iDAN

24 April 2017

Jutawan iDANRADZi.



Udah lama sangat Sijil Simpanan Premium (SSP) aku tak menang. Ada beberapa kali dapat hadiah berupa SSP sekitar RM300. Sijil milik Mila pun pernah dapat mini kompo juga SSP.

Aku pun tak pasti berapa banyak aku simpan SSP ini; yang aku tebus pun banyak juga. Semua duit BR1M dua kali aku dapat semuanya aku tukar ke SSP di Bank Simpanan Nasional. Agar membiak!.



Sejarah BR1M... awal diperkenalkan aku layak sebab geng Abg Najib tak dapat kesan Mila di mana. Bila masuk ke fasa BR1M3 udah sangkut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tolak permohonan BR1M aku dengan alasan tak dapat mengesan isteri aku Mila ini siapa pun kerja di mana (emm... PATI agaknya, Aku tak pernah berbohong tulis nama & Mykad Mila dalam tulisan rumi; bukan tulisan Benggali) tahun ke empat BR1M4 ada staf LHDN geng Abg Najib ini telefon Mila nak sumbat suaminya aku ke dalam lokap. Sebab katanya aku kasi maklumat palsu; sebabnya aku tak tulis status perkahwinan... berkahwin. Moralnya jika udah memang tak dapat kesan Mila dalam permohonan sebelum ini; apa perlunya nak tulis maklumat Mila dalam permohonan yang terkini.

Isunya elaun bersara aku cumalah sekitar RM1,000. Manalah nak cukup hidup berkeluarga. Sebab itulah aku memohon BR1M; aku baca berita pun ada ratusan juta RM... BR1M tidak diagihkan. Jika LHDH tolak permohonan BR1M aku sebelum ini, lojiknya Mila kenalah kasi BR1M kepada aku; untuk aku bayar pelbagai cukai yang terus naik, juga GST yang kini tetiba ujud 6%; pencen cuma naik 2%. Nampak sangat ini satu penganiaya. Bukan aku nak joli.

Sepanjang hayat aku memang tak pernah pun tahu berapa gaji Mila. Bertanya pun tak pernah sebab aku tahu ianya isu teramat sensitif buat Mila. Bonos Mila lagilah aku tak tahu. Melalui BR1M dapatlah congak rupanya Mila tu seorang yang kaya raya. Baru tahu. Cumanya Mila berkerja sekitar dua tahun sahaja lagi.

Agar sesiapa yang terbaca nota ini doakanlah aku menang hadiah lebih besar dalam cabutan SSP setiap hujung bulan. Manalah tahu atas doa dari kalangan 12,595 rakan/ahli KuCuiT satu hari nanti aku akan jadi jutawan. Seronoknya berangan!.

#KuCuiT