iDAN
24 April 2013
WARKAH UNTUK TEMAN PENYAIR
"Mohd Helmi Ahmad"
Re: Tahniah Cerpen di M W Perdana
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Memang fikiran sy pun agak kacau. Sampai semalam DUA doktor pakar yg rawat sy; doktor pertama doktor pemakanan & keduanya doktor perubatan; penat & risau perkembangan sakit kronik saya.
Gula dalam badan melonjak jadi 11.5 mmol/L biasa orang tua macam sy 5 ke 6 mmol/L bacaannya. Bila gula naik semua jadi kontras. Doktor buat keputusan sy kena jadi doktor sendiri; suntik tangan sendiri ambil setitis darah & dia kasi alat monitor gula. Masih tak reti nak guna alat ni... mulai 1 Mei dia mahu sy pantau darah sendiri sepanjang minggu.
Menulis perlukan fikiran yang damai. Cerpen untuk DS tu tak menaruh harapan sangat ianya akan terbit; sebab ada beberapa rangkap sy menungkan tak berapa manis diceriterakan. Tak pastilah ianya akan diterima; tapi memang ada lagi beberapa kisah hidup ini; mahu sy jadikan bahan kenangan untuk peminat sastera mengamatinya. Apa yang bagus DS itu baik puisi mahupun cerpen ada pengulas dari kalangan penggiat sastera. Nak tahu sangat komen mereka tentang karya yang sy tulis.
Orang macam sy memang kosong bab sastera ini; tak pernah belajar sastera; tak pernah berkursus nak buat cerpen. Maka sy ni orang biasa lagi kosong hanya berbekal niat mahu menulis & kebanyakan karya lahir dari pengalaman diri sendiri. Minggu ini tak silap hanya sempat menulis 2 kuntum puisi padahal targetnya seminggu paling tidak 4 atau 5 kuntum puisi seminggu. Tak tercapai.
iDAN
Langgan:
Catatan (Atom)