iDAN

30 Julai 2009

Merancang kewangan persaraan (Ceritera & Ulasan)


SEKIRANYA perancangan awal kewangan untuk berdepan fasa persaraan tidak dilakukan, ia pasti menjadi fasa hidup yang amat membebankan.


APABILA berbincang mengenai hari persaraan, ramai di antara kita yang mengambil mudah fasa hidup itu. Walaupun ia satu peringkat di mana kebanyakan kita menjalani kehidupan yang lebih rileks, namun itu tidak bermakna kewangan kita juga akan begitu.

Saya suka menggambarkan hari-hari persaraan itu seperti hari-hari huruf merah! Apakah dia hari-hari huruf merah?

Setiap kali kita perhatikan kalendar di atas meja, di dinding mahupun dalam diari, satu perkara yang nyata, hari Ahad dan hari cuti umum adalah hari-hari yang ditanda dengan huruf merah.

Ia adalah hari kita meluangkan masa yang banyak dengan suami dan anak-anak selain waktu untuk pergi membeli-belah.

Tanpa kita sedari, apabila kita lihat semula catatan atau skor simpanan kita, hari Ahad atau cuti umum merupakan hari yang menuntut perbelanjaan yang tinggi.

Manusia semakin panjang umur

Hari ini manusia mampu hidup lebih lama. Ia adalah satu berita baik, tetapi pada yang sama, ramai yang tidak menyedari ia juga boleh menjadi berita buruk. Kebaikannya kita boleh menikmati hidup yang lebih panjang dengan orang tersayang.

Tetapi, berita buruknya adalah biasanya ia turut melonjakkan keperluan kewangan kita selepas pencen.

Perbelanjaan seharian

Selalunya apabila sudah bersara, kita akan mengurangkan pengambilan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan berminyak, gula, garam berlebihan dan makanan karbohidrat.

Tetapi, apabila kita memilih makanan yang berkhasiat, harganya pula selalunya tinggi.

Apa tidaknya, kalau kita membeli makanan organik, ikan berisi putih, sayur-sayuran yang diimport dan sebagainya, perbelanjaan setiap hari dan kos pembiayaannya amat tinggi.

Satu perkara yang perlu diambil kira adalah pengambilan ubat-ubatan yang terbaik dan pelbagai vitamin akan menentukan kesihatan kita menjelang hari tua nanti.

Kos pembiayaan perubatan

Memang menjadi satu kebiasaan apabila umur semakin meningkat, banyak pula penyakit yang tidak diingini datang menjenguk.

Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, sakit lutut dan sendi-sendi masih boleh lagi dirawat dengan membeli ubat-ubatan dari farmasi.

Tetapi, apabila penyakit-penyakit kronik seperti serangan jantung, angin ahmar, kanser dan sakit buah pinggang datang menyerang, kos pembiayaan kesihatan akan meningkat sehingga dua atau tiga kali ganda.

Di sinilah, wang simpanan yang cukup, memainkan peranan penting apabila sudah bersara.

Bersara dengan gaya hidup terbaik

Kita boleh memilih gaya hidup yang kita idamkan setelah kita bersara. Persaraan tidak bermakna kita akan meringkuk dalam kegelapan dan kesusahan.

Marilah kita sama-sama merancang kos gaya hidup hari-hari persaraan dengan baik seperti mana yang kita impikan.

Jadi apabila tibanya masa bersara, ia merupakan satu permulaan hidup baru yang menyeronokkan.

Ia menjadi fasa yang lebih tenang untuk kita beribadat atau melakukan hobi-hobi diminati yang tidak sempat dilakukan dahulu kerana sibuk dengan kerja.

Masa inilah juga kita melancong ke mana saja yang kita inginkan dengan suami atau isteri yang tercinta.

iDAN:

Ini yang pernah aku tuliskan agar kekawanku yang masih berkerja kenalah menabung. Jangan terlalu boros berbelanja. Kerana masa mendatang tak siapa akan menduga. Sakitkah kita, kayakah kita, selesakah kehidupan kita atau perbagai kemungkinan yang bakal kita akan tempohi.

Seperti aku kini yang terpaksa bertapa di rumah lantaran masih kurang duit simpanan untuk kembali ke kampung halaman, tambahan pula isteri masih mahu berkerja.

Teringat aku akan En Razak yang mana terpaksa tinggal sendirian di Terengganu lantaran isteri masih mahu berkerja di Selangor. Bayangkan bukan dekat jarak perjalanan jika mahu ketemu keluarga di Selangor. Kes En Razak dia mampu membina rumah idamannya di Terengganu tetapi lantaran tuntutan kerja seorang isteri maka dia terpaksa sering berjauhan dengan keluarga tercinta setelah bersara. Itu masalahnya jika berumahtangga dengan pasangan yang amat jauh jarak umur & tidak sebaya.

Impian aku pula mahukan kembali ke kampung halamanku untuk memulihkan harta pusaka arwah apak tetapi memandangkan wang simpanan yang masih belum mencukupi pun ganjaran pencen yang teramatlah rendahnya memaksa aku melabur dulu & menanti masanya matang. Terpaksa menunggu lagi dari terus bebas bergerak.

Aku baru pulang ambil darah di Kardio Hospital Serdang... mak datuk!!! banyaknya sampai lima tiub@balang. Biasanya di PKupm satu tiub sahaja. Sampai lambatlah amat darah mengalir. Sampai rumah saja terus terlelap.



Selesema babi semakin bahaya


SEKUMPULAN pelajar Kolej Profesional Mara (KPM) Indera Mahkota, Kuantan mendengar penerangan jururawat mengenai H1N1 selepas kampus mereka ditutup semalam.


PUTRAJAYA - Wabak selesema babi atau H1N1 semakin menunjukkan impak yang mencemaskan dengan satu lagi korban dilaporkan menjadikan empat kematian H1N1 dicatatkan setakat ini. Sementara itu, tindakan pencegahan pula menyaksikan 19 lagi institusi diarah ditutup mulai semalam.

Arahan penutupan itu turut membabitkan institusi besar dan ternama seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim selepas empat pelajarnya disahkan dijangkiti H1N1.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob ketika dihubungi semalam melahirkan kebimbangan selepas 30 lagi pelajar sudah mempunyai simptom wabak dan kini cemas menunggu hasil ujian.

"Kita terpaksa menutup kampus selama seminggu dan mengarahkan kesemua 15,000 pelajar mengosongkan asrama sampai 5 Ogos ini," katanya.

Di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican menjelaskan, korban terbaru wabak itu ialah seorang wanita berusia 20 tahun di Melaka kelmarin.

Beliau mengakui perkembangan wabak itu sudah mencapai tahap membimbangkan.

Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.

Gaya Komunikasi Yang Menggugat Persahabatan (Delima Merkah)


Sebenarnya banyak pergaduhan dan pertengkaran dapat dielakkan sekiranya kita pandai berkomunikasi. Memang, sikap marah, merungut, membebel apatah lagi mengamok tidak akan mengubah keadaan. Malah sikap negatif sebegini hanya akan merosakkan bibit-bibit persahabatan yang mungkin telah terjalin sekian tama. Sikap sedemikian timbul natijah wujud salah faham ketika berkomunikasi. Di sini saya ingin kongsikan gaya komunikasi yang boleh menggugat tali persahabatan.

Menilai

Menilai bererti memberi penilaian yang wajar kepada orang lain dan secara gopoh cuba memberi penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka. Apabila anda menilai, anda tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh orang lain. Sebaliknya anda lebih suka menilai wajahnya, nada suara serta perkataan yang digunakannya.

Contohnya:

Mengkritik secara melulu, "Awak memang tidak faham satu apa pun."
Melabel/memberi gelaran, "Awak tu memang bodoh dan lembab. Siapa tak tahu?"
Membuat kesimpulan awal, "Awak memang tidak suka berkawan dengan saya!"

Memberi Penyelesaian Yang Bersahaja

Sikap sebegini juga boleh menghalang komunikasi walaupun orang yang mendengar menunjukkan sifat mengambil berat dan ingin membantu. Sikap sebegini boleh menimbulkan anggapan sahabat kita bahawa perasaan, nilai, dan masalah mereka tidak penting. Malah mereka akan terasa diperkecil-kecilkan.

Contohnya:
Mengarah, "Awak mesti ikut saya ke kedai itu..,"
Mengancam, "Kalau awak tidak mahu meminjamkan saya buku nota awak, saya akan..."
Menyoal-siasat, "Awak pergi ke mana?""Dengan siapa awak pergi!""Apakah yang awak buat dengan dia?"
Memperkecil-kecilkan, "Macam tu pun awak dah anggap masalah... itu perkara kecil saja!"

Menafikan Kepentingan Orang Lain

Sikap menafikan kepentingan orang lain bererti menafikan terus masalah, perasaan, dan nilai orang lain. Sebagai sahabat dan pendengar, anda tidak mahu melayan kebimbangan, ketakutan serta kerisauan orang lain.

Contohnya:

Memberi nasihat, "Adalah lebih baik kalau awak ikut saja cara saya..."
Menyimpang daripada tajuk perbualan, "Ah! lupakan saja hal itu. Petang esok awak free?"
Bertengkar, "Sebenarnya, cara awak tu salah! Bagi saya..."

Demikian antara beberapa gaya komunikasi yang boleh menggugat tali persahabatan, jika diamalkan selalu. Seseorang sahabat berkawan dengan kita kerana ingin berkongsi perasaan dengan kita; bukan sekadar menjadi "Pak Turut" kemahuan kita. :)

Segmen Menarik Di AsyikFM (Hiburan)

ASYIKFM, LAIN DARI YANG LAIN JANJIKAN SEGMEN-SEGMEN MENARIK SEPANJANG TAHUN 2009

Dengan konsep hiburan dan informasi yang berbeza daripada stesen-stesen radio lain, ASYIKfm sebuah stesen radio RTM, tampil menghidangkan segmen-segmen menarik disamping pengisian yang berkualiti setiap hari untuk santapan pendengar setia stesen radio ini yang majoritinya terdiri daripada kaum orang asli. Pun begitu, ramai pendengar di luar sana yang bukan daripada kumpulan minoriti orang asli, turut terhibur mendengar ASYIKfm kerana lagu-lagu yang diputar nyata menghiburkan.


Tahun 2009, ASYIKfm menyediakan empat segmen iaitu Yeh bermula 8.00 pagi hingga 11.00 pagi, Kecun Kecan mengambil alih pada pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang, Renyah memulakan hiburan petang di ASYIKfm pada pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang dan Sambil Kakdik Sambil Berpihoi memulakan siaran bermula 6.00 petang dan menutup siaran ASYIKfm pada pukul 10.00 malam. Dengan bersiaran selama 14 jam, segmen-segmen ini mempunyai kekuatan dari segi pengisian informasi dan format susunan lagu.

Yeh Yah@Asyik memulakan siaran ASYIKfm pada pukul 8.00 pagi dengan hiburan dan maklumat terkini yang pasti menghangatkan, menggegarkan dan mengejutkan pagi anda. Menerusi segmen ini, pengisian rohani turut menjadi keutamaan dengan rancangan Fitrah keudara setiap hari Jumaat bermula 12.30 hingga 1.00 tengah hari. Bagi peminat-peminat lagu Nasyid, pastikan anda mengikuti rancangan Carta Nasyid terbitan JAKIM setiap Jumaat, 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Tamat Yeh Yah@Asyik, segmen Kecun Kecan mengambil alih siaran dimulakan dengan rancangan Salam Asyik. Salam Asyik mengajak pendengar untuk menyampaikan ucapan salam kepada keluarga mahupun sahabat handai menerusi sms dan panggilan telefon, setiap hari, bermula 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Selepas siaran Berita Dialek Temiar pada pukul 1.00 hingga 1.10 tengah hari,

Santai@Asyik menghiburkan anda dengan alunan lagu-lagu santai sebagai peneman di waktu rehat tengah hari sehingga 2.00 petang. Istimewa setiap Sabtu, segmen Santai@Asyik menyediakan rancangan D’Warung Asyik bermula pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

D’Warung Asyik mempelawa pendengar untuk berhibur serta melontar pandangan dan pendapat terhadap topik-topik semasa yang menarik lagi sensasi. Bagi anda yang cukup suka karaoke dan ingin mengasah bakat, jangan segan-segan menyertai Moh Karaoke, setiap Ahad, 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Selepas segmen Kecun Kecan, Segmen Renyah terus menghiburkan pendengar ASYIKfm. Renyah menyediakan pelbagai rancangan-rancangan menarik antaranya Rentak Genen yang keudara setiap hari bermula pukul 3.30 petang dengan adunan lagu-lagu moden masyarakat Orang Asli.
Kepada yang gemar menjual dan membeli pantun, pastikan Mari Berpantun menjadi peneman petang Isnin anda bermula pukul 5.00 petang. Luaskan pengetahuan anda dengan mengikuti rancangan Naho Hempak Hemo? (Tahukah Anda?) setiap Selasa, pukul 5.00 hingga 6.00 petang. Peminat Irama 60-an, imbau kembali kenangan anda bersama rancangan Kenangan 60-an, setiap Rabu, pukul 5.00 petang.
Gegarkan dan panaskan petang anda dengan lagu-lagu rock dalam Rock@Asyik, setiap Khamis, pukul 5.00 petang. Ingin dengarkan hasil kreatif bakat muda dalam bidang muzik? dengarkan Gradung Gradeng, setiap Jumaat, pukul 5.00 petang.
Dahagakan lagu-lagu Hindi? ayuh bergoyang bersama Bollywood@Asyik setiap Sabtu, pukul 3.30 hingga 5.00 petang. Ingin dengarkan koleksi lagu-lagu etnik tempatan dan antarabangsa? nikmati Irama Etnik, setiap Ahad, pukul 5.00 petang.

Keasyikan rentak dan lagu di ASYIKfm berterusan menghiasi segmen SAMBIL KAKDIK SAMBIL BERPIHOI . Genre irama Dangdut memang sinonim dengan stesen lain dari yang lain ini. Untuk itu kepada peminat irama Dangdut jangan ketinggalan siarannya pada setiap petang isnin 6.10 – 7.00 malam pastinya di ASYKfm. Adat dan tradisi adalah sesuatu yang amat disanjung dan dipelihara oleh kaum etnik ini.

Balei Jenulak ke udara setiap selasa 6.10 -7.00 malam memberi keutamaan kepada penyiaran lagu – lagu sewang suku kaum Semai Perak dan Pahang yang sememangnya unik lagi asyik. Ada ketikanya tertanya juga, bagimanakan kehidupan sukum kaum etnik ini.

Bagaimanakah kisah suka dan duka kehidupan mereka dan apakah erti kehidupan moden bagi mereka. Segala ini akan kita ketuhui dengan mengikuti Roda Kehidupan setiap Khamis 6.10 – 7.00 malam.

Heboh Sukan …. paparan info sukan terkini dan sensasi keudara setiap Sabtu 6.10 – 7.00mlm. Bintang ASYIK, rancangan yang menyiarkan kembali petikan siaran langsung dan rakaman persembahan pentas dilokasi menerusi program dilokasi ASYIKfm. Keudara setiap Ahad pukul 6.10 – 7.00 malam.

Rancangan 60KMJ khas buat pemilik kereta diman anda boleh mendapatkan tip – tip dan panduan keselamatan pengguna ketika berada dijalanraya. 60KMJ boleh saudara ikuti setiap Jumaat 7.00 – 8.00 malam.
ASYIKfm pada setiap hari selama satu jam mulai pukul 7.00 – 8.00 malam akan melayan perasaan anda dan membuainya melalui lagu – lagu retro tempatan dan antarabangsa sekitar 70an, 80an dan 90an. Istimewa buat pendengar ASYIKfm yang ingin membuat pilihan lagu dengarkan Seleksi Asyik setiap malam bermula pukul 8.10 – 10.00 malam

Asyik FM Sajikan Segmen Menarik Sepanjang Tahun 2009
DENGAN konsep hiburan dan maklumat, satu lagi saluran radio RTM iaitu ASYIKfm tampil menghidangkan segmen menarik selain pengisian yang berkualiti setiap hari untuk santapan pendengar setia stesen radio ini yang majoritinya terdiri daripada kaum orang asli.

Bagaimanapun, ramai pendengar yang bukan daripada kumpulan minoriti orang asli, turut asyik mendengar ASYIKfm kerana lagu-lagu yang diputar nyata menghiburkan.

Tahun 2009, ASYIKfm menyediakan empat segmen iaitu Yeh bermula 8 pagi hingga 11 pagi, Kecun Kecan mengambil alih pada pukul 11 pagi hingga 2 petang, Renyah memulakan hiburan petang iaitu dari jam 2 petang hingga 6 petang dan Sambil Kakdik Sambil Berpihoi pula memulakan siaran bermula 6.00 petang dan menutup siaran ASYIKfm pada pukul 10.00 malam.

Dengan bersiaran selama 14 jam, egmen ini mempunyai kekuatan dari segi pengisian maklumat dan format susunan lagu.Yeh lebih berbentuk kerohanian yang menjadi keutamaan dengan rancangan Fitrah ke udara setiap Jumaat bermula 12.30 hingga 1 tengah hari. Bagi peminat lagu Nasyid, pastikan mengikuti Carta Nasyid terbitan JAKIM setiap Jumaat, 10 pagi hingga 11 pagi.

Tamat Yeh, segmen Kecun Kecan mengambil alih siaran dimulakan dengan rancangan Salam Asyik. Salam Asyik mengajak pendengar menyampaikan ucapan salam kepada keluarga mahupun sahabat handai menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan panggilan telefon, setiap hari, bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Selepas siaran Berita Dialek Temiar pada jam 1.10 tengah hari, Santai@Asyik menghiburkan pendengar dengan lagu-lagu santai sebagai teman sehingga jam 2 petang. Istimewa setiap Sabtu, segmen menyediakan rancangan D’Warung Asyik bermula jam 11 pagi D’Warung Asyik mempelawa pendengar berhibur serta melontar pandangan dan pendapat terhadap topik semasa yang menarik lagi sensasi. Bagi yang suka karaoke jangan segan menyertai Moh Karaoke, setiap Ahad, 11 pagi.

Selepas segmen Kecun Kecan, segmen Renyah menghiburkan pendengar ASYIKfm. Renyah menyediakan pelbagai rancangan menarik antaranya Rentak Genen yang ke udara setiap hari bermula jam 3.30 petang dengan adunan lagu moden masyarakat Orang Asli.

Kepada yang gemar menjual dan membeli pantun, ikuti Mari Berpantun yang ke udara setiap Isnin jam 5 petang. Luaskan pengetahuan anda dengan mengikuti rancangan Naho Hempak Hemo? (Tahukah Anda?) setiap Selasa, Kenangan 60-an (Rabu), (Khamis) dan Gradung Gradeng (Jumaat), semuanya disiarkan jam 5 petang.Dahagakan lagu Hindi? Ayuh bergoyang bersama

setiap Sabtu, jam 3.30 petang dan jika mendengarkan koleksi lagu etnik tempatan dan antarabangsa, boleh menikmatinya menerusi Irama Etnik, pada setiap Ahad, jam 5 petang. Keasyikan rentak dan lagu di ASYIKfm berterusan dalam segmen Sambil Kakdik Sambil Berpihoi. Genre irama dangdut memang sinonim dengan stesen lain dari yang lain ini. Untuk itu kepada peminat irama dangdut jangan ketinggalan siarannya pada setiap Isnin jam 6.10 petang. Adat dan tradisi adalah sesuatu yang amat disanjung dan dipelihara oleh kaum etnik ini.

Pada setiap Selasa bermula jam 6.10 petang, ASYIKfm memberi keutamaan kepada penyiaran lagu Sewang iaitu bagi suku kaum Semai Perak dan Pahang yang sememangnya unik lagi asyik. Bagaimanakah kisah suka dan duka kehidupan mereka dan apakah erti kehidupan moden bagi mereka. Segala ini boleh diketahui dengan mengikuti Roda Kehidupan setiap Khamis, jam 6.10 petang.

Slot Heboh Sukan pula ke udara setiap Sabtu, jam 6.10 petang. Sementara itu, Bintang ASYIK, rancangan yang menyiarkan kembali petikan siaran langsung dan rakaman persembahan pentas di lokasi terpilih akan ke udara setiap Ahad jam 6.10 petang.

Rancangan 60KMJ khas buat untuk pendengar mendapatkan panduan keselamatan ketika di jalan raya. Ia disiarkan setiap Jumaat, jam 7 malam. Bagi pendengar ASYIKfm yang ingin boleh membuat pilihan lagu dengarkan Seleksi Asyik setiap malam bermula jam 8 malam.Telefon :

Tel AsyikFM 03-22887802 , 03-22887291 , 03-22887631

iDAN
AsyikFM

Rentak Genen.. Anda gemarkan kelainan?dengarlah lagu-lagu Moden masyarakat Orang Asli setiap hari dari pukul 2.00 hingga 5.00 petang... aku layan saja!

30 Julai 2009 sekitar jam 4:00 ptg Pernah SMS aku tersiar tapi aku tak pasti siapa DJnya yang berugas ketika itu...Mungkin
En Alias tak pasti.

Sekitar Jam 3:40 ptg aku hantar SMS ke
32776
RAC Penyair iDANRADZi Desa Sri Jenaris Kajang... Kapada siapa jua yang mengenaliku… ucapan "Kekasih perjalanan ini semakin ke penghujung aku belum puas merasai RebongKasihmu" … T/kasih Dj bertugas.

30/07/2009 3:42:02 Ptg
RM0.50 Terima kasih di atas ucapan anda Teruskan Bersama Asyik fm ‘lain dari pada yang lain’.

Tersiar sekitar jam 4:00 ptg.

“Penyair iDANRADZi mahu makan rebong hari ini, makan rebung bukan rebung biasa tetapi rebungkasih.” Itu antara celoteh DJ yang bertugas.

Pagi tadi DJ Pak Cu agak tergagap gagap bercakap langsung dia tak baca ucapanku, Cuma keluar namaku iDAN di kajang

Aku sebenarnya rapat dengan DJ Andy Hakim di THR tetapi sejak kebelakang ini tak tahu bila masa dia bertugasnya. Maka lama amat tak dengar celotehnya & SMS aku ke udara di corong radio.