iDAN

18 November 2009

KL- Ipoh 1 jam 55 minit (Delima Merkah)




SELAMA ini, kereta api sering dilabel sebagai pengangkutan yang amat perlahan di negara ini berbanding dengan pengangkutan yang lain. Persepsi itu akan menjadi tidak begitu relevan apabila kereta api elektrik Electric-Train-Set (ETS) dijangka beroperasi April tahun depan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima kereta api ETS pertama awal Disember ini.

Dengan kelajuan yang lebih tinggi dan reka bentuk lebih aerodinamik, ETS mampu menawarkan perjalanan yang lebih singkat. Perjalanan dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh, Perak misalnya mengambil masa hanya satu jam 55 minit, satu jangka masa yang mungkin membuatkan anda berfikir dua kali untuk memandu kereta sendiri ke destinasi tersebut.

Jika sebelum ini, perjalanan dengan kereta api lokomotif diesel dari KL ke Ipoh mengambil masa hampir tiga jam atau pemanduan darat yang lain mengambil masa dua jam 30 minit, apa yang ditawarkan ETS kelak dilihat mampu mengubah senario perkhidmatan kereta api di Malaysia. Tidak mustahil akan wujud kelompok masyarakat yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Ipoh atau sebaliknya.

Untuk permulaan, perkhidmatan kereta api ETS melibatkan perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban. Ia bakal dipanjangkan ke laluan Ipoh-Padang Besar di Perlis serta Seremban-Gemas di Negeri Sembilan apabila landasan berkembar elektrik di laluan itu siap pada tahun 2013. ETS mampu menawarkan perkhidmatan pada kelajuan 140 kilometer sejam (140kmj).


REKAAN dalaman ETS yang lebih selesa dan kondusif berdasarkan ilustrasi.


Tren elektrik itu menggunakan motor elektrik dan mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan tren lokomotif diesel. Ia lebih lancar, mesra alam, lebih senyap dan lebih laju.

"Kami melihat terdapat permintaan perkhidmatan kereta api yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Misalnya, untuk laluan Ipoh-KL pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, tiket selalunya habis dijual. Kami merasakan pengenalan perkhidmatan ETS kena pada masanya kerana pasaran ini boleh dikatakan sudah ada," kata Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan kepada Infiniti ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Ia mampu menjimatkan perjalanan selama satu jam berbanding dengan perkhidmatan kereta api biasa sebelum ini," tambahnya sambil menjelaskan sistem ETS adalah dari Jepun tetapi pembinaan kereta api dilakukan di Korea Selatan. Perkhidmatan kereta api ETS akan dimulakan setelah lima buah kereta api ETS yang datang secara berperingkat diterima KTMB.

Aminuddin bagaimanapun menjelaskan ETS bukanlah kereta api elektrik pertama KTMB. KTMB telah mula menggunakan kereta api elektrik iaitu Electric Multiple Unit (EMU) sejak tahun 1995 dan ia kebanyakannya digunakan dalam perkhidmatan KTM Komuter.

"Tetapi ETS lebih laju, lebih hebat dan lebih aerodinamik daripada EMU. ETS juga digunakan untuk perjalanan yang lebih jauh. Jika EMU hanya tiga gerabak, ETS lebih panjang dengan menawarkan enam gerabak. Kami berharap dengan ETS, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai," katanya.

Tambah Aminuddin, ETS mempunyai reka bentuk dalaman yang menarik, dilengkapi pendingin hawa, televisyen LCD, ciri mesra pengguna kurang upaya dan ciri keselamatan Automatic Train Protection System.

"Untuk memastikan pemandu sentiasa peka dalam pemanduan, pemandu ETS dikehendaki menekan satu butang setiap 30 saat bagi menunjukkan mereka sedang memberikan sepenuh konsentrasi. Sekiranya mereka tidak menekan butang itu, tren akan bergerak perlahan dan berhenti," kata Aminuddin sambil memberitahu ETS berkapasiti 350 penumpang.

Cuma, disebabkan ETS berkelajuan tinggi dan menggunakan landasan elektrik maka orang ramai yang tinggal berdekatan landasan kereta api elektrik perlu mempertingkat tahap waspada. Dengan penggunaan tenaga elektrik sebesar 25 kilowatt, ia boleh memberikan renjatan elektrik yang amat teruk sekiranya kanak-kanak bermain layang-layang dan ia tersangkut di pencawang elektrik landasan.

Kos pembinaan landasan berkembar elektrik juga tinggi. Disebabkan itu, peluasan landasan berkembar elektrik ke seluruh Semenanjung Malaysia juga perlu dinilai berdasarkan keperluan. Bernama pernah melaporkan, KTMB melabur sebanyak RM15.7 bilion bagi keseluruhan projek ETS yang melibatkan landasan keretapi sepanjang lebih 700 kilometer.

"Ini semua bersifat timbal balik. Kami ingin memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien kepada pengguna dan kami mahu membuat kehidupan orang ramai lebih mudah. Justeru, pelaburannya juga perlu setanding. Bayaran tambangnya juga perlu dinaikkan sesuai dengan kemudahan yang diberikan. Bagaimanapun, kami belum menetapkan tambang yang bakal dikenakan untuk ETS," katanya sambil turut menjelaskan perkhidmatan kereta api di negara ini dilihat lebih terkehadapan berbanding dengan kebanyakan negara jiran.

Katanya, KTMB menjangkakan ETS bakal menarik perhatian lebih ramai golongan profesional dan ahli perniagaan untuk menggunakan perkhidmatan kereta api.


GAMBAR ilustrasi menunjukkan rekaan dalaman ETS yang mesra pengguna termasuk golongan kurang upaya.

"Berasaskan kemudahan yang lebih selesa dan perkhidmatan yang lebih laju, ia boleh menarik lebih ramai komuniti profesional dan ahli perniagaan yang sering berulang-alik ke destinasi-destinasi terlibat," katanya.

Seiring dengan imej ETS yang moden, Aminuddin berharap ETS dapat meningkatkan imej KTMB.

"Saya berharap ETS dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai. Dengan imej baru ini, KTMB dapat mencetuskan budaya kerja yang lebih proaktif, dinamik dan mesra pelanggan," ujarnya.

Kosmo!

iDAN: Aku dalam rangka memulihkan harta pusaka arwah Apak di Kota Bharu Perak, inilah kereta api yang aku bakal naiki saban minggu untuk balik kampung. Moh! ikut aku boleh kutip buah teratai!. Bila durian telah berbunga alangkah seronoknya. Ingat lagu Mr Os tu!.

Ekin jatuh miskin (Hiburan)


EKIN CHENG


PELAKON dan penyanyi popular Hong Kong, Ekin Cheng telah kembali ke industri muzik selepas bertahun bersara dan ini mengejutkan ramai pihak.

Sesuatu yang lebih mengejutkan apabila dia dilaporkan membuat keputusan itu setelah dia jatuh miskin. Menurut sebuah majalah Hong Kong, teman wanita Ekin, Yoyo Mung yang gemar berjudi serta melakukan pelaburan berisiko tinggi hampir membuatkan Ekin bankrap semasa krisis ekonomi baru-baru ini.

Keadaan ini hampir membuatkan pasangan itu yang telah bersama selama tiga tahun berpisah. Dalam laporan media itu, Yoyo baru-baru ini sedang menjalankan penggambaran drama di Macau dan tidak dapat menjauhkan diri daripada kasino.

Semasa menunggu gilirannya untuk rakaman, dia akan mencuba nasibnya di meja judi. Malah disebabkan terlalu seronok berjudi, aktres itu tidak mahu kembali ke lokasi penggambaran. Aktres berusia 34 tahun itu juga merupakan peminat mahjung dan sering bermain bersama kawannya sehingga lewat malam.

Ekin baru-baru ini menyuruh Yoyo untuk keluar dari apartmen mereka. Bagi menggembirakan hati Ekin, Yoyo baru-baru ini telah menemaninya untuk bercuti di Okinawa, Jepun selain berjanji bahawa dia akan berhenti berjudi.

Walaupun sudah meminta maaf, Ekin amat berang dengan tabiat judi Yoyo dan menyatakan percutian itu tidak membantu memperbaiki hubungan mereka.

Menurut seorang kawan baik Ekin: "Ekin pernah memberitahu beberapa kali bahawa dia pernah terfikir untuk berpisah dengan Yoyo. Namun, Yoyo amat nekad dan berjanji untuk berhenti berjudi. Jadi mereka masih bersama tetapi hubungan mereka sedang bergoncang."

Kosmo

iDAN: Lor!! Ingatkan Ekin isteri jutawan kita tu!.

Ala! comelnya (Delima Merkah)

Seronok dapat anak kembar!

Lampu dari langit.

Kasihannya dia kena gulai.

Cerai Melalui E-mel (Hiburan)

Farah ditipu kekasih?



BARU-BARU ini, seorang teman Marilyn menerima kiriman e-mel daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah isteri kepada lelaki yang dikatakan kekasih kepada penyanyi Farah Asyikin.

Kandungan e-mel itu memang jelas menzahirkan perasaan tidak puas hati wanita yang hanya ingin dikenali sebagai N itu.

Teman Marilyn pernah berbicara dengan N di telefon apabila N sendiri menghubungi pejabat Kosmo!. Ketika itu dia turut meluahkan rasa kecewanya apabila dituduh suaminya sendiri sebagai dalang sebalik penyebaran e-mel kepada pihak media untuk memburuk-burukkan nama Farah.

Dalam e-mel yang dikirim N kepada teman Marilyn juga, dia menjelaskan kemungkinan besar Farah telah ditipu oleh teman lelaki sendiri yang berbohong kerana terperangkap dalam satu situasi yang sukar.

Menurut N, dia dan M bukan bercerai pada tahun lepas ataupun pada bulan Jun seperti yang didakwa M dan Farah. Sebaliknya, N diceraikan dengan talak satu pada 3 Oktober hanya melalui e-mel yang dikirim oleh M.

"Sehingga hari ini saya masih tidak menerima sebarang surat cerai daripada M. Kalau anda semua kata saya tipu, sila rujuk kepada Mahkamah Syariah Singapura.

"Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Mungkin M mempunyai alasan tersendiri atas tindakannya dan Farah pula tertekan kerana mempunyai hubungan dengan M.

"Saya faham Farah bukan janda terdesak kerana dia masih muda, cantik, berbakat, terkenal, berkedudukan dan terpelajar. Saya berharap agar semuanya akan berakhir dan tiada apa lagi yang dipertikaikan selepas ini.

"Saya dan anak menumpang gembira seandainya Farah dan M bertemu kebahagiaan dalam diri masing-masing," ujarnya.

Ermm.. Marilyn pun kadang-kala pening memikirkan masalah orang lain. Jalan mudah, Marilyn tidak mengadili siapa yang benar atau salah dalam hal ini. Semoga tiada apa yang dibangkitkan lagi selepas ini kerana sudah berlaku adil dengan menyiarkan luahan hati tiga pihak terbabit.

Marilyn: Semakin yakin hendak buka pusat kaunseling khas untuk orang putus cinta dan bercerai.

Kosmo!

iDAN: Aku pun tak pasti kenapa terkadang kita silap menggunakan kecanggihan teknologi yang ada. Ada e-mel, kenapa tak bersemuka dahulu. Rasanya berpisah secara jauh begini takutnya ada penghasut yang menyusuk masuk ke hati itu. Sang syaitan sememangnya amat suka melihat kita ini porak-peranda.

Ada SMS kita sering ganggu hati & perasaan orang. Sang suami gatal tangan menghantar SMS cintan yang boleh menggugah rumah tangga. Isteri sekarang pun semakin berani, ada yang katanya pergi kerja tetapi menyimpang ke tempat lain. Ada yang berani ketemu dengan rakan cit cat yang dikenali melalui dunia maya. Apak perbuat begini dapat dimaafkan. Fitnah akan mudah merobohkan rumah tangga.

Memang kecantikan, keremajaan itu boleh menambat hati, tetapi semua itu pinjaman semata. Bilamana setua aku ini barulah sesal tak sudah durhaka kepada isteri & anak sendiri. Jika boleh berlaku adil tak apa. Tetapi berapa ramai kalangan suami yang menceraikan isteri dari dari tanggung jawab menjaga nafkah anak-anak. Sudahlah bekas isteri terpaksa cari nafkah sendiri; lainlah bekas isteri itu cantik bagai ratu, idola & boleh cari pengganti Datuk, Tan Sri atau kerabat di Raja.

Isteri pun satu mentang-mentang diri itu cantik lagi menggoda, ada suami yang terdera lantaran isteri yang mengejar kekayaan & kemewahan. Bila bercerai tahu-tahu ada kekasih yang menanti jauh lebih berstatus dari suami. Aku nak tenguk isteri begini, apakah untung nasib menyebelahi sikap mengajar hartanya ini.

Apa kesudahan si Farah Asyikin ini iyer?.