iDAN

08 Februari 2013

Kucing Liar: Penyakit Cakaran Kucing iii



 Apa yang dimaksudkan dengan penyakit cakaran kucing, dan bagaimana ianya berjangkit?

Penyakit Cakar Kucing ialah satu jangkitan disebabkan oleh sejenis bakteria (kuman) yang terdapat didalam air liur kucing. Bakteria ini dipanggil Bartonella Henselae dan boleh disebarkan dari seekor kucing kepada  seorang manusia yang sihat. Doktor dan para penyelidik  percaya bahawa kucing  mungkin mendapat bakteria itu dari kutu.

Seseorang itu boleh mendapat penyakit akibat cakaran kucing apabila dia digigit atau dicakar oleh seekor kucing. Penyakit ini terjadi sekiranya kucing yang menggigit atau mencakar itu mempunyai  kuman pada kukunya. (Kucing  boleh mendapat bakteria apabila ia menjilat kukunya  sendiri.)

Penyakit Cakaran Kucing bukanlah  satu penyakit yang teruk kepada orang yang sihat tubuh badannya. Tetapi ia boleh jadi satu masalah kepada mereka yang mempunyai sistem-sistem ketahanan badan yang lemah. Ini termasuk pesakit yang menerima rawatan Kemoterapi untuk kanser, mereka yang mempunyai kencing manis serta mereka yang mempunyai penyakit AIDS. Penyakit cakaran kucing ini juga di panggil demam cakaran kucing. Dengan hanya satu gigitan atau cakaran daripada kucing, kucing boleh memindahkan  bakteria kepada anda melalui air liurnya. Anda juga boleh dijangkiti bakteria pada mata sekiranya anda mencium seekor kucing yang mempunyai bakteria pada bulunya dan kemudian menggosok mata anda. Ramai orang yang mendapat jangkitan ini tidak pasti samaada mereka pernah digigit atau dicakar oleh seekor kucing.

Apakah Gejala-Gejala Penyakit Cakaran Kucing?
Satu gelembung atau lecur akan kelihatan  pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran. Gelembung dan lecur ini  akan mengambil masa selama 3 hingga 10 hari untuk kelihatan selepas digigit atau dicakar oleh seekor kucing dan ianya memerlukan masa yang panjang untuk sembuh.

Satu jangkitan pada Kelenjar Limfa juga bolah terjadi, kelenjar-kelenjar  paling hampir dengan kesan gigitan dan cakaran juga akan terjejas. Misalnya, jika jangkitan ialah dari cakaran kucing pada lengan anda, kelenjar-kelenjar dalam lengan anda mungkin menjadi kembang dan membengkak serta anda boleh mendapat demam.

Bagaimanakah Penyakit ini Didiagnosis?
jika anda mendapati diri  anda telah digigit atau dicakar oleh seekor kucing, doktor mungkin akan dapat mengenalpasti penyakit berkenaan  berdasarkan fakta itu.  Kemudiannya anda akan jatuh sakit seperti kelenjar-kelenjar di kawasan gigitan atau cakaran mulai sakit, kelenjar limfa juga akan turut bengkak. apabila diagnosis tidak jelas, satu ujian darah mungkin membantu doktor anda membuat diagnosis.

Bagaimanakah Penyakit Cakaran Kucing Dirawat?
Kebanyakan pesakit yang terkena penyakit ini sembuh tanpa rawatan. Selalunya, pesakit hanya perlu mengambil ‘pain killer’ seperti Aspirin dan sebagainya untuk membantu melegakan kesakitan dan ketidakselesaan.

Bagaimanapun, antibiotik mungkin diperlukan sekiranya kelenjar limfa menjadi sakit dan membengkak untuk jangka masa lebih dari 2 hingga 3 bulan . Pengambilan Antibiotik mungkin dapat membantu sekiranya pesakit mendapat demam dan terkena jangkitan pada tulang, hati dan organ-organ yang lain.

Bolehkah penyakit cakar kucing jadi dicegah?
Elakkan diri dari berhubung  dengan kucing adalah  cara paling mudah untuk mencegah penyakit berkenaan. Walaubagaimanapun anda tidak perlu untuk terus menghapuskan kucing-kucing anda. Sebaliknya anda perlu  cuba mengelakkan sebarang keadaan di mana anda mungkin digigit atau dicakar oleh kucing. Seterusnya  Jangan  membangkitkan kemarahan seekor kucing. Kebanyakan kes digigit dan dicakar kucing adalah disebabkan berlaku provokasi terlebih dahulu terhadap kucing. Anda juga perlu membasuh tangan  dengan bersih dan betul  selepas mengendalikan kucing  dan ia merupakan satu cara yang paling baik untuk menghalang sebarang jangkitan berkaitan kucing.

Wahida Musa

iDAN:

Ada banyak Hadis meriwayatkan air liur kucing sentiasa bersih hanya najis kucing sahaja memang amat bahaya. Kita boleh membaca atau berjaga-jaga pesanan artikel ini yang penting jika membela kucing pastikan kucing yang kita jaga sihat.

Jangan membiarkan kucing yang dibela menyelongkar bakul sampah jiran yang pasti boleh membuatkan kucing ini sakit. Masalah kita di Malayia tidak selesai sebab tiada syarikat yang beroperasi mengutip sisa makanan. Sedangkan di negara maju sisa makanan sentiasa diasingkan dari sampah yang terbuang. Sisa makanan ini selalunya mereka proses untuk dibuat baja atau kegunaan yang lain agar tidak mencemar kesihatan binatang.

Jika kucing yang dibela tinggal di sekitar kawasan perumahan yang sesak seperti di bandar; adalah baik ianya dilatih agar tidak merantau jauh & sering mencuri makanan jiran terutama pastikan kucing yang dibela akan sentiasa buang kotoran (pup) dipasir yang disediakan tidak pup merata-rata. Petua orang tua-tua gunting sedikit misai kucing yang dibela & taruh di tempat yang sewajarnya ianya mahu pup.

"Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)

Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan Imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Lihat begitu luar biasanya kucing itu, bahkan sampel jadi haiwan peliharaan kesayangan Nabi. Namun sayangnya banyak sekali dari kita yang berpandangan negatif terhadap binatang ini, ada yang mengatakan kucing dapat menyebabkan asma karena bulu-bulunya, ada juga yang bilang kucing terinfeksi toxoplasma. Padahal kalau teliti lebih lanjut, toxoplasma itu adalah sejenis bakteri yang dapat hidup dibinatang apa saja. Catatan dalam penelitian ilmiah para peneliti, Anjing dan Babi adalah binatang terbanyak haiwan yang mengandung penyakit ini. Tapi kenapa, justru kucinglah yang dijadikan kambing hitamnya?"



 
Antara makanan kita yang toksik kepada kucing ialah :

1. Bawang merah dan bawang putih

Bahan seperti bawang ni selalu terkandung dalam burger yang korang beli tu. Biasa ler makan burger, tetiba mengiau-ngiau lak kucing tu mintak sikit. Tolong jangan bagi. Ia akan menyebabkan kerosakan sel darah merah pada kucing dan mewujudkan satu keadaan dipanggil anemia. Mati kucing tu nanti alahai...

2. Tomato hijau dan kentang mentah.

Ini pun jangan bagi kucing kita makan. Kekadang kita suka sangat nak buat sesuatu yang baru. Konon nak jadikan kucing kita vegetarian. Haloo abang,kakak sekalian . jangan duk buad mereka-reka tak ketahwan , kucing memang haiwan maging. Takda masa nak makan sayur. Dalam benda tomato hijau dan kentang mentah ada alkaloid yang beracun kepada kucing dan boleh menyebabkan sakit perut yang teruk. Kesian kucing kita tu nanti :/

3. Coklat.

Kot dapat coklat pakwe ke makwe bagi, makan lah sorang sorang . Jangan pelawa kucing kita makan sekali. Beracun benda ni untuk kucing. Dalam coklat terkandung theobromin yang memang beracun pada kucing. Anak2 kita pun rajin gak nih bagi kucing makan coklat . Jadi , tolong tolong awasi yeerr :")

4.Susu

Ni yang paling banyak orang bagi. Sampai besar panjang diorang bagi minum susu. Susu untuk kita ni mengandungi banyak laktos. Kucing pulak banyak yang alah kepada laktos (lactose intolerance). Akibatnya, kucing sakit perut, berak cair, bengkak anus dan susut berat badan. Kucing dewasa dah tak perlukan susu. Makanan yang dimakan seharian sudah cukup menampung keperluan metabolisma badannya. Kalau nak bagi susu gak, cari susu yang memang dikhaskan untuk haiwan. Biasanya susu ni bebas laktos. Jadi, kucing anda selamat lah .

Ini saja tips yg saya kongsi untuk anda semua kayy . Harap yg ditulis ini berguna untuk anda semua :")