusat belanja terbaik di Dunia.
Jika Anda mengganggap bahawa produk murah buatan China
tidak berkualiti dan hanya merupakan produk bajakan, maka kini Anda
harus berpikir 2x. Tanpa Anda sedari, produk-produk branding yang Anda
gunakan yang mungkin Anda beli dengan harga yang sangat mahal bisa jadi
merupakan produk buatan China.
Dengan kemampuan produksi China yang
sangat tinggi membuat banyak produsen merk terkenal yang memilih
produksinya di China dan kemudian mereka hanya memberi label merk saja.
Jadi bisakah Anda bedakan mana produk bermerk yang memang asli buatan
Eropah dan Jepun dengan produk buatan China
yang hanya diberi label merk saja? Jadi pilih mana, murah tapi tidak
ada label atau mahal dengan label meskipun kualitasnya hampir sama?
Jika Anda pergi ke China, maka Anda tidak akan bingung tentang apa
yang harus Anda beli untuk teman, saudara, dan koleksi Anda. Atau mungkin
Anda akan bingung dengan banyaknya produk menarik yang harus Anda pilih
dengan harga yang cukup murah. Berbagai kenang-kenangan indah dan
hadiah untuk teman dan kerabat, berbagai jenis barang dagangan spesial,
termasuk sutera Cina, teh, barang antik, lukisan dan
kaligrafi, ubat-ubatan Cina, batu giok dan mutiara, kraf tangan, antara
lain, selalu tersedia untuk Anda pilih.
Berbagai barang khas terutama dijual di kota-kota :
Beijing, Shanghai, Xian, Guilin, Chengdu,Suzhou, Hangzhou, Lhasa,
Guangzhou, Shenzhen dan terutama Hong Kong, kota yang terkenal di dunia
sebagai ‘Surga Belanja’. Ini adalah tujuan belanja yang
dikunjungi oleh kebanyakan turis untuk menghabiskan waktunya.
Kota di
Cina yang berbeda memiliki produk spesial yang berbeda: Beijing dicatat
untuk mutiara air tawar; Shanghai terkenal karena batu
giok, Xian dikenal untuk barang antik dan karpet, sementara Guilin
terkenal untuk lukisan gulir dan perhiasan. Khususnya, Suzhou dan
Hangzhou yang terkenal untuk sutera dan teh. Semua akan
memberikan banyak ide untuk memenuhi perjalanan belanja Anda.
iDAN
25 Mei 2012
Beijing Winter Snow World Tour (7H/6M)
MUSLIM PACKAGE
Hari 01 Kuala Lumpur / KLIA
Berkumpul di KLIA 2 jam sebelum waktu berlepas.
Hari 02 Beijing / Tianneman Square (SP,MT,MM)
Setibanya
di Beijing anda akan disambut oleh wakil kami. Lawatan diteruskan ke
Tian’anmen Square dan Silk Store. Lawatan mengelilingi di sekitar Bandar
Beijing. Kemudian anda akan dibawa menyaksikan Persembahan Acrobatic.
Daftar masuk hotel.
Hari 03 Forbidden City (SP/MT/MM)
Selepas
sarapan pagi, anda akan dibawa ke Forbidden City dan pusat Pemulihan
Kedoktoran Tradisional China (Pusat Kajian Herba). Di sini terdapat
pelbagai perubatan herba dari masa dahulu hingga yang terkini. Selepas
makan tengahari anda akan dibawa ke Summer Palace dan solat Jamak di
Masjid Madian sebelum dibawa ke kilang mutiara air tawar. Lawatan
diteruskan ke Zoo Panda.
Hari 04 Great Wall, Rose Valley (SP/MT/MM)
Selepas
sarapan pagi, pelancong akan dibawa melawat Tembok Besar China.
Pelancong akan diberi penerangan mengenai senibina dan sejarah pembinaan
tembok tersebut. Anda akan dibawa ke pusat batu Jade, Kilang Crystal,
sutera dan Pusat Ubat Bakar Baoshutang. Daftar masuk ke Rose Valley
Resort.
Hari 05 Beijing- Snow World (SP/MT/MM)
Selepas
sarapan pagi, anda akan dibawa ke bermain ski di Badaling Holiday Snow.
Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik boleh dididapati disini. lawatan
diteruskan ke Tea House disini anda akan diberi penerangan dengan lebih
lanjut berkenaan pelbagai jenis kualiti teh yang dihasilkan.
Hari 06 Beijing (SP/MT/MM)
Selepas
sarapan, anda akan dibawa ke komplek membeli belah yang terdapat di
Bandar Beijing. Makan tengahari dan malam di restoran muslim tempatan.
Hari 07 Beijing (SP/MT/MM)
Sarapan
pagi, Anda akan dibawa bergambar di Beijing 2008 National Bird’s Nest
stadium dan kedai perhiasan. Tidak sah ke Beijing sekiranya anda belum
dibawa ke bazaar tempatan iaitu Yabaolu Market (Chaoweimen). Di sini
terdapat pelbagai cadar, alas meja, barangan kulit dan beraneka jenis
barangan lagi. Di sini anda boleh tawar menawar dengan harga yang sangat
berpatutan dan murah sekali. Anda juga dinasihatkan supaya berhati-hati
ketika memilih kualiti barangan yang hendak dibeli.
Hari 08 Beijing – Kuala Lumpur (SP/MT)
Selepas
sarapan pagi dan daftar keluar hotel, Anda akan dibawa ke Tian Ya Market
untuk membeli belah. Makan tengahari akan disediakan sebelum bertolak
ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Untuk penerbangan pulang ke
Kuala Lumpur.
Harga Pakej
DEWASA
|
KANAK2 (wb)
|
KANAK2 (wob)
|
RM 2480.00
|
RM 2180.00
|
RM 2080.00
|
Harga Termasuk
- Tiket penerbangan KUL/BJS/KUL kelas ekonomi
- Penginapan di Hotel setaraf 3*
- Segala lawatan yang diaturkan termasuk tiket-tiket untuk memasuki tempat-tempat lawatan
- Makanan halal di restoran muslim.
- Visa RM70.00
- Pengangkutan bas yang berhawa dingin ke setiap tempat lawatan.
Harga Tak Termasuk:
- Segala perkhidmatan tambahan di hotel
- Bayaran tambahan aktiviti ski di Ski Resort
- Tips untuk pemandu pelancung dan pemandu bas (ikhlas)
- Insuran perjalanan individu
Maklumat Penerbangan:
12 DEC CA972 KUL/PEK 2335/0545
19 DEC CA971 PEK/KUL 1600/2230
Pendaftaran:
- Bayaran deposit sebanyak RM 800.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 15 hari sebelum berlepas.
- Bayaran boleh dibuat secara tunai / cek ke pejabat atau dimasukkan ke akaun kami:
ALLIED TRAVEL & TOURS SDN BHD
EON BANK BHD ACC NO: 0018 1000 8975 3
PEGAWAI PENEMPAHAN : ABDUL AZIZ BIN ABDUL HAMID-012-9754916
Harga pakej boleh berubah dari masa ke semasa tanpa sebarang notis tertakluk kepada pihak penerbangan dan ‘ground arrangement’.
Beijing 2008
Pengalaman Ke Beijing Bersama Juara HKS
16 Mac 2008
17 Mac 2008
18 Mac 2008
19 Mac 2008
20 Mac 2008
JAM 8.20 pagi kami berlepas dari lapangan terbang
KLIA menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Rombongan bersama
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Tuan Shaik
Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Haji Kamaruddin, Pegawai Pelajaran ANGKASA, Mohd. Radif Md.
Jali, guru koperasi, Puan Dayang Hamsiah, koperator muda iaitu Aina
Insyirah, Muhammad Taufik dan Ruhil. Kapal terbang tiba di Beijing tepat
pada jam 2.50 petang.
Ketibaan kami disambut oleh pemandu pelancong yang
mesra dengan panggilan Farah. Perjalanan pertama menuju ke Akrobatik
Centre yang mempersembahkan Akrobatik China. Sepanjang perjalanan Farah
telah memberi sedikit maklumat tentang bandar raya Beijing dan program
lawatan di Akrobatik Centre. Persembahan bermula tepat jam 5.30 petang
waktu Malaysia. Sebanyak lima persembahan dijalankan dan ia sangat
menghiburkan dan memberi pendedahan yang baik kepada kami.
Kami menginap di Warwick International Hotel yang selesa.
Jam 8.30 pagi kami memulakan perjalanan ke Langfang
bagi melihat aktiviti koperasi yang berasaskan pertanian dan
penternakan. Kami bertemu dengan Encik Lu Peng wakil dari China Coop
atau lebih dikenali sebagai Chinese Supply into All China Federation of
Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC). Encik Lu Peng juga menjadi
pengantara komunikasi bagi kami. Ketibaan kami di lokasi pertama iaitu
pusat pengumpulan baja bagi koperasi petani di Langfang disambut oleh
beberapa pengurus bagi setiap segmen perniagaan ACFSMC. Kami telah
diberi taklimat berkaitan aktiviti pembelian bahan pertanian dari
kawasan sekitar terutamanya bagi petani yang menjadi koperasi.
Gudang penyimpanan ini telah berusia hampir 50 tahun,
menjalankan aktiviti membeli dan pengeluaran baja pertanian. Terdapat
seramai 97 ahli koperasi keluarga yang menjana sumber pendapatan
melalui koperasi ini. Konsep menjadikan ahli koperasi disertai oleh
keluarga menarik minat kami untuk mengetahuinya lebih mendalam. Sesi
penerangan disini berjalan selama 30 minit.
Kemudian kami dibawa pula ke sebuah pasar raya milik
koperasi yang berada lebih kurang 30 kilometer dari gudang agriculture
fertilizer. Setibanya kami di pasaraya koperasi ini kami disambut oleh
pengurus kedai. Beliau memberi sedikit penerangan berkaitan sistem
pengurusan kedai yang telah wujud sekian lama di kawasan Langfang ini.
Terdapat lebih kurang 1000 buah kedai seperti ini
wujud di seluruh China terutama di kawasan kampung yang menumpukan
kepada barangan keperluan harian. Selepas 20 minit, kami dibawa ke
lokasi seterusnya iaitu Langfang Cow Milk. Kami disambut meriah oleh
Majikan dan pekerja di sini. Pengurus penternakan lembu telah
menerangkan kepada kami sejarah, aktiviti perniagaan dan sistem yang
digunakan. Kami telah mengadakan sedikit perbincangan di bilik
mesyuarat yang disediakan.
Pengurus di sini sempat menunjukkan kepada kami
gambar CCTV yang menunjukkan aktiviti pemprosesan susu dan perbincangan
berkaitan dengan pengurusan koperasi yang dijalankan. Perbincangan juga
termasuk tentang aktiviti pendidikan yang dijalankan kepada anggota
koperasi. Selepas satu jam kami telah meneruskan perjalanan kami ke
bandar Beijing dan telah disambut oleh Setiausaha Gabenor Langfang City.
Beliau telah memberi ucapan penghargaan atas kehadiran kami dan
mengadakan sesi pertukaran hadiah.
Perjalanan kami diteruskan ke Beijing Dizhen Silk
Product bagi melihat pemprosesan sutera. Kurator disini telah memberi
sedikit penerangan berkaitan penghasilan sutera. Kami melihat hasil
kerja tangan yang dibuat dari sutera. Lokasi seterusnya ke Nujing
Mosque. Farah menerangkan tentang usia masjid ini yang wujud sejak 1000
tahun yang lalu. Terdapat lebih kurang empat juta umat Islam di bandar
Beijing, namun masjid ini tidak dibenarkan melaungkan azan dengan kuat,
hanya sekadar di dalam masjid sahaja.
Jam 8.40 pagi kami bertolak ke pejabat All China
Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC) di selatan
Beijing. Encik Lu Peng membawa kami ke bilik mesyuarat dan bertemu
dengan Pengurus Perniagaan Agriculture Fertilizer, Encik Week, Pengurus
Perniagaan Antarabangsa, Encik Juan, Pengurus Pendidikan, Encik Chew
serta Division Chief ACFSMC, Encik Xu Mingfeng.
Pertemuan dengan Presiden ACFSMC berbincang tentang
peranan setiap pengurus dan kami juga menerangkan peranan ANGKASA di
Malaysia. Antara topik penting yang kami bincangkan ialah mengenai
Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan pembekalan barangan dari China ke
Malaysia. Saya juga tidak ketinggalan menawarkan aktiviti Pelancongan
Antarabangsa kepada mereka. Sesi pertemuan tamat dengan sesi bertukar
hadiah dan bergambar.
Perjalanan diteruskan ke Summer Palace di mana
terdapat tentang sejarah Dragon Lady yang mengawal tiga orang raja di
bawah pemerintahannya. Lokasi ini sangat menarik kerana pemandangan
sangat indah. Lokasi ini sangat luas dan kami hanya pergi ke beberapa
tempat sahaja. Kemudian kami telah menuju ke Freesky Pearl di mana
terdapat hasil mutiara yang dijadikan barangan hiasan diri serta
kosmetik.
Ketibaan kami disambut oleh pekerja di tempat
tersebut dan beliau menunjukkan demonstrasi bagaimana mutiara diperoleh,
kemudian kami dibawa ke pusat jualan dan meneruskan perjalanan ke
lokasi berhampiran dengan Stadium Utama Olimpik 2008. Di kedai ini
terdapat jualan batu jade, lokasi ini agak unik kerana ia terdapat di
bawah tanah. Kami dipertemukan dengan Encik Jhonny seorang bangsa Cina
kelahiran Malaysia.
Beliau sangat gembira dapat bertemu dengan kami
kerana beliau sudah lama tidak balik ke Malaysia dan memberi harga yang
murah pada barangan jualannya. Kami berbangga kerana dilayan seperti VIP
serta dapat bertemu dengan warga Malaysia yang berjaya di Beijing.
Perjalanan kami diteruskan ke Flea Market di mana terdapat barangan
jualan untuk kami bawa pulang.
Sesi lawatan bermula pada jam 8.30 pagi menumpukan
semua tempat yang masih belum dilawati. Jam 9.30 pagi kami tiba di pusat
penjualan dan reka bentuk jade, diberi sedikit penerangan kemudian ke
pusat membeli jade yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.
Jam 10.20 pagi kami meneruskan lawatan ke Cyrstal
Palace of Ming Tomb Beijing. Di sini kami diberi sedikit penerangan
tentang kristal, bagaimana kristal dibentuk akhirnya ke pusat jualan
kristal. Kami telah meneruskan lawatan ke lokasi pembuatan tembaga iaitu
Friend Store. Di sini terdapat beberapa bahagian yang menunjukkan
pemprosesan tembaga dilakukan, dari membuat corak sehingga pembakaran.
Sementara menunggu masuk waktu Zohor kami sempat melihat barangan yang
dijual.
Kami meneruskan perjalanan ke Great Wall of China
yang terkenal di seluruh dunia sebagi salah satu lokasi ajaib dunia.
Di sini kami telah menaiki tembok besar ini sehingga ke puncak, dan
sempat membeli sijil bukti bahawa kami kami telah berjaya sampai ke
puncak. Hakikatnya cabaran untuk sampai ke puncak amat sukar kerana
terpaksa mendaki ratusan anak tangga.
Kami meneruskan perjalanan ke Gue Qiu sebuah kilang
yang mengeluarkan ubat-ubatan tradisional. Kami diberi sedikit
penerangan oleh petugas dan mempromosikan beberapa produk ubatan yang
boleh dibeli. Kami meneruskan perjalanan ke Foot Massage. Lokasi ini
dinamakan Beijing Traditional Chinese Medicine Health Preservation
Reseach Centre. Di lokasi ini kami telah diberi sedikit penerangan
tentang penjagaan kesihatan melalui konsep “yin dan yang”. Selepas
dikumpulkan di sebuah bilik yang selesa kami digalakkan untuk mengurut
kaki dan bahu. Selepas urutan dilakukan kami diminta untuk membayar
tips kepada tukang urut. Semasa urutan dijalankan kami didatangi oleh
doktor bertauliah untuk memberi nasihat produk yang boleh dibeli oleh
kami. Selepas satu jam, kami meneruskan perjalanan ke pasar raya.
Hari terakhir berada di Beijing, kami bersiap untuk
ke Medan Teinenment dan Forbidden City. Kami telah memulakan perjalanan
ke Medan Teinenment tepat pada jam 9.00 pagi, 15 minit perjalanan menuju
ke lokasi lawatan, setibanya di sana kami telah singgah di sebuah pasar
mini untuk membeli sedikit barangan sebelum menuju ke lokasi lawatan.
Kami berjalan kaki ke Medan Teinenment dan kami diterangkan berkaitan
dengan peristiwa rusuhan yang berlaku kerana bantahan mahasiswa
yang menuntut hak mereka, akibatnya banyak kematian berlaku di sini.
Perjalanan seterusnya menuju ke lapangan terbang
antarabangsa Beijing. Kapal terbang tiba dan perjalanan balik berjalan
dengan lancar. Kami tiba di KLIA tepat jam 10.40 malam.
Guilin Destinasi Pelancongan Menarik di China
Destinasi yang terletak di timur
laut China, popular sebagai destinasi wajib pelancongan kerana tarikan
keindahan semula jadinya seperti bukit batu kapur, sungainya yang
jernih serta deretan pusat membeli-belah.
Namun, berbeza sekali dengan dua warga emas ini kerana menyahut cabaran anak lelaki mereka untuk mengembara ke Guilin, China. Apa yang dilalui Haron Siken, 71, dan isterinya Ramnah Othman, 64, pada 7 hingga 10 Januari 2010 yang lalu memang tidak terfikir oleh mereka sendiri. Pengembaraan mereka yang dibawa anak lelaki, Zulkeflee, pada musim sejuk bukan saja membuka minda malah lebih membuka mata setelah mendapat pengalaman berharga.
Penulis yang turut menyertai rombongan
mereka, mengagumi semangat pasangan ini apatah lagi Guilin bukan
sembarangan tempat kerana memerlukan kekuatan tenaga untuk meninjau
keunikannya, termasuk di kawasan berbukit bukau selain keadaan cuaca
yang agak sejuk.
Namun, keistimewaan Guilin yang disifatkan sebagai kota ‘syurga’
China kerana pemandangannya yang amat indah dan dianggap destinasi
wajib dikunjungi pelancong asing, boleh menghilangkan rasa penat
sekelip mata. Tarikan utamanya adalah bukit batu kapur dan sungai
jernih yang sering kali menjadi subjek paparan lukisan dan kerja
kaligrafi China.“Pengembaraan bermula dari Kuala Lumpur lagi apabila kami bertolak seawal 2.30 pagi untuk ke KL Sentral seterusnya ke LCCT bagi mengejar penerbangan 6.40 pagi ke Guilin,” cerita Haron, bekas pesara Telekom berasal dari Kuala Sungai Baru, Melaka. Tidak mahu menyusahkan sesiapa menghantar dan mengambil di lapangan terbang, semua perancangan diatur sebaik mungkin. Jumlah beg yang dibawa juga dicatu untuk memudahkan pergerakan masing-masing.
“Setibanya di Lapangan Terbang Liangjiang, cuaca dengan suhu 5 darjah Celsius menyambut kami. Dari bandar Guilin kami ke Yangshuo pula, sebuah pekan kecil yang sangat indah pemandangannya. Anak kami mahu kami merasai perjalanan menaiki bas bersama-sama rakyat tempatan yang menjalankan urusan seharian mereka. Agak lega di dalam bas kerana ada alat pemanas.”
Di Yangshou, Haron dan Ramnah melihat keindahan pekan kecil yang popular dengan bukit batu kapur yang tidak terkira banyaknya. Mereka juga berpeluang menaiki rakit menyusuri Sungai Luyong bagi perjalanan 45 minit pergi dan balik.
“Paling mengujakan, kami suami isteri menyewa motor elektrik yang kelajuan maksimum 35 kilometer sejam. Sesuatu yang tidak terfikir dilakukan pada usia sebegini tetapi anak kami meyakinkan, sudah sampai ke negara orang mengapa tidak mencuba!”
Di Yangshou, selain bekalan makanan yang dibawa, mereka juga mengunjungi satu-satunya restoran Muslim di pekan itu dan pertama kalinya Haron dan Ramnah merasai masakan orang China. Inilah pertama kali mereka melihat warga Muslim Cina dan dapat merasakan kemesraan mudah terjalin sebaik saling bertukar salam.
“Dua hari di Yangshuo, kami menaiki bas ke Guilin pula. Di Guilin, restoran Muslim lebih banyak kerana penduduk Muslimnya yang ramai. Kami juga melawat beberapa masjid dan sempat bersolat Zuhur di sebuah masjid di Jalan Minzu. Ketika berwuduk saya terkejut kerana di situ ada disediakan air panas untuk kemudahan jemaah di musim sejuk.”
Biasa bergaul dengan masyarakat China di Malaysia, Haron dan Ramnah agak tergamam melihat orang China di negara Tembok Besar itu. Ini kerana sukarnya berkomunikasi dengan mereka kerana rata-ratanya tidak langsung tahu berbahasa Inggeris.
Ramnah, ibu empat anak memuji makanan China Muslim dan tergelak mengingatkan kenangan suaminya belajar makan nasi menggunakan penyepit kayu. Namun Haron cepat belajar dan mula seronok menggunakan penyepit berkenaan.
“Berbelanja di China memang seronok kerana harganya yang murah. Anak saya pula memang handal tawar menawar walaupun tidak tahu berbahasa Mandarin dan sekadar menulis angka di kertas,” kata Ramnah sambil menambah mereka teringin pula ke negara sama di musim panas dan juga ke Beijing untuk melihat tembok China.
Mengembara pada musim sejuk, pakaian berlapis termasuk jaket musim sejuk, penutup kepala, stokin dan juga sarung tangan yang perlu dipakai sepanjang masa. Memang ia merimaskan tetapi tentu saja tidak dapat ke mana tanpa mengenakan semua perlindungan itu.
“Membawa orang tua berjalan perlu banyak kesabaran. Saya mengikut rentak mereka, berhenti ketika penat dan juga memastikan perkara-perkara lain terjaga seperti menjaga makan minum mereka. Setiap kali berjalan saya membawa bekalan air dan biskut, melapik perut sekiranya mereka lapar kerana gerai halal yang terhad.
“Mereka memang akan berbelanja sakan kerana barang-barang yang murah. Barang yang hendak di bawa pulang empat kali ganda dan tenaga yang membawanya pula hanya saya seorang. Namun, demi menggembirakan hati orang tua, saya melakukannya dengan penuh rela,” kata Zulkeflee, 41, anak kedua dari empat beradik.
INFO: Guilin
- Terletak di timur laut Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China
- Nama Guilin bermaksud hutan bunga Osmanthus yang harum dan banyak di sini
- Ada 30 kawasan pemandangan indah, termasuk bukit batu kapur, sungainya yang jernih
- Tarikan unik seperti Bukit Belalai Gajah yang juga simbol bandar ini kerana menyamai mamalia itu sedang minum di Sungai Lijiang
Pesona ‘Sarang Burung’
Oleh MUHAMMAD FAIZ JOHARI
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
MEGAH...Stadium Olimpik 2008.
JIKA orang lain mahu melihat Tembok Besar atau Kota Larangan ketika berkunjung ke Beijing, keutamaan penulis pula ialah Stadium Olimpik 2008. Bukan tidak teruja dengan dua tempat yang menjadi tumpuan dunia itu tetapi kerana meminati sukan, penulis tetap mengutamakan stadium berkenaan.
Kesempatan melancong ke ibu kota itu bersama keluarga, baru-baru ini penulis memberitahu pemandu pelancong supaya memastikan dapat berada di stadium berkenaan lebih lama kerana sebelum ini dimaklumkan oleh rakan-rakan yang pernah berkunjung ke sana hanya diberi peluang mengambil gambar dari luar saja.
Selepas berbincang, pemandu pelancong bersetuju membawa penulis dan ahli keluarga memasuki stadium berkenaan walaupun bayaran masuk 50 yuan (RM25) seorang terpaksa ditanggung sendiri. Puas hati dapat memasuki stadium yang boleh memuatkan 110,000 penonton itu.
Walaupun penulis pernah mengunjungi Stadium Bukit Jalil yang boleh menampung 100,000 penonton tetapi berada di stadium ini dirasakan lebih bermakna kerana ia tempat bersejarah kerana menjadi gelanggang rasmi Sukan Olimpik ke-29.
TUMPUAN...makanan eksotik di Wangfujing jadi kegemaran pelancong.
Lagi pun reka bentuknya seperti sarang burung sungguh mempesonakan, terutama apabila melihat dari jauh.
“Wau.” Itulah perkataan pertama keluar daripada mulut penulis sebaik melihat stadium berkenaan. Tidak hairan mengapa stadium yang mengambil masa empat tahun untuk dibina dengan kos AS$423 juta (RM1.3 bilion) membabitkan 44,000 tan besi keluli ini dipanggil Bird's Nest yang menyaksikan atlit bertaraf dunia, termasuk Usain Bolt, mengerah keringat untuk memburu pingat emas pada 8 hingga 24 Ogos 2008.
Menurut pemandu pelancong yang dikenali sebagai Nadia, sarang burung menjadi kegemaran masyarakat Cina dan ia sangat mahal dan hanya dimakan pada hari perayaan oleh mereka yang berkemampuan.
“Oleh kerana sarang burung sinonim dengan masyarakat Cina, timbul ilham untuk membina reka bentuk stadium berkenaan. Kami bangga dengan stadium ini,” katanya.
Penulis menghabiskan masa sejam untuk merakam gambar sambil melihat kemudahan disediakan sambil membeli cenderahati. Di stadium itu juga disediakan skrin besar bagi membolehkan pelancong menyaksikan upacara pembukaan Sukan Olimpik 2008 diadakan seolah-olah menyaksikan sukan berkenaan secara langsung.
Nadia memberitahu, selain Tembok Besar China dan Kota Larangan, stadium itu kini menjadi tumpuan pelancong selepas Sukan Olimpik.
“Walaupun ada yang tidak mahu masuk ke dalam stadium, mereka memilih untuk bersiar-siar di perkarangan yang luas kawasannya untuk mengambil gambar.
“Selain stadium, turut menjadi tumpuan ialah Ice Cube di mana sukan renang diadakan terletak bersebelahan stadium ini,” katanya.
ICE CUBE...pemandangan waktu malam di gelanggang akuatik Olimpik antara lokasi wajib pelancong.
Di perkarangan stadium juga dipenuhi peniaga yang menawarkan pelbagai cenderahati, terutama berbentuk stadium berkenaan berharga sehingga 50 yuan (RM25). Jika pandai tawar, cenderahati itu boleh diperoleh pada harga 10 yuan saja (RM5).
Selepas hajat melihat stadium tercapai, satu lagi impian penulis ialah melihat panda kerana selama ini hanya melihat gambar. Impian itu dipenuhi apabila mengunjungi zoo di Beijing.
Sungguh seronok melihat gelagat panda buat kali pertama dalam sejarah. Hanya ada lapan ekor haiwan berkenaan di zoo itu. Cenderahati membabitkan haiwan terbabit boleh diperoleh dengan harga berpatutan.
Penulis membeli topi panda berharga 30 yuan (RM15) dan memakainya ketika bersiar-siar di Beijing tetapi yang menghairankan ada juga masyarakat Cina bertanya di mana penulis membeli topi berkenaan, sedangkan ia mudah didapati di bandar raya itu.
Selain itu, penulis sempat berkunjung ke Wangfujing, kawasan seperti Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Yang menarik perhatian penulis bukan bangunan modennya, tetapi makanan eksotik seperti kala jengking, tapak sulaiman, cacing dan ulat yang dijual di kawasan berkenaan.
Ia menjadi tumpuan pelancong kerana sukar dilihat di mana-mana tempat kecuali Beijing atau Taiwan. Walaupun loya tekak melihat pelancong menikmati makanan itu, tetapi kerana mahu melihat suasana di situ sambil merakam gambar terpaksalah berbuat demikian.
Yang pasti, Tembok Besar dan Kota Larangan mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak perlu penulis kongsikan pengalamannya kerana ia kerap dipaparkan di media massa.
Apa pun, melancong ke Beijing memang menyeronokkan kerana ia menjanjikan pengalaman mengasyikkan.
Masjid Niujie Beijing wajib dikunjung
Oleh Uthaya Sankar SB
BEIJING,
15 Julai — Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama yang melancong ke
Beijing, China perlu memastikan bahawa Masjid Niujie di Xuanwu termasuk
dalam senarai “wajib lawat”.Masjid ini mempunyai keluasan sekitar 6,000 meter persegi dan menampilkan gabungan senibina Islam dan China.
Saya, Jasmine Koh, Izan Ali dan Nurul Fadzillah yang diiringi Tan See Hua dalam rangka lawatan tajaan One Nusantara Sdn Bhd terpegun melihat segala keunikan pada masjid ini semasa melawat Niujie Street (Jalan Lembu) pada petang semalam.
Masjid Niujie dibina pada 996 ketika Dinasti Liao (916-1125) dan diberi nama “Libaisi” pada 1474.
Sejak 1949, kerja-kerja pemulihan dilakukan sebanyak empat kali di bawah projek tajaan kerajaan bagi memastikan masjid tertua dan terbesar di Beijing ini kekal sebagai tapak warisan budaya.
Kami berlima meluangkan masa melawat masjid ini dengan penuh takjub sambil merakamkan foto-foto kenangan dan membaca catatan yang menjelaskan maksud dan sejarah setiap objek di sini.
See Hua yang bertindak sebagai pemandu pelancong pula memberikan pelbagai maklumat tambahan yang amat berguna mengenai Masjid Niujie dan Xuanwu yang merupakan perkampungan Islam terbesar di Beijing.
Izan membuat pengamatan bahawa lawatan ke masjid berciri Islam dan China ini membuka mata betapa kita di Malaysia perlu menyedari bahawa masjid tidak semestinya hanya menampilkan ciri-ciri budaya Arab, sebaliknya perlu – malah wajar dan wajib – mengangkat ciri-ciri budaya tempatan dalam pembinaannya.
Perkara ini memang disetujui kami yang lain.
Di sekitar Xuanwu, terdapat kedai-kedai menjual produk halal yang pelbagai. Segala barangan keperluan masyarakat beragama Islam terdapat di sini.
Terdapat juga pasar raya yang khusus menjual segala barangan keperluan harian yang disahkan halal, maka tidak perlu was-was untuk membeli dan menggunakannya.
Di kedai runcit Specialities of Xinjiang, kami tidak melepaskan peluang membeli kurma, kismis dan beberapa makanan lain yang tentu sahaja harganya ‘memeranjatkan’ bagi kita dari Malaysia.
Pada sebelah pagi, kami berlima pergi ke Pasar Borong Zoo Beijing. Tentu sahaja pasar borong ini bukan terletak di dalam zoo, sebaliknya merujuk kepada nama stesen subway.
Bagi penggemar kasut dan pakaian, mereka mungkin memerlukan sekurang-kurangnya sehari suntuk untuk melihat dan membeli barangan di pasar borong ini.
Kami tentu sahaja terpegun dengan semua barangan di sini, khasnya Izan, Fadzillah dan Jasmine yang tidak tahu kasut mana yang perlu dibeli kerana keseluruhan tingkat enam dikhaskan bagi kasut wanita dan tingkat tujuh bagi kasut lelaki.
Apabila mahu membeli pakaian di pasar borong ini, kita perlu bijak dalam soal tawar-menawar harga. Urusan kami menjadi amat mudah kerana Tan yang berasal dari Tangkak menjadi jurubahasa dan jururunding kami.
“Nampaknya satu hari tidak mencukupi bagi pelancong untuk melihat, memilih dan membeli kasut dan pakaian di sini,” kata Fadzillah dan Izan.
“Dan, jika pelancong itu adalah wanita, maka sekurang-kurangnya dua hari perlu diperuntukkan khas untuk datang ke Pasar Borong Zoo Beijing sahaja,” saya menambah.
Di sebelah pasar borong itu adalah Planetarium Beijing yang juga pasti merupakan pilihan bijak untuk dilawati, khususnya bagi kanak-kanak.
Satu lagi destinasi yang juga amat wajar dimasukkan dalam senarai “wajib lawat” adalah Capital Museum di Jalan Fuxingmenwai, Xicheng. Lupakan terus gambaran dan tanggapan dalam minda anda mengenai muzium-muzium seperti yang terdapat di Malaysia.
Kalau di negara kita, amat sukar untuk “memujuk” orang ramai – kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas, orang tempatan dan pelancong – melawat muzium, perkara yang sebaliknya dapat diperhatikan di Muzium Beijing ini.
Muzium berkenaan yang dibuka setiap hari (kecuali Isnin) dari 9 pagi hingga 5 petang pasti akan membuatkan anda terpegun, terpersona dan menyimpan hajat meghantar kertas cadangan kepada Jabatan Muzium Negara mengenai apa yang sepatutnya dilakukan untuk memastikan sebuah muzium benar-benar layak dipanggil muzium yang layak menarik perhatian pengunjung.
Mana-mana individu yang tidak menyukai sejarah – dan mata pelajaran Sejarah di sekolah – juga pasti terpegun dengan barangan pameran di muzium ini yang khusus mempamerkan pelbagai artifak berkaitan sejarah silam, budaya dan keunikan Beijing.
Walaupun sebelum datang ke Beijing pada Selasa lalu, kami berpandangan bahawa tempoh kunjungan 10 hari adalah terlalu lama, namun pada hari ketiga di sini, kami sedar bahawa tempoh itu adalah terlalu singkat.
Bermain salji di Tembok Besar China
KETAKUTAN untuk menjejak kaki ke luar negara sudah lama menjadi penghalang untuk saya meneroka keindahan dunia luar yang selama ini hanya dapat dilihat di kaca televisyen dan gambar. Sebelum ini, saya belum pernah mempunyai pengalaman bercuti di negara orang.
Walaupun pernah beberapa kali memasang niat dan bercadang untuk bercuti ke luar negara, hasrat itu asyik terbatal tambahan lagi komitmen kerja dan keluarga, lebih-lebih lagi kini saya mempunyai anak kecil yang menyusu badan sepenuhnya.
Bagaimanapun, disebabkan penggambaran telefilem Asmara Beijing dan Metro Skuad musim kedua berlangsung di Beijing, China, saya akhirnya akur dengan kehendak pengarah, Datuk Yusof Haslam untuk menjalani penggambaran di sana.
Dua minggu sebelum berangkat, saya berasa gusar untuk berjauhan daripada keluarga lebih-lebih lagi suami dan anak. Tetapi, suami menyokong dan saya sendiri membeli beberapa pasang baju sejuk walaupun ramai yang mengatakan cuaca tidaklah begitu sejuk di sana.
Saya memang tidak tahan sejuk! Di Malaysia sekali pun, saya berselimut tebal, inikan pula di negara yang bersalji. Justeru, saya membuat persediaan sewajarnya.
Hari pertama di Beijing, saya dan ahli rombongan lain dibawa melawat Fresh Water Pearl Centre. Di situ saya mengambil peluang membeli batu jed untuk ibu saya yang amat menyukai aksesori itu.
Keriangan di Tembok Besar China
Di sana, banyak batu permata dan mutiara dijual pada harga dua kali ganda lebih murah berbanding di Malaysia.
Selepas itu, kami dibawa melawat Summer Palace yang merupakan taman diraja terbesar di China yang dibina pada tahun 1751 oleh Maharaja Qing pada zaman itu. Kami juga melawat Masjid Nan Dou Ya yang mempunyai rekaan China unik berusia ratusan tahun.
Pada waktu malam pula, kami dibawa melihat persembahan akrobatik. Saya amat terpesona dengan tarian yang kelihatan pelik, tetapi menarik yang merupakan sebahagian budaya orang China.
Hari kedua di Beijing, kami dibawa melawat Jade Museum yang banyak memaparkan budaya bangsa China untuk kami fahami dan pelajari. Selepas itu, penggambaran telefilem diteruskan dekat Tembok Besar China. Di situ, saya dan ahli rombongan lain berpeluang menyaksikan salah satu keajaiban dunia di depan mata.
Kami bertuah kerana salji turun pada hari kedua menyebabkan Tembok Besar China dilitupi salji. Walaupun cuaca sangat sejuk sekitar 2 darjah celsius, saya dan ahli rombongan lain berlumba-lumba mendaki tangga tembok dan menggelongsor seperti kanak-kanak!
Tangan dan kaki saya berasa kebas akibat terdedah dengan salji untuk tempoh masa yang panjang. Saya terpaksa meniup dan menggosok tapak tangan berulang kali untuk mengurangkan rasa sejuk.
Keesokan harinya, lokasi pelancongan yang dikunjungi dan paling diingati ialah di Forbidden City. Di samping mempelajari sedikit sebanyak tentang sejarah pemerintahan di sini, saya lebih terpesona dengan seni binanya yang begitu unik, malah masih kukuh hingga ke hari ini.
Monumen itu mempunyai tujuh buah pintu yang besar menggambarkan luasnya bangunan itu. Ia tidak ubah seperti sebuah kompleks.
Disebabkan masa untuk menjelajah begitu singkat, saya dan ahli rombongan lain bergegas untuk merasai pengalaman masuk ke setiap pintu yang ada. Saya berpuas hati kerana dapat mengambil banyak gambar sepanjang berada di Forbidden City.
Di luarnya pula, terdapat banyak pokok yang mempunyai bentuk unik dengan ranting dan dahannya berlingkar-lingkar. Ketika berada di sini, saya berpeluang menikmati buah strawberi dicelup madu yang dijual peniaga jalanan. Rasanya sungguh sedap kerana buah strawberi itu amat manis dan segar.
Pada hari ketiga juga, saya berpeluang berkunjung ke Masjid Niujie iaitu masjid tertua di China yang menyimpan sejarah ribuan tahun. Kemudian, kunjungan diteruskan ke Muslim Super Market yang merupakan satu-satunya pasar Muslim di Beijing.
Berdekatan dengannya juga terdapat Silk Store yang begitu popular dalam kalangan pelancong kerana harga kain sutera jauh lebih murah berbanding di mana-mana negara. Malah, pelbagai pilihan produk membuatkan saya rambang mata.
Tewas untuk membeli-belah
Sebelum tiba di Beijing, saya sudah berniat untuk tidak berbelanja besar kerana seringkali membeli sesuatu, tetapi tidak memakainya.
Tetapi sebagai kaki membeli-belah, akhirnya saya tewas. Dengan harga yang sangat murah, terasa rugi sekiranya tidak membeli barangan kenangan memandangkan ini kali pertama saya berkunjung ke China, malah ke luar negara.
Pada hari keempat, selain penggambaran yang menjadi rutin harian, kami dibawa ke tempat-tempat beli-belah terkenal di Beijing seperti Olympic Sponsor Jewelry City, Kitchen Appliance Store dan Foot Massage.
Pada waktu malam pula, aktiviti membeli-belah diteruskan di kedai cenderamata Hard Rock Cafe.
Saya sememangnya menyukai cenderamata daripada Hard Rock Cafe kerana mengumpulnya hasil hadiah daripada teman-teman yang berkunjung ke luar negara.
Kali ini, saya dapat membelinya sendiri untuk dihadiahkan kepada teman-teman dan keluarga saya.
Pada hari kelima, saya tidak terlibat dengan penggambaran kerana hari itu kru penggambaran perlu menyiapkan penggambaran klip video Anuar Zain pula.
Justeru, isteri Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Fatimah Ismail membawa kami berjalan-jalan di sekitar Beijing serta membeli-belah di pusat beli-belah yang banyak menjual beg-beg yang cantik dan murah.
Kami juga berpeluang mengambil gambar di Hard Rock Cafe pada waktu siang serta menikmati aktiviti bebas selepas bertungkus-lumus menyelesaikan babak-babak penggambaran yang perlu disiapkan di Beijing.
Sepanjang aktiviti itu, saya dapat melihat bandar raya Beijing dengan lebih teliti. Bagi saya, Beijing ibarat bandar raya tidak berwarna kerana bangunannya banyak menggunakan warna-warna asas.
Selain itu, di sini juga sukar untuk melihat bangunan tinggi, malah kedudukannya juga agak jauh antara satu sama lain.
Kunjungan ke Beijing berakhir pada hari keenam iaitu selepas sarapan pagi di hotel kerana penerbangan dijadualkan pada waktu tengah hari.
Kunjungan kali pertama ini amat bermakna kerana ia telah membuka mata dan minda untuk lebih menghargai kebesaran ciptaan tuhan.
Selepas ini, mungkin saya akan mula memikirkan lokasi percutian luar negara seterusnya dan membawa keluarga saya pula.
Perang harga di Pasar Sutera
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
2011/12/11
Bangunan Pasar Sutera di Beijing.
Pada awalnya, konsep perniagaan Pasar Sutera juga terbuka, namun hanya sehingga 2005 kerana selepas itu ia berpindah ke sebuah bangunan enam tingkat. Pasar ini mungkin yang paling kerap dikunjungi pelancong asing di Beijing, mendapatkan segala macam produk tiruan.
Barangan kemas seperti gelang, rantai dan cincin, mutiara dan produk berasaskan mutiara, hasil kraftangan, kelengkapan kembara, cermin mata hitam, jam tangan, gajet elektronik seperti komputer riba dan telefon pintar pelbagai jenama dijual di tingkat empat dan lima.
Harus diingat, membeli-belah di Pasar Sutera amat memerlukan kemahiran menawar harga kerana jurujual di situ tidak melabel harga produk jualan mereka. Pengunjung perlu bertanya dulu berapa harga barangan dan biasanya, jurujual mengenakan kadar tinggi walaupun produk yang dijual semua tiruan.
Jangan takut untuk menawar walaupun sehingga 200 peratus kurang daripada harga asal yang ditetapkan penjual. Paling penting, jika mereka enggan menerima harga yang kita sebutkan, cuba keluar atau berlalu dari kedai mereka, pasti tangan anda ditarik dengan suara memujuk bertanya berapa harga yang kita mahu.
Masa itulah kita perlu berani menyatakan harga yang dimahukan kerana jika dianggap tidak berbaloi, mereka sedia melepaskan kita pergi.
Jangan terperanjat jika disapa penjual di Pasar Sutera dengan pertanyaan `apa khabar' atau `dari Malaysia’ atau ditegur `mari beli di sini', `murah-murah abang kakak' dan `singgah bang'. Sapaan itu biasanya dilontarkan jurujual wanita muda genit sambil menerpa lalu menarik pengunjung ke dalam kedai mereka.
Ini kerana, ada di antara peniaga terbabit pernah bekerja di Indonesia, Singapura atau Malaysia sebelum ini dan menggunakan kelebihan berbahasa Melayu untuk menarik pengunjung berkulit sawo matang.
Paling penting, bersedia juga untuk `diculik' jurujual wanita khasnya mereka yang berkeliaran di tingkat bawah tanah yang menempatkan puluhan kedai mini menjual beg tangan wanita.
Penulis sendiri melalui pengalaman itu apabila dipaksa membeli beg tangan walaupun ketika itu niat hanya mahu melihat dan memilih. Apabila cuba keluar dari kedai, dua hingga tiga rakan jurujual terbabit menghalang sebelum menolak penulis masuk semula ke dalam kedai.
Akhirnya, terpaksa juga membeli untuk dijadikan buah tangan, itupun selepas puas bertengkar dan tawar menawar dengan jurujual. Seperkara lagi, disebabkan pengunjung pasar itu rata-rata pelancong asing, jurujual di situ cukup baik bertutur dalam bahasa Inggeris.
Pengunjung juga perlu berhati-hati dengan penyeluk saku kerana mengikut pemandu teksi yang membawa penulis ke pasar berkenaan, Pasar Sutera menjadi lubuk emas bagi penjenayah kecil-kecilan itu.
Langgan:
Catatan (Atom)