iDAN
17 Jun 2009
Bual dengan Azim (Singgahsana)
"Azim perasan tak, jika zaman ini nak membesarkan anak-anak bukan belanja yang sedikit.." Azim diam saja mungkin tak terfikir pun apa yang ayahnya fikirkan.
"Bila ibu berkerja pasti sebulan kena kasi ke orang yang jaga sekitar RM200..." Aku sedang memandu kereta perangku. Sejuk pula penghawa dinginnya pagi ini. "Secara kasar kita andaikan setahun RM2,000... Azim kalikanlah lima tahun, biasanya memang sekitar lima tahun kena duduk dengan orang!.."
Tak nampak pun suasana kampung di Desa ini, Nama sahaja Desa Sri Jenaris. Mana ada suasananya, ramahnya. Tadi aku dengar lolongan si Topeng & anaknya yang dikurung di dalam sangkar oleh jiranku. Kasihan Topeng semalam aku kasi dua gengam makanan pun tak cukup, gelojohnya dia makan. Macam nak merangkak dia berjalan ke pintu pagarku tiap kali dia dilepaskan, minta simpati mengiaw minta makanan mengulus kakiku. Kes anak Topeng kena kurung oleh jiranku ini memang kes panas dalam jiwaku kini.
Sudah bertahun-tahun Topeng itu makan, kencing berak di rumahku tetiba bila dia memiliki anak-anak comel, jiran sebelah mengaku itu kucingnya. Ditangkapnya anak-anak topeng dikurungnya dalam sangkar. Mengapa nak pandai-pandai kasi makan dia, dia membebel dengan anak-anakku yang memang amat sayang dengan Topeng. Amboi... amboi! amboi!, nak cari gaduh ke apa jiran sebelah ini. Jika memang kucing sendiri kasilah makan jangan nanyakan kucing tu. Tahu sayang sahaja kucing itu mana cukup; kena tahu juga nak jaga makan minumnya.
Nanah dalam diriku melihat dia pukul anak orang bagaikan anak lembu tempoh hari masih tak pecahnya. Padahal anak daranya yang gatallah amat, melaram ke hulu ke hilir tak di hiraunya. Lelaki bergelar jantan biasalah. Akan ngap anak dara begitu. Tetiba bila anak dara ponteng sekolah ikut jantan, anak beranak pukul bebudak dalam lima enam orang yang turut memonteng dengan anak daranya. Lagak macam samseng kampung dusun, belasah dengan topi keledar, sepak terajang bebudak kecik tak berani melawan. Aku tenguk sampai tempang seorang si mamat itu. Belum benjul dahi berbagai.
Bila keluarga bebudak itu datang, penuh kereta depan rumahku; tak berani pulak pukul bebudak itu depan keluarga mereka. Patutnya anak dara sendiri yang miang gatal itu yang ditenyeh dengan cili api. Apa hak nak pukul anak orang kalau memang anak sendiri yang memang turut bersalah. Mendidih rasa hatiku melihat gelagat jiran ini. Bukanlah nak mengajar tapi terluka amat hati ini melihat jiran yang tak boleh ditegur. Silap tegur kita yang nahas; tak bersapa itu satu hal.
Rasa tak sabar nak bina tembuk tinggi macam India sebelah rumah mereka yang memang telah berzaman membuang mereka. Biarkan mereka dengan kehidupan samseng mereka, lagi kita jenguk lagi sakit hati, buat dosa kering sahaja mengumpat jiran ini... Ish! buruknya ayat.
Berbalik dengan sembang si Azim.
"Tidakkah jadinya RM10,000... itu hanya bab nak jaga Azim..!" Belum susu, lampin perbagai.
Nilaian RM10,000 itu sebenarnya adalah nilaian kasih sayang seorang ibu yang patutnya menjaga & membesarkan anak=anak. tapi nilai itu telah kita dagangkan. Aku bukan nak menceritakan hukum-hakam di sini. Tetapi kelazimannya hukam alam ini begitulah. Takkanlah ayah yang kena mencari rezeki terpaksa mengendung anak ke hulu ke hilir. Isteri di rumah dilayani oleh orang gaji@hamba abdi bagai zaman Rasululah dulu. Aku tahu ramai kalangan penceramah kini sering menyebutkan hukum-hakam Islam begitu katanya. Kewajipan menjaga makan minum, sara hidup keluarga wajib ke atas suami. Sara hidup itu termasukkanlah menyediakan makanan, membesarkan anak-anak. Bukan sekadar membeli pakaian menyediakan bahan mentah untuk dimakan semata.
Ini bersandarkan sunnah Rasulullah katanya; isteri-isteri Rasulullah sentiasa dilayani Hamba Abdi maka secara lojik tentulah masakan & minuman disediakan oleh Hamba Abdi ini.
Aku amat cetek dalam pengetahuan ini, maka tak beranilah nak komen. Apakah ini memang hukumnya wajib bersandarkan kehidupan Rasulullah. Kita memang kena melalui kehidupan ini dengan dua panduan ini Al-Quran & Al-Hadis.
Bagaimana kita nak beramal jika kita menolak sunnah Rasulullah. Maka itu ramai ulama berpendapat jika isteri tak pandai memasak di zaman sekarang ini para suami terpaksa mencari orang gaji. Aku tak berani mengatakan ini wajib, mencari pembantu rumah itu wajib tapi memang aku pernah mengikuti kursus perkahwinan, peserta lelaki & ustazah yang menjatuhkan hukuman wajib para suami memasak & menyediakan makanan untuk isteri bertelagah.
Masak memasak untuk suami itu katanya hanya hukum tradisi kita sahaja jatuh ke atas isteri. Dia bukan wajib kepada kita kaum wanita katanya. Maka itu bila aku menung-menung di rumah. Aku terfikir, wajib itu berdosa; maka berapa ramaikah para suami telah berdosa kerana tidak memasak untuk isteri. Berdosa itu hukumnya bagaimana. Pasti masuk neraka jika tidak buat kerja masak memasak itu. Bagaimana jika memang isteri tak mahu beralah dalam masalah masak memasak ini. Pasti ramailah amat para suami tercampak masuk ke neraka lantaran isteri tak reda memasak, pasti 80% lebih lelaki tak masak di rumah.
Rumusan yang aku dapat, takkanlah Tuhan sekejam itu. Aku amat yakin tafsiran ustazah itu yang silap. Tak wajib ke atas siapa pun sebenarnya masa memasak ini; Baik suami atau isteri... siapa yang buat dia dapat pahala baik isteri atau suami itu yang aku yakin. Islam itu kan ke mudah. Sara hidup itu lain, memang sara hidup wajib atas suami; masak memasak lain. Wajib ibarat ibadah puasa, sembahyang semua; tak buat tanpa alasan berdosa. Jika memasak itu dijatuhkan wajib ke atas perempuan bagaimana?. Tak memasak berdosa; apa jadinya kaum wanita?. Lagipun secara lojiknya jika suami awak itu berkerja sebagai Pemandulah katakan, terpaksa ke luar stesen; bagaimanalah dia nak menunaikan kewajibannya. Tinggalkan bos di jalanan berkejar ke rumah nak masak untuk anak bini. Pening. Kerja sehari mahu kena halau!.
Jalan mudah jika suami atau isteri malas malas masak beli kat mamak; mamaklah dapat pahala!. Nanti di kubur mamak akan senang lenang lantaran memudahkan pasangan yang malas masak. Itu jelaskan. Masalah duit upah nemasak yang kita kena kasi pada mamak itu lainlah pula. Jika memang mamak itu cekik darah mungkin duitlah saja dia dapat, tarak itu pahala. Begitulah sebaliknya; jikaafdal amat dengan upahnya mak datok!, kita jadi dengki nanti melihat kekayaan mamak di kubur@alam akhirat nanti.
Belum ceritera air tangan orang yang memasak ini. Silap makin ramai suami kejar Endon lantaran termakan air tangan Endon. Isteri pula kejar mamak lantaran asyik makan roti canai mamak. Berat!.
Ish!.. ulama apa pulak aku ini. Berhujah yang pelik=pelik pula ni!.
Berbalik dengan isu tadi, RM10,000 terpaksa kasi kepada orang yang jaga anak kita. Biasanya suami sering mengelak membayar upah menjaga anak ini jika isteri berkerja. Ada juga suami yang berkongsi bersama isteri. Ada juga suami yang bayar semua. Kes suami yang bayar semua ini yang menjadi isu. Apa yang isterinya akan dapat jika keluar berkerja dari rumah tidak bersana anak-anak. Sudahlah tak layan anak sepanjang berkerja di luar, tak bayar lagi upahnya kepada yang jaga anaknya. Upah itu seharusnya gantian kasih sayang dia kepada anak-anak. Lojiknya begitu. Tak jaga tak kasi upah ibarat penyu bertelor. Menangis sepanjang hayat.
Bila bantu suami dengan wang gajinya pula asyik mengungkit. Pastinya di alam akhirat akan muflis si isteri yabg begini. Bukan menakutkan para isteri; tapi memang inilah hakikatnya di zaman ini jika isteri selalu amat berkira, mengungkit, malahan sanggup meminta talak lantaran telah terlalu yakin dengan kemampuan diri bila suami mengizinkan dia berkerja. Kebetulan atau dengan izin Allah Azawajalla berjaya dalam kerjaya. Ego amat dengan ekonominya yang kukuh.
Bila telah memegang stereng kereta mewah, telefon bimbit mewah, pakaian melaram, bercampur pula golongan orang kaya & kekawan mewah belaka. Apakah isteri ini akan menghormati suaminya yang orang biasa sahaja. Terlalu ramai mereka yang kaya raya hidupnya meninggi hidung. Suka amat perlekehkan golongan marhaen, malahan perlekeh suami sendiri. Itu memang lazimnya dunia ini. Bukan skrip ceritera filem hindi. Tapi memang ini yang kita lihat.
Biarpun kita tahu akan erti tolak ansur dalam berumah tangga itu amat penting, biar pun kita tahu muafakat itu amat penting. Komunikasi itu amat mustahak. Jika orang india menganggap suami itu bagaikan tuhan mereka. Islam juga menuntut isteri menghormati suami sementelah Islam yang menaikkan taraf perempuan. Namun hakikatnya kini makin ramai para suami memakan hati. Itu yang kerap aku lihat.
Di Malaysia isteri atau perempuan tidak pernah dikelaskan dalam memberi upah, gaji atau ganjaran berkerja. Baik lelaki atau perempuan laba ganjaran itu samarata. Malahan ramai kalangan perempuan makin pandai & menjadi ketua dalam organisasi perkerjaan. Perempuan yang lebih ramai bergaji besar. Golongan perempuan ini yang pastinya diuji Ilahi dengan kekayaan. Bagaimana sikap atau egonya terhadap para suami & keluarganya.
Cubalah anda bercit-cat dengan golongan ini, bagaimana dia terlalu mengutamakan masa. Memang tak sempat pun nak bercita-cat dengan mereka. Samalah di tempat kerja anda, cubalah anda mendekati mereka. Bagaimana tajuk bualannya. Apa yang dicarinya golongan ini dalam hidup mereka. Lazimnya manusia ini bila dah kaya raya akan mahu lebih kaya raya.
Aku teringat ramai pensyarah di bekas tempat aku berkerja. Sebelum menjadi seorang doktor; memiliki PhD teramatlah rapat denganku. Aku ini jenis manusia yang suka melayan orang. Jiwa seorang Penyair memang suka melihat watak orang. Nak ke mana-mana pun selalu ajak aku, nak makan pun aku kena temankan. Bila dah ada PhD dah dapat geran berjuta RM; manalah ada masa nak berbual dengan aku. Jumpa pun kalau terserempak di tangga atau di lif. Berbual tak pernah habis. Tergantung.
Jika pensyarah ini seorang perempuan. Takkan tak terbawa-bawa kesibukan ini di rumah. Jika bujang mahu bujang lama, jika isteri; alahai! jalan pun dah tak betul, terkejar-kejar bagai itik pulang petang. Itu ceriteranya dunia pensyarah yang dulunya rapat denganku, bagaimana pula jika seorang menteri perempuan?. Pasti lagi tenat, tapi tak apalah golongn ini mampu mencari orang gaji. Atau kita gostan ke golongan bawahan. Golongan marhaen. Pekerja kilang atau jururawat yang berkerja ikut shif. Emmm! para suami yang terpaksa berkorban...memang terpaksa banyak berkorban. Malam-malam kena jaga lima orang anak, bukan kena jaga semata malahan kena besarkan lima orang anak. Yang sedihnya siang tak jumpa bini. Dah!... suami kena berkerja siang.
Ini memang hukum alam; bukan lagi hukan agama.
Cit-Cat (Singgahsana)
.... maka tu memang sy kalau dapat dilahirkan semula... baik jadi orang asli... duduk hutan...
kelopak: sesekali sahaja masuk kota...
M: wohooo
kelopak: terlalu banyak dunia kotanya bercangggah
dengan dunia sy...
bangun pagi cari petai... tengah hari makan ubi
bakar...ini cerita betui
M bebaru ini sy jumpa doktor...
dia kata kalau sy nak cepat baik dari
masalah darah tinggi kolestrol ..
diabetes semua tu... makanlah banyak2 ubi bukan banyak2 nasi..
jadi orang asli minum air dari mata air...
demam tak payah makan panadol...
jumpa dukun mereka... handal oi...
kalau tak dapat
jadi org asli... sy nak jadi tarzan...
baik dengan semua binatang di
hutan... tapi tarzan Islamlah!
M: heheheh...
M: is typing a message.
kelopak: janganlah pakai cawat...
mesti tak ada masalah darah tinggi semua ni...
emmm ini sembang kosonglah M.....
sy nak buat kerja sikit ni....
nantilah kita bual lagi... tapi memang payah kita tutup
mata masalah keliling kita...
Sebenarnya aku teringat akan musibahnya jika tinggal di kelompok jiran atau tetangga atau masyarakat yang terusan melakukan kemungkaran. Takutnya nanti bala itu datang. Bala bencana itu bukannnya memilih orang yang jahat semata... tetapi semuanya akan menjadi mangsa.
kelopak: sesekali sahaja masuk kota...
M: wohooo
kelopak: terlalu banyak dunia kotanya bercangggah
dengan dunia sy...
bangun pagi cari petai... tengah hari makan ubi
bakar...ini cerita betui
M bebaru ini sy jumpa doktor...
dia kata kalau sy nak cepat baik dari
masalah darah tinggi kolestrol ..
diabetes semua tu... makanlah banyak2 ubi bukan banyak2 nasi..
jadi orang asli minum air dari mata air...
demam tak payah makan panadol...
jumpa dukun mereka... handal oi...
kalau tak dapat
jadi org asli... sy nak jadi tarzan...
baik dengan semua binatang di
hutan... tapi tarzan Islamlah!
M: heheheh...
M: is typing a message.
kelopak: janganlah pakai cawat...
mesti tak ada masalah darah tinggi semua ni...
emmm ini sembang kosonglah M.....
sy nak buat kerja sikit ni....
nantilah kita bual lagi... tapi memang payah kita tutup
mata masalah keliling kita...
Sebenarnya aku teringat akan musibahnya jika tinggal di kelompok jiran atau tetangga atau masyarakat yang terusan melakukan kemungkaran. Takutnya nanti bala itu datang. Bala bencana itu bukannnya memilih orang yang jahat semata... tetapi semuanya akan menjadi mangsa.
Langgan:
Catatan (Atom)