Hukum Melancong Tanpa Mahram
assalamu 'alaykum.
1. Seorang wanita belajar di luar negara tanpa mahram. apa hukum dia
melancong ke negara-negara lain sepanjang musim cuti tanpa mahramnya, tetapi
bersama sekumpulan wanita muslimah lain?
2. Adakah sama hukum melancong ke negara-negara Islam dan negara-negara kuffar?
jazamukumullahu khair.
Postby Abu_Umair »
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
1. Wanita dilarang bermusafir kecuali bersama-sama dengan suami atau
mahram. Kerana dalam hadis yang disepakati kesahihannya menyebut:
لا تسافر المرأة ثلاثة أيام إلا مع ذي محرم
"Janganlah seorang wanita bermusafir perjalanan tiga hari kecuali
kecuali bersama mahram". Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 1036) dan
Muslim (no: 1338).
Larangan ini adalah meliputi semua bentuk perjalanan yang dinamakan musafir. (Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi 9/103).
Berdasarkan hadis ini, HARAM seseorang wanita keluar musafir tanpa
ditemani suami atau mahram, walaupun dia keluar bersama dengan
wanita-wanita muslimah lain.
Kata Imam Nawawi tentang hukum wanita bermusafir untuk selain haji
wajib, seperti haji sunat, urusan perniagaan, lawatan dan lain-lain.
Katanya: "Setengah ulama mengatakan harus dengan ditemani wanita-wanita
yang dipercayai, seperti masalah haji Islam. Dan Jumhur mengatakan
hukumnya adalah HARAM kecuali ditemani suami atau mahram. Inilah
pendapat yang sahih berdasarkan hadis-hadis yang sahih". (Syarah Muslim
9/104).
2. Samada musafir tersebut ke negara Islam atau bukan, hukumnya adalah
sama iaitu mesti ditemani dengan suami atau mahram. Malah, hukumnya
lebih berat jika ke negara bukan Islam, kerana ancaman terhadap muslimah
di sana lebih kuat dan fitnah lebih besar.
Para ulama tidak mengesyorkan orang Islam melancong ke negara kufur
kecuali atas alasan keperluan mendesak. Ia bagi mengelakkan ancaman
terhadap akidah, agama, dan akhlak.
Wallahu A'lam.
Postby al-baihaqi »
salam,
Dalam persoalan ini, pernah sy terdengar yang pengharaman ini dibuat kerana
keadaan ketika itu yg mengancam umat Islam.dan selepas kewafatan Rasul
SAW, Aisyah ra sendiri pernah menunaikan haji sendirian (tidak pasti
kesahihan sumber). Adakah kekeliruan ini benar atau sebaliknya?
Mohon pencerahan.
wassalam.
Postby Abu_Umair » Jan 15th, '10, 14:00
Waalaikumussalam
Dalam masalah wanita bermusafir untuk mengerjakan haji, tetapi tidak ada
mahram, ada pendapat yang mengharuskan jika dia bersama wanita lain
yang dipercayai, dan perjalanannya dijamin selamat.
Pendapat ini dipilih dalam mazhab Syafie dan beliau menukilkan pendapat
ini daripada Aisyah, Ibn Umar dan Ibn Zubair r.a. (rujuk Al-Umm 2/127)
Diriwayatkan juga Aisyah r.a. berkata, "Bukan semua wanita ada mahram". (Musannaf Ibn Abi Syaibah no: 15176). (Bila ada mahram bermakna perlulah ditemani mahram)
Wallahu A'lam.
Hakikat wanita berkerjaya masa kini memang rata-ratanya banyak yang akan
bermusafir kerana atas kehendak tugas-tugas mereka. walaupun pekerjaan guru
sekalipun seorang wanita tetap dalam tempoh bekerja mereka akan
memerlukan diri mereka bermusafir seperti bekursus, jungle trekking,
perkhemahan, dll
Tiada kelonggarankah untuk wanita2 yang bekerjaya ini melakukan musafir
tanpa suami atau mahram? contoh seorang wanita terpaksa ke UK untuk
bentangkan kertas kerja, suami atau mahram tak ikut sekali tapi ada
wanita lain yang bersama2 bermusafir ke sana, bolehkah diberi
kelonggaran untuk permasalahan seperti ini?
sekian, tq.
Allah Yang Menguatkan Yang Haq Dan Dialah Penunjuk Jalan Yang Benar!
Postby kamin »
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InsyaAllah.
Jawapan berikut adalah ringkasan kepada fatwa / artikel yang diambil
dari Laman UZAR, yang mewakili pandangan ulama’ yang membenarkan wanita
bermusafir tanpa ditemani Mahram.
Kesimpulan fatwa Syiekh Saami al-Majid : Terdapat
ramai ulama’ yang
melarang wanita bermusafir tanpa ditemani Mahram. Bagi mereka, walaupun
keadaan sekarang sudah berubah, aman di dalam perjalanan, larang tersebut
tidak diangkat. Ada yang menyamakan ruhsah (keringanan) solat Qasar
kepada orang yang sedang bermusafir, di mana keringanan ini tidak pun
dilupuskan walaupun keadaan musafir sekarang tidak seteruk dahulu (zaman
bermusafir menggunakan unta dan berjalan kaki).
Namun demikian, ada di kalangan ulama’ yang membenarkannya. Ulama Malik,
al-Auza’ie, dan beberapa orang di kalangan ulama’ Syafie mengatakan
bahawa perlunya Mahram menemani wanita tersebut bukanlah menjadi syarat
wajibnya Haji (wanita bermusafir menunaikan Haji tanpa Mahram). Hanya
menjadi syarat adalah selamat di dalam perjalanan. Selamat perjalanan
boleh dicapai dengan ditemani Mahram, atau kumpulan Wanita yang
dipercayai. Ada di kalangan ulama’ menyebut, jika wujudnya faktor
“selamat di dalam perjalanan”, maka tidak perlu lagi orang menemaninya.
Dibolehkan lagi terutamanya apabila Wanita tersebut sukar mendapatkan Mahram dan beliau selamat di dalam perjalanan. WA.
iDAN:
Islam itu indah tak menyusahkan; jika telah nyata sedari awal perlu mahram kenapa pula perlu mencari dalil atau hadis yang membolehkan. Bagi saya jika mahu beribadah atau menuntut ilmu niat itu yang awal harus diikhlaskan. Jika memang ikhlas dan jujur mahu beribadah tanpa tujuan yang lain apa salahnya jika perjalanan pun selamat. Ini bagi mereka yang tiada mahram; jika mmg masih ada mahram kenapa tidak ditangguhkan dulu sampai cukup wang dan PASTIKAN ada mahram bersama. Itu bukankah lebih selamat dan tidak MERAGUKAN HUKUM.
Paling kita kita takut; berlakunya kejadian yang tidak diingini; sampai kita kehilangan nyawa di
Dunia Sana nanti tanpa mahram menjadi sebab kita dilaknati bukankah yang rugi kita sendiri.
Melancong sendirian atau membentang kertas kerja sampai terpaksa bermusafir bagi saya memang tidak dapat diterima akal; kenapa tak berpakat dengan suami atau mahram pergi bersama. Nak bentang kertas kerja di negara sendiri pun diiktirafkan jika demi kenaikan pangkat.
Saya tinggal lama bersama golongan elite ini; Alasan seminar atau bentang kertas di luar negara adalah sekadar alasan. Sebenarnya golongan ini ramai yang menjadi alasan ini untuk melancong, bergumbira di negara orang sampaikan jika agenda seminar sampai ke petang payah dicari orang kita di sessi petang. Hilang merayau di negara orang. Jika lelaki mungkin kurang cabaran fitnah jika perempuan rasanya amat meragukan dan pelbagai fitnah boleh berlaku. Tinggalkan sesuatu yang meragukan agar Islam terpelihara.
(Sekadar pandangan peribadi tak berkait dengan hukum-hakam)